SCAM GUNA NAMA ROYAL BANK OF CANADA

Assalammualaikum wbt....


06/09/2014 ada dua hal yang terjadi bikin aku panas hati. PERTAMA ialah masalah server down semasa exam online Kastam W41. Tengah jawab Seksyen A tetiba boleh otomatik log-out sendiri, bila dapat masuk balik dia loading je sampai ke sudah. Seksyen B & C pun sama. 


KEDUA ialah semasa menunggu hal yang pertama tadi loading sampai ke sudah, sambil-sambil check la email....berbunga sikit hati pasal ada respon dari buyer, aku ada iklan kat mudah.my : Canon PowerShot A3200 IS.




Buyer ni nama dia Mr.Lim Wong, nego harga sampai setuju.....dia boleh lak minta tolong pos kan camera ni pada anak dia bernama Dewi yang belajar di Indonesia katanya...huhu pelik nama anak dia Dewi, dia Lim Wong, tapi bersangka baik jelah, anak angkat kot. Pada mulanya aku cakap hanya COD sekitar Melaka-Alor Gajah-Tampin. Dia pula macam tak paham bahasa, nak juga pos, sanggup tanggung shipment-cost. Aku lak tak pernah-pernah pos apa-apa barang keluar dari malaysia, so rujuk pada City-Link Express seperti berikut :-


Aku cakap pada dia shipment cost RM 180.00 sahaja, dia SETUJU
*letak berat anggaran 3kg je, berat camera + aksesori + kotak 

Standard la lepas tu dia minta details untuk bayar. Tapi cara dia minta macam pelik sikit sebab dia minta segala details macam bawah ni :




Tapi aku walau bersangka baik ada juga terbit rasa was-was, sebab tak kenal kan, hanya berbincang melalui email semata-mata. Jadi hanya buat macam biasa jelah, bagi nama, nombor akaun dan nama bank sahaja. Standard jual-beli online. Takde maknanya nak bagi zip code, country bagai....huhuhu


Dia cakap akan bayar ASAP. So aku berbalik semula kepada exam online, masih loading....paneh je hati den. Grrrrr....


Email dari Mr.Lim Wong masuk....


Fokus pada bulatan merah, abaikan ayat aku yang tunggang langgang bunyinya....


Kalau-kalau tak jelas dalam bulatan merah...meh aku kopipes :



" Hello ,
         I have just been notified by Royal bank Of Canada now that my payment has been deducted so please you can go ahead and make the shipment to my shipping address right away today as RBC instructed and please remember to email the shipment receipt given to you at the post office after payment to (R.B.C) at this their email address for verification then your bank account can be credited immediately ...Please let me know maybe you have received the payment confirmation email from Royal bank of Canada (RBC) as well."



Tiba-tiba lak ko guna Royal Bank of Canada kannn. Aku ingatkan orang malaysia. Hahaha. Bagitahu payment been deducted pastu suruh aku buat pengeposan dulu, dah pos nanti email shipment receipt baru RBC kredit duit serta-merta. Denggg...kat sini aku dah rasa ini SCAM!! Patutlah dalam bersangka baik ada terbitnya was-was dihati. Ini urusan jual-beli-online mende....tak pernah ku lihat dan ku coba. 


AKU DAH LA PANAS HATI DENGAN SISTEM EXAM ONLINE SPA, MAMAT LIM WONG NI PULAK LAAAAAAGI BIKIN PANAS. 


 .......pastu kan Lim Wong ni, dia macam nak bagi aku tenteram la :-



Kemain panjang lebar ayat dia.....hahahaha


Aku pun sama...kemain ayat aku haaa. hahaha.
taip laju-laju hantar je, takde masa nak fikir betul ke salah....hati panasss ni





Tengok....dan dan dia nak report dekat uncle dia, military lak tu. Puihhhh. Sambil tu aku google pasal scam guna nama Royal Bank of Canada...jumpa dekat lowyat.net ni Nigerian SCAM in Mudah, tapi tengok pada topik perbincangan dah lama la, tahun 2009....sekarang dah tahun 2014. Aktif lagi rupa-rupanya kegiatan sebegini.....tiada pantauan dari pihak berkuasa ke??


Sebelum menaip ni, aku ada tanya dekat group wechat geng kopitiam, Terima kasih pada geng kopitiam, ada yang cakap kalau rasa unsecure buatlah report polis, tapi tak payah report pun takpe sebenarnya.....


Setakat ni, lepas last email aku balas pada 11:46 am, 06/09/2014, terus Mr.Lim Wong senyap, cuma pagi tadi ada email masuk dekat spam, Mr.Lim Wong dah buat report dekat Interpol Service, hahaha....tengok email pun macam harammm je nak takut-takutkan aku lettewww. 


Ok....sekian sahaja, cerita pengalaman sebenar, selalu tengok / lihat / baca kes-kes orang kena scam, tak sangka terkena kat diri sendiri juga. JUMPA LAGI. 





18 comments:

  1. haha tak berapa nk bijak sgt cara dia menipu kan.. kak aien lebih bijak haha

    ReplyDelete
  2. haha,,macam2 sekarang ni kan sis.. klu yg mudah tertipu tu mmg terpedaya lah .. kena sentiasa alert...:)

    ReplyDelete
  3. nigerian ni tak abih2 nak fraud org. Berdosa hoi. [sambil sekeh pala dia]. Pastu benda2 macam ni, orang ramai kena la perlu jadi bijak.....macam ko. Kalau layan je.... kalau ikut je arahan dia, memang bengkrap la jawabnya.

    ReplyDelete
  4. macam2 scam yg ada la ni... kena hati2

    ReplyDelete
  5. Kes ni jadi kat aku sekarang.. Dia kata nak transfer duit.. Tapi taktau pulak yg dia guna Royal Bank Canada (RBC) ni. Ape yg patut aku buat.. Ignore mesej dia or macam mana?

    ReplyDelete
  6. Kes ni jadi kat aku sekarang.. Dia kata nak transfer duit.. Tapi taktau pulak yg dia guna Royal Bank Canada (RBC) ni. Ape yg patut aku buat.. Ignore mesej dia or macam mana?

    ReplyDelete
  7. sama lah .. sya pun hampir kena. oleh kerana sy berkerja di bidang yg selalu berurusan dgn bank luar negara maka pecahlah tembelangnya.. biasanya kalau transfer dari mana2 bank luar negara tak pernah pun mana2 bank minta kita bayar fee apa2. bank akan potong terus cukai atau fee dalam total yg sepatutnya dibayar kepada kita. itu pun dgn notis terlebih dahulu.

    buyers cuma perlu no acc/ bank/ acc holder dan swift code. untuk proses payment.

    thank you. untuk info saudari sangat membantu sy kali ini huhu hampir kena.. hahaha tapi bab minta transfer 350 tu yg sy dah mula ragu2.. pastu sy search kat google jumpa blog ni.. alhamdulillah baru sy teringat semula urusan bank internation yg sy buat sebelum ni.

    thank youu.. muah!!!!

    ReplyDelete
  8. mcm seram je cerita ko ni...

    takot aku permainan duit-duit online ni.

    ReplyDelete
  9. hati hati..jangan mudah percaya..ramai penipu diluar sana.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah sy jumpa post ni. Baru je terjadi kat sy benda ni. Tak tidur lena sampai call bank RBC kat canada sana. Diorg suruh call cimb dan confirm. Tengok2 betul lah mng scam. Search kat google jumpa post ni. Alhamdulillah allah tolong sy. Tq kak aien. Kalau x melayang dah duit saya

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah sy jumpa post ni. Baru je terjadi kat sy benda ni. Tak tidur lena sampai call bank RBC kat canada sana. Diorg suruh call cimb dan confirm. Tengok2 betul lah mng scam. Search kat google jumpa post ni. Alhamdulillah allah tolong sy. Tq kak aien. Kalau x melayang dah duit saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana awak call RBC bank tu ye? Saya nak call jugak sebab saya dapat emel nak kena tangkap dengan Interpol kalau saya tak buat shipment.

      Delete
  12. Thanks for u info. Sangat2 menbantu sebab saya pun hampir2 termasuk jerat mereka.

    ReplyDelete
  13. Salam ni yg terbaru yg saya dapat...saya ada jual tab s2 buyer ni pakai bank royal bank...dia suruh post dulu baru dia bagi email boleh percaya atau tidak ye??

    ReplyDelete
  14. Saya pon dapat emel yang sama dari RBC, kata nak kena buat shipment dulu baru payment will be credited to my account. Tapi bila tanya CIMB, saya belum dapat apa-apa floating payment dan dia minta saya tunggu 3 - 7 hari bekerja sekiranya betul orang tu dah buat payment. Saya dapat emel dari Interpol Police juga, mengatakan saya perlu buat shipment kalau tak saya akan ditangkap. Macam mana ye?

    ReplyDelete
  15. skrg 2017 pun still ada lg ni kak. cuma bezanya lelaki tu dri singapore kunun ada bisnes sana dn suh sy pos brg ke selangor utk bini die. brg hntr tu bukan murah, sebiji hp dgn full set aksesori walaupun preowner. fuhhh...skrg otw call gdex utk cancel penghantaran ke sana.

    ReplyDelete
  16. Hati2 guys.. now dorang dah gune no malaysia. bengang btol!! baru je kene. mengaku orang selangor. last2 aku gune bahase melayu, tekedek2 nak jawab. hati2 iklan kat mudah.my. nie aku bg no scammer skali +6011-16754826. die gune name muhammad aizat.

    ReplyDelete
  17. saya ad jual phone kt mudah. bru je smlm ad org katanya dr canada nk belikan cousin dia dekat sarawak guna bank royal bank trus saya block. nombornya +60196413781

    ReplyDelete