TERKENA BREAST ABSCESS


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Setelah tolak tepi rasa malu dan segan bila difikir-fikir secara mendalam aku nekad nak tulis entry berkenaan Miss B (BREAST:PAYUDARA) mungkin ada yang rasa kurang selesa bila membicarakan tentang ini tapi percayalah once aku up dekat socmed (FB dan Status Whatsapp) ramai kenalan perempuan yang PM tepi bertanya 1001 soalan. Percaya atau tidak soalan mereka memang berkait dengan Miss B masing-masing. 


"Macam mana kau dapat detect?"

"Ada rasa sakit tak? kalau macam takde rasa sakit tapi ada ketulan makin membesar macam mana nak buat ya?"

"Lately aku ada rasa sakitlah, dan ada keluar sedikit darah...apa nak buat?"

.............................banyak lagi dan jawapan aku adalah konsisten "berjumpa la dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut sebab lain orang lain sakitnya."


Ada pelbagai jenis ketulan dekat Miss B sebenarnya dan tak semua ketulan adalah kanser, boleh jadi ianya adalah lump yang tidak merbahaya tetapi jika tidak diberi rawatan awal boleh mendatangkan kesan sampingan lain, memberi rasa ketidakselesaan dan lain-lain lagi.


Image result for jenis ketulan di payudara
Gambar 1 : Jenis-jenis ketulan yang boleh ada pada Miss B
KLIK SINI untuk pautan selanjutnya.


Aku memang selalu buat rutin Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) sebab inilah aku berjaya kesan awal perubahan pelik pada Miss B, cuma atas kekangan masa aku berlengah dapatkan rawatan. 


OGOS 2018 bergurau senda dengan anak dan tiba-tiba terkena tandukan padu kepala dia dekat Miss B sebelah kanan....sakitnya ya ampun bergenang air mata sekejap. Rasa sakit berlarutan seminggu dan hilang macam itu je, tapi dah rasa macam ada ketulan....tapi tak sakit.

SEPTEMBER 2018. Awal bulan pergi berjalan dari Selatan ke Utara dan ke Selatan semula. Renyah-renyah berjalan ni mula rasa sakit-sakit dekat ketulan di Miss B. Badan terasa dedar macam demam tak demam. Masa ni fikir adakah sebab berjalan jauh badan letih. Tapi sebab tak sedap hati tambah sakit makin menjadi pula dekat Miss B balik dari berjalan suami ajak pergi Klinik Panel di Alor Gajah. Doktor perempuan, cek pun ala-ala je siap cakap mungkin sakit otot sahaja walaupun aku dah cerita dari mula apa punca dan simptom rasa sakit. Akhirnya diberi ubat tahan sakit, ubat demam dan ubat sakit otot 🌝 makan tapi tak berkurang pun sakit.

Masuk office, ceritalah dengan kakak-kakak office termasuk part doktor panel cakap sakit otot je. Kakak-kakak yang baik hati dan ambil berat cadangkan ke Klinik Panel lagi satu ni, memang pakar sakit puan dan kanak-kanak : POLIKLINIK WAHIDAH, KOTA CEMERLANG, MITC MELAKA. Sangat-sangat puas hati dengan doktor wanita, lemah lembut dan penuh keibuan ini check dengan bersungguh dan tanpa tangguh buat surat refer ke Breast Clinic, General Hospital Melaka.


Hasil surat refer berkenaan maka bermula episod aku menjadi Patient Breast Clinic. Bawah ni gambar kad temujanji aku bermula 21 September 2018 sehingga 09 Julai 2019 aku Officially Discharged selepas sembuh sepenuhnya. Cuma doktor pesan kalau-kalau ada rasa kurang selesa dengan munculnya lump baru segera ke Klinik Kesihatan berhampiran untuk rujukan dan jika perlukan surat rujukan semula. 





Sepanjang menerima rawatan bermula 21 September 2018 sehingga 09 Julai 2019 macam-macam juga dah lalui. 2 kali buat  Incision and drainage (I&D) operation full-bius 1 badan dan 3 kali buat I&D dekat klinik. Bermakna 5 kali ada spot abscess dekat Miss B aku. Sekali operation, otw nak sembuh tu sepanjang buat daily dressing naik lagi lump abscess baru. Stress betul rasa masa tu sebab kejap naik, kejap naik sampai 5 kali. 


Doktor puas tanya dan kaji apa punca dah operate jadi lagi dan lagi seakan macam berakar pula. Doktor risau takut cancer ke kan...maka berkali-kali juga buat biopsy (ambil sample dengan cucuk dan sedut abscess hantar lab) dan beberapa kali buat ultrasound (macam cek perut masa pregnant tapi ini dia buat dekat Miss B) tapi ALHAMDULILLAH NEGATIF CANCER. Jadi antibiotik dah macam makanan ruji pula. Habis ikut dos dan tempoh bagi lagi (makan 4 kali sehari, sekali makan 2 biji sampai sistem perkumuhan pun bau ubat je..hehehehe).


Sampaikan 1 tahap nak stopkan abscess ni mengganas doktor decide tukar antibiotik jenis lain pula. lebih kuat rasanya sebab perlu makan 2 biji je sekali makan setiap 12jam....makna kata sehari 2 kali je makan. 2 cycle juga aku makan antibiotik jenis ini baru nampak berkesan. Masa sakit inilah aku menjadi seorang yang tepat makan ubat siap buat reminder dekat HP supaya tak lupa. Kalau dah set 12 tengah malam memang gigih tahan mata atau dah tidur bangun juga makan ubat on-time. Selain makan ubat aku juga control makan telur dan GULA.......gula sangat jahat okey, Boleh Google sendiri kesan terlebih gula dalam kehidupan harian. Dah cek tahap gula dalam badan berada pada paras normal dan aku bukan pesakit kencing manis tapi doktor tetap suruh kawal gula untuk bantu penyembuhan segera luka-luka operation. Masa ini berat aku drop 6kg terus, terasa kurus sikit.


Kalau nak tahu luka operation aku jenis OPEN WOUND selepas buat Incision and drainage Operation dimana tempat yang kena jangkitan dan bernanah ditoreh/dibuka untuk mengeluarkan semua nanah dan dibiar terbuka, dan hanya dipack dengan ribbon gauze sehingga isi bertaut dengan sendirinya. TAPI...luka itu perlukan DAILY DRESSING dimana setiap kali dressing ribbon gauze yang dipack tu dikeluarkan, luka dicuci dengan normal saline...ok part ni kalau baru lepas operation dalam seminggu dua paling azab, menitik air mata tahan rasa pedih dicuci tanpa bius....sakitnya Allah yang tahu, kemudian dititik Solcoseryl Jelly (atas saranan doktor, ini kena beli sendiri oleh pesakit, 1 tiub tu RM23.00 paling mahal ikut farmasi lah ya...kadang boleh dapat murah sikit), lepas itu nurse akan pack ribbon gauze baru dan tutup dengan Sterile Gauze Pad dan tutup dengan surgical tape. Begitulah rutin harian aku sepanjang nak sembuh. Siap aku ada set dressing kit dekat rumah standby buat-buat ganti gauze pad kalau basah terkena air masa mandi ke kan.


Jadi bayangkan 5 kali I&D ada 5 tempat perlu dressing...dia macam ni 1st luka dah nak sembuh kena buat I&D kedua. Yang 1st dah sembuh, yang kedua nak sembuh kena yang ketiga haaa begitulah sampai kena yang kelima. Akhirnya berkat aku jaga makan betul-betul, ubat makan on-time, ikut nasihat doktor, sokongan keluarga dan rakan-rakan terdekat dan doa sungguh-sungguh minta Allah kurniakan kesembuhan ALHAMDULILLAH sembuh juga akhirnya. Dia punya seksa, dia punya cabaran, dia punya merenyut sakit tu yang dah lalui akan faham sebetulnya faham. Sampaikan anak aku yang bongsu baru 3 tahun pun naik faham dan elak terlanggar aku, kalau dia terlanggar cepat-cepat dia cakap "eeeee...ibu kakit...kakit...." maksud kakit tu sakit 😢


Nurse Klinik Kesihatan Jalan Gereja, Melaka pun dah naik kenal dan hafal waktu aku muncul nak dressing dan lepas tu aku refer ke Klinik 1 Malaysia UTC Melaka pula selepas mereka beroperasi semula lepas proses ubahsuai pun dah cam muka aku...yelah hari-hari bekerja aku akan dressing dekat situ memandangkan paling hampir dengan pejabat. Harapnya selepas ini tidak terjadi lagi sebab seksanya nak kena operate, TCA klinik pakar setiap masa diberi temujanji dan daily dressing sangat-sangat menuntut kesabaran tinggi lagi-lagi kalau kau bekerja, mujur majikan memahami dan memberi kebenaran keluar pejabat untuk urusan-urusan begini. 

Okey diakhir entry ini aku menyeru wahai wanita-wanita diluar sana jangan ambil ringan soal badan kita terutama private part sebab ada seorang kakak nurse ni kata "kita ni orang perempuan kalau tak sakit atas, sakit bawah...lagi-lagi zaman sekarang, kena jaga kesihatan betul-betul, nampak pelik atau rasa sakit terus jumpa yang lebih ahli (doktor lah kan) jangan dibiar melarat makan diri..." Okey bye!!

Comments

  1. Moga di beri kesembuhan Aien,. Allah maha penyembuh. Tq jg sebab sharing ttg sakit ni.. boleh di jadikan panduan buat semua
    Wanita untuk lebih berjaga2..

    ReplyDelete
  2. Thanks for your information. Please accept my comments to still connect with your blog. And we can exchange backlinks if you need. What Is Breast Abscess?

    ReplyDelete
  3. Baru lepas jumpa doc, and dia kata nak operate kali ke 2, terus melalak time tu jugak 😭tak sanggup rasanya nak hadap cuci luka tu untuk kali ke 2,mcam mana laa sis boleh tempuh sampai 5 kali 😭😭 tabahnyaa sis 🤧🤧

    ReplyDelete
  4. 💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Jom viralkan berita baik ni untuk pesakit kanser

    1) Ni tentang hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 ambik penawar yang harga berpatutan tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.Sebelum tu nak pesan,jangan abaikan temujanji doktor kalau ada.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan asbab penawar ni yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil. Walaupon bahan semulajadi tapi amat berkesan sambil merawat bukan sekadar melegakan untuk sementara waktu.

    Saya rasa xlengkap kalau saya explain satu persatu setiap jenis ubat ni.Lebih baik tanya sendiri pengasasnya sebab tiap penyakit ade ubt yang khusus. Baik bertanya sendiri pada pengasasnya dan beritahu anda sakit apa.Dia akan explain semuanya.

    3)Pengasas jus ni dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser, ade ramai yg dh sembuh.


    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni,sy sdri pon guna produk die dh 3thn.

    Sy nak share ubat ni pd org lain jugak, tiada penyakit yang tiada ubat selain daripada mati, cubalah sebab setiap penyakit ada harapan sembuh.Kelemahan hati + putus asa akan lebih memudarat kan penyakit.TAPI JANGAN ABAIKAN APOINTMENT DOKTOR kalau ada.

    Nanti kalau nak ikhtiar dgn ubatan dia,blh la join group whatsApp pejuang2 kanser,pengasas ada dalam group tu jugak, boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl,contohnye:
    ~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dia dh sembuh walaupon doktor bgtau dia boleh hidup 1tahun je lagi.
    Dia mengarang sebuah buku berkenaan pengalaman sendiri melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sebagai rawatan alternatif selari dengan rawatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg dah sembuh dr kanser jus ni diambil selari dgn rawatan hospital.Apoinment x miss
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Gurunya beritahu dia tak pernah nampak macam pesakit kanser tahap 4, sebab sentiasa nampak cergas.Asbab jus yang memberi tenaga dan merawat.Dia minum jus ni dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~
    ▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa,sekarang sudah sembuh sepenuh nye. sel kanser sudah tiada.
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.
    ~~~~~~~~

    ▪Puan Nor Sabariah
    - Ada asthma sejak 11tahun dulu
    -Selalu jatuh sakit sebab sesak nafas dan semput ,adakalanya kalau semput sampai tak mampu berdiri dan kena merangkak untuk bergerak
    -Sering bergantung pada inhaler setiap pagi
    -Setiap kali batuk teruk akan sesak nafas dan akan ke klinik untuk sedut gas
    -Lepas minum jus herba, dia xsemput lagi setiap kali batuk teruk. Dah xpergi klinik lagi sedut gas, setiap waktu pagi xperlu guna inhaler macam dulu.
    ~~~~~~~~
    5) Pesakit yang dah sembuh dari kanser menjalani kimo dan wajib minum jus kalau tak nanti effect dari kimo sangat ketara lemah nya jika tak ambil langsung.

    👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 yg lain

    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa. Ia boleh diambil sebagai suplement.

    mohd zuhairi 0174687570
    0174687570

    #sharing is caring

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASAL USUL "DARUL"

ASAL USUL IKUT SUKU