Assalammualaikum wbt...
Malang memang tidak berbau. Petang sabtu aku tergelincir di bilik air rumah nenek incik suami. Kaki tersagat bawah pintu zink bilik air dan....berlaku sedikit koyakan kecil. Sakitnya tak terkata walaupun koyakannya kecil sahaja.
Incik suami sapu minyak gamat. Tak pergi jumpa doktor sebab anggap tak serius mana pun (kat sini dah silap besar sebab anggap tak serius...padahal mata dah nampak pintu zink tu macam ada karat...)
Pagi ahad...sakit rasa berbisa. Berdenyut-denyut. Jalan pun susah sikit. Kaki dah bengkak.
Dalam susah nak jalan pun masih gagah pergi layan perlumbaan motorcross dekat litar berhampiran rumah...lepas tu pergi kenduri kahwin lagi. Tak reti duduk diam. HAHA padan muka sendiri bila makin teruk.
Merengek tak tahan, incik suami bawa pergi Hospital Alor Gajah pukul 5 petang. Dapat rawatan di Jabatan Pesakit Luar.....dan kena marah dengan nurse dan doktor sebab tak datang segera masa baru-baru kena. HAHA padan muka lagi.
Marah sebab sayang. Kena suntik sedasss dengan ubat nak cegah kancing gigi. Dapat ubat tahan sakit, antibiotik, ubat surut bengkak dan krim sapu.
Doktor pesan...dan aku sampaikan kat sini sebagai pesanan untuk semua, kalau-kalau terluka terkena benda-benda berkarat, walau kecil je lukanya kena dapatkan juga rawatan sebab takut kena kancing gigi, kuman merebak sampai ke otak dan boleh buat kekejangan pada tubuh badan. BAHAYA.
#kakitangan Hospital Alor Gajah terbaik, mesra dan cekap. Terima kasih dan tahniah diucapkan.