Posts

Showing posts from September, 2014

SCAM GUNA NAMA ROYAL BANK OF CANADA

Image
Assalammualaikum wbt....


06/09/2014 ada dua hal yang terjadi bikin aku panas hati. PERTAMA ialah masalah server down semasa exam online Kastam W41. Tengah jawab Seksyen A tetiba boleh otomatik log-out sendiri, bila dapat masuk balik dia loading je sampai ke sudah. Seksyen B & C pun sama. 

KEDUA ialah semasa menunggu hal yang pertama tadi loading sampai ke sudah, sambil-sambil check la email....berbunga sikit hati pasal ada respon dari buyer, aku ada iklan kat mudah.my : Canon PowerShot A3200 IS.



Buyer ni nama dia Mr.Lim Wong, nego harga sampai setuju.....dia boleh lak minta tolong pos kan camera ni pada anak dia bernama Dewi yang belajar di Indonesia katanya...huhu pelik nama anak dia Dewi, dia Lim Wong, tapi bersangka baik jelah, anak angkat kot. Pada mulanya aku cakap hanya COD sekitar Melaka-Alor Gajah-Tampin. Dia pula macam tak paham bahasa, nak juga pos, sanggup tanggung shipment-cost. Aku lak tak pernah-pernah pos apa-apa barang keluar dari malaysia, so rujuk pada City-Link …

URI BAWAH TAHAP 3

Image
Assalammualaikum wbt....


Sambungan dari entry lepas Pengalaman Pertama berkenaan Low Lying Placenta, hari ni nak cerita sikitlah pasal ni untuk perkongsian bersama. 

29/8/2014 dah jumpa pakar, kandungan pun dah 20 minggu. Hasil scan sah aku ada masalah uri dibawah pada Tahap 3.


Jenis 1 : Low lying -  uri berada di bahagian bawah rahim tetapi tidak berhubung dengan pintu  servik( OS )Jenis 2: Marginal - uri berada di bahagian bawah rahim dan berada di pinggir pintu servikJenis 3: Partial -  uri menutupi sebahagian pintu servikJenis 4: Complete -  uri menutupi keseluruhan pintu servik
Lagi 6 minggu akan scan lagi untuk melihat perubahan kedudukan uri. Jika masih dibawah ikut ajelah apa saranan doktor, apa yang terbaik....diri ini akan mengikutinya dengan patuh.

P/S : Positif walau risau, sekarang amalkan sujud lama-lama ketika solat.