YANG SEBENARNYA.....

.......DRAGON BALL ada 7 biji semuanya. Haaa ayat ini dah biasa kita dengar.



Bagaimana pula dengan....yang sebenarnya kacang nasi lemak ada 3 biji semuanya dik. Mak cik adil dan saksama semua mak cik bubuh 3....3....3....tak lebih tak kurang. 





Nasi lemak nijam dah tak macam marin. Dulu berkacang-kacang, berbilis-bilis, bertimbun-timbun...haaa ingat nak cakap timun lah tu. Tadi aku beli nasi lemak....elok je acik tu bubuh semua 3 biji. Tak lebih tak kurang. Bagi aku sebagai seorang penggemar kacang sejati macam tak best je bila kacang kurang sebab contohlah macam tadi ada 3 biji je, kena pandai bajet 1 makan mula-mula, 1 lagi tengah-tengah, 1 lagi untuk suapan terakhir ;(



Aku nak macam dulu-dulu....dalam setiap kunyahan nasi lemak pasti ada kacang bersama-sama ikan bilis, telur, dan sambal. Timun takde pun takpe. HAHA. 



Apa-apa pun walau kacang 3 biji je harus bersyukur sebab sedap!! dan yang pasti cukup sifat sebagai nasi lemak yang sepatutnya. Tak macam yang ada seorang Chef Selebriti kita labelkan baru-baru ni dekat nasi lemak di awan biru. Opsss. HAHA.



Sekian. JUMPA LAGI.



12 comments:

  1. jangn sebut nama nasik lemak tu kat sini...

    oops!

    haha!

    ReplyDelete
  2. Hihi... itu baru betul-betul nak berkira Aien. Maklumlah semua kan mahal. Kacang utk nasi lemak pun kena kira juga:)

    Melampau betul kan sekarang ni. Nak untung aje. Tak pernah terniat nak buat sedikit amal utk bersedekah..

    ReplyDelete
  3. muahaha baik lah buat sendiri, tapi akak tak kisah pun kacang tu, ada ngap takder takper. rajin yerk kamu lukis2 lagi, tak susah kami nak bayangkan muahaha.

    ReplyDelete
  4. haha..lama akak tak makan nasi lemak sis.. sebab sini mmg tak jumpa nasi lemak yg btul2 kena dgn selera... nak masak sndiri mmg idak lah...haha....ops! samalah kita suka kacang... kak ni boleh kata hantu kacang jgk..:)

    ReplyDelete
  5. harga kacang dah naik dik.... ehhh.

    ReplyDelete
  6. Ahhh lapar baca entry aien.. Sikit sgt kot 3 biji.. Mana cukupppp :(

    ReplyDelete
  7. Assalaualaikum, kacang buh sebagai trademark tu, kalau buat sendiri lagi puaskan:)

    ReplyDelete
  8. bersyukur la dikk...akk kasi 3 biji....
    dari tak letak langsung...kekekke...ehh :D

    ReplyDelete
  9. Hahaha, kau kena makan nasi lemak dgn aku la sbb aku tak makan kacang..

    ReplyDelete
  10. kacang tiga biji mana cukup! :'(

    ReplyDelete
  11. nasib baik bkn chef wan yg beli nasi lemak tu hehe

    ReplyDelete