MALANG TIDAK BERBAU CAGU

Assalammualaikum wbt...

Malang memang tidak berbau. Petang sabtu aku tergelincir di bilik air rumah nenek incik suami. Kaki tersagat bawah pintu zink bilik air dan....berlaku sedikit koyakan kecil. Sakitnya tak terkata walaupun koyakannya kecil sahaja.

Incik suami sapu minyak gamat. Tak pergi jumpa doktor sebab anggap tak serius mana pun (kat sini dah silap besar sebab anggap tak serius...padahal mata dah nampak pintu zink tu macam ada karat...)

Pagi ahad...sakit rasa berbisa. Berdenyut-denyut. Jalan pun susah sikit. Kaki dah bengkak.

Dalam susah nak jalan pun masih gagah pergi layan perlumbaan motorcross dekat litar berhampiran rumah...lepas tu pergi kenduri kahwin lagi. Tak reti duduk diam. HAHA padan muka sendiri bila makin teruk.

Merengek tak tahan, incik suami bawa pergi Hospital Alor Gajah pukul 5 petang. Dapat rawatan di Jabatan Pesakit Luar.....dan kena marah dengan nurse dan doktor sebab tak datang segera masa baru-baru kena. HAHA padan muka lagi.

Marah sebab sayang. Kena suntik sedasss dengan ubat nak cegah kancing gigi. Dapat ubat tahan sakit, antibiotik, ubat surut bengkak dan krim sapu.

Doktor pesan...dan aku sampaikan kat sini sebagai pesanan untuk semua, kalau-kalau terluka terkena benda-benda berkarat, walau kecil je lukanya kena dapatkan juga rawatan sebab takut kena kancing gigi, kuman merebak sampai ke otak dan boleh buat kekejangan pada tubuh badan. BAHAYA.

#kakitangan Hospital Alor Gajah terbaik, mesra dan cekap. Terima kasih dan tahniah diucapkan.

12 comments:

  1. Isk sakit.. Kaki sakit pun kemain lagi berjalan.. Heppp

    Rajin2 makan ubat.. Hikhik

    ReplyDelete
  2. Dahlah luka masih gagah merayap ye Aien..
    Bila dah sakit merengek pulak dah..
    Harap dah dapat ubat tu jgn pulak nak en abe juga tolong sapu... buat jgn tak buat hihi... (kakak dah jadi mak-nenek berleter)..

    ReplyDelete
  3. aduhhh... bahaya klu ada karat ni...
    moga cepat sembuh ya sis...take care tau..:)

    ReplyDelete
  4. mestibadan pun jadi macam nak demam tu..kan??pernah kena dlu..

    ReplyDelete
  5. smoga cepat sembuh kak aien..

    dulu time skola rendah, sy penah kena paku bekarat kat tapak kaki.. ni sebab nakal lari-lari kt blakang rumah.. paku tu siap tembus kat slipar sy.. tp sy tabah.. sy x nangis pn.. -_- sbb sy lebih risau mak ayah sy tau sy luka sbb maen..

    ReplyDelete
  6. mak aih..bahaya kalau kena benda2 karat ni... semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  7. Syafakillah..Aminn .

    sakit itu kifarah dosa,
    Sabar ye.

    ReplyDelete
  8. eh rasa macam dah komen kat sini, takper la kita cuba lagi.
    Haaaa finally pergi jugak hospital yer, cepat smebuh luka tu ok, harap tak merebak kang kena sedas lagi perit jer.

    ReplyDelete
  9. bahye tu kena pintu zink karat. Kuat ke ko jatuh? Kalo kuat, lagi bagus ko gi check rahim tu okay ke tak. Sbb aku pon penah jatuh kat toilet. Buat tak tahu je sampai le dah kawen dah preknen, seksa kemain sakitnya kt tempat jatuh tu.

    ReplyDelete