TAHUN BARU

Assalammualaikum wbt...


Ramai dah blogger up entry tahun baru mereka. Jadi aku pun sama tak nak ketinggalan......maka menaiplah aku dengan harapan agar tahun baru ini semangat pun baru untuk rajin-rajinkan diri semula di blog yang sendu ini. Selamat Tahun Baru 2014 untuk semua.


Permulaan tahun baru aku awal-awal lagi dah macam naik turun roller-coaster dimana mula-mula seronok sikit sebab dapat dividen asb, incik suami bonus kerajaan....pastu merudum semula keseronokkan bila surat saman JPJ sampai ke tangan. Dugaan.




Betul kata orang....duit kalau ada dalam tangan pasti ada je cabangnya mengalir. Sebelum saman JPJ dah diuji dulu dengan dengan mesin basuh rumah mak rosak. Adanya dividen ASB tadi itulah tolong-tolong apa yang patut. Terima kasih kepada seorang 'sahabat' yang menasihati agar membuat simpanan ASB kerana sememangnya berguna....tak perlu mention nama sebab kalau dia terbaca entry ini dia pasti tahu dialah orang yang dimaksudkan.


Masuk part sekolah adik-adik......itu ini begitu begini sudah tanggungjawab yang perlu dipikul sebaik mungkin. Soal duit tolak belakang jauh-jauh...tugas kalian (cehhh...kalian terus) belajar je...sebab aku ada. Aku kan kakak!! *tiba-tiba*



Keadaan sebagai seorang isteri pula....berkenaan perpindahan incik suami dari KL nak balik Melaka agak mendukacitakan kerana dibekukan sementara makanya kami berdua perlu merangka semula perancangan baru. Buat semula kira-kira :-


1. Ulang-alik harian Melaka - KL 
2. Ulang-alik mingguan Melaka - KL 


Walau apa jua pilihan kami untuk pilihan ulang-alik 1 @ 2....kedua-dua pilihan ini tetap akan melibatkan kos + masa + pengorbanan. Harapnya kami jumpa solution yang terbaik dikala terasa bahangnya peningkatan kos sara hidup. 





Kesimpulannya...kehidupan ini tidak semudah disangka. Sampai ditahap ini bila aku pejam mata dan toleh kebelakang.....terasa macam tak percaya aku yang sebelum ini sekian-sekian macam mana. Semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran untuk aku menjalani tahun 2014 ini selagi nyawa dikandung badan. Kerana dalam apa jua situasi kita sebagai manusia hanya mampu merancang, namun Allah jualah penentunya. Wallahu’alam bissawab.


Sekian. JUMPA LAGI.


9 comments:

  1. Salam Tahun baru sis..
    harapnya thn baru ni blog tak sunyi ya...hehe
    pengorbanan sementara waktu kot pisah dgn suami.. nti pasti ada kemanisan dihujung ..hehehe

    ReplyDelete
  2. salam tahun baru aien...

    setiap dugaan akan ada kejayaan dihujungnya...

    good luck :)

    ReplyDelete
  3. sama la kita kak aien.. tgh cuba utk rajin update blog.. tapi cuba tinggal cuba la kot..sekrg busy dengn keje :(

    semoga thun baru ni di permudahkn semuanya ye :)

    ReplyDelete
  4. hmm samala..tau2 bulan depan masuk bonus, bulan ni kereta meragam.dah paham sangat sebab selalu berlaku.Asam garam rumah tangga.. nak buat macamana kan?Tampung tampal mana yang kurang.. kongsi apa yang lebih :)

    ReplyDelete
  5. Masih belum terlamat nak ucap Selamat Tahun Baru jugakkk. Weee, dah lama xjalan jalan sini. Hope sudi singgah site aten jugak :)

    ReplyDelete
  6. baguslah segalanya masih lagi dalam keadaan elok kala masuk tahun baru ni. Saya dah lama tak jenguk blog ni dan tuptap, jatuh kat sini. Post terbaru saya menjawab ayat2 terakhir Aiennot Alien kot. Kot je.. Mungkin hanya saya je. Lol. ~ Apple

    ReplyDelete
  7. As'salam,
    Sabar ye aien..dugaan selalunya ada hikmahnya :)

    ReplyDelete