SCAM GUNA NAMA ROYAL BANK OF CANADA

Assalammualaikum wbt....


06/09/2014 ada dua hal yang terjadi bikin aku panas hati. PERTAMA ialah masalah server down semasa exam online Kastam W41. Tengah jawab Seksyen A tetiba boleh otomatik log-out sendiri, bila dapat masuk balik dia loading je sampai ke sudah. Seksyen B & C pun sama. 


KEDUA ialah semasa menunggu hal yang pertama tadi loading sampai ke sudah, sambil-sambil check la email....berbunga sikit hati pasal ada respon dari buyer, aku ada iklan kat mudah.my : Canon PowerShot A3200 IS.




Buyer ni nama dia Mr.Lim Wong, nego harga sampai setuju.....dia boleh lak minta tolong pos kan camera ni pada anak dia bernama Dewi yang belajar di Indonesia katanya...huhu pelik nama anak dia Dewi, dia Lim Wong, tapi bersangka baik jelah, anak angkat kot. Pada mulanya aku cakap hanya COD sekitar Melaka-Alor Gajah-Tampin. Dia pula macam tak paham bahasa, nak juga pos, sanggup tanggung shipment-cost. Aku lak tak pernah-pernah pos apa-apa barang keluar dari malaysia, so rujuk pada City-Link Express seperti berikut :-


Aku cakap pada dia shipment cost RM 180.00 sahaja, dia SETUJU
*letak berat anggaran 3kg je, berat camera + aksesori + kotak 

Standard la lepas tu dia minta details untuk bayar. Tapi cara dia minta macam pelik sikit sebab dia minta segala details macam bawah ni :




Tapi aku walau bersangka baik ada juga terbit rasa was-was, sebab tak kenal kan, hanya berbincang melalui email semata-mata. Jadi hanya buat macam biasa jelah, bagi nama, nombor akaun dan nama bank sahaja. Standard jual-beli online. Takde maknanya nak bagi zip code, country bagai....huhuhu


Dia cakap akan bayar ASAP. So aku berbalik semula kepada exam online, masih loading....paneh je hati den. Grrrrr....


Email dari Mr.Lim Wong masuk....


Fokus pada bulatan merah, abaikan ayat aku yang tunggang langgang bunyinya....


Kalau-kalau tak jelas dalam bulatan merah...meh aku kopipes :



" Hello ,
         I have just been notified by Royal bank Of Canada now that my payment has been deducted so please you can go ahead and make the shipment to my shipping address right away today as RBC instructed and please remember to email the shipment receipt given to you at the post office after payment to (R.B.C) at this their email address for verification then your bank account can be credited immediately ...Please let me know maybe you have received the payment confirmation email from Royal bank of Canada (RBC) as well."



Tiba-tiba lak ko guna Royal Bank of Canada kannn. Aku ingatkan orang malaysia. Hahaha. Bagitahu payment been deducted pastu suruh aku buat pengeposan dulu, dah pos nanti email shipment receipt baru RBC kredit duit serta-merta. Denggg...kat sini aku dah rasa ini SCAM!! Patutlah dalam bersangka baik ada terbitnya was-was dihati. Ini urusan jual-beli-online mende....tak pernah ku lihat dan ku coba. 


AKU DAH LA PANAS HATI DENGAN SISTEM EXAM ONLINE SPA, MAMAT LIM WONG NI PULAK LAAAAAAGI BIKIN PANAS. 


 .......pastu kan Lim Wong ni, dia macam nak bagi aku tenteram la :-



Kemain panjang lebar ayat dia.....hahahaha


Aku pun sama...kemain ayat aku haaa. hahaha.
taip laju-laju hantar je, takde masa nak fikir betul ke salah....hati panasss ni





Tengok....dan dan dia nak report dekat uncle dia, military lak tu. Puihhhh. Sambil tu aku google pasal scam guna nama Royal Bank of Canada...jumpa dekat lowyat.net ni Nigerian SCAM in Mudah, tapi tengok pada topik perbincangan dah lama la, tahun 2009....sekarang dah tahun 2014. Aktif lagi rupa-rupanya kegiatan sebegini.....tiada pantauan dari pihak berkuasa ke??


Sebelum menaip ni, aku ada tanya dekat group wechat geng kopitiam, Terima kasih pada geng kopitiam, ada yang cakap kalau rasa unsecure buatlah report polis, tapi tak payah report pun takpe sebenarnya.....


Setakat ni, lepas last email aku balas pada 11:46 am, 06/09/2014, terus Mr.Lim Wong senyap, cuma pagi tadi ada email masuk dekat spam, Mr.Lim Wong dah buat report dekat Interpol Service, hahaha....tengok email pun macam harammm je nak takut-takutkan aku lettewww. 


Ok....sekian sahaja, cerita pengalaman sebenar, selalu tengok / lihat / baca kes-kes orang kena scam, tak sangka terkena kat diri sendiri juga. JUMPA LAGI. 





URI BAWAH TAHAP 3

Assalammualaikum wbt....


Sambungan dari entry lepas Pengalaman Pertama berkenaan Low Lying Placenta, hari ni nak cerita sikitlah pasal ni untuk perkongsian bersama. 


29/8/2014 dah jumpa pakar, kandungan pun dah 20 minggu. Hasil scan sah aku ada masalah uri dibawah pada Tahap 3.



  • Jenis 1 : Low lying -  uri berada di bahagian bawah rahim tetapi tidak berhubung dengan pintu  servik( OS )
  • Jenis 2: Marginal - uri berada di bahagian bawah rahim dan berada di pinggir pintu servik
  • Jenis 3: Partial -  uri menutupi sebahagian pintu servik
  • Jenis 4: Complete -  uri menutupi keseluruhan pintu servik

Lagi 6 minggu akan scan lagi untuk melihat perubahan kedudukan uri. Jika masih dibawah ikut ajelah apa saranan doktor, apa yang terbaik....diri ini akan mengikutinya dengan patuh.


P/S : Positif walau risau, sekarang amalkan sujud lama-lama ketika solat. 

Pengalaman Pertama

Assalammualaikum wbt...

Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.


Lama tak jengah blog sendiri dan rakan-rakan yang lain disebabkan melayan malas yang turun naik tak tentu pasal.

Sebelum ni memang malas (mengaku sendiri) tapi semakin menjadi-jadi bila berbadan dua. Alhamdulillah dah masuk trimester kedua ni baru berani nak bagitahu dekat blog (bajet macam ramai baca). Ditambah pula dengan malas kembali ke paras normal makanya ter-log-in-lah kembali.

Pengalaman pertama..selain malas aku takde morning sickness sangat. Mungkin baby dalam rahim ni kesian tengok ibu dan abah dia PJJ jadi dia baik-baik je. Tapi....

Tapi apa?! Hehe...ya ada tapinya. Ada sikit dugaan nak tetapkan Due Date disebabkan cycle period yang tak normal. Tapi takpe hal ni dah settle bila rujuk pakar di hospital. Tapi....

Ya...ada tapinya lagi. Settle bab due date, ada hal lain lagi. Doktor pakar detect hasil dari scan demi scan aku ada masalah low lying placenta. Aku pun OK jelah sebab rasa macam nothing serious lagipun doktor cakap sambil gelak-gelak. Jadinya just ingat placenta is plasenta sahaja....tak teringat lak yang placenta ialah URI.

Balik dari hospital mak bertanya kenapa kena pergi hospital lagi  (29/8/2014) kalau takde pape pergi check up dekat klinik kesihatan biasa dah la...so aku cakaplah apa doktor cakap low lying placenta. Mak dia punya risau lain...tak puas hati dengan jawapan aku dia tanya besan dia (kakak punya mak mertua) pastu tanya kakak dia nurse pencen.

Hasil pertanyaan mak "Bahaya ni kalau mengandung uri kat bawah...boleh tumpah darah"  terang mak dengan muka serius.

Aku cuak. Teringat ada spotting sikit masa 1st trimester. Sekarang aku kena bertenang, nanti jumpa doktor kat hospital nak tanya aku tahap mana (ada 4 tahap) hasil google. Pastu nak marah doktor nape cakap sambil gelak-gelak ini soal nyawa kot. Tapi berani ke nak marah, camtu tak nak marah la. Nak tanya je.....



P/S : Panjangkan cerita. Maaf ya, selamat hari rayaaaa.


WHY??

Assalammualaikum wbt..

Perbualan aku dengan anak buah (Zahraa, 4 tahun, kepoh macam bertih jagung...) ketika aku sedang belek handphone :-

Zahraa : Mak ngah jaya nak men game boleh?

Mak Ngah : Boleh kejap lagi ea...mak ngah nak wassup pak ngah jap.

Zahraa : Okey.

*angguk2 paham...tapi tangan sibuk nak capai hp macam tak paham*

Zahraa : Mak ngah...jaya nak men pou (game) boleh laa...nape nak meshej (wassup) pak ngah lama2 ni penat jaya tunggu....(buat muka bosan)

Zahraa lagi : Mak ngah meshej pak ngah lagi ke??

Mak Ngah : Haah...why??

Zahraa : Z....( sambil senyum2 comel )

Hahahampeh terkono den....kenot brain aku budak zaman sekarang bijak lain macam. Kecil-kecil cili padi.

V, W, X, Why.....Z

BARU TAHU

Assalammualaikum wbt....


Dalam hidup ini ada benda yang kita tahu ada benda yang kita tak tahu. Entry kali ini aku nak senaraikan beberapa perkara yang aku tak tahu dan aku baru tahu, padahal benda kecil je. LOL.



1. Lubang di penutup tin adalah pemegang straw sebenarnya??? 


Selama ini ingat lubang ni sebagai pemudah cara untuk
jari nak buka penutup tin je...hihihi


2. Setiap penutup tiub ada pencucuknya sendiri!! HAHA. Ini aku baru tahu masa aku sekolah menengah, tapi incik suami baru tahu bila dia nampak aku cucuk ubat tiub untuk sakit INI


Sumber untuk dibuat contoh : KLIK SINI


3. Objek asing di bebola mata...rupa-rupanya ramai orang alaminya. Aku ingat aku sorang je. HAHA.






Cukup 3...nanti kalau ada aku senaraikan lagi, ada lagi senarai lagi dan lagi dan lagi. Sekian. JUMPA LAGI.




MALANG TIDAK BERBAU CAGU

Assalammualaikum wbt...

Malang memang tidak berbau. Petang sabtu aku tergelincir di bilik air rumah nenek incik suami. Kaki tersagat bawah pintu zink bilik air dan....berlaku sedikit koyakan kecil. Sakitnya tak terkata walaupun koyakannya kecil sahaja.

Incik suami sapu minyak gamat. Tak pergi jumpa doktor sebab anggap tak serius mana pun (kat sini dah silap besar sebab anggap tak serius...padahal mata dah nampak pintu zink tu macam ada karat...)

Pagi ahad...sakit rasa berbisa. Berdenyut-denyut. Jalan pun susah sikit. Kaki dah bengkak.

Dalam susah nak jalan pun masih gagah pergi layan perlumbaan motorcross dekat litar berhampiran rumah...lepas tu pergi kenduri kahwin lagi. Tak reti duduk diam. HAHA padan muka sendiri bila makin teruk.

Merengek tak tahan, incik suami bawa pergi Hospital Alor Gajah pukul 5 petang. Dapat rawatan di Jabatan Pesakit Luar.....dan kena marah dengan nurse dan doktor sebab tak datang segera masa baru-baru kena. HAHA padan muka lagi.

Marah sebab sayang. Kena suntik sedasss dengan ubat nak cegah kancing gigi. Dapat ubat tahan sakit, antibiotik, ubat surut bengkak dan krim sapu.

Doktor pesan...dan aku sampaikan kat sini sebagai pesanan untuk semua, kalau-kalau terluka terkena benda-benda berkarat, walau kecil je lukanya kena dapatkan juga rawatan sebab takut kena kancing gigi, kuman merebak sampai ke otak dan boleh buat kekejangan pada tubuh badan. BAHAYA.

#kakitangan Hospital Alor Gajah terbaik, mesra dan cekap. Terima kasih dan tahniah diucapkan.

PERJUMPAAN BERAMAI-RAMAI KOPITIAM MEMBERS

Assalammualaikum wbt....





Pada 22.02.2014 yang dah lama berlalu geng kopitiam telah menyibukkan diri dalam perjumpaan yang berlangsung di Selayang Mall. Aktiviti kami ringkas je :-



SIBUK-SIBUK NAK MULA BOLING

Sibuk sangat...sibuk masukkan nama pemain,
sibuk tanya itu ini, sibuk dukung anak Bundle, sibuk pakai kasut boling, dll

Masih sibuk-sibuk lagi...hahaha

MULA DAPAT T-SHIRT YANG TELAH DITEMPAH KHAS


Ada yang dah pakai...ada yang masih sibuk-sibuk lagi....haha

Okeh...dah ramai pakai.
Ayuh mulakannn...onyomatt gesettt go!!


KEADAAN SEMAKIN RANCAKKK...GOMOL ANAK BUNDLE!!

Bakal mak-mak.....Ku Syida.

Bersama-sama anak dak Bandle....Wazi! dan Mak Cik Liyaa MF. heeee


Wazi kerimasan dan kelemasan....hahaha.
Sebelah aku tu Rapunzel Cikilolo.


Muka Wazi pelik mandang lesung pipit di pipi Mak Cik Chuu.
-Cilok dari FB Chuu.-


SIBUK BERGAMBAR SAKAN




PENULIS MISTERI....ENCIK H

Senyuman beliau dah cukup misteri bukan?? HAHA.
-Cilok dari FB Chuu.-


UPACARA PENUTUP

Ucapan kepala kopitiam : BUNDLE
suara beliau tenggelam timbul dek kemeriahan suara makcik-makcik. HAHA

Semua orang dapat piala....yeayyyy semua-semua juara!!
Main untuk suka-suka kan...hehehe.


Sehingga bertemu lagi dipertemuan seterusnya jika kita semua masih bersatu!!


SEKIAN




Terima kasih incik suami kerana menyokong isteri beliau dan ikut pergi jumpa geng-geng kopitiam!!

Terima Kasih juga buat :

Encik H,

Bundle + Wani + Wazi,

Liyaa + Mf,

Emma + Epi,

Kak Dah + Fik + Adik Kak Dah + Makwe Adik Kak Dah,

Rapunzel Cikilolo + Lokman,

Nusha Cidut,

Lina + Kerol,

Payeh Kuced,

Chuu Muqhlis,



Haaa....harap takde nama yang tertinggal, aku men sebut je ni tak ikut susunan. HEHE. Korang semua memang best. Walau lambat up entry pasal ni tapi bagi aku entry ni tak basi lagi...sebab keseronokkan masih jelas terasa, bagai baru semalam kita bertemu...cewahhhh. Sekian. JUMPA LAGI. 



YANG SEBENARNYA.....

.......DRAGON BALL ada 7 biji semuanya. Haaa ayat ini dah biasa kita dengar.



Bagaimana pula dengan....yang sebenarnya kacang nasi lemak ada 3 biji semuanya dik. Mak cik adil dan saksama semua mak cik bubuh 3....3....3....tak lebih tak kurang. 





Nasi lemak nijam dah tak macam marin. Dulu berkacang-kacang, berbilis-bilis, bertimbun-timbun...haaa ingat nak cakap timun lah tu. Tadi aku beli nasi lemak....elok je acik tu bubuh semua 3 biji. Tak lebih tak kurang. Bagi aku sebagai seorang penggemar kacang sejati macam tak best je bila kacang kurang sebab contohlah macam tadi ada 3 biji je, kena pandai bajet 1 makan mula-mula, 1 lagi tengah-tengah, 1 lagi untuk suapan terakhir ;(



Aku nak macam dulu-dulu....dalam setiap kunyahan nasi lemak pasti ada kacang bersama-sama ikan bilis, telur, dan sambal. Timun takde pun takpe. HAHA. 



Apa-apa pun walau kacang 3 biji je harus bersyukur sebab sedap!! dan yang pasti cukup sifat sebagai nasi lemak yang sepatutnya. Tak macam yang ada seorang Chef Selebriti kita labelkan baru-baru ni dekat nasi lemak di awan biru. Opsss. HAHA.



Sekian. JUMPA LAGI.



TAHUN BARU

Assalammualaikum wbt...


Ramai dah blogger up entry tahun baru mereka. Jadi aku pun sama tak nak ketinggalan......maka menaiplah aku dengan harapan agar tahun baru ini semangat pun baru untuk rajin-rajinkan diri semula di blog yang sendu ini. Selamat Tahun Baru 2014 untuk semua.


Permulaan tahun baru aku awal-awal lagi dah macam naik turun roller-coaster dimana mula-mula seronok sikit sebab dapat dividen asb, incik suami bonus kerajaan....pastu merudum semula keseronokkan bila surat saman JPJ sampai ke tangan. Dugaan.




Betul kata orang....duit kalau ada dalam tangan pasti ada je cabangnya mengalir. Sebelum saman JPJ dah diuji dulu dengan dengan mesin basuh rumah mak rosak. Adanya dividen ASB tadi itulah tolong-tolong apa yang patut. Terima kasih kepada seorang 'sahabat' yang menasihati agar membuat simpanan ASB kerana sememangnya berguna....tak perlu mention nama sebab kalau dia terbaca entry ini dia pasti tahu dialah orang yang dimaksudkan.


Masuk part sekolah adik-adik......itu ini begitu begini sudah tanggungjawab yang perlu dipikul sebaik mungkin. Soal duit tolak belakang jauh-jauh...tugas kalian (cehhh...kalian terus) belajar je...sebab aku ada. Aku kan kakak!! *tiba-tiba*



Keadaan sebagai seorang isteri pula....berkenaan perpindahan incik suami dari KL nak balik Melaka agak mendukacitakan kerana dibekukan sementara makanya kami berdua perlu merangka semula perancangan baru. Buat semula kira-kira :-


1. Ulang-alik harian Melaka - KL 
2. Ulang-alik mingguan Melaka - KL 


Walau apa jua pilihan kami untuk pilihan ulang-alik 1 @ 2....kedua-dua pilihan ini tetap akan melibatkan kos + masa + pengorbanan. Harapnya kami jumpa solution yang terbaik dikala terasa bahangnya peningkatan kos sara hidup. 





Kesimpulannya...kehidupan ini tidak semudah disangka. Sampai ditahap ini bila aku pejam mata dan toleh kebelakang.....terasa macam tak percaya aku yang sebelum ini sekian-sekian macam mana. Semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran untuk aku menjalani tahun 2014 ini selagi nyawa dikandung badan. Kerana dalam apa jua situasi kita sebagai manusia hanya mampu merancang, namun Allah jualah penentunya. Wallahu’alam bissawab.


Sekian. JUMPA LAGI.