PESAN PAK CIK

Assalammualaikum wbt....


Semalam dalam pukul 6.30 petang keluar rumah dengan semangat membara nak menapau satay maka terus la kami ke Alor Gajah....satay di depan Balai Bomba dituju dengan penuh debaran. Cehh...over nau kau aien. Incik suami dah order untuk ditapau-tapau ternampak pula kelibat pak sedara beliau yang bertugas di Balai Bomba Alor Gajah.......


Borak-borak depan balai sementara tunggu satay siap. "Acik...hari ni takde operasi ke?" tanya incik suami. Sambung lagi borak-borak...more less dalam 5 minit camtu tiba-tiba muncul sebuah kereta kancil. 


Turun la sepasang suami isteri yang jelas nampak cemas dan seorang anak lelakinya yang kelihatan seperti menahan sakit. Ayahnya "Incik...ini saya ada bawa surat rujukan dari hospital alor gajah...nak potong cincin anak saya ni..." lalu bergema la suara "OPERASI POTONG CINCIN" more less macam ni la bunyi operasi tu dan bergegaslah beberapa anggota bertugas dengan pantas. 


Incik suami nak tengok...tapi pak cik beliau potong betul la "tu haaa satay ko dah siap...." nun diseberang jalan kakak kipas satay tersenyum-senyum. HAHA. Sebelum pergi sempat lagi pak cik cakap "dah banyak dah kes macam ni, nak-nak student....asalnya nak try cincin member, dah sarung tak boleh tanggal la pulak....kalau boleh jangan pakai sangat cincin jenis stainless steel ni, susah nak potong....kalau emas ke, perak ke takpe...lembut sikit...."


Contoh dari Google.....ngerikan. 


Kesimpulannya.....kalau-kalau rasa tak muat cincin tu jangan dipaksa pakai, takut nanti jadi macam gambar kat atas ni. Kerana sebentuk cincin habis sebatang jari....huhuhu. 



Sekian, JUMPA LAGI.