BAWANG MERAH BAWANG PUTIH

Assalammualaikum wbt...


Aku dah google berpuluh-puluh resipi, aku ada tanya sikit geng #KOPITIAM & aku dah sembang panjang lebar dengan BFF aku si T aku gelarkan, kami sembang perihal bawang merah bawang putih.....hasil yang aku dapat ialah ada orang masak sambal tak letak bawang putih (guna bawang merah semata) ada orang masak sambal letak bawang merah dan bawang putih (bawang putih sikit je....dalam 2, 3 ulas)



Nampak macam hal kecil je...
Nampak macam hal tak besar je....



Elehhh...pasal bawang aje pun kan. Tapi hakikatnya pedas oii kalau kena bidas pasal masakan ni. Kepantangan mana-mana wanita rasanya kalau masakan kena kritik. Errr...mungkin segelintir jelah pantang, segelintir lagi tidak kisah kena kritik.  



Macam kisah BFF aku ni...T sejak kahwin awal Mac 2013 dia menetaplah sebumbung dengan mak mertua dia yang berumur 60-an. Masak memasak ni serahkan pada yang pakar. Sampailah pada suatu hari mak mertua kurang sihat....T kenalah masak. T masaklah sambal, tapi sekali mak mertua dia rasa terus tolak tepi "ada letak bawang putih ya? mak tak makan la sambal letak bawang putih ni....lain rasanya" 



Sambal incik google je yang ada...lain habis sudah. 


Aku dengar T cerita aku gelak-gelak jelah. Sekali terkena pula kat batang hidung sendiri itu yang sembang panjang lebar dengan T dan terus jadi entry ini. Hehehe.


Aku sejak kahwin duduk sebumbung dengan nenek mertua. 2 bulan pertama incik suami ada sekali, ulang-alik kerja Melaka-KL. Sejak minyak naik harga incik suami terus menetap dekat KL dan akan balik hujung minggu........maka kini berdualah aku dengan nenek. Apa nenek masak aku makan tanpa banyak songeh. Aku nak masak susah pula pasal nenek ni tetiap hari dia dah ada resipi sendiri, lagipun atas faktor air tangan orang veteran memang ternyata sedap jadi aku tak masak la selalunya. Aku masak bila cuti.....so ada sekali cuti tu aku masaklah sambal. Letak bawang putih macam yang biasa aku masak sejak pandai masak. Aku perasan masa tu aku je yang layan makan lebih-lebih. Nenek makan sikit. Pelik aku...tak sedap kot aku masak??!


 
Semalam lak....nenek masak sambal ayam, lain macam sedapnya macam yang lepas-lepas punya sambal air tangannya buat aku tak boleh tahan nak bertanya apa rahsia. "takdo letak bawang putih do...asam jawo ko, asam koping ko...semuo tak lotak. bawang samo cili kering yo....bubuh an garam sikit..." Paham la aku kenapa nenek makan sikit bila aku masak sambal haritu. HAHAHA. 



Nenek cakap rahsia sambal sedap ialah jangan letak bawang putih. Terpukul aku. Tapi letak pun sedap juga. Aku rasa ini semua air tangan punya peranan la.




Sekian,

Aku sedang lapar dikala ini...cepatlah jam lima. JUMPA LAGI.