Beza Kita dan Awak

Geram.

Tak tenteram.

Macam-macam.

Kita tahulah awak dah bertahun-tahun pegang benda alah tu. Kita pun samalah awak...cuma dah lama tak pegang je bezanya. Jadi awak lebih mahir dari kita.

Tapi kan awak.....bila kita nak pegang balik setelah sekian lama, awak kenalah bagi ruang dan peluang kita pegang dalam keadaan aman dan damai. JANGANLAH BISING POT PET POT PET. Hilang fokus kita tahu tak?

"pusing habisss jangan takut-takut..."

"tu lubang tu...elak laa..."

"jaga sikit...dah makan jalan orang tu..."

Waaaaaaaa.....kita dari seronok terus jadi tak seronok awak tahu tak?? Level confident kita drop slowly daripada setinggi gunung dah jadi bukit. Daripada bukit sikit lagi nak jadi busut. Kalau cengginilah...awak drive la sampai kesudah. Kita?? Takpe...kita drive je honda dua tayar sampai kesudah juga. (hamboii...drama sungguh dak aien ni)

#kisah kat atas ni kisah benar. KITA tu...akulah tu. AWAK tu ialah incik suami. Boleh jadi gaduh oii...pasal bawak kereta aje pun...ngalahkan jpj...haha. Tapi kalau dia dah tengok aku diam je sambil bawak tak respon apa-apa pandai je pujuk balik. Hahahaha. Merajuk lettewww. Mengada!!

Bagi kita masa akan kita buktikan pada awak ya sayang. Biar lambat asalkan selamat dan ingatlah orang yang tersayang....cehhhh. Hehe. Iklan sikit.

Sekian. JUMPA LAGI.

SENYUM KAMBING BUATMU

Assalammualaikum wbt...


Malam ni ada kenduri doa selamat dekat tempat kerja.
Bos tumbangkan seekor kambing.


Pagi-pagi lagi bos dah muncul dengan kambing.
Bos suruh aku panggil tukang kebun.
Sesudah dipanggil, tukang kebun dikerah tolong bos tambat kambing dekat tiang.
Garang betul kambing tersebut. Meronta-ronta. 
Sesudah tambat kambing...bos ajak tukang kebun pergi ngeteh.


Sepanjang masa tadi muka bos ada senyum.
Aku pun turut tersenyum.
Rakan sekerja yang lain juga begitu.
Tersenyum-senyumlah kami semua!!


Selang 15 minit bos keluar ngeteh...datang pula kawan-kawan bos.
Kelihatan peralatan menyembelih ditangan salah seorangnya.
Faham la aku.


"Bos mana?"

"Bos pergi ngeteh jap...."

"Lama lagi ke?!"

"Kejap ya...saya call bos!"


............................."Incik...kejap lagi bos sampai.."


"Ok...bos ada cakap tak....nak potong dekat mana?!"

Ahh sudah...nak potong sekarang ke, tunggulah bos sampai kejap lagi, mana la aku nak tahu potong dekat mana, bos tak tinggal pesan pun tadi (cakap dalam hati)

"Errr...potong kat mana ek...saya tak tahu la incik, bos tak tunjuk lak tadi..."

"Laaa....potong dekat mana pun tak tahu??! Potong dekat leher la...tidak...mana nak jadinya..." HAHA. gelaklah mereka beramai-ramai. Mereka ketika itu kelihatan bahagia bersama-sama.







Tersenyum kambing jelah aku mampu pamerkan.
Ciss kejuu.... 


"Yelah incik...potong kat leher. Terlupa pula saya..." 


Sekian. JUMPA LAGI.........SALAM AIDILADHA.



MEMORI BERLUBANG TENGAH

Assalammualaikum wbt....


Jujurnya ada entry dalam draft perlu dihabiskan, tetapi aku dulukan entry yang fresh dari ladang ini bilamana aku rasa nak sangat tulis bila terbaca entry sorang blogger ini berkenaan Dunkin Donuts yang membibitkan kenangan kopi dan donut incik bos beliau (KLIK SINI UNTUK KE SANA)


Tapi kenangan aku hanyalah bersandarkan kepada donut dan ayah semata.
Bukan kopi.
Bukan incik bos. 


Kalau terpandang DD otomatik akan teringat ayah. Teringat kenangan bersama dia masa zaman kanak-kanak ribena. Dulu duduk KL, takde kereta. Pergi mana-mana yang dekat-dekat kena naik bas mini kaler pink. Kalau nak pergi jauh-jauh naik bas ekspress....Puduraya jadi saksi. 


Masa kat Puduraya....tak sah kalau ayah tak belikan DD. Bila dah selalu macam tu aku jadi terbiasa. Kalau tak beli itu luar biasa dan aku akan mula menangis merengek-rengek. Apa kisah orang sekeliling pandang, kanak-kanak merengek biasalah. Namun kasihnya ayah pada anak....ayah pasti akan beli. Ayah ada duit ke takde duit ke aku bukannya peduli, janji ada donut buat bekal dalam bas. 





Ketika aku bersekolah rendah, kami sekeluarga berpindah ke sebuah negeri lain dimana daerah yang aku berada ketika itu tiada DD. Walaupun tiada DD tapi ada Kedai Kek & Roti jual donut...tapi bagi aku ianya tak sama. Aku tak tahu apa yang buat aku rasa tak sama...jenamanya kah atau sebab ayah dah tak belikan apa-apa donut lagi sedangkan ada pilihan lain walaupun bukan donut cap DD sekalipun.  


Naik sekolah menengah.....berpindah ke melaka.
Balik kampung mak.


Dekat melaka DD ada tapi ayah tiada masa katanya. 
Kerja siang malam....mana ada masa untuk keluarga.


Memori antara donut dan ayah makin hari makin suram. Sampai satu masa aku rasa mungkin ini pengakhirannya memori antara aku dan ayah berkaitan dengan DD bilamana ayah sudah menjarakkan dirinya. Bukan sahaja dari aku, malah dari kakak aku, adik-adik dan....mak!


Mak cakap tiada apa perlu disesalkan lagi. Suratan takdir.
Aku faham apa maksud mak sebab aku tak bodoh.


Tahun yang suram bagi aku.
Soal donut dan ayah tolak tepi jauh-jauh. 


Tahun mendatang selepas tahun suram itu kami teruskan kehidupan yang bahagia tanpa ayah. Ayah pun berbahagia dengan keluarga barunya.


Sekarang aku dah boleh beli DD sendiri...tak payah tunggu ayah.
Tapi aku taknak DD lagi.....


Aku pilih Big Apple.
Aku pilih J.Co.
Aku pilih Krispy Kreme.


Hidup punya banyak pilihan dan hidup juga macam donut, walaupun berlubang tengah tapi masih punya sisi tepi untuk dinikmati.



Sekian, JUMPA LAGI.