KEPERLUANKAH?? KAH KAH KAH

Assalammualaikum wbt...

Kenapa kalau nak kutuk sikap dan perbuatan yang negatif perlu terbabit sama kutuk fizikal??? Contohnya "bini Mat Yoyo ni dah la muka buruk...perangai pun buruk!!!"

Dan....

Kenapa kalau nak kutuk sikap dan perbuatan yang negatif perlu terbabit sama bandingkan dengan orang lain yang takde kaitan??? Contohnya "apalah bini Mat Yoyo ni...puihhhh. Tak sama langsung macam bini KFCM..."

Serta....

Kenapa kalau nak kutuk sikap dan perbuatan yang negatif perlu berbakul-bakul maki dilemparkan???
Contohnya....hmmm aku rasa tak perlu sertakan contoh kot....pasalnya kat merata-rata tempat yang up cerita ni pasti ada punyalah komen-komen mengutuk berpakej makian.

Jadi....

Adakah dengan memaki dengan sekian-kian carutan itu dapat membezakan anda dengan bini Mat Yoyo???

Fikirlah sendiri. Sekian...JUMPA LAGI

MASIH FEELING GOOD-GOOD JE...


Assalammualaikum wbt....

KERTAS CREPE (PURPLE, PINK & YELLOW)
GUNTING, DAWAI BUNGA
-GOOGLE-
GOOGLE
GOOGLE
GOOGLE


Jadilah bunga.....dan buatlah banyak-banyak sampai tak larat.

|
|
|
|
V



AIEN NOT ALIEN



Jadilahkan gubahan hantaran yang dibikin sendirian berhad untuk majlis pernikahan hari tu.....buat sendiri lagi jimat. Main cucuk, selit, gam dan letak asal boleh nampak sedap mata memandang sudah. Biarlah walau sekurang-kurangnya yang sedap memandang tu mata sendiri.


Yelah...nak puaskan mata dan hati orang buat apa. "Hmm...boleh la.." ataupun "Jadilah juga rupa hantaran ni...." Orang pandai komen itu tak kena ini tak kena, percayalah orang yang komen-komen ni hanya sekadar komen je, takdenya dia nak tolong betulkan ke apa.  PERCAYALAH


***********************

Masih feeling-feeling pengantin baru ni pasalnya nanti 29/9/2013 nak bersanding lagi sekali, sebelah pihak lelaki di Johor. Kompang dipaluuu...pengantin baru...duduk bersandinggg tersipu malu....♪♫♪♫....hehehe. Sekian. JUMPA LAGI.

ALAHAI.....SIKITNYA!!

Assalammualaikum wbt....


Punya ruang yang luas namun semangatku pudar.
Aku ingin semangat.
Aku ingin semangat.
Aku ingin semangat.


Ingat ulang-ulang tiga kali boleh hadir semangat??



Ini semangka bukan semangat.

Setakat 22 September 2013 dikira termasuk entry ini.....entry aku baru ada 24. 

Sikitnya.




Bila nak mula balik rasa lemau tu ada. Tapi akan diusahakan sikit-sikit agar lama-lama jadi bukit dan blog ini kembali bersinar kembali walaupun sinarnya sedikit. 


Sekian, JUMPA LAGI. 
 

MERDEKAAA!!

Assalammualaikum wbt.....


Alhamdulillah....dengan hanya sekali lafaz terus aku sah bergelar ISTERI, dan menyandang gelaran Puan Aien. ececehhhh. merasalah sikit pangkat 'puan' kan. Kami dinikahkan pada 30 Ogos 2013 selepas waktu asar dan esoknya pada 31 Ogos 2013 baru majlis bersanding diadakan....Pengantin Merdeka.


Oh ya...Selamat Hari Merdeka yang ke-56 Malaysiaku tercinta!!



Malas nak menaip pepanjang...mari cuci mata dengan gambar-gambar yang dicilok dari kamera sedara-mara & kawan-kawan. Gambar dari OP belum siap lagi.


Sedang sabar menunggu.....hehe

SAH....:D

Tak nak pandang kamera la kekononnya...haha




Sedang menuju ke pelamin....






GAMBAR SETERUSNYA DICILOK DARI GENG KOPITIAM










.:::SEKIAN:::.



#terima kasiH kepada geng Kopitiam yang hadir.
##Selamat Pengantin Baru Rapunzel Cikilolo :D