AKU TAK SALAHKAN SIAPA-SIAPA

Assalammualaikum wbt....


Izinkan aku perkenalkan adik bongsu dan kedua bongsu kesayangan sebelum melanjutkan cerita yang tak berapa nak lanjut usianya pasal baru terjadi malam semalam.



Adik bongsu dan kedua bongsu yang sedang berdiri.
Yang terduduk berbaju oren bukan adik...itu anak belaan mak a.k.a anak orang.

Lihat pada gambar cuba teka mana satu adik mana satu abang?? 



Situasi malam semalam....sedang aku bersiap nak keluar ke bandar tetiba terdengar si adik menjerit "Aku tak kacau kau kan lelaki S * * * * L" perghhhh...berdesing telinga aku. Tak pernah-pernah aku dengar ayat macam ni keluar dari mulut si adik.



Tak tunggu lama terus aku cari si adik "siapa ajar cakap macam ni???"



"Abang boy yang mula cakap S * * * * L dulu.." muka takut-takut.



Tak tunggu lama lagi macam tadi terus cari si abang "siapa ajar cakap macam ni?? kenapa cakap adik macam tu??"



"Dekat TV cakap macam tu boleh je kalau marah-marah..." 



Perghhh...masa tu aku rasa kecik besar kecik besar je budak-budak ni....mudah terpengaruh!! Nak cepat punya pasal sebab nak ke bandar sebelum hujan turun (masa tu dah bunyi guruh) aku sempat pesan "takpe...tunggu angah balik kejap lagi siap korang ea.....belum habis lagi ni" terus aku keluar. 



Balik je rumah....dua-dua dah masuk tidur.



Tengok jam.....baru pukul 8.46 malam. Kemain awal masuk tidur ya.....takpe tidurlah dulu ya sayang-sayangku berdua. Grrrrr.



#mencabar betul zaman sekarang......baru adik-adik, esok lusa entah macam mana cabaran yang menanti untuk besarkan anak-anak pula.