TERSALAH MASUK

Assalammualaikum wbt....


Baru-baru ini yakni hari sabtu malam ahad yang lepas kebetulan incik tunang ada balik kampung pastu dia ajak jalan-jalan kat Jonker Walk.


Sampai....tinggalkan kereta berhampiran Uptown Melaka yang berhampiran Dataran Pahlawan terus bergegas ke Pahlawan Mall......cari ATM. 


Jumpa ATM berhampiran Vincci......tengah beratur nak cucuk terasa nak ke tandas la pulak. Incik tunang dah pergi dulu, dia selesai aku pun suruh dia pegangkan handbag jap....lantas dengan pantas aku berjalan masuk ke tandas.







Masuk-masuk je...berubah terus muka aku!!
Sejak bila tandas perempuan ada sinki pelik-pelik ni???




More less beginilah......bersusun je kat dinding.

Pelik betul rupa sinki yang aku jumpa....kehkehkeh.


Dalam sesaat dua aku terperanjat otak terus bagi isyarat....TERSALAH MASUK DAAA!! Nasib takde orang kalau ada la kan kan kannn.....perghhh!! free-free je aku cuci mata. 


Sekian. Pengalaman aku tersalah masuk tandas. 


JUMPA LAGI.


PELUANG KEDUA KATANYA

Assalammualaikum wbt...


Disebalik aku sesat dalam sibuk dunia pekerjaan masih terselit ruang untuk bernafas walau sedikit. Cumanya, ruang itu aku manfaatkan pula untuk tujuan peribadi. Maka terabai tertonggeng tertunggang terbalik la blog ini jadinya. Perghhh.....alasan kalau dicari jumpa aje. HAHA. 


Tengok tajuk....peluang kedua katanya. Apa yang korang faham pasal peluang kedua?? atau dalam bahasa omputih "second chance" dalam latin "secundus potestas" dan dalam spanish pula "una segunda oportunidad".....terima kasih google translate. 







Ada orang dia sangat berharap untuk mempunyai peluang kedua.
Tapi dia tak dapat.
Kesian.


Ada orang dia sangat bersyukur bila mendapat peluang kedua.
Bila dah dapat dia cuba untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. 


Ada orang dia anggap peluang kedua yang diperolehi sama macam sampah.
Bila dapat sekejap je berubah lepas tu ulang semula, semula dan semula.








Jadi kalau anda memerlukan peluang kedua berusaha la sehabis daya.
Kalau anda sudah memiliki peluang kedua hargailah dengan sehabis baik.


Kalau anda pesen orang yang jenis TELAH, SEDANG dan AKAN anggap peluang kedua ibarat sampah.....beringat-ingatlah tak semua orang berpeluang punya peluang.


Sekian. JUMPA LAGI.



#terasa ke?? bukan kau...tapi dia. peringatan untuk diri sendiri juga. Hehehehe.