BABY AYAM

Assalammualaikum wbt.....




Sekarang dekat TV3 kan ada iklan berkenaan bantuan perniagaan, jadi malam tadi ada pasal penternakan ayam kampung.....nampak la sikit dorang tunjukkan baby ayam menetas dari dalam telur. Comel-comel belaka.


Masa tengok baby ayam (macam comel je baby ayam....) aku gelak sorang-sorang....mak aku pun pelik "Kenapa??! Lawak ke??" 


"Takde la....bila orang tengok anak ayam ni teringat pulak dak Farah.." HAHAHAHA....mak aku pun join gelak sekali, dapat tangkap la tu apa yang aku dok gelak-gelak tadi. 







FARAH ialah dua-pupu aku, kira anak kepada sepupu mak dan cucu kepada atuk sedara yang dipanggil Tok Ngah....rumah Tok Ngah sebelah je dengan rumah aku. Si Farah ni duduk Singapura, jadi bila dia balik kampung memang aku tahulah sikit-sikit gerak geri dia. Sekarang ni umur dia dalam 18 tahun kalau tak silap la, dah cantik pun....dulu-dulu comot.



Comot sebab lasak sangat.....suka buat benda pelik-pelik bila balik kampung, lari sana lari sini sampai berpeluh-peluh. Tok Ngah kata dekat kampung baru dia jumpa tanah jadi biarkan dia melasak....hahaha.



Start umur dia berapa tahun ntah, setiap kali balik kampung je mesti dia ajak ayah dia pergi bandar dan beli baby ayam dalam 4 @ 5 ekor macam tu untuk teman dia bermain....kadang aku nampak dia dukung la, picit-picit la, cium la, lambung-lambung la, balut dengan kain la konon macam pakaikan baju....kira buat macam anak patung.







Pelik-pelik betul budak bandar sorang ni......kalau seminggu dia dekat kampung maka seminggu tulah dia kelek baby ayam yang ayah dia belikan. Jadi bila nak balik Singapura semula.....biasanya baby ayam dari 4 @ 5 ekor akan berkurangan seekor atau dua akibat mati kelemasan, tapi kadang ada juga yang berjaya hidup semuanya. Nasib-nasib. Jadi kalau yang berjaya hidup tu akan dibela oleh Tok Ngah & Nek Ngah sehingga menjadi ayam dewasa.


"Kurrrr......kurrrrrrr...." bunyi Nek Ngah panggil ayam si Farah untuk diberi makan. 



"Kiokkk...kiookkkkk...." bunyi ayam yang ditangkap Tok Ngah untuk disembelih.



Menjadi kebiasaan setiap kali ayam disembelih itu tandanya keesokkan harinya Tok Ngah & Nek Ngah akan berangkat pergi ke Singapura melawat cucu kesayangan mereka....FARAH. Siap ada bekal lauk ayam lagi.



"Kelassss.....kau Farah" 



Beginilah kitaran hidup baby ayam si Farah. Sampai umur dia 14 tahun macam tulah baru stop beli baby ayam....ayam-ayam yang ada sekarang semua dari baka-baka ayam yang dulu-dulu. Sekian. JUMPA LAGI.

TERKILAN

Assalammualaikum wbt....


Apakah ubat yang mujarab untuk mengubat rasa ke-terkilan-an terhadap sesuatu perkara yang terjadi dalam hidup kita?? Bergantung pada keadaan ye dak??


Bila dalam entry aku makan bola tenis....Cekgu Bundle "#aku lama tak makan coconut shake la aien..agak2 bila ko sudi belanja aku..lani gak aku datang melaka..haha" HAHAHAHA. Ya..belanja ek? Kalau nak tahu setiap kali aku terlalu depan Coconut Shake Klebang tu setiap kali itulah ramai berderet orang beratur, takpun tutup ke....terkilan aku sebab tak pernahnya dapat pun nak beli setiap kali aku pergi. :(




Google jelah yang dapat.


Takpe...terkilan yang ini boleh diubati dengan mencuba lagi sampai dapat beli. Ikut pada rezeki. Takpun aku ingat nak try yang dekat Batu Berendam lak...dengar cerita sana pun boleh tahan. InsyaAllah satu hari nanti pasti merasa juga...cuma cepat atau lambat jelah. Positif aien!! 






Tinggalkan pasal coconut shake. Bagaimana pula dengan rasa terkilan tak dapat jumpa seseorang yang ingin kita jumpa kerana berhalangan??



Pada 18/02/2013......Cik Nan.....ayah kepada kawan baik aku sejak dari zaman hingusan telah kembali ke rahmatullah. Aku terkilan masa arwah diserang strok dan koma....aku dah sampai depan pintu masuk ICU Hospital Besar Melaka, tapi tak dibenarkan masuk melawat memandangkan keadaan arwah sangat kritikal.


Saat itu ketika itu aku hanya mampu berdoa pada Allah
Sedihnya hati hanya DIA yang mengerti.


Allah lebih menyayangi Cik Nan. Innalillahiwainnailaihirojiun......sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali, Al-Fatihah.


Aku hanya dapat melihat sekujur tubuh Cik Nan diselimuti kain batik lepas diruang tamu rumahnya....lepas ni takdelah main balas-balas hon setiap kali terselisih di jalanan. Takde lagi gurauan Cik Nan yang aku anggap macam ayah sendiri "Olen...pakcik garang ke?? takkan...hehe. pakcik garang dengan anak-anak pakcik je..." 





#Untuk terkilan yang ini ubatnya sedekahkan Al-Fatihah....semoga roh arwah dicucuri rahmat.

#kawan baik aku yang anak arwah Cik Nan ni nama dia Fateha....aku pernah buat entry pasal dia dulu tapi malas nak godek cari link.

#Fateha ni anak sulung...3/3/2013 ni dia nak kahwin. Berat betul dugaan dia. "Teha...semoga kau tabah ya sayanggg..."



MAKAN BOLA TENIS

Assalammualaikum wbt....


Merata tempat aku pergi cari idea nak karang entry baru dan akhirnya ketemu jua setelah pekena Bola Tenis semangkuk. Hamboih....selera tak agak-agak, ini Aien ke Alien??? HAHAHA.



SUMBER : Google jelah seperti biasa


Betul la ini Aien pasal aku makan Bakso Tenis bukannya Bola Tenis yang betul-betul pun, tadi tu acah mak enon pagi-pagi makan timun je. Hehehe. Mari nak cerita.....bagi penggemar Bakso agak terbaik kot, dia punya bebola daging betul-betul "besauuu lerrr" bak kata orang melaka. 



SUMBER : Google jelah seperti biasa


SUMBER : Google jelah seperti biasa


Pilihan pula pelbagai kalau nak pekena Bakso ni....mee, yee mee, wantan mee, bihun, kuey teow, dll. Harga pun bermula dari RM4.00 bagi yang biasa kalau tak silap dan paling mahal pun RM6.50 juga kalau tak silap sebabnya aku hanya perasan betul-betul harga Bakso aku je RM5.50 semangkuk ada seketul bebola besar bola tenis dan 5 biji lagi yang saiz normal.


Kalau tak minat Bakso tak mengapa sayang-sayang semua....pasal ada makanan goreng-goreng lain dan kalau nak kelainan boleh cuba Nasi Goreng Ayam Berlada....perghhhh sodap!! tapi podehhh!! Hehehe. Lokasi kedai ni betul-betul terletak di seberang jalan berhadapan pintu masuk utama Hospital Besar Melaka.



Ok...ini jelah nak cerita. Sekian. JUMPA LAGI.

BUKAN SENANG NAK SENANG....TETTTTT~

Assalammualaikum wbt...



Tolak tepi bulan februari maka ada lagi 6 bulan untuk aku membuat persiapan tetttttt. Cerrr teka...cerrr tekaaa apa 'tetttt' tu. HAHA. "Mengada kau aien...."



Sekarang aku dah mula rasa debaran bakal menjadi perantin.....orang kata tempoh 6 bulan ini sedang elok la nak buat persiapan kan kan kan. Lagipun ujian saringan HIV pun valid 6 bulan...tapi ujian ni nanti dulu la, pasal yang ni aku rasa masih awal lagi kot. Hehehehe.



Sebelum ni tak rasa berdebar sangat pasal masih rasa "ahhh..lambat lagi. still have time mehhh..." tapi bila semalam dah deal dengan pihak katering tetapkan tarikh, menu dan bincang itu ini dengan sebut harga berjumlah sekian-sekian yang banyak tuh aku rasa....fuhhhh!! berdebar. Tak pasti la berdebar sebab jumlah RM yang kachingggg kachingggg bakal mengalir atau memang betul ya berdebar nak nikah kahwin ni. "konpius kita taw..." 



Hooray!! hati manyak sinang kata orang.
Selera makan bertambah...ukur lilit pipi pun sama bertambah. grrrr.

#maap ler sesak mata memandang...bukan selalu tepek gambar sendiri.



Lopeh ni nak jumpa dengan mak andam lak. Bakal bertambah debaran dengan bunyi kachinggg kachinggg....ternyata bukan senang nak senang ni. HAHA. Majlis nak buat sesimple mungkin pun susah juga bila melibatkan ramai pihak....hadapi je dengan senyuman dan makan. Eh! Tak tak...makan tu kena kurangkan sikit, ramai dah tegur betapa pesat membangunnya aku sekarang. Sekian. JUMPA LAGI.



RANCANG

Assalammualaikum wbt....


Sejak kes aku dimarahi isteri orang aku telah pergi membawa diri ke Johor untuk memujuk hati yang lara. HAHA. Hamboih...drama sangat. Takdelah...memang kebetulan aku nak pergi Johor ikut perancangan dan kejadian dimarahi itu pula tak dirancang. Heee.






Tangkak - Kluang - Masai - Pasir Gudang merupakan lokasi persinggahan sepanjang 2H 1M aku berada di Johor atas urusan kerja plus peribadi sikit. Paling teruja aku pergi KLUANG la.....tempat jatuh masa kanak-kanak dulu. Setelah hampir 17 tahun aku tinggalkan Kluang akhirnya bila dapat jejakkan kaki semula membuatkan darjah keterujaan sangat tinggi sampai kembang kempis hidung tak ingat dunia.



Oh. Ya...bila lalu kat depan Taman Universiti pula yang terletak in between Skudai and Pulai kalau tak silap (sorry kita lemah sikit keadaan geografi Johor...hafal Melaka je. HAHA) otomatik Kak Liyaa Mf dalam kepala otak. Pastu tersinggah pula dekat Plaza Angsana yang kebetulan ada Pameran Pengantin sedang berlangsung. Punyalah berharap dan merancang nak pergi yang dekat Melaka sekali terpergi kat Johor punya pameran. 



Banyak betul kejadian yang tak dirancang dan yang dirancang berlaku sepanjang aku berada di Johor. Ternyatalah dalam hidup ini kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah s.w.t yang menentukan segala perkara yang menjadi ketentuan-Nya. Sekian. JUMPA LAGI.


INSECURE....KAH??

Assalammualaikum wbt....


Petang semalam ada 'sesuatu' berlaku.
Bos tanya mana tukang kebun.
"Ada kat belakang sana...."
Bos pergi ke arah yang aku tunjuk cari-cari tak jumpa.
"Mana? tak ada pun!"
Aku pun bergegas la ke arah telefon opis...nak call je senang.
"Ntah mana-mana je menyorok ni....grrr" hati aku bercakap sambil tekan nombor.
0123456789....kringgg kringgg kringgg..."Hello Incik M***** ada kat mannn..."



Belum habis sudahkan ayat tanya "kau sape ni cari-cari laki aku hahh!!!"
Perghhh...garang gila suara yang menyambut.
Berdesing telinga aku.
"Eh..ni bukan nombor Incik M***** ke??" Tanya aku naif.
"Kau buat apa cari dia..ni aku bini dia, kau siapa hahhh?!!"
Terkulat-kulat spora aku pandang telefon opis kaler merah.






"Errr...bos yang cari Incik M***** saya call je nombor yang ada dalam simpanan opis ni. Mana la saya tahu ni nombor puan....Incik M***** yang bagi kat opis nombor ni!!!" Aku pun dah mula meninggi sikit suara sebab nak lawan suara lantang orang disebelah sana. 



Masa aku bagi penjelasan dia dok pot pet pot pet serupa bertih janggung kena bakar. GILA!!! Laki ang yang bagi nombor ang kat opis pergi la marah laki ang. Arghhh!! tension aku kena sembur tak pasal-pasal...bukan salah aku!! Aku terus letak ganggang pastu aku cakap la kat Bos...tapi Bos gelakkan aku. Perghhh...double bengang aku dibuatnya.



Pastu selang beberapa minit Incik M***** mula menampakkan dirinya. Aku pun tanyalah kenapa bagi nombor bini dia kan dah menyusahkan orang. Incik M***** boleh sengih-sengih serupa kerang busuk, dia cakap dia tak ingat nombor dia sendiri. Hmmm....apo nak dikatokan laie. 





Aku hanyalah mangsa keadaan. Tak pasal-pasal je kena semburan bini orang yang super garang. Ini baru salah faham. Perghhh...menusuk kalbu. Balik rumah aku ngadu kat kakak aku pastu dia cakap apa "sabau jelah....agaknya Incik M***** pernah ada skandal dengan mana2 perempuan kot, itu yang bini dia rasa insecure dan bertindak macam tu...." Apo-apolah. 


Sekian. Jumpa lagi.


MISTERI ACIK CHOBIT

Assalammualaikum wbt....


AWAS : Entry panjang gara-gara 5 hari blog sepi tanpa entry baru. HAHAHA.


Selamat berhari sabtu semua-semua. Tadi kita keluar sekejap pergi tengok motor dekat bengkel, tapi boleh tak siap lagi dari semalam hantar...geram je rasa. Janji siap sebelum tengahari. =_=" Bila dah geram jadi malas nak tunggu lama-lama kita balik rumah sekejap sebelum masuk opis balik. Dekat rumah ada anak buah....tengok dia ceria semacam je baru bangun tidur. Matahari dah tegak baru dia bangun, ini semua sebab malam tadi dia susah tidur gara-gara Acik Chobit.



Siapakah Acik Chobit??


Entah la....Seisi keluarga aku memang tak kenal.


Misteri kan??? Hehehe.


Ya memang misteri pun. Malam tadi aku tidur mati tak sedar apa pun....pagi tadi nak pergi kerja baru tahu mak cerita. Agak kecoh la malam tadi gara-gara Acik Chobit ni.



Sebenarnya dah dua malam berturut-turut Acik Chobit ni kacau anak buah aku si Rara (umur setahun berapa bulan ntah....). Pasal dah dua malam kena kacau pun aku baru tahu...kesian betul aku, asik ketinggalan je. Anak buah aku si Rara ni dah boleh bercakap cuma kadang pekat juga pelat baby dia tapi kami semua masih boleh faham dia cakap apa. 



Gambar cilok dari Google. Saje je nak hias cerita...hehehe




Orang kata kanak-kanak memang tulus suci murni tak pandai menipu tapi ada juga yang kecik-kecik cili padi kadang jadi lada benggala terus...sudah pandai menipu / reka cerita. Tapi aku percaya Rara bukan lada benggala sebab peringkat umur macam dia masih lurus lagi.



Orang juga kata budak-budak ni boleh melihat apa yang orang dewasa tak nampak....makhlus halus. Rara ni pulak lain pesen sikit, kalau aku cerita tak semua orang percaya....tapi takpelah aku cerita juga dan terpulang pada korang. Dia bukan setakat boleh nampak...dia juga berpakej boleh dengar dan cakap sekali dengan apa yang dia nampak. 



Mula-mula bila ada sorang hamba Allah yang pandai mengubat berkonsepkan perubatan Islam cakap Rara ni macam lain sikit kitorang semua tak percaya. Tapi oleh kerana dah terlalu kerap insiden kecil berlaku yang menunjukkan dia lain macam seperti apa orang tu cakap....nak tak nak kena percaya. Lagipun kami semua sedar kita ni berkongsi dunia dengan benda yang kita tak nampak. :D



Insiden kecil yang aku maksudkan selalunya dia akan pandang tepat dekat mana-mana arah benda tu duduk dan bila ditanya siapa dia akan cakap "kawan ayah...." itu merujuk pada lelaki kot pastu kadang "kawan mama..." jantina sebaliknya.



Kalau benda tu rupa paras elok sikit dia tak takut...kalau yang ganas2 sikit dia akan merengek sambil cakap "aya takut...takut....muke ye tu.." 



Gambar sekadar hiasan semata.



Kadang dia slumber je "meh shini meh..." takpun "jom la shini..." kalau siang takpe ini tengah malam orang nak tidur. Seram dibuatnya. Macam kes Acik Chobit ni...adik aku yang kena. Dia tengah melayan Rara dekat ruang tamu masa malam kejadian....tiba-tiba Rara pergi dekat tingkap siap dengan gaya bersungguh nak buka tingkap, bising mulut dia "mateh (mak teh) ada acik nak mashuk..." adik aku layan jelah "Acik mana ni??" Rara masih pandang tingkap "Acik Chobit...." Adik aku gelak-gelak sebab kelakar nama chobit tu tapi tak lama kemudian bulu roma dia meremang tiba-tiba. Rara lak tak dapat buka tingkap dia pergi kat pintu dan intai dari celah bawah daun pintu sambil mulut dok cakap apa ntah "Acik Chobit....bla bla bla.." terus adik aku angkut dia ke tempat lain.



Siapakah Acik Chobit?? Misteri. Masuk malam kedua jadi kecoh sebab Rara tak tidur-tidur walau mata dah layu habis sampaikan kena panggil sorang hamba Allah datang mengubat dan memagar kawasan. Tak cukup pagar dawai agaknya...hehehehe. Jadi kena la pagar memagarkan sebab kali ni lain macam sikit pesen makhluk yang datang melawat Rara.



Rara mungkin ada six-senses kot. Kitorang suspek sebab dia macam tu...errr dia anak sulung dari pasangan ibu bapa yang juga merupakan anak sulung. Kakak aku sulung abang ipar aku pun sulung. Hmmm...ada kena-mengena ke?? Tak kot. Takde apalah kan...hehehe. Korang percaya ke bila dah baca sampai sini??   



Sekian. Maaf panjang....ada ke yang baca??? Takde kot. JUMPA LAGI.