HANYA DALAM KEPALA OTAK

Assalammualaikum wbt....

KISAH 1


"Bang....kuew teow kungfu ada tak??"


"Ada dik..."


"Hmmm.....mee hailam??"


"Ada jugak dik....nak ke??"


"Ok.....kalau macam tu bagi saya nasi goreng u.s.a satu!!"


=_="


Selalunya ayat-ayat cenggini hanya dalam kepala otak jelah. Tanya-tanya menu lain tapi order lain....dapat kat tukang ambil order yang tak pandai bergurau ada aku makan nasi guna straw nanti. Jadi untuk situasi sebenar aku selalunya akan order terus apa yang aku mahu lurus-lurus.  




KISAH 2



Sumber dari Google la macam biasa :P


"Hoi...Berangan ke??"


"Eh..mana ada la, aku cuma berimaginasi je...."


"Sama la tu....grrrr"



Berimaginasi adalah hak milik setiap insan. Kita berimaginasi untuk melepaskan lelah realiti barang sebentar...bukan kena bayorrr pung...ngehehehe. Ini salah satu cara nak hilangkan stress secara FOC. Sekian. JUMPA LAGI.



MUSIM MENGAWAN

Assalammualaikum wbt....



Malam semalam tertunai juga keinginan kita nak pergi tengok haiwan2 di Zoo Malam Melaka. Dari tahun lepas lagi teringin....lama kan?? Sebenarnya tahun lepas punya bulan disember kita mula teringin. Aduhainyapun macam la lama sangatkan....hehehe.


Terima kasih Incik Tunang...penat2 pun sanggup je bawak. Tahun lepas nak masuk tak boleh sebab Zoo Malam tak beroperasi. Harap2 da kawen nanti awak teruskan lagi ya layan kita macam ni. Kalau tak.....kalau tak....hmmmm kita merajuk 2 minit 20 saat. Hahahaha....mengadanya kita. Kita rasa seram sejuk lak menaip gaya cenggini.....KITA.



Gambar cilok dari Amirrah Zawani sebab kita dilarang amek gambar malam2.


Ehemmm...hehe. Kalau sesiapa berminat boleh la datang ke Zoo Malam Melaka, tiket masuk RM10.00 untuk dewasa. 


Lain-lain harga rujuk sini http://www.zoomelaka.gov.my/ sebab aku lupa. :D


Nampak tak dekat link atas ni 'gov.my' maknanya government la kan?? malam tadi aku borak-borak dengan salah sorang guide, dia cakap sekarang Zoo Melaka dah diswastakan, banyak pembaharuan akan dijalankan dan dorang cakap jika tiada aral melintang 1 Februari 2013 akan diadakan sehelai majlis perasmian. Ini dari mulut dialah...kalau tarikh berubah harap jangan salahkan aku. Hehehe.  


Oh. Ya....malam tadi aku pergi haiwan-haiwan sangat aktif, dan kebetulan tengah musim mengawan bagi harimau-harimau dan singa-singa jadi kalau bernasib 'baik' dapatlah cuci mata tengok aksi mengawan dorang. HAHAHA. Tapi nasib kami tak berapa nak baik sebab tak dapat tengok wayang free yang kami dapat hanyalah menyaksikan sekumpulan otter yang sedang tidur bangun berjemaah semata-mata nak membuang tinja berjemaah je...agak tertib ya sebab berbaris dan agak sedih betul sebab berlaku betul-betul depan mata maka terpaksa hadam bau yang agak hamboihhh la sebab hasil makan ikan keli sebagai diet harian mereka. 



"Kahkahkah....kacau lagi aku tidur malam2. main suluh2 lampu sape suruh...."


grrrr....busuk giler =_='



Ok. Ini jelah nak cerita. Sekian. JUMPA LAGI.




ASAM PEDAS DIHARI LAHIR

Assalammualaikum wbt.....



Semalam birthday incik bos kita, malu-malu dia bila kita wish kat dia. Bos dah 32 tahun ek....pastu dia balas apa "saya rasa macam baru masuk 23 tahun je...." Hahaha....perasan muda. Dah gelak-gelak terus lepak borak-borak, tak pernah-pernah begini buat kita rasa macam pelik-pelik jelah incik bos ni, tapi kita layankan aje dia. Sesekali kan...selalu serius je. 



Semalam juga birthday Pak Uda incik tunang kita....sebaya incik bos kita pulak tu secara kebetulan. Kita tak wish pun sebab kita pula yang malu-malu. Hakhak. Tak boleh blah betul kita ni....yelah malam tadi kita dipelawa ikut family tunang kita makan malam untuk celebrate birthday Pak Uda dia. Kita pun memang dasar pantang nampak makanan terus terlupa nak wish. Kita makan2 dekat area Pasar Borong Melaka....pekena asam pedas!! tapi disebabkan tersilap masuk kedai maka kita makan la asam pedas yang kurang kick sikit, sepatutnya *kedai lagi satu. Takpelah....rezeki tuan kedai tu malam tadi. 



*asam pedas pasar borong paling sodappp kalau ikut citarasa aku dan incik tunang ialah kedai yang betul-betul berhampiran dengan tandas awam sebelum deretan kedai makan cina. (kot-kot ada yang nak try cuba test bila datang melaka kan....hehehe)



Dihidangkan dalam claypot...panas2 berasap~

Sumber : Google


BERUANG BERBULU

Assalammualaikum wbt...


Konon-konon private blog sebab nak ubahsuai....sekali ngadap lama-lama muak, macam nak upah orang jelah, yelah nak dapat free bukan mudah sekarang ni. heeee. semua berbayor....takpe la tangguh dulu. Tadi BW pastu terjumpa pasal Hukum Simpan Teddy Bear dari blog Lea IsNawi.


Lea pun ada sertakan sekali link untuk tahu lebih lanjut berkenaan hal ini.....KLIK SINI



Hmmm....beruang berbulu ini aku ada banyak, tak tahulah kenapa agaknya orang-orang suka hadiahkan beruang berbulu ni, mungkin ianya mudah, banyak pilihan dan murah barangkali jika nak dibandingkan dengan hadiah berupa kereta, rumah, emas, motor, basikal, tiket flight, etc. Hamboih!!



Banyak lak cekadak....orang dah hadiahkan terima aje la.



Koleksi aku....

Gambar yang kat atas ni semua koleksi aku, dan selalunya mereka2 ini duduk dalam kotak, hanya dikeluarkan bila tengah rajin kemas2 bilik la selalunya. Memang tak buat hiasan pun sebab memang dah tahu tak boleh buatkan....



...patung/boneka dsb hanya dibenarkan dalam dua situasi, iaitu apabila kanak-kanak bermain dengannya, dan jika terdapat kecacatan pada patung tersebut...SUMBER : KLIK SINI



Kini tibalah masanya.....aku nak derma dekat kanak-kanak. Tertangguh-tangguh selama ini sebabkan rasa sayang yang menebal dalam diri sebab setiap seekor beruang berbulu ini punya cerita disebalik cerita...hanya aku yang mengerti isi ceritanya. 



Nekad. Biar gambar jelah jadi kenangan....takpelah beruang berbulu semua tiada jodoh antara kita lagi. Sekian. SELAMAT TINGGAL.



EDIT : Beruang berbulu telah selamat diagih-agihkan kepada budak2 kawasan kejiranan pada 23/01/2013...06.43PM. Mereka seronok aku lega. Fuhhhh~selesai. :D



TAKDE PENYAKIT CARI PENYAKIT

Assalammualaikum wbt....


Saat aku menaip ni aku tengah pening2 lalat kesan dari Prednisolone dan Chlorpheniramine Maleate....kelasss kau ubat, nama panjang-panjang gitu. Salah satu ubat ni boleh menyebabkan mengantuk dan MC pun dapat sehari je, bila kena kerja terpaksalah kerja dalam keadaan mamai sikit....nak fokus pun susah, jadi time rehat aku bantai tidur dekat surau. Hehehehe. 



Sila...sila...jamu selera~


Esok merupakan hari terakhir hubungan aku dengan si Prednisolone & Chlorpheniramine Maleate...tak sabar rasanya nak mengakhirinya pasal tak larat nak telan 7 biji ubat sekali makan sambil merasa kepahitannya di anak tekak...euwwww~ ini semua gara-gara takde penyakit cari penyakit. Silap aku sendiri...aku keracunan kolagen. Sepatutnya tak jadi apa pun kolagen ni...aku kena amek dengan Vitamin C tapi Vitamin C aku pulak dah memang plus kolagen siap-siap (tak perasan =_=') maka ter-overdose kolagen lah....jadi terlebih kerja keras lak badan ni nak singkirkan toksin. Tak pasal-pasal rasa seram sejuk, timbul ruam satu badan dan susah nak bernafas. 


Hehehehe.....



Aku cerita ni bukan sebab nak mendedahkan kepandaian sendiri (bodoh sebenarnya....semua orang pernah bodoh =_=') dengan sengaja, tapi lebih kepada nak bagi peringatan bersamalah....bertanggungjawab la dengan diri sendiri bila mengambil sebarang jenis ubat, baca betul-betul setiap arahan dan kenal pasti ubat anda dengan bantuan doktor / ahli farmasi. Kalau cuai...nanti jadi macam aku (padan muka sendiri...huhu). Belajar dari kesilapan....dan paling penting masa sakit ramai ambil berat. Berapa kilo?? Just kidding. Hahaha. Sekian. JUMPA LAGI.



ILHAM DARI TYPO ERROR KATANYA

Assalammualaikum wbt...



Bila singgah balik godek entry Kak Liyaa : Reveal or Conceal secara tiba-tiba aku dapat ilham nak buat entry ini selepas pulih dari sawan malas dari pembawaan Cekgu Bundle. Apa punya spesis pendahuluan la....hahaha. Takde idea sebenarnya tapi nak update juga. =_=" 



Ilham yang aku dapat dari Reveal or Conceal ialah....entah kenapa entah bagaimana masa nak taip CONCEAL ter-typo-error lalu mata dan otak aku tertangkap typo itu menjadi CONCEALER, nasib perasan sebelum hantaq komen dapatlah ilham. Ternyata....ilham itu boleh hadir dalam pelbagai rupa, bentuk, jenis dan sama waktu dengannya, tinggal malas atau rajin je nak diproses menjadi entry. Kiranya....sampai takat ni korang baca nampak tak betapa rajinnya aku?? Hahaha. 



Contoh Google 1


Contoh Google 2


Contoh Google 3



Mari aku sambung kerajinan aku setelah pulih dari kemalasan.....bila terperasan typo-error concealer terus je otak aku yang rajin ini terbayangkan produk-produk kecantikan wanita. Mungkin sebab sekarang aku dalam proses menjaga kulit wajah agar halus mulus tulus kudus sebagai persiapan nak kawen-kawen maka laju je otak ini memberikan bayangan ghoperrr begini. :D



Proses nak cantik makan masa, jadi aku rasa masih belum terlambat baik aku mula sekarang. Lagi beberapa bulan je lagi maka sekarang aku tengah mengamalkan permakanan Vitamin C dan Kolagen secara teratur, jaga permakanan harian, jauhi minuman berkafein (good bye nescafe....sedih!!), banyakkan minum yakult dan air mineral. Dulu tak kisah sangat nak jaga-jaga ni...tapi sekarang perlu. B2B katanya....Bride-To-Be ok bukan B2B urut-urut tu...tettttt.



Nak kawen-kawen ni banyak proses kan kan kan. Aku banyak habiskan masa dekat internet bila ada masa terluang dekat opis dengan mencari idea-idea untuk majlis itu yang kurang BW dan rasa malas nak menaip entry (alasan kukuh). Oh ya...hasil dari pencarian tema kaler yang in untuk 2013 ialah kaler2 masam jadi aku terpaksa lupakan merah makngah~huhuhu. Lagipun kaler2 masam cantik gak....lembut je. :D


Ok la....Terasa panjang lak ilham aku persembahkan. Nanti lagi panjang bukan ada yang baca sangat. Hehehe. Sekian. JUMPA LAGI.



Kap Ba Ro Kap Alif Ta Nun

Assalammualaikum wbt....



Apa khabar semua-semua orang?? *lambai2 tangan* Harap sihat sejahtera dan semoga panjang umur...eh! Dah rupa ucapan Birthday la pulak. Hehehehe. Sengaja je selitkan semoga panjang umur siap bold sekali sebabnya nak selarikan dengan apa yang nak dikongsikan pada entry kali ini. 


Acap kali kita dengar ucapan "semoga panjang umur" bilamana sering diucapkan (kebiasaannya) setiap kali tibanya Birthday seseorang....naik lali bukan?? Apa kata kita ubah ucapan "semoga panjang umur" kepada "semoga berkat umur" sebagai contoh. 



Mak aku ada dengar ceramah agama dari seorang ustaz ni....dia cakap more less begini (nak sebiji sama tak dapek la yo...) "kita tak boleh nak ucap semoga panjang umur disebabkan setiap orang dah ditentukan umurnya tara mana....jadi apa yang nak dipanjangkan lagi? jadi elok kiranya kita tukar....doakan semoga berkat umurnya....." Biasakan diri agar menjadi kebiasaan. 


*************

Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud melaporkan; “Rasulullah saw menyampaikan kepada kami dan baginda adalah orang yang benar dan dibenarkan, ‘Sesungguhnya penyempurnaan penciptaan kamu berlaku di perut ibunya sebagai setitis mani selama 40 hari, kemudian berubah menjadi setitis darah selama 40 hari, kemudian menjadi segumpal daging selama 40 hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat, lalu ditiupkan roh padanya. Kemudian diperintahkan supaya menetapkan empat perkara: Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya. Demi Allah yang tidak ada tuhan selain –Nya, sesungguhnya antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta, tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga.” – HR Bukhari dan Muslim.

Dari hadith di atas, sahihlah bahawa 4 perkata telah tercatat di Luh Mahfuz sebagai qadar seseorang sehingga ajalnya. Allah swt telah menetapkannya sejak azali lagi. Apakah 4 perkara tersebut?

1. Rezekinya
2. Ajalnya(umur)
3. Amal kecelakaanya
4. Amal kebahagiaannya

Tiada siapa yang mengetahui qadarnya, hatta nabi dan rasul pun tidak mengetahui melainkan Allah swt.



*************


Kap Ba Ro Kap Alif Ta Nun. Keberkatan.......bersamalah kita titipkan doa keberkatan sebagai hadiah hari lahir dimasa akan datang. Sebut pasal HARI LAHIR ramai orang suka sebut "Selamat Hari Jadi"....nak tanyalah, korang tahu ke bila dorang JADI?? Hahaha. Kalau LAHIR yelah jugakkan....Sekian. Entry ini sekadar pendapat dari aku insan yang kerdil, kalau ada salah dan silap mohon betulkan ya. JUMPA LAGI.



EVOLUSI NAMA

Assalammualaikum wbt...


EVOLUSI. Seperti yang kita sedia maklum...evolusi ialah perkembangan secara beransur-ansur, terutamanya pada bentuk yang lebih kompleks. Contoh :



Pada Tahun 1981

A : Nenek awak nama apa ?
B : Senah Binti Abu

Pada Tahun 2040

A : Nenek awak nama apa ?
B : Natalia Ellysa Evans Binti Zack Manshahar...



Sumber : KOPIPES DARI FESBUK SEPUPU



Nampak tak?? pasti nampak....dan pastinya mana-mana borang rasmi dibahagian nama terutamanya akan memerlukan ruang yang luas untuk menempatkan nama-nama yang sedang berevolusi. hakhak. Nama pepanjang tapi panggil alahai....boboy, rara, wawa, fifi, didi, etc. etc. etc.





Ok. Sekian untuk entry kali ini. JUMPA LAGI.