PESAN PAK CIK

Assalammualaikum wbt....


Semalam dalam pukul 6.30 petang keluar rumah dengan semangat membara nak menapau satay maka terus la kami ke Alor Gajah....satay di depan Balai Bomba dituju dengan penuh debaran. Cehh...over nau kau aien. Incik suami dah order untuk ditapau-tapau ternampak pula kelibat pak sedara beliau yang bertugas di Balai Bomba Alor Gajah.......


Borak-borak depan balai sementara tunggu satay siap. "Acik...hari ni takde operasi ke?" tanya incik suami. Sambung lagi borak-borak...more less dalam 5 minit camtu tiba-tiba muncul sebuah kereta kancil. 


Turun la sepasang suami isteri yang jelas nampak cemas dan seorang anak lelakinya yang kelihatan seperti menahan sakit. Ayahnya "Incik...ini saya ada bawa surat rujukan dari hospital alor gajah...nak potong cincin anak saya ni..." lalu bergema la suara "OPERASI POTONG CINCIN" more less macam ni la bunyi operasi tu dan bergegaslah beberapa anggota bertugas dengan pantas. 


Incik suami nak tengok...tapi pak cik beliau potong betul la "tu haaa satay ko dah siap...." nun diseberang jalan kakak kipas satay tersenyum-senyum. HAHA. Sebelum pergi sempat lagi pak cik cakap "dah banyak dah kes macam ni, nak-nak student....asalnya nak try cincin member, dah sarung tak boleh tanggal la pulak....kalau boleh jangan pakai sangat cincin jenis stainless steel ni, susah nak potong....kalau emas ke, perak ke takpe...lembut sikit...."


Contoh dari Google.....ngerikan. 


Kesimpulannya.....kalau-kalau rasa tak muat cincin tu jangan dipaksa pakai, takut nanti jadi macam gambar kat atas ni. Kerana sebentuk cincin habis sebatang jari....huhuhu. 



Sekian, JUMPA LAGI. 



7 comments:

  1. Betul banyak dah kes pakai cincin ketat end-up ke hospital - tak boleh juga panggil bomba. Dah teruk sangatlah tu..

    ReplyDelete
  2. erk... takuttnya...seram pun ia...takut lah nak cuba2 cincin yg rasa2 tak muat tu...kang tak pasal kena pegi cari pakcik bomba nak potong...uisk!
    yg sate kat Alor Gajah tu, akak mcm pernanh singgah beli dulu sis.. nak gi jasin, singgah beli kt situ..mmg sedap kan sate nya...hehe

    ReplyDelete
  3. errk?

    geli la ain...

    sekian terima kaseh...

    naseb baek aku tak suke pakai cincin

    ReplyDelete
  4. saya sangat suka pakai cincin.. dulu laa... tapi kalo memang tak muat tu, sy tak paksa la masukkan.. -_____-

    ReplyDelete
  5. Erk! Dulu selalu jugak try cincin kalau ketat sapu dengan sabun. Tapi lepas ni tak berani dah nak try..Hahaha...

    ReplyDelete
  6. lama da tak pakai cincin aien hehehehe kaaaaaaan jgn nanti sebab cincin sebentuk hilang 1 jari baru yea masa tu hehehe

    ReplyDelete