Posts

Showing posts from November, 2013

BAWANG MERAH BAWANG PUTIH

Image
Assalammualaikum wbt...

Aku dah google berpuluh-puluh resipi, aku ada tanya sikit geng #KOPITIAM & aku dah sembang panjang lebar dengan BFF aku si T aku gelarkan, kami sembang perihal bawang merah bawang putih.....hasil yang aku dapat ialah ada orang masak sambal tak letak bawang putih (guna bawang merah semata) ada orang masak sambal letak bawang merah dan bawang putih (bawang putih sikit je....dalam 2, 3 ulas)


Nampak macam hal kecil je... Nampak macam hal tak besar je....


Elehhh...pasal bawang aje pun kan. Tapi hakikatnya pedas oii kalau kena bidas pasal masakan ni. Kepantangan mana-mana wanita rasanya kalau masakan kena kritik. Errr...mungkin segelintir jelah pantang, segelintir lagi tidak kisah kena kritik.  


Macam kisah BFF aku ni...T sejak kahwin awal Mac 2013 dia menetaplah sebumbung dengan mak mertua dia yang berumur 60-an. Masak memasak ni serahkan pada yang pakar. Sampailah pada suatu hari mak mertua kurang sihat....T kenalah masak. T masaklah sambal, tapi sekali mak m…