SENYUM KAMBING BUATMU

Assalammualaikum wbt...


Malam ni ada kenduri doa selamat dekat tempat kerja.
Bos tumbangkan seekor kambing.


Pagi-pagi lagi bos dah muncul dengan kambing.
Bos suruh aku panggil tukang kebun.
Sesudah dipanggil, tukang kebun dikerah tolong bos tambat kambing dekat tiang.
Garang betul kambing tersebut. Meronta-ronta. 
Sesudah tambat kambing...bos ajak tukang kebun pergi ngeteh.


Sepanjang masa tadi muka bos ada senyum.
Aku pun turut tersenyum.
Rakan sekerja yang lain juga begitu.
Tersenyum-senyumlah kami semua!!


Selang 15 minit bos keluar ngeteh...datang pula kawan-kawan bos.
Kelihatan peralatan menyembelih ditangan salah seorangnya.
Faham la aku.


"Bos mana?"

"Bos pergi ngeteh jap...."

"Lama lagi ke?!"

"Kejap ya...saya call bos!"


............................."Incik...kejap lagi bos sampai.."


"Ok...bos ada cakap tak....nak potong dekat mana?!"

Ahh sudah...nak potong sekarang ke, tunggulah bos sampai kejap lagi, mana la aku nak tahu potong dekat mana, bos tak tinggal pesan pun tadi (cakap dalam hati)

"Errr...potong kat mana ek...saya tak tahu la incik, bos tak tunjuk lak tadi..."

"Laaa....potong dekat mana pun tak tahu??! Potong dekat leher la...tidak...mana nak jadinya..." HAHA. gelaklah mereka beramai-ramai. Mereka ketika itu kelihatan bahagia bersama-sama.







Tersenyum kambing jelah aku mampu pamerkan.
Ciss kejuu.... 


"Yelah incik...potong kat leher. Terlupa pula saya..." 


Sekian. JUMPA LAGI.........SALAM AIDILADHA.



16 comments:

  1. Owhh potong kat leher ker? Baru saya tahu, ingatkan potong tang ekor, kata nak tumbangkan se"ekor" (loyar buruk balik)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakakaka...kalau loyar buruk balik gitu misti boleh gelak sekaki dengan dorang. Hahahaha..

      Delete
  2. hihihi..potong ekor..kompom qurban ekor je jawabnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkorban apa saja....haha. Ekor pun boleh...

      Delete
  3. tumbuk perut dia kak aein olen *emot kain merah kat kepla

    ReplyDelete
  4. memang senyum kambing lahhh . kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum xperlu kata embekkk embekkk. Huhu

      Delete
  5. Hahahahahaha. Pandai kawan2 bos tu wat lawak. "Mereka kelihatan bahagia bersama-sama". Ayat Aien tu tak tahan. Macam sentap dalam diam je. Hahahaha. Takpe lah Aien. Senyum kambing pun boleh dikira sedekah jugak :P

    Selamat hari raya Aidiladha! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Bahagia dorang kenakan kita kak. Muka memasing serius je mula2...skali kena gelak kaw kaw....bahagia sangatttt. Haha

      Delete
  6. potong kat mana?baik awak tanya dia balik..dia tu tukang sembelih ke.. tok mudim hahaha

    ReplyDelete
  7. Haiii...salam kenal..
    done follow sini no.. 737,
    Jom follow teman lik yea..
    Leh kunjung mengunjung selalu.. heee
    http://tengkubutang.blogspot.com/

    My 2nd blog :
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete