MEMORI BERLUBANG TENGAH

Assalammualaikum wbt....


Jujurnya ada entry dalam draft perlu dihabiskan, tetapi aku dulukan entry yang fresh dari ladang ini bilamana aku rasa nak sangat tulis bila terbaca entry sorang blogger ini berkenaan Dunkin Donuts yang membibitkan kenangan kopi dan donut incik bos beliau (KLIK SINI UNTUK KE SANA)


Tapi kenangan aku hanyalah bersandarkan kepada donut dan ayah semata.
Bukan kopi.
Bukan incik bos. 


Kalau terpandang DD otomatik akan teringat ayah. Teringat kenangan bersama dia masa zaman kanak-kanak ribena. Dulu duduk KL, takde kereta. Pergi mana-mana yang dekat-dekat kena naik bas mini kaler pink. Kalau nak pergi jauh-jauh naik bas ekspress....Puduraya jadi saksi. 


Masa kat Puduraya....tak sah kalau ayah tak belikan DD. Bila dah selalu macam tu aku jadi terbiasa. Kalau tak beli itu luar biasa dan aku akan mula menangis merengek-rengek. Apa kisah orang sekeliling pandang, kanak-kanak merengek biasalah. Namun kasihnya ayah pada anak....ayah pasti akan beli. Ayah ada duit ke takde duit ke aku bukannya peduli, janji ada donut buat bekal dalam bas. 





Ketika aku bersekolah rendah, kami sekeluarga berpindah ke sebuah negeri lain dimana daerah yang aku berada ketika itu tiada DD. Walaupun tiada DD tapi ada Kedai Kek & Roti jual donut...tapi bagi aku ianya tak sama. Aku tak tahu apa yang buat aku rasa tak sama...jenamanya kah atau sebab ayah dah tak belikan apa-apa donut lagi sedangkan ada pilihan lain walaupun bukan donut cap DD sekalipun.  


Naik sekolah menengah.....berpindah ke melaka.
Balik kampung mak.


Dekat melaka DD ada tapi ayah tiada masa katanya. 
Kerja siang malam....mana ada masa untuk keluarga.


Memori antara donut dan ayah makin hari makin suram. Sampai satu masa aku rasa mungkin ini pengakhirannya memori antara aku dan ayah berkaitan dengan DD bilamana ayah sudah menjarakkan dirinya. Bukan sahaja dari aku, malah dari kakak aku, adik-adik dan....mak!


Mak cakap tiada apa perlu disesalkan lagi. Suratan takdir.
Aku faham apa maksud mak sebab aku tak bodoh.


Tahun yang suram bagi aku.
Soal donut dan ayah tolak tepi jauh-jauh. 


Tahun mendatang selepas tahun suram itu kami teruskan kehidupan yang bahagia tanpa ayah. Ayah pun berbahagia dengan keluarga barunya.


Sekarang aku dah boleh beli DD sendiri...tak payah tunggu ayah.
Tapi aku taknak DD lagi.....


Aku pilih Big Apple.
Aku pilih J.Co.
Aku pilih Krispy Kreme.


Hidup punya banyak pilihan dan hidup juga macam donut, walaupun berlubang tengah tapi masih punya sisi tepi untuk dinikmati.



Sekian, JUMPA LAGI.  



18 comments:

  1. Aku xtau nk rasa apa dlm entry ni. Sedih happy bercmpur baur. Tp apapun memori ttp memori. Donut ttp donut dan ia ttp manis wlupun ia j.co. Dd. Big apple atau tp jln. Ia rasa yg sama kerana ianya adalah donut.
    Aaaa....apa aku melalut nih.
    Last....aku stju. Hidup mmg punya byk pilihan. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya chot...memori tetap memori. Cerita lama ye dak. Pasal donat tu kalau ko tak nak donat manis.cerr beli donut cheese...haha. Kurang manis la kan..masam.

      Delete
  2. telus entry ni..buat aku rasa homesick..:|

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik la H. Oranh kampung rindu nun...hehe

      Delete
  3. Aein, ayat ni best.
    "Hidup punya banyak pilihan dan hidup juga macam donut, walaupun berlubang tengah tapi masih punya sisi tepi untuk dinikmati."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan..hehe. Best macam donat...huuu

      Delete
  4. kita yang memilih dan bersedia menerima apa kesudahan yang bakal kita hadapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita punya pilihan...nak bahagia atau nak derita...ye dak. Apa pun..hidup misti diteruskan

      Delete
  5. dari pengalaman yang rasa kelakar bagi aku tapi pengalaman yang agak sedey bagi ain...

    sowi ain...

    tapi ayah ko akan tetap ingat DD macam ko ingat kan...

    believe in me

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupe nak tambah...

      Jco adalah lebih awesome!

      Delete
    2. Pengalaman ni masa lalui sedih. Sekarang ni siyesli sikit pun aku tak sedih. Dah lali untuk bersedih.

      Hahaha...patut la orang xnak komen sangat. Wuuuu...ni aku sedih. Orang xkomen. Haha

      Delete
  6. sdeh plk bca. smpai taktahu nk komen ape.

    oh ya. saya plih big apple. kat sini beli 2, rm5. kat sbh beli 2, rm 6 lebih. sadisss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo...sampai xtaw nak komen apa. Haha.

      Patutlah sikit saja orang komen.

      Hahaha.

      Takpela..cakap pasal donat pun boleh. Kat sana bukan donat je mahai sket ek...banyak lagi barang mahai dr semenanjung kan...

      Delete
  7. semlam dah baca entry ni. tapi tak thu nk komen ape. hari ni dtg tgh pening kepala. so ni la hasil komennye..

    semua yg berlaku tu tinggal kenangan. sekrg kan kak aien dah bahagian dengan si dia dan keluarga.. ye tak?

    ReplyDelete
  8. Kadang-kadang kenangan pahit pun kalau bayangkan semula akan jadi manis dalam ingatan. Harap-harap ingatan tu manis-manis belaka, jika tidak ianya jadi dendam yang tak sudah

    ReplyDelete
  9. owh.... Sweet bitter memory. Eh I cuba DD bila dah start kerja pun, macam pelik jer I bila kawan2 excited cerita pasal DD ni, for me... donut jer pun (I kan kampung) hehehe. Lagi pelik bila I tengok orang sanggup beratur panjang untuk J.Co donut tu. Ok sajer nak fokuskan kepada donut :):) Cheer up lets go get the donuts and Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete
  10. Aien, entry ni mendalam sgt maksudnya. Kombinasi bermacam emosi. Ada suka, duka, pahit, manis, cukup rasa. Takziah tentang ayah. Semuga family Aien terus tabah mengharungi hidup tanpa ayah. Atau, mana tau nanti akan ada ayah baru? :P (Gurau taw Aien. Heheh)

    Pasal donut, dulu DD memang the best! Sbb takde pilihan laen kut. Tp mmg dulu DD best, rotinya pun lembut. Skang kualitinya maken takde. Tambah pulak dah ada pilihan laen. Krispy Creme tak penah rasa. Antara JCo & Big Apple, akak pilih Big Apple! :D

    ReplyDelete