Beza Kita dan Awak

Geram.

Tak tenteram.

Macam-macam.

Kita tahulah awak dah bertahun-tahun pegang benda alah tu. Kita pun samalah awak...cuma dah lama tak pegang je bezanya. Jadi awak lebih mahir dari kita.

Tapi kan awak.....bila kita nak pegang balik setelah sekian lama, awak kenalah bagi ruang dan peluang kita pegang dalam keadaan aman dan damai. JANGANLAH BISING POT PET POT PET. Hilang fokus kita tahu tak?

"pusing habisss jangan takut-takut..."

"tu lubang tu...elak laa..."

"jaga sikit...dah makan jalan orang tu..."

Waaaaaaaa.....kita dari seronok terus jadi tak seronok awak tahu tak?? Level confident kita drop slowly daripada setinggi gunung dah jadi bukit. Daripada bukit sikit lagi nak jadi busut. Kalau cengginilah...awak drive la sampai kesudah. Kita?? Takpe...kita drive je honda dua tayar sampai kesudah juga. (hamboii...drama sungguh dak aien ni)

#kisah kat atas ni kisah benar. KITA tu...akulah tu. AWAK tu ialah incik suami. Boleh jadi gaduh oii...pasal bawak kereta aje pun...ngalahkan jpj...haha. Tapi kalau dia dah tengok aku diam je sambil bawak tak respon apa-apa pandai je pujuk balik. Hahahaha. Merajuk lettewww. Mengada!!

Bagi kita masa akan kita buktikan pada awak ya sayang. Biar lambat asalkan selamat dan ingatlah orang yang tersayang....cehhhh. Hehe. Iklan sikit.

Sekian. JUMPA LAGI.

18 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hahaha..biasa la tu..lelaki memang rasa tak selamat bila org ppuan yg drive..nak bukak mata x selamat..nak tutup mata laaaaagiiiiii tak selamat..hahahaha

    ReplyDelete
  3. Ohh... Aien tak biasa lagi drive kereta ye? Kena selalu drive lama-lama ok.

    ReplyDelete
  4. aku kalau boleh malas nak drive, tapi bini aku malas..best la dia pegang wazi je..

    ReplyDelete
  5. cekup mulut dia kak aien kalo dia bising. hahaha

    ReplyDelete
  6. Sekurang-kurangnya awak masih berani pegang ia. Huhuhu biar lambat asal selamat naaa...pelan2 kau pusing. hehee

    ReplyDelete
  7. Akak rasa, ini la puncanya ramai istri yg malas nak drive sendiri. Sebab suami selalu tak confident dgn kemampuan isteri. Heheh. Kita ni kan bila org dah potpetpotpet, mula la hilang tumpuan.

    ReplyDelete
  8. haaa tu mungkin ada dua sebab.sayang ke bini atau takut kereta ke bengkel.hahaha :D biasala lelaki kan sifatnya melindungi..risau kemain sama macam pompuan melindungi manik2 kat tudung atau baju, basuh pon guna tangan..bukan mesin basuh :P

    ReplyDelete
  9. ahahhaa..sama lah dgn akak ni ..penakut bawa keta..last2 smpai hari ni tak boleh drive..dok harap incik hubby hanto ngambil kemana2...susah tau..dah nekad juga nak belajar bawa keta smapi pandai...huhu

    ReplyDelete
  10. lame2 pandai la tu aien..dun give up ;)

    ReplyDelete
  11. Penah rasa situasi camni dulu masa awal2 dpt lesen pastu terrrrpaksa gak mahirkan drive sbb baru memula nak keje. Bezanya, lum kawen masa tu. Boyprengg tukang ajar. Hishh gerammm je bila dea bising2 itu la ini la tak kena. Membebel tak sudah2.

    Pastu sama la Aien kita jadik diamm je sbb bengang. Tetiba dah bebape lama diam tu tetiba dea bersuara. Terkejut beruk sbb masa tu ngah separuh berkhayal. Last2 dea yg kena marah balek. Wakaka! Naseb bek lum jadik Suami. Takde la namanya derhaka :P

    ReplyDelete
  12. hahahaha...

    kuatkan semangat ain...

    kalo tak kena kutuk, nnt lmbt pandai

    :)

    ReplyDelete
  13. Hey aien!!! lama tak dtg sini hahahaha kaedahnya password leh lupa hahahaha how r u girl???? :D ingat tak nihhhh hehehe

    ReplyDelete
  14. hehehehe kembali dengan harapan tak hialng lagi pasni hehe

    ReplyDelete
  15. kiki...tapi mmg macam tu la bila org perempuan drive, org laki mmg tak boleh duk diam..tetiba bertukar jadi JPJ

    ReplyDelete
  16. budak ni sesejak kawen abis kelaut hahaha :D

    ReplyDelete