Posts

Showing posts from October, 2013

Beza Kita dan Awak

Geram.Tak tenteram.Macam-macam.Kita tahulah awak dah bertahun-tahun pegang benda alah tu. Kita pun samalah awak...cuma dah lama tak pegang je bezanya. Jadi awak lebih mahir dari kita.Tapi kan awak.....bila kita nak pegang balik setelah sekian lama, awak kenalah bagi ruang dan peluang kita pegang dalam keadaan aman dan damai. JANGANLAH BISING POT PET POT PET. Hilang fokus kita tahu tak? "pusing habisss jangan takut-takut...""tu lubang tu...elak laa...""jaga sikit...dah makan jalan orang tu..."Waaaaaaaa.....kita dari seronok terus jadi tak seronok awak tahu tak?? Level confident kita drop slowly daripada setinggi gunung dah jadi bukit. Daripada bukit sikit lagi nak jadi busut. Kalau cengginilah...awak drive la sampai kesudah. Kita?? Takpe...kita drive je honda dua tayar sampai kesudah juga. (hamboii...drama sungguh dak aien ni)
#kisah kat atas ni kisah benar. KITA tu...akulah tu. AWAK tu ialah incik suami. Boleh jadi gaduh oii...pasal bawak kereta aje pun..…

SENYUM KAMBING BUATMU

Image
Assalammualaikum wbt...

Malam ni ada kenduri doa selamat dekat tempat kerja. Bos tumbangkan seekor kambing.

Pagi-pagi lagi bos dah muncul dengan kambing. Bos suruh aku panggil tukang kebun. Sesudah dipanggil, tukang kebun dikerah tolong bos tambat kambing dekat tiang. Garang betul kambing tersebut. Meronta-ronta.  Sesudah tambat kambing...bos ajak tukang kebun pergi ngeteh.

Sepanjang masa tadi muka bos ada senyum. Aku pun turut tersenyum. Rakan sekerja yang lain juga begitu. Tersenyum-senyumlah kami semua!!

Selang 15 minit bos keluar ngeteh...datang pula kawan-kawan bos. Kelihatan peralatan menyembelih ditangan salah seorangnya. Faham la aku.

"Bos mana?"
"Bos pergi ngeteh jap...."
"Lama lagi ke?!"
"Kejap ya...saya call bos!"

............................."Incik...kejap lagi bos sampai.."

"Ok...bos ada cakap tak....nak potong dekat mana?!"
Ahh sudah...nak potong sekarang ke, tunggulah bos sampai kejap lagi, mana la aku nak tahu pot…

MEMORI BERLUBANG TENGAH

Image
Assalammualaikum wbt....


Jujurnya ada entry dalam draft perlu dihabiskan, tetapi aku dulukan entry yang fresh dari ladang ini bilamana aku rasa nak sangat tulis bila terbaca entry sorang blogger ini berkenaan Dunkin Donuts yang membibitkan kenangan kopi dan donut incik bos beliau (KLIK SINI UNTUK KE SANA)

Tapi kenangan aku hanyalah bersandarkan kepada donut dan ayah semata. Bukan kopi. Bukan incik bos. 

Kalau terpandang DD otomatik akan teringat ayah. Teringat kenangan bersama dia masa zaman kanak-kanak ribena. Dulu duduk KL, takde kereta. Pergi mana-mana yang dekat-dekat kena naik bas mini kaler pink. Kalau nak pergi jauh-jauh naik bas ekspress....Puduraya jadi saksi. 

Masa kat Puduraya....tak sah kalau ayah tak belikan DD. Bila dah selalu macam tu aku jadi terbiasa. Kalau tak beli itu luar biasa dan aku akan mula menangis merengek-rengek. Apa kisah orang sekeliling pandang, kanak-kanak merengek biasalah. Namun kasihnya ayah pada anak....ayah pasti akan beli. Ayah ada duit ke takde d…