TERPUKAUKAH AKU

Assalammualaikum wbt....



Petang Ramadhan ke 17 sedang aku berehat sebentar bersama kit kat bantal....ala golek-golek je lepas balik kerja tetiba incik tunang call suruh pergi rumah Puan (nenek incik tunang) katanya ada kecemasan sebab dia dengar Puan nangis-nangis masa call dia. Aku pun kalut semacam la....yelah mengenangkan Puan tinggal sorang-sorang je sejak pemergian suami tercinta ke rahmatullah, anak-menantu semua menetap di Lembah Klang termasuklah incik tunang aku yang merupakan cucu kesayangan yang dibelanya sejak dalam hari lagi....apa yang dah jadi ya?? Kenapa Puan nangis?? 



Tak tunggu lama...yelah nak berlama-lama buat apa, kata kecemasan. 



Sesampai aku kat rumah Puan yang jaraknya takdelah berjarak sangat.....aku tengok Puan sedang duduk menopang dagu menatap kosong sambil menangis. Sedih lak aku menengoknya.




"Kenapa Puan?"


"Habis semua duit Puan.....tadi ada orang datang dia tanya duit mana duit, Puan cakap takde tapi lepas tu Puan macam ingat tak ingat yang Puan boleh masuk dalam rumah pergi dekat beg, amek semua duit apa yang ada bagi kat orang tu.....lepas tu Puan tengok je dia jalan, dah sampai kat hujung pintu pagar baru Puan tersedar kenapa Puan bagi dia duit.....jerit-jerit panggil pun tak guna...nak kejar manalah Puan larat dah kaki sakit ni haa...." bercakap sambil kesat air mata. 



Aku siasat lebih mendalam dengan bertanya Puan mana yang Puan ingat, katanya.....orang yang datang tu lelaki, melayu, tak tinggi tak rendah, badan sedang-sedang aje, berkumis, berkulit hitam manis dan MEROKOK. Aku terus dapat agak ini mesti kes pukau menggunakan asap rokok.







Cara lelaki ni senang je....dia main terjah je mana-mana rumah kononnya nak tawarkan khidmat turap halaman dengan tar yang merupakan lebihan tar kerja-kerja menurap jalan raya berhampiran. Pada hari kejadian dari pagi bawak ke petang hujan, mana ada kerja-kerja menurap jalan ni semua....nampak benar menipunya. 


Lepas tu cara dia....kalau rumah tu ada ramai penghuni dia tak akan kacau, sebab jiran sebelah rumah Puan tak kena apa-apa walaupun lelaki tu memang dah datang rumah dia dulu, lepas tu baru dia pergi rumah Puan....agaknya dia tengok Puan tinggal sensorang tu yang dia merokok dan jalankan kerja-kerja memukaunya. Bulan puasa pun jadi jugak pukau-memukau ni. Menakutkan....macam-macam cara orang cari duit sekarang ni. 



Nak raya ni biasalah....orang cari duit lebih. Eh...selain pukau asap rokok, ada lagi 1 ilmu pukau time nak raya ni...biasanya mangsa pukauan dia ialah perempuan...nak taw apa?? KLIK SINI. 



Sekian. 



17 comments:

  1. makin dekat nak raya, makin macam2 cara orang sanggup buat demi nak dapatkan duit raya lebih...

    ReplyDelete
  2. di Tawau nie pun kes mencuri kenderaan menjadi2...apapun kita mohon doa agar tidak ditimpa bencara sedekimian

    ReplyDelete
  3. Kenpalah tak pergi curi bank aje. Bank kan lagi banyak duit. Ini warga emas jadi sasaran. Kakak yg takut Aien macam inilah - pukau. Macam-macam sekarang jenis org jahat ada di negara kita.

    ReplyDelete
  4. jahat!!!

    buat main orang tua. semoga hidup orang tu tak aman dunia akhirat.

    ReplyDelete
  5. jahatnya....sanggup guna jln kotor cekau duet org time bulan ramadhan lagi tu iskkkk

    ReplyDelete
  6. kena rajin berdoa pada Allah supaya kita dijauhkan daripada benda2 macam ni.. InshaaAllah DIA akan tolong kita..

    ReplyDelete
  7. astaga.. time bulan mulia ni pon ada orang yang prangai macam setan.. bukan nk buat perkara baik tp perkara jahat jugak yg nak dibuat.. setan terlepas ikatan mungkin.. huhu

    ReplyDelete
  8. Kancil datang ke sini lagi...dua hari lalu ada kes budak perempuan hilang...sekarang ndak tahu ke mana sudah...tu pun dikatakan kena pukau

    ReplyDelete
  9. err kedai depan tempat adik afzal keje baru hilang duit, pastu next dia kasut2 plak kena rembat.kes kena pukau ngan warga arab.

    ReplyDelete
  10. bahayanya.. kalau anak dara yg di pukau. lagi haru.. yg last tu.. memey terpukau.. hahaha

    ReplyDelete
  11. dgq kata dah nk goreng nasik minyak ni..

    xde kad lebih ke... hehehe..

    off topik.. ;p

    ReplyDelete
  12. **selamat hari raye aidilfitri...mohon ampun maaf zahir dan batin...moga2 kite mendapat keberkatan di syawal yg mulia .....

    hati2 pulang ke kg yeak...

    ReplyDelete
  13. Dia tak puasa ke isap rokok? Agak susah nak bendung kes camni yang target mereka ialah rumah kampung yang sepelaung jarak antara satu sama lain.

    Camana pun Selamat Hari Raya dan Selamat Pengantin Baru dari saya :)

    ReplyDelete
  14. kejam.. smpai hati buat org tua mcm tu. tak amn la hidup dia kat dunia and akhirat

    ReplyDelete
  15. kes jenayah ni... jahat betul... naya orang je...

    ReplyDelete
  16. Lama tak hapdet aien. Mmg dia aim insan yg lemah yg tinggal sorang. Nape la jahat betul manusia zaman skrg ni,

    ReplyDelete