AKU DIPAKSA KAU MEMAKSA

Assalammualaikum wbt....



Lamo dah ghasonyo den tak publish papo entry. Bilo nak taip takdo idea bilo ado den maleh nak menaip lah pulak....macam-macam hal den ni haa. Takpo....ni tongah ghajin layankan ajolah. Ghajin ea kojap....maleh ea botingkek-tingkek. 



Salam Ramadhan pada yang masih meneruskan pembacaan ini....heeee. Di bulan puasa ni pasti ramai kakak-kakak, abang-abang yang berniaga secara kecil-kecil ataupun besar-besaran bagi tujuan mencari duit raya dan membolehkan orang-orang melayu kita beraya dengan adanya kueh raya, beskut raya, kerepek raya, baju raya, mercun raya, bekas kueh raya, langsir raya, alas kaki raya dan macam-macam lagilah barang yang dihujungnya kita tambah 'raya'....



Ok kalau yang meniaga besar-besaran aku yakin dan pasti mereka ni dah ada pelanggan tetap lagi sejati yang menyokong mereka sejak dari raya-raya yang lepas lagi....dan pasti juga mereka mesti mempunyai tapak perniagaan di bazar ke, tepi kaki lima ke, kedai ke kan kan.



Bagi yang meniaga kecil-kecilan yang mana segelintirnya baru nak berjinak-jinak meniaga la....aku ada perasaan corak perniagaan dorang ni yang mana aku akan kupas SIKIT melalui contoh terdekat macam kat opis aku ni la............lain tempat lain situasinya. 



CONTOH : contoh la contoh kalau ada sepuluh orang kakak-kakak opis pastu lapan orang dari sepuluh ni dok jual kueh raya pastu promote kat kalangan kita-kita yang 1 opis ni....agak-agak sapo yang nak boli tu?? sudah tentulah kami yang tak menjual ni....tak beli karang ada yang 'macam' memaksa "beli la....aku baru nak mula ni, sape lagi nak beli kalau bukan korang..." sambil sengih-sengih edar sample. Bila dah setuju nak beli sebotol "takkan sebotol aje kot...beli la 2 botol ke, 1 lagi boleh bagi kat bakal mertua...." haaaa....nampak tak permainan mereka ni. 




Ada tu jual tudung....stok tahun bila ntah aku tengok memang langsung tak berkenan, bila dah tengok-tengok atau lebih tepat dipaksa tengok sebenarnya aku memang tak nak beli la.....yelah dah tak berkenan karang beli jugak sape nak pakai? takkan nak bagi tunang aku pakai.....so aku pun cakap la tak nak, terus macam buat muka "ea...tak nak?! hmmm....takpelah dah tak nak...nak wat camne..." sambil kemas-kemas tudung yang dikeluarkan banyak-banyak tadi. 



Gambar sekadar hiasan...dari google.


Ok..ini jelah serba sedikit kupasan corak perniagaan yang bertemakan aku dipaksa kau memaksa.....kesimpulannya yang aku nak simpulkan ialah kuasa membeli ado ditangan kita sebagai pembeli, harap kita semua tabah dan kental dalam bershopping raya dimana sahaja, jimat cermat amalan mulia....takda baju raya baru pun raya tetap raya. Sekian. 




9 comments:

  1. biasa la tu aien..org meniaga kalau tak pandai cakap, tak mulut manis susah la la laku..haha

    ReplyDelete
  2. Biasolah, hak memasing nak memboli ke tidak kan..

    ReplyDelete
  3. ade gak, tempat aku...

    jual jubah macam memaksa suruh beli... even tak sesuai kadang2...

    haha!

    ReplyDelete
  4. Ofis kakak sebab kakak sorang je Islam tak adalah senario macam tu Aien...

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan...sabarlah...PR nya ndak bagus tu

    ReplyDelete
  6. hahahaha. kelakar pulak. hahaha. kenapa tak buka jualan kat orang luar? ofis sebelah, depan, atau belakang?? satu ofis mana nak jalannya

    ReplyDelete
  7. 2 kupas je? Hehehe.. Pon boleh la. Nak jadi peniaga ni hati kena kental dan muka kena tebal. Tapi kalo yg mcm contoh aien yg kedua tu, saya lagi tak berkenan daripada contoh pertama. Sbb bila dia mcm sedih kita rasa bersalah. Pastu terganggu fikiran. Tapi syukurkan gangguan fikiran tu biasanya sekejap je. hahaha.

    ReplyDelete
  8. alah, senang jer caranya. kalau takmo beli, cakap jerla ko dah beli banyak dh takpun ckp ehh, patern ni tak masuk dgn baju raya nanti bla.. bla..bla.. sekali-sekala tipu sunat...

    ReplyDelete
  9. ok paham.ni pesen jual tangkap muat ni.pesen ikut selera dia je.dia je rasa dah best, kalau dia pakai mau masuk hijabista tu kehkehkeh

    ReplyDelete