AKU TAK SALAHKAN SIAPA-SIAPA

Assalammualaikum wbt....


Izinkan aku perkenalkan adik bongsu dan kedua bongsu kesayangan sebelum melanjutkan cerita yang tak berapa nak lanjut usianya pasal baru terjadi malam semalam.



Adik bongsu dan kedua bongsu yang sedang berdiri.
Yang terduduk berbaju oren bukan adik...itu anak belaan mak a.k.a anak orang.

Lihat pada gambar cuba teka mana satu adik mana satu abang?? 



Situasi malam semalam....sedang aku bersiap nak keluar ke bandar tetiba terdengar si adik menjerit "Aku tak kacau kau kan lelaki S * * * * L" perghhhh...berdesing telinga aku. Tak pernah-pernah aku dengar ayat macam ni keluar dari mulut si adik.



Tak tunggu lama terus aku cari si adik "siapa ajar cakap macam ni???"



"Abang boy yang mula cakap S * * * * L dulu.." muka takut-takut.



Tak tunggu lama lagi macam tadi terus cari si abang "siapa ajar cakap macam ni?? kenapa cakap adik macam tu??"



"Dekat TV cakap macam tu boleh je kalau marah-marah..." 



Perghhh...masa tu aku rasa kecik besar kecik besar je budak-budak ni....mudah terpengaruh!! Nak cepat punya pasal sebab nak ke bandar sebelum hujan turun (masa tu dah bunyi guruh) aku sempat pesan "takpe...tunggu angah balik kejap lagi siap korang ea.....belum habis lagi ni" terus aku keluar. 



Balik je rumah....dua-dua dah masuk tidur.



Tengok jam.....baru pukul 8.46 malam. Kemain awal masuk tidur ya.....takpe tidurlah dulu ya sayang-sayangku berdua. Grrrrr.



#mencabar betul zaman sekarang......baru adik-adik, esok lusa entah macam mana cabaran yang menanti untuk besarkan anak-anak pula. 



16 comments:

  1. Hohohoo kannnn, awal pulak masuk tidur yer. Sekurangnya mereka sedar kesilapan itu.
    Pssttt, our future planning is to be back in Malaysia for JJ's sake, kat sini kan macam "too free", apa pun tak bertapis.

    ReplyDelete
  2. kengkadang hadap jugak situasi mcm tuhh. geramm rasa macam nak cili ajee T__T

    ReplyDelete
  3. biase dia..puk nak..haha..anak buah aku duk pandai bukan2 ni kat sekolah..pengaruh burak ada dimna2..ramai gak adik beradik ko ye..ingatkan berdua je dengan adik laki ko yang grad tu hari..

    ReplyDelete
  4. masalahnya, yg tak elok cepat je diorg tiru, benda yg elok kt tv tu tak nak pulak ikut.. hihi

    ReplyDelete
  5. Benda apa yang dia sebut tu. Tak dapat pick up lah..

    ReplyDelete
  6. emm memang standard la budak2 tengok tv...

    tp kalo tak marah pun tak dan gak...

    ReplyDelete
  7. kite kena jga dan kawal adik2 kite skrg.. zaman kite dulu tk berani sebut bnda2 tu... tp skrg, hurm. risau kan

    ReplyDelete
  8. Pengaruh drama la ni..Haishhh!

    ReplyDelete
  9. kadang2 pengaruh dr persekitaran sis.. kita kat rumah mmg tak pernah cakap mcm tu..mcm anak akak lah..kuat sgt pengaruh TV..kita explain balik kt dia..tak boleh cakap mcm tu, tak elok..harap2 dia faham lah kan...

    ReplyDelete
  10. dasyattt eh media skrg...tulah takut lah nnti anak2 kita cmne cabarannya ecece update2 ;p

    ReplyDelete
  11. media sekarang banyaknya bawa pengaruh buruk pada kita semua.budak2 kecik mana tau baik buruk. patutlah sekarang ni perempuan2 macam selamber je pakai baju separa bogel. dah terbiasa daripada kecik tengok artis2 kat tv pakai baju2 seksi..

    ReplyDelete
  12. hmm peniruan secara tak langsung . adehh :3

    ReplyDelete
  13. cepatnya tido..trick tu la sya guna waktu kecik dulu hihi

    tu la..tv ni byk gak yg tak bgusnya

    ReplyDelete
  14. bahaya kan sekarang. nak kawal pun dah susah

    ReplyDelete
  15. Er, er, kaaaaaaak. Jangan simpan. Nanti jadi dendam. (takotnyer aku, takleh bayangkan muka garang angah)

    ReplyDelete