MISTERI ACIK CHOBIT

Assalammualaikum wbt....


AWAS : Entry panjang gara-gara 5 hari blog sepi tanpa entry baru. HAHAHA.


Selamat berhari sabtu semua-semua. Tadi kita keluar sekejap pergi tengok motor dekat bengkel, tapi boleh tak siap lagi dari semalam hantar...geram je rasa. Janji siap sebelum tengahari. =_=" Bila dah geram jadi malas nak tunggu lama-lama kita balik rumah sekejap sebelum masuk opis balik. Dekat rumah ada anak buah....tengok dia ceria semacam je baru bangun tidur. Matahari dah tegak baru dia bangun, ini semua sebab malam tadi dia susah tidur gara-gara Acik Chobit.



Siapakah Acik Chobit??


Entah la....Seisi keluarga aku memang tak kenal.


Misteri kan??? Hehehe.


Ya memang misteri pun. Malam tadi aku tidur mati tak sedar apa pun....pagi tadi nak pergi kerja baru tahu mak cerita. Agak kecoh la malam tadi gara-gara Acik Chobit ni.



Sebenarnya dah dua malam berturut-turut Acik Chobit ni kacau anak buah aku si Rara (umur setahun berapa bulan ntah....). Pasal dah dua malam kena kacau pun aku baru tahu...kesian betul aku, asik ketinggalan je. Anak buah aku si Rara ni dah boleh bercakap cuma kadang pekat juga pelat baby dia tapi kami semua masih boleh faham dia cakap apa. 



Gambar cilok dari Google. Saje je nak hias cerita...hehehe




Orang kata kanak-kanak memang tulus suci murni tak pandai menipu tapi ada juga yang kecik-kecik cili padi kadang jadi lada benggala terus...sudah pandai menipu / reka cerita. Tapi aku percaya Rara bukan lada benggala sebab peringkat umur macam dia masih lurus lagi.



Orang juga kata budak-budak ni boleh melihat apa yang orang dewasa tak nampak....makhlus halus. Rara ni pulak lain pesen sikit, kalau aku cerita tak semua orang percaya....tapi takpelah aku cerita juga dan terpulang pada korang. Dia bukan setakat boleh nampak...dia juga berpakej boleh dengar dan cakap sekali dengan apa yang dia nampak. 



Mula-mula bila ada sorang hamba Allah yang pandai mengubat berkonsepkan perubatan Islam cakap Rara ni macam lain sikit kitorang semua tak percaya. Tapi oleh kerana dah terlalu kerap insiden kecil berlaku yang menunjukkan dia lain macam seperti apa orang tu cakap....nak tak nak kena percaya. Lagipun kami semua sedar kita ni berkongsi dunia dengan benda yang kita tak nampak. :D



Insiden kecil yang aku maksudkan selalunya dia akan pandang tepat dekat mana-mana arah benda tu duduk dan bila ditanya siapa dia akan cakap "kawan ayah...." itu merujuk pada lelaki kot pastu kadang "kawan mama..." jantina sebaliknya.



Kalau benda tu rupa paras elok sikit dia tak takut...kalau yang ganas2 sikit dia akan merengek sambil cakap "aya takut...takut....muke ye tu.." 



Gambar sekadar hiasan semata.



Kadang dia slumber je "meh shini meh..." takpun "jom la shini..." kalau siang takpe ini tengah malam orang nak tidur. Seram dibuatnya. Macam kes Acik Chobit ni...adik aku yang kena. Dia tengah melayan Rara dekat ruang tamu masa malam kejadian....tiba-tiba Rara pergi dekat tingkap siap dengan gaya bersungguh nak buka tingkap, bising mulut dia "mateh (mak teh) ada acik nak mashuk..." adik aku layan jelah "Acik mana ni??" Rara masih pandang tingkap "Acik Chobit...." Adik aku gelak-gelak sebab kelakar nama chobit tu tapi tak lama kemudian bulu roma dia meremang tiba-tiba. Rara lak tak dapat buka tingkap dia pergi kat pintu dan intai dari celah bawah daun pintu sambil mulut dok cakap apa ntah "Acik Chobit....bla bla bla.." terus adik aku angkut dia ke tempat lain.



Siapakah Acik Chobit?? Misteri. Masuk malam kedua jadi kecoh sebab Rara tak tidur-tidur walau mata dah layu habis sampaikan kena panggil sorang hamba Allah datang mengubat dan memagar kawasan. Tak cukup pagar dawai agaknya...hehehehe. Jadi kena la pagar memagarkan sebab kali ni lain macam sikit pesen makhluk yang datang melawat Rara.



Rara mungkin ada six-senses kot. Kitorang suspek sebab dia macam tu...errr dia anak sulung dari pasangan ibu bapa yang juga merupakan anak sulung. Kakak aku sulung abang ipar aku pun sulung. Hmmm...ada kena-mengena ke?? Tak kot. Takde apalah kan...hehehe. Korang percaya ke bila dah baca sampai sini??   



Sekian. Maaf panjang....ada ke yang baca??? Takde kot. JUMPA LAGI.


48 comments:

  1. ada kemungkinan benarnya. sebab budak biasanya memang ada yang buleh 'nampak' benda tu. tapi part last tu agak meragui.. apakah kaitannya? huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah 1st. hehe.


      bila google banyak juga thread pasal mende ni. jadi aku percaya...memang ada yang boleh nampak. hijab dibuka untuk melihat. yang last tu aku saje je...nak tengok pandangan orang berkenaan 'sulung' sebab ada yg kata anak sulung dari pasangan anak sulung ada something. jadi aku nk tahu sangat apa yg 'something' tu. tapi bagi aku...merapu. so biarlah. huhu

      Delete
    2. kalau dulu2 mungkin la kot.. sebab tok nenek selalunya akan wariskan 'harta pusaka' kat anak or cucu sebelum dorang nak mati. kalau x sempat nak 'wariskan', memang 'ada' yang mengacau je la dalam keluarga tu. paham kan?

      Delete
    3. waris-waris ni aku tahu. paham sangat. sebab memang orang dulu2 banyak 'pakai'. aku tak tahu la yg datang ni merupakan 'warisan' atau sekadar datang singgah je..hehe.

      Delete
  2. Errr.. menyeramkan la plak.. macam cerita apa tah.. jangan pandang belakang ehh.. yg nenek tu bleh nmpak hantu tu.. siap panggil naek rumah..

    nasibla kazen2 sy masih kecik tu x penah lagi nmpak bnd2 cmtu.. maen 24 jam.. smpai hantu pn mls nak dekat.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. dalam jangan pandang belakang tu seram kan part nenek panggil masuk rumah tu. hehehe.


      haha.ok part main je 24jam smpai hantu malas nak dekat tu lawak la Emma. betul2 main tu...haha

      Delete
  3. huh1....mystery tu aien...... achik chobit tu sampai dua kali dtg melawat......

    ReplyDelete
    Replies
    1. taw takpe. seremmm. hehe. macam comel dengar nama acik chobit.

      Delete
  4. Setahu Dezee ain..masa kita kecik2 kita semua nampak benda halus tu. Tapi sampai satu umur kita xkan nampak dah.Kita akan nampak selagi kita punya otak x develop memori je.selalunya benda ni nampak sampai 2-4 tahun.masuk tadika dh xdr dah.kalau ada pun terbatas..ni tak silap isu hijab kita dah mula tertutp berperingkat kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu orang cakap budak2 kalau menangis tanpa sebab tu tandanya 'nampak' yang Dezee cakap pasal hijab tu betul la agaknya...hijab tersingkap maka kenampakkan la. hehe

      Delete
  5. Aku tak faham ni. Misteri betullah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah EU. misteri betul aku bila ko tak faham. heee

      Delete
  6. tiba2 rasa meremang bulu roma plak baca entry ni.. Btw, bakat Rara tu kalau digilap n digunakan ke jalan yang benar,insyaAllah dapat bantu ramai org.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. meremang kan? bila duduk dengan Rara malam2 lagi la. kadang2 la meremang. hehe.


      ada juga jumpa kisah orang ni dari kecik dapat tengok sampai dia besar..pastu dia gunakan kelebihan dia bantu orang. macam dia nampak 'sesuatu' bertenggek kat kawan dia...then dia nasihatkan kawan dia pergi berubat. yelah pandangan mata kasar kan tak nampak...kat badan kita ni ada bahagian2 yg jin suka bertenggek.tu yg sakit2 kadang. hehe.

      Delete
  7. menarik, boleh cerita lagi pasal rara? hehe mungkin nanti besar dia takkan nampak dah, or mungkin akan kekal sampai dia sendiri bosan tgok acik chobit dan kawan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada yg menarik lagi kita cuba kongsikan ya. :D

      orang berubat tu cakap sama macam Zafira cakap...dah besar tak nampak atau akan kekal. tengok la macam mana. hehe

      Delete
  8. Na percaya sbb sepupu Na AMIR umur setahun lebih.. 1 mlm mak dye dgr amir cko sorang kat runag tamu padahal slom tu dye da tdo..bila mak dye kuar mk dye tanye "amir ckp dgn sape?? nape x tdo??" dye ckp..dye tgh main dgn kawan dye..so start tu terus makcik Na bawa berubat..mmg btul laaa benda tu dtg berkwn dgn Amir..pernah kitaorg tanye..amir kawan amir baik ke jahat..dye ckp kawn dye baik..kesian..tanye kenapa kesian ..dye kata kawan dye kena pukul habis baju dye darah..kawan dye ade 3 mata..pastu ada tanduk *pengsan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaya Rara ni. sama juga suka main tengah-tengah malam. susah tidur malam la selalunya.

      benda tu biasa datang nak berkawan je..tak buat apa pun. hehe.


      terbayangkan kawan Amir...kesian kena pukul darah2 bagai. ni kalau Cekgu Bundle tengok darah2. pengsan gamaknya...huhu

      Delete
  9. erk...sib baik acit hobbit tu tak datang kacau aku..,,btw cuba seach kat google mana tau keluar profile acit hobbit tu..hahahaha...tapi kalau dari pandangan scientific mungkin rara tu terdedah dengan filem/iklan yang berunsurkan seram..so mind dia akan proses benda tu as a realiti..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik Chobit la...ada la Acik Hobbit, itu dah macam J.R.R.Tolkien's fiction..kalau itu comel la jugakkan. kecik2 je. haha.


      mungkin la kot terdedah dengan filem/iklan. tapi mak dia selalu buka baby tv je. hmmm.

      Delete
  10. I baca, I faham, dan I percaya. Yer la percaya benda tu wujud. My niece pun suka tau ckap2 ngan benda halimunan ni, duk sorang2 tetiba dia cakap "dah penat la, esok2 la kita main lagi yer, pi la balik dulu". hahaha tak meremang bulu roma kau?

    sekali tu, dia jengah luar tingkap malam2 buta, selamba sapa..."buat apa tu"? takder orang tau kat luar. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak kecik yg bollywood tu ke? hehe.

      betul la dorang boleh nampak dan berinteraksi kan. dia ingat kawan2 realiti. dorang sendiri pun belum pandai nak bezakan. hehehe

      Delete
    2. Bollywood yg cerah sikit tu, yg tu la suka nor dia cakap dengan "makcik". huhuu

      Delete
  11. 1) akak baca sampai habis..sampai JUMPA Lagi titik...haha
    2) kalo sebab mak bapak sulung, akk x caye dan x nak caye
    3) budak bulih sembang2 ngn bnda halus ni.....err, x nak imagine.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) habis ek. hehe. terima kasih.

      2) xnak pecaya pun takpe...kita pun tak pecaya. sesaje tanya.

      3) sembang siap ajak bermain lagi..masak2 la. gurau2 la. heee

      Delete
  12. Aien, akak biasa gak denga cite2 camni especially pas kawen. Sbb husband akak salu cite femely dea memang ramai yg jenis leh nampak makhluk halus ni. Abg dea, cousin dea, makcik dea. Kalau ikut citenye, org yg leh nampak ni mmg dea dianugerahkan leh nampak. Means, dea salu la leh nampak.

    Yg plg selalu, cousin dea. Salu gak la bebual2 ngan makhluk kat tingkap yg kita takleh nampak. Yg laen2 dorang salu gak nampak kat tempat2 or situasi tertentu tp biasanya dorang diam je. Bila situasi tu dah berlalu lama, baru dorang cite. Haish! Panjang la kalau nak cite psl benda ni. Hehe. Alhamdulillah akak takleh nampak. Akak dah la penakut. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai?? woawww. mesti macam2 cerita ada kan. jadi macam biasa lak kalau da ramai. kalau dah cousin, makcik semua mesti dah dewasa...maknanya memang kekal la kan. bila2 masa je boleh nampak.


      kalau dah selalu mungkin dah lali..dah tak seram kot bagi dorang. tu yg boleh borak2 tu.

      Delete
    2. Ntah la Aien. Femely husband akak ni memang jenis misteri2 siket. Hehehe. Bukan misteri apa la. Tp since akak kawen, baru akak ada dengar cite2 berkaitan makhluk halus ni. Akak fikir "Ohh, cerita2 camtu mmg betul2 wujud ke? Bukan dlm tv je ey?" Camtu la. Hahaha! Btw, tak pernah lagi akak nampak dpn mata akak. Means, cite tu la tak penah nampak or dengar depan2 lagi. Salunya husband akak yg sampaikan kat akak :D

      Delete
  13. selalu jugak dengar benda2 macam ni. mmg ada betulnya kot. tp kes rara ni mcm kerap sangat je dia nampak. seram pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan kerap juga dia nampak. cuma dia takut tak takut jelah...hehe

      Delete
  14. aku smlm dah dtg jap..tapi xsempat baca..maklum la, kat ofis..so aku cuma dpt tengok gambar kak limah jer la..

    btw, chobit tu mengingatkan akau pada 1 anime..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. *aku

      akau sape? ah kau ke? hahaha!

      Delete
    2. ah kau! hehehe.


      kau sibuk tak baca takpe H. aku tak kisah.
      chobit anime tu comel...tapi seram juga rambut panjang2 kan.

      Delete
    3. mungkin acik tu peminat cerita anime jepun jugak kot :P

      Delete
    4. boleh x kalau aku ban Liyaa? grrrrr

      Delete
  15. ingat takmo baca, tp terjebak plakkk!! grrr
    pecaya je bnda nih..tp ai penakut! xmo pk dah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca je. takde apa pun..bukan acik chobit datang kat ang pun zila. hakhak.

      Delete
  16. Replies
    1. pulak. haha. macam-macam.

      so nak reply comment pun tak tahu cmne.. :p

      Delete
  17. kancil boleh rasa tapi ndak boleh nampak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat kisah kancil masa malam perkhemahan sekolah...dapat merasakan.

      Delete
  18. fuhhh nasib baik bloglist untuk gbs continue malam ni..kalau diteruskn baca awal pgi tdi kul 2,memang trus brslubung kut..


    hihihihi comel bunyinya..tapi seram gak..coz dak comel leh nampak..jgn dikacau sdh la kan..banyak2kan berdoa,solat jemaah..n bca yaasin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. comel kan. nama jelah comel..rupanya tak tahulah. huhu..tak kacau sangat pun. lebih pada nak berkawan.

      Delete
  19. acik chobit?apsal nama tu?macamana dia leh bagi gelaran tu?

    nak kata macamana ye?kesian ada, bangga pun ada.kesian yela, sebab kecik2 lagi dah kena hadap benda2 tu.bangga sebab bukan semua insan dapat kebolehan macam rara.pernah gak terjadi kat beberapa orang kawan, ada diantaranya yang tak kekal..bila akil baligh atau masuk alam persekolahan.. benda tu hilang dengan sendirinya.

    harap rara cepat sembuh.kalau tak sembuh, harap suatu hari nanti boleh jadi bomoh yang berjaya huhu

    ReplyDelete
  20. entah dah keluar dari mulut dia nama tu. tak tahulah kot nama lain sebab pelat baby jadi chobit.

    yup tak semua dapat. insan yg terpilih je berpeluang.jadi bomoh berjaya tu tak menahan...hehe.

    ReplyDelete
  21. saya masa kecik dulu pun selalu nampak benda yang bukan2 ni.. kebetulan ayah saya anak sulung dan mak saya anak sulung dan saya juga adalah anak sulung.. pergh..

    ReplyDelete
  22. cuba ko suruh si rara tu tgk apa yg ada kat bahu ko jam tepat 12.00 tgh malam...haaa, misteriiiii!!

    ReplyDelete