INSECURE....KAH??

Assalammualaikum wbt....


Petang semalam ada 'sesuatu' berlaku.
Bos tanya mana tukang kebun.
"Ada kat belakang sana...."
Bos pergi ke arah yang aku tunjuk cari-cari tak jumpa.
"Mana? tak ada pun!"
Aku pun bergegas la ke arah telefon opis...nak call je senang.
"Ntah mana-mana je menyorok ni....grrr" hati aku bercakap sambil tekan nombor.
0123456789....kringgg kringgg kringgg..."Hello Incik M***** ada kat mannn..."



Belum habis sudahkan ayat tanya "kau sape ni cari-cari laki aku hahh!!!"
Perghhh...garang gila suara yang menyambut.
Berdesing telinga aku.
"Eh..ni bukan nombor Incik M***** ke??" Tanya aku naif.
"Kau buat apa cari dia..ni aku bini dia, kau siapa hahhh?!!"
Terkulat-kulat spora aku pandang telefon opis kaler merah.






"Errr...bos yang cari Incik M***** saya call je nombor yang ada dalam simpanan opis ni. Mana la saya tahu ni nombor puan....Incik M***** yang bagi kat opis nombor ni!!!" Aku pun dah mula meninggi sikit suara sebab nak lawan suara lantang orang disebelah sana. 



Masa aku bagi penjelasan dia dok pot pet pot pet serupa bertih janggung kena bakar. GILA!!! Laki ang yang bagi nombor ang kat opis pergi la marah laki ang. Arghhh!! tension aku kena sembur tak pasal-pasal...bukan salah aku!! Aku terus letak ganggang pastu aku cakap la kat Bos...tapi Bos gelakkan aku. Perghhh...double bengang aku dibuatnya.



Pastu selang beberapa minit Incik M***** mula menampakkan dirinya. Aku pun tanyalah kenapa bagi nombor bini dia kan dah menyusahkan orang. Incik M***** boleh sengih-sengih serupa kerang busuk, dia cakap dia tak ingat nombor dia sendiri. Hmmm....apo nak dikatokan laie. 





Aku hanyalah mangsa keadaan. Tak pasal-pasal je kena semburan bini orang yang super garang. Ini baru salah faham. Perghhh...menusuk kalbu. Balik rumah aku ngadu kat kakak aku pastu dia cakap apa "sabau jelah....agaknya Incik M***** pernah ada skandal dengan mana2 perempuan kot, itu yang bini dia rasa insecure dan bertindak macam tu...." Apo-apolah. 


Sekian. Jumpa lagi.


51 comments:

  1. Nak komen sama macam yg kakak Aien cakap tu. Kalau laki dea jenis okeyy, takkan dea cepat melatah sgt. Haish! Ni mesti laki dea penah buat hal la gaknye. Hehehe.

    Kesian Aien. Tak pepasal jadik mangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. bila kena sembur hangin gak kita. tapi bila kakak kita cakap camtu...terfikir gak ada betulnya. terus kita hmmmm...ok la. hehehe.


      kesian Kak Liyaa..mangsa keadaan. hihi.

      Delete
    2. mungkin encik H tu spesies gatal..eh silap.pembetulan...encik M tu spesies gatal...:P

      Delete
    3. aik? apa kena mengena dgn aku pulak..hahaha

      Delete
    4. kesian H. tak pasal-pasal je. hahaha

      Delete
  2. hahahaa..tak pasal2 ke sembur..best?kehkehkeh...pompuan tu pon satu hal..takleh ke cakap baik2..haih..camtu punye org pon ada lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangatttt~mata ke atas. HAHAHA.


      pompuan tu tengah piyed kot. aku yang tak bersalah kena sembur. ada je orang pesen cenggini.

      Delete
    2. biasala mpuan. emosi bertindak lagi laju drp akal fikiran =.='

      Delete
    3. ya. setuju. kadang2 memang gini la..sebab emosi kan. heee

      Delete
  3. hahahaha....lawak
    bos kila pon jenis takingat nombor sendiri..

    nway salam kenal..kila follow~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. masalah nak ingat nombor ni boleh undang masalah lain.


      salam kenal :D

      Delete
    2. encik M tu umur berapa?? ak suspek dalam 50-an

      Delete
    3. pandai ko teka kopipes. hehehe.

      Delete
  4. Ada juga org tak tahu nombor sendiri ye Aien.. Nombor bini dia ingat pulak. Sah takut bini agaknya IncikM hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je Kakak. puas saya minta nombor baru dia lepas kejadian ni..tak dibagi juga atas alasan yg sama. hehe. padahal boleh je check dekat hp dia..tapi dah tuan badan tak nak bagi. apa boleh buat tahi kambing bulat-bulat. :D


      part takut bini tu setuju sangat...ramai rakan sekerja cakap hal yg sama pasal Incik M ni. hihi

      Delete
  5. hahaha menarik cerita ni. aku pon nk tulun gelakkan ko. bhahhhaha..itulah mpuan. kuat sgt perasaan tak cayakan llaki sendiri. sigh. llaki jugak jdi mangsa. klu ak kne sembur mcm tu, mau berdas2 aku tembak dia balik..kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. tolong gelak pun boleh. aku pun gelak2 bila ingat balik haa. hehe.
      cuba la kena dulu dengan Bini Incik M baru ko tahu camne...tak sempat nak tembak, ko nak mencelah je dia pot pet pot pet...aku terus letak ganggang sebagai tanda MARAH. haha.

      Delete
  6. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni spam ni...ko boleh delete komen ni dengan kejamnya...=.='

      Delete
    2. ya ke? tapi kenapa jenis ni tak bertapis ek? selalu terselit dekat kotak spam kan?

      Delete
    3. seeloknya baik delete jer komen tu..

      Delete
  7. erk,aku plak yang marah baca entri nih, kalau aku aku rko encik M tuh. err. tau rko ? err tengok gusti lerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko marah dia ke Mad. terharu aku. HAHA. tiba2 je terharu lak.

      rko? nasib ko gtaw siap2 gusti. kalau tak aku akan ingat ko typo nak taip K.O tertaip RKO. hehe

      Delete
  8. hehehe.. kelakar.. aisyhh, tp pmpuan tu xleh tuduh melulu.. aiiyya.. kalau sy kt tpt kak aien, mmg marah giler r.. tak abis pmpuan tu cakap mmg terus letak je.. pastu dtg Encik M tu, trus marah dia.. ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelakar tapi hangin gak. huhu. err...apa yang Emma cakap itulah yg akak buat, akak macam nak marah Encik M ni. tapi masih lagi boleh control suara la..hormat. dia dah tua. :D

      Delete
  9. hahaha..adoiyai...macam tu pun boleh jadi kaa???call guna phone sendiri ke phone opis??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun bergegas la ke arah telefon opis...Terkulat-kulat spora aku pandang telefon opis kaler merah. hehe. menjawab tak?


      benda dah nak jadi..tak sangka lak aku weh. haha

      Delete
  10. hahaha.. kesian aien jd mangsa keadaan. takut sgt org nak tackle suami dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. takut sangat dia...kesian kat laki dia. tapi kesian lagi kita yg tak bersalah ni. HAHA

      Delete
  11. hihi..kesian..tak pasal2 awk jadi mangsa..saborr je lah! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. sabor la ni selepas neutral balik. masa kena hangin gak. hehe

      Delete
  12. kejadian seperti ini perlu dibanteras sekeras-kerasnya kerana bisa menggugat kesejahteraan alam seantero dunia.
    I paling tak suka orang cakap jerit2 kat phone, kalau scandal laki dia yang call sekali pun,cakap elok2 tak boleh? opsss double opsss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SOKONG!! memang menggugat pun. tercalar jiwa dan perasaan taw. perasaan ku begitu berharga. haha.

      yup..cakap jerit2 plus suara nyaring sangat buat rasa nak cili2 je mulut dia. hahaha. pasal skandal tu...opsss!!

      Delete
  13. kadang2 bukan sebab laki pernah buat hal, ada je pompuan yang over protective + insecurity problem dia sangat2 tinggi. takut sagat semua orang nak kebas laki dia. erm... mungkin buleh jadi jugak. kan?

    apapon bertabah je la cik aien.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. aku sokong point kau ni...sebab memang wujud je jenis begini., paranoid tak kena tempat. over protective + insecurity problemo...haha.


      ya. thanks incik..aku sedang bertabah ni. :D

      Delete
  14. ahahahah pengalaman nih...ai dulu masa jwb telepon as admin asyik cri staff berhutang je...streess tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. sangat pengalamannnnya. hihi. kalau diberi ruang dan peluang lagi tak nak rasa lagi. haha.

      Delete
  15. walaupun aku lmbat dtg,,tapi sungguh2 gak aku gelak baca entry ni..boleh bayangkan la suara dia marah2 kau kacau laki dia..xpasal2 jer..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana bersungguh. aku dapat rasakan kesungguhan kau H. terharu aku. hahaha. memang ko dapat bayangkan pun...jerit2 suara nyaring. cair taik telinga beku.

      Delete
  16. nak kena en M nie...buat aien terkulat jer...... he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Abg Remy...ajarkan sikit. haha.

      Delete
  17. HAHA,, Kesiann.. tak pasai2 je kena sembur.. HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA. terkena sudah. tak pasai2 ja Zwan.

      Delete
  18. hahaha gila meroyan bini cam gituuuu kekek xpasal2 aien kena sembuq..Na pernah kena jugak..
    mase newyear ritu...ada no msg Na tanye "sapa ni"
    mcm terbalik pulak sepatutnya Na yg patut tanye sape ni kan??
    pastu Na tak layan msg tu dye jd stress..terus call Na answer laa call tu..dye jd polis pulak tanye mcm2..
    Na terus tanya ape sbnarnye tujuan dye jd polis tak berbayar tu?? terus dye bgtw dye dye tgk laki dye ada call no Na..semalm (sehari sebelum yg dye call Na tu laa) mmg xlogic langsung laa sbb kebetulan phone Na time tu mmg rosak and anto kat kedai... sim kad x beron pun..

    haishh kekadang Na jd malu jd ppuan bila org ppuan buat peragai mcm tu..klau nk serkap jarang pun berpada2 laa kan..sampai skrng pun Na tak pasti mana dye dpt No Na -_-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh?? asl mcm pjg sgt cmmnt ni ye?

      Delete
    2. haha. meroyan sebab sayang sangat. pastu buruk sangka bukan2 kita jadi mangsa kan Na.


      padahal kita ni sikit pun takde kena mengena dengan laki dorang. tak tercuit pun atau terdetik pun nak berskandalisme ni. hahaha.


      mungkin kita tak kawen g jadi kita tak paham perasaan isteri orang ni. tapi kalau dah kawen pun kita kena ingat...jangan sesekali jadi macam isteri jenis macam ni. tak baik buruk sangka. malu kan Na. serkap jarang biar berpada...tengok keadaan. heee

      Delete
  19. Garangnya bini dia ek. Kalau sy kena pun mesti bengang sethn..

    ReplyDelete