Kap Ba Ro Kap Alif Ta Nun

Assalammualaikum wbt....



Apa khabar semua-semua orang?? *lambai2 tangan* Harap sihat sejahtera dan semoga panjang umur...eh! Dah rupa ucapan Birthday la pulak. Hehehehe. Sengaja je selitkan semoga panjang umur siap bold sekali sebabnya nak selarikan dengan apa yang nak dikongsikan pada entry kali ini. 


Acap kali kita dengar ucapan "semoga panjang umur" bilamana sering diucapkan (kebiasaannya) setiap kali tibanya Birthday seseorang....naik lali bukan?? Apa kata kita ubah ucapan "semoga panjang umur" kepada "semoga berkat umur" sebagai contoh. 



Mak aku ada dengar ceramah agama dari seorang ustaz ni....dia cakap more less begini (nak sebiji sama tak dapek la yo...) "kita tak boleh nak ucap semoga panjang umur disebabkan setiap orang dah ditentukan umurnya tara mana....jadi apa yang nak dipanjangkan lagi? jadi elok kiranya kita tukar....doakan semoga berkat umurnya....." Biasakan diri agar menjadi kebiasaan. 


*************

Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud melaporkan; “Rasulullah saw menyampaikan kepada kami dan baginda adalah orang yang benar dan dibenarkan, ‘Sesungguhnya penyempurnaan penciptaan kamu berlaku di perut ibunya sebagai setitis mani selama 40 hari, kemudian berubah menjadi setitis darah selama 40 hari, kemudian menjadi segumpal daging selama 40 hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat, lalu ditiupkan roh padanya. Kemudian diperintahkan supaya menetapkan empat perkara: Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya. Demi Allah yang tidak ada tuhan selain –Nya, sesungguhnya antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta, tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga.” – HR Bukhari dan Muslim.

Dari hadith di atas, sahihlah bahawa 4 perkata telah tercatat di Luh Mahfuz sebagai qadar seseorang sehingga ajalnya. Allah swt telah menetapkannya sejak azali lagi. Apakah 4 perkara tersebut?

1. Rezekinya
2. Ajalnya(umur)
3. Amal kecelakaanya
4. Amal kebahagiaannya

Tiada siapa yang mengetahui qadarnya, hatta nabi dan rasul pun tidak mengetahui melainkan Allah swt.



*************


Kap Ba Ro Kap Alif Ta Nun. Keberkatan.......bersamalah kita titipkan doa keberkatan sebagai hadiah hari lahir dimasa akan datang. Sebut pasal HARI LAHIR ramai orang suka sebut "Selamat Hari Jadi"....nak tanyalah, korang tahu ke bila dorang JADI?? Hahaha. Kalau LAHIR yelah jugakkan....Sekian. Entry ini sekadar pendapat dari aku insan yang kerdil, kalau ada salah dan silap mohon betulkan ya. JUMPA LAGI.



56 comments:

  1. keberatan? ehh, kaburator? ehhh, keberkatan....fuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga apa ko kongsikan kat cni. ptut ubah selamat hari kejadian, smoga pjg umur kepada HB, smoga umur diberkati, murah rezeki..

      Delete
    2. errr...tahniah Kopi kerana datang awal. :)


      ya...ya...kita ubah sesama. semoga umur diberkati dihari lahir.

      Delete
  2. tengok tajuk ni teringat kat citer Dunia Baru..

    muhammad adif!!! ummi tidak mahu muhammad adif melawan cakap ummi..kerana yer..kerana jika muhammad adif melawan cakap ummi, maka muhammad adif tidak akan mendapat keberkatan..kaf ba ro kaf alif ta nun..keberkatannnn..kahkahkah

    aku dgn kak yan dulu selalu tengok citer tu sama2..means, dia tengok kat sabah, aku tengok kat johor..sambil tengok sambil meses2 pasal Dunia Baru..:D

    erkk..pasal entry..betul jugak apa kau taip tu..kita bukannya tau umur seseorang tu panjang mana..entah2 ajal dia minggu depan, tapi kita still wish semoga panjang umur..maybe pasni aku pun patut ucapkan semoga berkat umur pada mereka2 yg sambut hari lahir..

    wish supaya kehidupan dia sepanjang umur tu diberkati, insyaAllah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..aku pun teringat ummi muhammad adif dunia baru ni la. hitu hang humpa hajuk hacam hi. hewhew.


      err...H siapakah Kakyan? aku kenal Kakdah je.


      aku taip je...yang sampaikan tu la yang betul. soal umur dah ditetapkan. yang tinggal....kita doakan keberkatan sepanjang umurnya itu agar diberkati Allah s.w.t ye dak. hehehe.

      Delete
    2. refer entry aku bertarikh 21 november 2012..kat dalam tu ada mention kak yan or kak sal or kak pah..hehehe

      Delete
    3. "Nama sebenar dia, Salsabilla. Nama tipu dia Nur Nazian. Berasal dari Kedah. Kadang-kadang aku panggil Kak Sal, kadang-kadang aku panggil Kak Yan, dan kadang-kadang aku panggil Kak Pah. Kadang-kadang awak busuk, kadang-kadang awak comey. Ikut suka hati aku nak panggil macam mana walaupun dia tak suka..."


      ok...ada Kak Sal, Kak Yan dan Kak Pah. hehehe

      Delete
  3. kap ba ro kap alif ta nun..teringat cerita dunia baru la plak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...cerita tu best ramai yang ingat. :)

      Delete
  4. terima kasih atas perkongsian ni... hehehehe :)

    ReplyDelete
  5. haaa ada betulnya..

    semoga panjang umur.. tup2 esok meninggal

    lebih elok kita doakan semoga mendapat keberkatan dari umur yang tinggal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. doakan keberkatan lebih elok...hehe.

      Delete
  6. a'a..thanks 4 the info....i slalu gak wish orang panjang umur dan dimurahkan rezeki time lahir..mungkin dah boleh ubah nanti....betul gak tu..bila masa orang tahu bile kita jadi??hehehe..anyway,hari jadi u ke nie??

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. samalah kita...sebelum2 ni selalu je wish panjang umur. lepas ni boleh ubah dah. hehe.

      hari jadi i tahun lepas dah lepas la. tahun ni belum. makanya...bukan la hari ni. :)

      Delete
  7. slalu jgak sebut smoga pnjang umr.. hmm, thnx sharing2! biasanya sy sebut hepi bfday.. xpn eid mielad saied.. slamat hari lahir, mcm sy x biasa sgt nk sebut... kui3... tp, slamat hari jadi, slalu sgt dlu sebut... eh, bukan sebut, tapi nyanyi.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah Emma...sebelum ni kita sama jugak dok wish semoga panjang umur. hehehe. yg pasal nyanyi pun sama kan...selamat hari jadi ♪♫♪♫

      Delete
  8. keberkatan tu yg kita cari..klu hidup lama2 tak berkat buat mende..ye dop?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Tauke Budu...keberkatan hidup yg dicari. baru hidup itu lebih bermakna sepanjang usia. hehe

      Delete
  9. Tak pernah terfikir pun pasal tu Aien. Cuma yang pernah terfikir, buat apa umur panjang2 kalau dosa je asyik bertambah? Huuuu

    Eh, akak rasa akak jarang2 wish birthday Semuga Panjang Umur. Biasanya wish May Allah Bless You. Kiranya akak dah ucap untuk keberkatan dea la tu kan? Cuma tak terfikir la cam apa yang Aien tulis ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups Na pun sama..tapi kekadang ade gak wish semoga panjang umur... so lepas dah bace entry ni..tak nak la wish mcm tu lagi..anyw y Aien nice sharinggg ;D

      Delete
    2. kita pun sama Kak Liyaa...memang tak terfikir pun sebelum tahu semua ni. sekarang dah tahu boleh la berfikir ye dak. hehe.

      betul la tu...May Allah Bless You pun da ok da. keberkatan dan kesejahteraan kan kak.. :D

      Delete
    3. Eh. Hai Na..acane boleh terlepas pandang. Huhu. Na..kita pun sama selalu jugak wish semoga panjang umur. So pasni boleh la tukau...berkat umur ke. Hehe.. xpun mcm k.liyaa je.. may Allah bless you. :D

      Delete
    4. Eh. Hai Na..acane boleh terlepas pandang. Huhu. Na..kita pun sama selalu jugak wish semoga panjang umur. So pasni boleh la tukau...berkat umur ke. Hehe.. xpun mcm k.liyaa je.. may Allah bless you. :D

      Delete
  10. Betul jugk kan :) ilmu yang bermanfaat..
    Tp selalu jugk la wish semoga panjang umur. Lepas ni dh boleh tukar ayat.. Hehe thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. boleh la sesama tukar. kita pun selalu je wish semoga panjang umur ni dulu...jom tukar! :)

      Delete
  11. NR selalu sebut selamat bertambah umur je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga. memang bertambah pun umurnya kan. hehe

      Delete
  12. Kakak dah biasa ucap moga tambah keberkatan dalam hidup, tapi ucap selamat ulangtahun pun di titip sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Kakak pada yg dah biasa baguslah. pada kami yg tak biasa kenalah biasakan diri. hehe.

      Delete
  13. nice info.. selamat hari lahir lebih tepat. dan semoga diberkati umur lagi molek.. =0

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.q L. selamat hari lahir sebab yg kita raikan tu ulangtahun kelahirannya kan. :)

      Delete
  14. ye ke aien....tp ade baiknya jgk kan lg berkat gitu. masehhh

    ReplyDelete
  15. hari ni seorang teman sekampus baru saja dijemput Ilahi..

    mmg ajal tidak mengenal usia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Takziah Cimot.


      ajal memang tak kenal usia. tiba masa pergi jua.

      Delete
  16. kebetulan rini besday si kopi pasta

    jadi aku nak wish selamat hari kejadian dan berkat umurnya

    okeh x aien?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? boleh la wish kat dak Kopi nanti. semoga berkat umurnya.


      okeh je Iffah. hehe.

      Delete
  17. setuju dgn aien...kita doakan keberkatan hidupnya.....

    ReplyDelete
  18. kena tulis baru nampak apa tajuk dia tu..hehe~ :p

    ooo, xelok ckp pnjg umur ye? ok2, pasni cakap lain lak~ :)

    jom tolong like page ni..huhu..nak kumpul duit kawen ni :p

    https://www.facebook.com/AmiryanasHealthBeauty?ref=hl

    ReplyDelete
  19. kalau semoga panjang umur dalam keberkatan ?

    ReplyDelete
  20. smoga berkat umo aien...

    terima kasih sbb menyeri hidup sy.. ehhh.. hehe

    ReplyDelete
  21. sobab tu orang kito cakap...ajal dan jodoh di tangan Tuhan kan...hihi

    ReplyDelete
  22. sy mengaku sy amek masa nak eja =_= haha.. entry sye pn psl kbrkatan T_T

    ReplyDelete
  23. setiap kali wish hepi besday kat orang, mesti akan cakap semoge panjang umor ..bile fikir balik, btol gak cakap ko ni ..pasni aku nak buat pa ro waw ba ha nun ...makasey beb ..

    ReplyDelete
  24. lebih baik tukar kan? hehe. berkat lagi baguss. tengs aienn! :)

    ReplyDelete