BERUANG BERBULU

Assalammualaikum wbt...


Konon-konon private blog sebab nak ubahsuai....sekali ngadap lama-lama muak, macam nak upah orang jelah, yelah nak dapat free bukan mudah sekarang ni. heeee. semua berbayor....takpe la tangguh dulu. Tadi BW pastu terjumpa pasal Hukum Simpan Teddy Bear dari blog Lea IsNawi.


Lea pun ada sertakan sekali link untuk tahu lebih lanjut berkenaan hal ini.....KLIK SINI



Hmmm....beruang berbulu ini aku ada banyak, tak tahulah kenapa agaknya orang-orang suka hadiahkan beruang berbulu ni, mungkin ianya mudah, banyak pilihan dan murah barangkali jika nak dibandingkan dengan hadiah berupa kereta, rumah, emas, motor, basikal, tiket flight, etc. Hamboih!!



Banyak lak cekadak....orang dah hadiahkan terima aje la.



Koleksi aku....

Gambar yang kat atas ni semua koleksi aku, dan selalunya mereka2 ini duduk dalam kotak, hanya dikeluarkan bila tengah rajin kemas2 bilik la selalunya. Memang tak buat hiasan pun sebab memang dah tahu tak boleh buatkan....



...patung/boneka dsb hanya dibenarkan dalam dua situasi, iaitu apabila kanak-kanak bermain dengannya, dan jika terdapat kecacatan pada patung tersebut...SUMBER : KLIK SINI



Kini tibalah masanya.....aku nak derma dekat kanak-kanak. Tertangguh-tangguh selama ini sebabkan rasa sayang yang menebal dalam diri sebab setiap seekor beruang berbulu ini punya cerita disebalik cerita...hanya aku yang mengerti isi ceritanya. 



Nekad. Biar gambar jelah jadi kenangan....takpelah beruang berbulu semua tiada jodoh antara kita lagi. Sekian. SELAMAT TINGGAL.



EDIT : Beruang berbulu telah selamat diagih-agihkan kepada budak2 kawasan kejiranan pada 23/01/2013...06.43PM. Mereka seronok aku lega. Fuhhhh~selesai. :D



43 comments:

  1. Replies
    1. sebab perut dia boroi..aku kalau jumpa Patrick jer mesti aku tumbuk2 perut dia..hahaha

      Delete
    2. eheeh..tak ramai terjah sini. tak perlu rebut2. semua dapat tempat. heeee

      Delete
    3. patrick boroi ek? hehehe...kalu versi teddy ni tak boroi sangat la H.

      Delete
  2. Alahai. Benda comel kan? Mesti kita sayang. Lagi2 kalau ada cerita di sebaleknya.

    Potong tangan or telinga or hidung or kaki dea, then bolehlah simpan lagi. Hehehe. Pastu nanti dah kawen bg anak2 maen :P Takpun, nak lagi konfem boleh simpan, simbah asid kat muka2 dorang. Dah cacat, bolehlah simpan =_=

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel dan sayang sebabkan cerita sebaleknya kak. hehe.


      potong lagi sayang...nanti dah kawen bagi anak makan tahun gak. simbah asid?? tak sanggup rasanya....kesian muka2 dorang nanti. bagi budak2 jelah...dah ada dalam kepala ni nak bagi kawan adik punya adik :D

      Delete
  3. alamak...comelnya beruang2 tu..nak derma kat mana??buat jual amal untuk gaza laa..hehehehe..eh, tapi orang kata barang hadiah tak elok dijual..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bagi kawan adik punya adik. belum baligh lagi budaknya, boleh la buat teman permainan. hehe.

      jual? tak la kot...jual hadiah orang bagi tak manis. hehehe

      Delete
    2. hahaha..saya pun belum baligh lagi..meh bagi saya..hahahaha :D

      Regards,
      -Strider-

      Delete
  4. keluarga keturunan beruang...
    ngehahaha

    ReplyDelete
  5. Tadi pagi kakak tak boleh masuk blog Aien tau macam dah tak nak geng - sedih.

    Nasib baik petang ni dah boleh. Anak bongsu kakak masih main lain dgn bear dia. Rumah kakak kalau nak kumpul ada satu katil agaknya. Sebab dari zaman anak sulung semua perempuan pulak tu bayangkanlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita private sekejap sebab nak ubahsuai...sekali malas la pulak. hehe. takmo sesedih Kakak. :D

      kalau buat main takpe kan...adik kita yang kecik tu dia tak heran pun, jadi baik bagi pada budak2 yang nak buat main. hehe

      Delete
  6. kalau mcm tu bnyk laa Na nk kena bagi kat org Aien *nagis

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sayang...Na cacatkan la mana2 anggota bear tu. gunting telinga ke, cabut mata ke? errr...cacat nanti. tapi masih ada dalam simpanan...hhehe

      Delete
  7. adk kecik xd k? bleh bg kat adk.. xpun jual je smua tu balik.. hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kecik tapi perasan besar sebab kakak2 n abang2 da besar...so dia tak heran dengan semua2 ni. hahaha.


      Delete
  8. ha ah aien...kita tak leh simpan mcm sayang2 patung ni..kalo budak main, sepak terajang tu x pe, sebb x anggap sabg bnda yg dipuja2...

    akak x suka teddy bear...hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Kak Ma...kita dah tahu lama tu yg simpan dalam kotak, sekali baca lagi baru ada kesedaran ha, simpan pun xboleh jugak kan. so dah selamat dah sedekah semalam...hehe

      Delete
  9. kalau tak salah saya, boleh nak simpan dengan syarat koyakkan sebalah kaki, telinga atau tangan.. supaya dia tak cukup sifat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga dengar orang cakap camni..tapi sayang nak dicacatkan. bagi budak2 je Boni. hehe...sekurang2nya dorang buat main dari diam tak berusik.

      Delete
  10. Dezee patung2 ni rasa dengki je sampai nak cabut kepala dia.hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. ganas betul Dezee...sampai nak cabut2 kepala lagi..

      Delete
  11. Yeah.. samala kita.. semalam ada terbaca hukum teddy bear kat blog Lea isnaw jugak.. tadi terus kemas2 bilik and cari patung tu suma buboh dalam kotak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. sama la dah terbaca...terus kepala ligat berfikir apa nak buat. akhirnya selesai..petang semalam dah bagi kat budak2.. :D

      Delete
  12. ala comel nyer.....
    remy pun selalu...sedekah jer bear bulu tu....tak sesuai nak simpan.....kekadang dapat masa kat opis.....airlines punya.... he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecomelan yg tiada ertinya lagi. hehehe. dah selamat bagi budak2 Abg Remy...hehe.

      Delete
    2. elok jugak tu.... aien pun dah nak jadi bini org.... he3... dah tak sesuai dgn beruang tu......he3

      Delete
  13. Err, patung patung beruang ni cukup sifat ke semua? Dia ada tangan, tapi takde jari kan? Eh?

    Banyak betul koleksi. Sye tak minat patung patung ni. Rasa macam menakutkan je dorang semua ni -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 ada yg hampir2 la menyerupai...kira kita tengok eh beruang la, atau eh kanggaru la. maknanya menyerupai la kan....kalau patung kura2 tapi kita tengok tak macam kura2..tapi macam alien maka tak cukup la sifat menyerupai kan kan. hahaha. pandai2 je....jangan terpengaruh.

      saya terminat sebab orang hadiahkan...secara tak langsung la terminat. menakutkan kalau yg besar2 pastu mata macam real je... =_='

      Delete
  14. Replies
    1. sakit hati yg macam mana tu?


      jujur cakap tak rasa apa2 pun kecuali lega...sebab dah lama sebenarnya tak nak simpan dah semua ni. patung kan...lagipun takde sape nak buat main da kat rumah.

      Delete
  15. eh nak buat reply comment camni jgklah...eh hi patrick star ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah buat kan? hehe. dah singgah blog zila.

      Delete
  16. mak ai..byknya koleksi ain..
    sy pon ada sekor. besar. tinggi paras perut. syg nak bg org sbb org bg masa sy masuk wad thn lepas.. yehyeh nama dia.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak tapi kecik2 je paling besar pun besar bantal je. haha. takde besar macam Ha punya. unik nama yehyeh tu...hehe

      Delete
  17. Replies
    1. sangat memory. takpe...hilang dimata tapi lekat dihati. :D

      Delete