ASAM PEDAS DIHARI LAHIR

Assalammualaikum wbt.....



Semalam birthday incik bos kita, malu-malu dia bila kita wish kat dia. Bos dah 32 tahun ek....pastu dia balas apa "saya rasa macam baru masuk 23 tahun je...." Hahaha....perasan muda. Dah gelak-gelak terus lepak borak-borak, tak pernah-pernah begini buat kita rasa macam pelik-pelik jelah incik bos ni, tapi kita layankan aje dia. Sesekali kan...selalu serius je. 



Semalam juga birthday Pak Uda incik tunang kita....sebaya incik bos kita pulak tu secara kebetulan. Kita tak wish pun sebab kita pula yang malu-malu. Hakhak. Tak boleh blah betul kita ni....yelah malam tadi kita dipelawa ikut family tunang kita makan malam untuk celebrate birthday Pak Uda dia. Kita pun memang dasar pantang nampak makanan terus terlupa nak wish. Kita makan2 dekat area Pasar Borong Melaka....pekena asam pedas!! tapi disebabkan tersilap masuk kedai maka kita makan la asam pedas yang kurang kick sikit, sepatutnya *kedai lagi satu. Takpelah....rezeki tuan kedai tu malam tadi. 



*asam pedas pasar borong paling sodappp kalau ikut citarasa aku dan incik tunang ialah kedai yang betul-betul berhampiran dengan tandas awam sebelum deretan kedai makan cina. (kot-kot ada yang nak try cuba test bila datang melaka kan....hehehe)



Dihidangkan dalam claypot...panas2 berasap~

Sumber : Google


34 comments:

  1. Replies
    1. Mudanya bos Aien? Baru 32? Ish2 dah kawen ke belum? :P

      Happy belated besday untuk Encek Bos & Encek Tunang Aien. Semuga berkat umur. Hehehe. Kemaen Aien teruja nampak asam pedas terus terlupa nak wish besday tunang ek? Hahaha! Tapi gambar asam pedas tu, memang menggiurkan Aien. Terus rasa malam ni nak masak asam pedas :D

      Delete
    2. ha ah kak. bos muda lagik. belum kawen...hehehe.


      semoga berkat kan..hehehe. kak...besday Pak Uda incik tunang kita. bukan tunang kita laa..huhu.

      masak la kak...asam pedas bubuh daun kesum. terbaik tu. :D

      Delete
    3. Owh. Baru paham. Pasan je part yang Pak Uda tu. Tapi ingatkan tu gelaran tunang Aien dalam femely dea. Hahaha! Camne leh terpikir camtu pun taktau lah. Adesss. Aien, jangan cite kat sape2 taw mende ni! :P

      Delete
    4. ok kak. ini rahsia kita. kita tak citer pun. hahaha

      Delete
    5. gonjol betul Liyaa ni..zzzzzz

      Delete
    6. Erk? Aien ada cite kat H ke pasal tu? Camne H boleh tau? :(

      Delete
    7. sori kak. ntah macam mana H boleh tahu tak tahulah. :|

      Delete
  2. Kalau dah kata asam pedas mesatila best.

    Bos Aien kira muda lagi. Bos kakak semuanya dah usia pencen. Dah ada cucu semuanya cuma tak duduk M'sia aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Kakak. asam pedas memang best. hehehe.


      memang muda pun kak. tapi tua dia 6 tahun dari kita. hehe. dia ni 2nd bos sebenarnya. yg bos betul2 dah lebih usia pencen dah Kakak.

      Delete
  3. Uish sedap ni. Saya suke asam pedas

    ReplyDelete
  4. sedap assam pedas tu...selamat hari lahir utk bos dan pak uda tu...... semoga diberkati hidup selalu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. sedap abg remy.

      semoga diberkati hidup mereka berdua kan.

      Delete
  5. wah...ada 2 birthday laa semalam ek..selamat hari lahir untuk mereka berdua..hehehe...lama dah tak masak asam pedas dari melaka..rindu rasanya..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. kalau rindu masak la pastu makan.


      lepas rindu plus kenyang sekali. :D

      Delete
    2. masak sendiri mesti tak sesedap orang melaka masak..hehe.. :D nak kena pergi melaka jugak baru lepas rindunya...hahaha

      Regards,
      -Strider-

      Delete
  6. Adakah kesedapan asam pedas yang awk rasakan 'tersedap' itu ada kaitan dgn dekatnya dia dgn tandas? Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. takde kaitan pun cuma nak nyatakan lebih tepat lokasi kedai tu katne sebabnya ada banyak2 kedai asam pedasss sepanjang tepi pasar borong tu. siyes..walaupun berhampiran tandas awam tapi tak terganggu pun dengan bau2 busuk termasuk bau pasar ke. kira nak jamu selera pasti berselera la..

      Delete
  7. asam pedas kat tandas? resepi rahsia di situ... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. rahsia la sangat Zwan. takde gangguan bau2 kurang enak pun walau berhampiran. cubalah kalau datang Melaka.

      Delete
  8. pasar borong melaka, belah mana eh? saya kalau turun melaka salu gak nak cari tempat asam pedas. salu pun pergi kedai yg dekat area MITC tu. sbb tau kat situ je ada asam tetel.. mmm.. sedap..kan dah terliur.. aduhai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat area Batu Berendam...senang nak cari kalau tahu macam mana nak ke Batu Berendam. yg dekat area MiTC pun sedap jugak tu...popular gak dikalangan penggemar asam pedas. ikut selera masing2 kan..hehe

      Delete
  9. pergh.. bestnya... berasap-asap lagi tu.. hehehe. pekena sedap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berasap2. kadang siap menggelegak lagi. tapi nak makan terbantut sikit la..panas. hehehe.

      Delete
  10. sopan pulak kau taip 'kita' ni Aien..rasa macam ala2 pemalu gitu..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. entah la mood 'kita2' melanda saat menaip entry. kita tak tahulah kenapa H.

      Delete
  11. sedap sgt la plk tgk tu.. -___- terliur... slrpppp!

    mudanya bos kak aien.. blm kawen eh dia? >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. slrppppp! teringat lak kesedapan kedai feveret tuh. haha


      muda. bujang trang tang tang lagi Emma. macam H. hahaha.

      Delete
  12. Muda boss u, semuda I. nghe ngeh ngeh. Asam pedas sedapnyaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaya la ek. haha. sedap kak...kalau layan masa tengah hujan salji lagi la. eh?! haha

      Delete
  13. peh sedap nya Asam pedas~!! hehehe... terliur!

    ReplyDelete