Posts

Showing posts from January, 2013

HANYA DALAM KEPALA OTAK

Image
Assalammualaikum wbt....

KISAH 1

"Bang....kuew teow kungfu ada tak??"

"Ada dik..."

"Hmmm.....mee hailam??"

"Ada jugak dik....nak ke??"

"Ok.....kalau macam tu bagi saya nasi goreng u.s.a satu!!"

=_="

Selalunya ayat-ayat cenggini hanya dalam kepala otak jelah. Tanya-tanya menu lain tapi order lain....dapat kat tukang ambil order yang tak pandai bergurau ada aku makan nasi guna straw nanti. Jadi untuk situasi sebenar aku selalunya akan order terus apa yang aku mahu lurus-lurus.  



KISAH 2



"Hoi...Berangan ke??"

"Eh..mana ada la, aku cuma berimaginasi je...."

"Sama la tu....grrrr"


Berimaginasi adalah hak milik setiap insan. Kita berimaginasi untuk melepaskan lelah realiti barang sebentar...bukan kena bayorrr pung...ngehehehe. Ini salah satu cara nak hilangkan stress secara FOC. Sekian. JUMPA LAGI.


MUSIM MENGAWAN

Image
Assalammualaikum wbt....



Malam semalam tertunai juga keinginan kita nak pergi tengok haiwan2 di Zoo Malam Melaka. Dari tahun lepas lagi teringin....lama kan?? Sebenarnya tahun lepas punya bulan disember kita mula teringin. Aduhainyapun macam la lama sangatkan....hehehe.

Terima kasih Incik Tunang...penat2 pun sanggup je bawak. Tahun lepas nak masuk tak boleh sebab Zoo Malam tak beroperasi. Harap2 da kawen nanti awak teruskan lagi ya layan kita macam ni. Kalau tak.....kalau tak....hmmmm kita merajuk 2 minit 20 saat. Hahahaha....mengadanya kita. Kita rasa seram sejuk lak menaip gaya cenggini.....KITA.




Ehemmm...hehe. Kalau sesiapa berminat boleh la datang ke Zoo Malam Melaka, tiket masuk RM10.00 untuk dewasa. 

Lain-lain harga rujuk sini http://www.zoomelaka.gov.my/sebab aku lupa. :D

Nampak tak dekat link atas ni 'gov.my' maknanya government la kan?? malam tadi aku borak-borak dengan salah sorang guide, dia cakap sekarang Zoo Melaka dah diswastakan, banyak pembaharuan akan dijalank…

ASAM PEDAS DIHARI LAHIR

Image
Assalammualaikum wbt.....



Semalam birthday incik bos kita, malu-malu dia bila kita wish kat dia. Bos dah 32 tahun ek....pastu dia balas apa "saya rasa macam baru masuk 23 tahun je...." Hahaha....perasan muda. Dah gelak-gelak terus lepak borak-borak, tak pernah-pernah begini buat kita rasa macam pelik-pelik jelah incik bos ni, tapi kita layankan aje dia. Sesekali kan...selalu serius je. 


Semalam juga birthday Pak Uda incik tunang kita....sebaya incik bos kita pulak tu secara kebetulan. Kita tak wish pun sebab kita pula yang malu-malu. Hakhak. Tak boleh blah betul kita ni....yelah malam tadi kita dipelawa ikut family tunang kita makan malam untuk celebrate birthday Pak Uda dia. Kita pun memang dasar pantang nampak makanan terus terlupa nak wish. Kita makan2 dekat area Pasar Borong Melaka....pekena asam pedas!! tapi disebabkan tersilap masuk kedai maka kita makan la asam pedas yang kurang kick sikit, sepatutnya *kedai lagi satu. Takpelah....rezeki tuan kedai tu malam tadi. 


*asa…

BERUANG BERBULU

Image
Assalammualaikum wbt...


Konon-konon private blog sebab nak ubahsuai....sekali ngadap lama-lama muak, macam nak upah orang jelah, yelah nak dapat free bukan mudah sekarang ni. heeee. semua berbayor....takpe la tangguh dulu. Tadi BW pastu terjumpa pasal Hukum Simpan Teddy Beardari blog Lea IsNawi.

Lea pun ada sertakan sekali link untuk tahu lebih lanjut berkenaan hal ini.....KLIK SINI


Hmmm....beruang berbulu ini aku ada banyak, tak tahulah kenapa agaknya orang-orang suka hadiahkan beruang berbulu ni, mungkin ianya mudah, banyak pilihan dan murah barangkali jika nak dibandingkan dengan hadiah berupa kereta, rumah, emas, motor, basikal, tiket flight, etc. Hamboih!!


Banyak lak cekadak....orang dah hadiahkan terima aje la.



Gambar yang kat atas ni semua koleksi aku, dan selalunya mereka2 ini duduk dalam kotak, hanya dikeluarkan bila tengah rajin kemas2 bilik la selalunya. Memang tak buat hiasan pun sebab memang dah tahu tak boleh buatkan....


...patung/boneka dsb hanya dibenarkan dalam dua sit…

TAKDE PENYAKIT CARI PENYAKIT

Image
Assalammualaikum wbt....


Saat aku menaip ni aku tengah pening2 lalat kesan dari Prednisolone dan Chlorpheniramine Maleate....kelasss kau ubat, nama panjang-panjang gitu. Salah satu ubat ni boleh menyebabkan mengantuk dan MC pun dapat sehari je, bila kena kerja terpaksalah kerja dalam keadaan mamai sikit....nak fokus pun susah, jadi time rehat aku bantai tidur dekat surau. Hehehehe. 




Esok merupakan hari terakhir hubungan aku dengan si Prednisolone & Chlorpheniramine Maleate...tak sabar rasanya nak mengakhirinya pasal tak larat nak telan 7 biji ubat sekali makan sambil merasa kepahitannya di anak tekak...euwwww~ ini semua gara-gara takde penyakit cari penyakit. Silap aku sendiri...aku keracunan kolagen. Sepatutnya tak jadi apa pun kolagen ni...aku kena amek dengan Vitamin C tapi Vitamin C aku pulak dah memang plus kolagen siap-siap (tak perasan =_=') maka ter-overdose kolagen lah....jadi terlebih kerja keras lak badan ni nak singkirkan toksin. Tak pasal-pasal rasa seram sejuk, t…

ILHAM DARI TYPO ERROR KATANYA

Image
Assalammualaikum wbt...



Bila singgah balik godek entry Kak Liyaa : Reveal or Concealsecara tiba-tiba aku dapat ilham nak buat entry ini selepas pulih dari sawan malas dari pembawaan Cekgu Bundle. Apa punya spesis pendahuluan la....hahaha. Takde idea sebenarnya tapi nak update juga. =_="


Ilham yang aku dapat dari Reveal or Conceal ialah....entah kenapa entah bagaimana masa nak taip CONCEAL ter-typo-error lalu mata dan otak aku tertangkap typo itu menjadi CONCEALER, nasib perasan sebelum hantaq komen dapatlah ilham. Ternyata....ilham itu boleh hadir dalam pelbagai rupa, bentuk, jenis dan sama waktu dengannya, tinggal malas atau rajin je nak diproses menjadi entry. Kiranya....sampai takat ni korang baca nampak tak betapa rajinnya aku?? Hahaha. 









Mari aku sambung kerajinan aku setelah pulih dari kemalasan.....bila terperasan typo-error concealer terus je otak aku yang rajin ini terbayangkan produk-produk kecantikan wanita. Mungkin sebab sekarang aku dalam proses menjaga kulit wajah a…

Kap Ba Ro Kap Alif Ta Nun

Image
Assalammualaikum wbt....



Apa khabar semua-semua orang?? *lambai2 tangan* Harap sihat sejahtera dan semoga panjang umur...eh! Dah rupa ucapan Birthday la pulak. Hehehehe. Sengaja je selitkan semoga panjang umur siap bold sekali sebabnya nak selarikan dengan apa yang nak dikongsikan pada entry kali ini. 

Acap kali kita dengar ucapan "semoga panjang umur" bilamana sering diucapkan (kebiasaannya) setiap kali tibanya Birthday seseorang....naik lali bukan?? Apa kata kita ubah ucapan "semoga panjang umur" kepada "semoga berkat umur" sebagai contoh. 


Mak aku ada dengar ceramah agama dari seorang ustaz ni....dia cakap more less begini (nak sebiji sama tak dapek la yo...) "kita tak boleh nak ucap semoga panjang umur disebabkan setiap orang dah ditentukan umurnya tara mana....jadi apa yang nak dipanjangkan lagi? jadi elok kiranya kita tukar....doakan semoga berkat umurnya....."Biasakan diri agar menjadi kebiasaan. 

*************
Abu Abdurrahman Abdullah bin…

EVOLUSI NAMA

Image
Assalammualaikum wbt...


EVOLUSI. Seperti yang kita sedia maklum...evolusi ialah perkembangan secara beransur-ansur, terutamanya pada bentuk yang lebih kompleks. Contoh :


Pada Tahun 1981

A : Nenek awak nama apa ?
B : Senah Binti Abu

Pada Tahun 2040

A : Nenek awak nama apa ?
B : Natalia Ellysa Evans Binti Zack Manshahar...


Sumber : KOPIPES DARI FESBUK SEPUPU



Nampak tak?? pasti nampak....dan pastinya mana-mana borang rasmi dibahagian nama terutamanya akan memerlukan ruang yang luas untuk menempatkan nama-nama yang sedang berevolusi. hakhak. Nama pepanjang tapi panggil alahai....boboy, rara, wawa, fifi, didi, etc. etc. etc.



Ok. Sekian untuk entry kali ini. JUMPA LAGI.