Assalamualaikum wbt....
Sabtu dan Ahad baru-baru ni secara tak dirancang aku telah menemani sahabat sehingusan aku menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan di Tampin, Negeri Sembilan memandangkan lokasinya lebih dekat dengan rumah kami jika nak dibandingkan terpaksa berkejar seawal mungkin mengikuti kursus yang sama di Bandar Melaka.
Aku bajet dalam keadaan cemas-cemas nak kejar masa sebabkan terlewat mesti dalam dewan penuh dengan oghang nogoghi. Tetapi alangkah meleset sekali 'kebajetan' aku bila sebelum Modul Akidah & Ibadah bermula Ustazah bertanya begini :
"Berapa ramai orang Negeri Sembilan...sila angkat tangan???"
Alaaa....3, 4 orang je yang angkat tangan.
"Berapa ramai pula orang Melaka???"
Tudiaaa...tudiaaa termasuk aku sekali dekat 85% orang Melaka.
Dari Merlimau ada, Melaka Tengah ada, Masjid Tanah ada, Malim ada....
Serata ceruklah ada.
Ustazah sambung tanya lagi....
"Dekat Melaka takde ke kursus macam ni???"
Ada....dekat Masjid Al-Azim. (tak tahu siapa jawab yang pasti LELAKI)
"Kenapa kamu orang-orang Melaka tak pergi kesana???"
Semua diam sediam diamnya. Tapi kalau Ustazah tu point kat aku langsung je aku jawab sebab dekat dengan rumah dalam 5km berbanding 37km nak berkejar ke Bandar Melaka.
Krikkk...krikkk...krikkkk. (senyap sunyi dalam 2 minit)
"Ini mesti kamu semua dengar cerita kursus dekat Melaka kena bermalam siap ada Qiamullail kan?? Betul tak andaian saya??" Terus dewan dari senyap sunyi bertukar bising sana bising sini. Rupa-rupanya memang betul andaian Ustazah sebabnya setiap kali kursus beginilah jadinya.
 |
Sumber : GOOGLE |
Tak tahu siapa yang mulakan dulu khabar angin sebegini. Padahal dekat semua negeri dalam Malaysia ni buat masa ini Kursus Pra-Perkahwinan sememangnya 2 hari sahaja yang diperuntukkan untuk melaksanakan 11 Modul. Ikutlah kau duduk Johor nak ambil kursus dekat Penang ke, tetap sama 2 hari juga. Ada juga tambahan khabar angin kononnya Sijil Kursus Pra-Perkahwinan ada expired 6 bulan la...apa la. Macam-macam orang kita ni, bab sebarkan khabar angin kamain laju kalah angin ribut taufan. Sijil tu tiada expired ya kakak-kakak, abang-abang semua....ngeeeee.
Sekadar berkongsi, kalau salah sila tegur....sekian. JUMPA LAGI.