SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI





Berhati-hati pulang ke kampung dan berhati-hati juga ketika berkonvoi raya nanti bersama saudara-mara / rakan taulan / kekasih hati / dll. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Sekian. JUMPA LAGI. 



MUAK



Bila dapat on9 terasa macam nak menari zapin depan PC pasal terlalu teruja. Amboi melampau sangat tahap keterujaannya. Badan keras macam orang berkawad lagi ada hati mahu menari, tapi takdelah keras sangat pasal aku rasa lembut je kalau duduk bersimpuh kalah RCW. Siapa RCW??? Rozita Che Wan la....aku tengok forum  gosip mana ntah dorang panggil RCW..... RCW. Kalau Double A (AA) agak-agak korang siapa??? Mari menguji tahap ambil berat korang dengan dunia artis. Kalau betul korang akan dapat betul, kalau salah korang akan dapat salah. LOL. *Siapakah Double A??


*KLU : Nak kata keras tak keras nak kata lembut tak lembut.
          (Dah macam kueh pula..hihi)


Sila abaikan perenggan atas. MUAK....apa itu muak?? Bagi aku dan orang-orang yang terbiasa dengan muak ialah muak itu sejenis perasaan macam kita rasa boring menghadap benda / perkara / sesuatu disebabkan selalu sangat menghadapnya. Ada orang muak dengan orang, ada orang muak dengan makanan dan ada orang muak dengan BISKUT RAYA







Yesss...biskut raya. Akulah orangnya. Mahu tak muak hari-hari sepanjang Ramadhan ni menghadap biskut raya kerjanya sampai muak. Demi jualan layankan aje...muak sampaikan aku rasa tak sabar nak kunyah kerepek dihari raya. Lagipun aku penggemar tegar kerepek maka haruslah jadi muak dengan biskut raya. Korang pula Biskut Raya VS Kerepek Raya manakah menjadi pilihan dihari raya??? Sekian. JUMPA LAGI.





PELUANGSSSS




Sudah banyak peluangsss diberi tapi masih tiada perubahan haruskah diberi peluang lagi??? Baiklah sebaris ayat yang aku bold ni je yang menepati tajuk. 




Santai bekerja di opis hari ni sambil mendengar radio melayan lagu raya aku sedang menyusun jadual tugas kakitangan lain sempena raya. Pening sikit macam main puzzle beratus keping pasal ada yang main tukar-tukar cuti last minit atas alasan sudah berkahwin nak kena ikut jadual cuti suami / isteri. Baiklah yang bujang-bujang mengalah tapi aku yang bujang tak nak kalah pasal boss dah luluskan cuti 4 hari. Siapa cepat dia dapat...hehehe. Sekian. JUMPA LAGI.




PENDEK KATA PANJANG PUN KATA



Yeayyyyyy!!! Riang gila dapat beramas-mesra dengan blog setelah sekian hari ditinggalkan. Siang sibuk cover kerja orang lain sampai tak sempat masuk opis malam pula dengan tugasan rumah pastu dengan tidur awalnya.....acane nak online?? 







Tak online, tak tengok t.v, dan tak baca paper hampir seminggu buat aku terasa macam tertinggal jauh sangat sampai aku eh! apa ni apa ni??!! LOL


Macam pagi tadi aku buka FB tengok bersepah status pasal Johari Pain, Pandelela Rinong, Iklan Raya Bernas (tersentuh hati), Aiskrim BR percuma, aishhh pendek kata panjang pun kata macam-macamlah lagi yang aku ketinggalan.


Dalam banyak-banyak aku tertarik dengan kisah Johari Pain pasal dah terlepas cakap memperlekehkan atlet negara kita tak pasal-pasal kena tunaikan Janji Dikerati (tak tahulah idea siapa membahan JANJI yang ini) apa-apa pun disebalik kekecohan ini kita ambil benda ni semua sebagai satu pengajaran agar berhati-hati meluahkan kata-kata dilaman sosial. Sekian. JUMPA LAGI.



PERCIK SANA PERCIK SINI



Entah kenapa entah mengapa rasa malas sangat nak buka blog sendiri, blog kawan-kawan dalam bloglist pun terabai. Mungkin sebab sibuk sangat lalu keletihan jadi punca barangkali. Mohon salahkan sibuk. LOL.  Mari bercerita pasal semalam......iftar ramadhan bersama kawan-kawan di sebuah restoran popular dekat Malim, Melaka.


Restoran Seri Percik Melaka....suasana harmoni dimana kita boleh pilih nak makan dekat meja batu ke meja kayu, nak makan bawah bumbung ke nak makan bawah langit (open), nak makan makanan melayu ke nak makan makanan barat.


Semalam kenapa ntah tak berselera nak makan nasi so pilihlah Fish & Chip dimana rasanya rasa-rasa 7/10 kot. Haha...tak pandai nak komen macam pengacara JJCM. Kawan aku makan Nasi Beriani Ayam Percik dia cakap 10/10 pasal nasi sedap +  kuah ayam percik pedas-pedas manis gitu. Kawan lagi sorang yang makan Nasi Goreng Ayam pula dia bagi 10/10 pasal ada udang tempura seekor atas nasi dia...bukan main suka dia order ayam siap dapat udang. LOL.


Restoran Seri Percik Melaka : Jalan-Jalan Cari Makan

Menu Ramadhan Seri Percik : SINI & SINI




Sekian. JUMPA LAGI