OTAK KIRI OTAK KANAN







Orang kata fungsi otak kiri dengan otak kanan berlainan. Nak tahu lain yang macam mana korang boleh tengok penjelasan gambar dibawah.






Aku alergik nombor tapi selalunya hujung-hujung bulan terpaksa hadap juga, kalau tak nak alamatnya memang sengaja la cari point nak kena buang kerja. Hari ni seharian kena hadap dan hadam nombor-nombor sampai aku rasa otak aku macam letih dan minta didodoikan barang seminit dua. Sekian aku nak sambung kerja. JUMPA LAGI. =_="


KAYU UKUR KESUBURAN




Tengok tajuk semuaaa....



FASHAR SANDAL : Aajron...Aajron...adik-beradik Aajron berapa orang??

AAJRON ABU : 10 orang jerr....

FASHAR SANDAL : What??!! 10 orang jerr....subur gilerrr...

AAJRON ABU : Err....subur ke??



Dialog hanya contoh sahaja. Terbiasa sudah masyarakat melabelkan bab bilangan adik-beradik atau anak-anak yang ramai sebagai subur. Apakah dengan bilangan sahaja sudah cukup dijadikan sebagai penanda aras kesuburan??? Selalu sangat aku kena macam ni, maklumlah adik-beradik ramai. HEHE.







Lagi satu masyarakat suka jadikan kayu ukur subur ialah dengan darjah kepanasan bekas tempat duduk...errr faham tak??? CONTOH : Zuber duduk diam-diam di atas sehelai kerusi library. Sesudah habis menelaah pelajaran di library hampir 2 jam tak bergerak-gerak lalu Zubir pun bangkit membangunkan diri. Sejurus sahaja Zubir bangun terus kerusinya diduduki oleh Mamat dengan rakusnya. Tiba-tiba "Panasnya bekas punggung kau di atas sehelai kerusi ini Zubir....ini menandakan engkau subur!!" dengan lantang dan yakin Mamat berkata-kata. Zubir terkesima lalu berjalan pergi dengan penuh bergaya. Nampak tak nampak tak??? 




***********************************



Macam-macamkan?? Belum masuk bab kuku cepat panjang, rambut cepat panjang, bulu-buluan cepat panjang dan macam-macam lagilah kayu ukur kesuburan. Ternyata masyarakat sangat kreatif dalam bab subur-suburan bagai. Sekian. JUMPA LAGI.




P/S : Esok nak melawat kawan yang baru sahaja bergelar mama, harus siap sedia menjawab soalan wajib "Bila nak kahwin???" Oh...Mamaaa saya mahu kahwin.....lalalala~



CINTA IBARAT ANGIN TAK NAMPAK TAPI RASA






Amboi tajuknya. Mukadimah apakah yang sesuai nak kupas tajuk??? Angin tak nampak tapi sentuhannya terasa dikulit. Cinta tak nampak juga tapi kehadirannya dapat kita semua rasa dihati.




Ini MAKAN ANGIN namanya.









Kata-kata indah tentang cinta bersepah sana-sini. Semuanya indah-indah dan manis bak gula batu. Tetapi disebalik lambakan madah cinta yang manis ada yang kata cinta itu kejam.



Kejamkah cinta???


Robek hati kerana cinta.


(JAWAPAN)
||
||
||
||
||
VVVV
VVV
VV
V






************************************



Sesekali hidang entri cinta apa salahnyakan. Buat yang pernah, telah, akan dan sedang PUTUS CINTA usahlah bersedih terlalu lama ya, buat rugi masa je korang bersedih sedangkan sebaliknya pihak lagi satu tu sibuk berbahagia menganyam cinta dengan orang lain. Sekian. JUMPA LAGI. 



P/S : Gara-gara bagi pinjam telinga kat insan sekeliling yang sedang putus cinta maka terbitnya entri corak begini. Semoga korang kuat!! Bersedih sekejap-sekejap sudahlah.



HERO TAMIL





Ketawa sorang-sorang bila tengok album lama. Sekali terselak gambar masa Form 6 dulu, aku tertengok muka sorang kawan yang dikenali sebagai Udin singkatan nama dari Muhammad Rizaludin. Dia Mamak dan memang bersahabat dengan hero tamil sejati merangkap classmate aku juga iaitu dak Micheal, Sivaraj, Mohan dan Ratish.



Siapa tengok Film Padayappa pasti kenal siapa aku??

-Rajnikanth-



Pada suatu hari masa 6 tahun yang lalu GPK HEM datang ke kelas 6A1 dan 6A2 untuk jumpa semua pelajar Melayu yang tak berapa nak ramai masa tu yang adalah dalam 13 Orang kerana majoriti Cina sebab SMJK bukan SMK. Udin juga tidak terkecuali, turut dipanggil sama. Masa nak berkumpul kat luar kelas boleh pula si Udin ni cuit-cuit bahu aku :



"Aien....cikgu nak jumpa pelajar Melayu je kan? aku sekali ke???"


"Yelah...kau sekali la, kenapa??"


"Aku bukan Melayu....aku kan Mamak..."


"Errr....." 



Ternoktah disitu persoalannya terus aku suruh Udin diam, ikut dan dengar je apa GPK HEM nak sampaikan. Rupa-rupanya nak suruh kami sertai Perkhemahan Ibadah untuk pelajar yang beragama Islam. Udin memang patut kena join sekali. Cikgu....cikguuu kan senang cakap nak jumpa semua pelajar Muslim, tidaklah keliru dak Udin dibuatnya. Sekian. JUMPA LAGI.


Sehari Sebagai Suri-Rumah Sepenuh Masa





Masa aku off-day baru-baru ni mak takde kat rumah atas urusan persatuannya maka terpaksalah aku ambil alih tanggungjawab uruskan rumahtangga dari A sampai Z untuk sehari. Kalau mak ada aku tolong mana-mana yang patut jelah, ini seawal pagi mak dah keluar maka kenalah buat semuanya sorang-sorang. 




-ENTRI PANJANG HARAP MAKLUM-


Adik-adik dah pergi sekolah sesudah sarapan aku terus kemaskan pinggan mangkuk atas meja, lepas tu start motor nak hantar adik lagi sorang tunggu bas dia nak balik Sg.Besi. Hantar sambil tunggu dia naik bas baru aku balik.


Sampai rumah cari baju-baju kotor jalankan mesin basuh dan sidai dulu mana yang dah siap. Maklumlah ahli keluarga ramai maka baju-baju dibasuh 2 trip. Sudah sidai baju terus sambar penyapu dan mulakan kemas-kemas rumah, lipat toto kemas bantal tempat adik-adik tidur sementara tunggu mesin basuh trip kedua siap. Elok-elok siap mengemas rumah mesin basuh pun siap terus jelah sambung sidai baju lagi.


Masuk rumah kemas dapur pula dalam pukul 10 pagi dengar bunyi hon van sayur, pakai tudung sarung selipar berdesup cepat-cepat nanti terlambat van sayur berlalu pergi. Siap beli barang basah duduk-duduk kejap rehat barang sebentar.


Tak sampai 5 minit "Assalamualaikum...." kawan mak datang dengan tujuan nak ambil tumbuhan herba yang mak tanam Pereskia sacharosa. Mak takde terpaksa la aku melayan, dah macam geng mak-mak pula aku rasa bila layan dia berceloteh nak-nak bergabung pula dengan jiran sebelah rumah. Selesai borak-borak aku masuk rumah mulakan kerja masak-masak. Lepas tu....bla bla bla bla bla bla bla bla. (Banyak sangat kerja kena buat sampai tak larat nak taip....)







Penyudahnya kerja aku selesai lepas ajar adik buat kerja sekolah pada sebelah malamnya. Mak pula tengah rehat-rehat atas sofa sambil menonton T.V, aku terus tergolek dekat hujung kaki mak. "Orang penat ma...." terkeluar sebaris ayat ini, memang aku seronok ambil alih tugas mak tapi penatnya memang terasa. Mak ketawa sambil cakap "Baru sehari dah mengadu penat, ini mak sebagai surirumah sepenuh masa hari-hari hadap benda yang sama...."



***********************************



Kesimpulannya bagi aku Surirumah ibarat Jurutera Operasi Rumahtangga kerana merekalah nadi utama isi rumah sebenarnya dalam memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan setiap ahli keluarga yang lain cukup dan lengkap segala keperluan sebelum meninggalkan rumah untuk melaksanakan tugas masing-masing. Apa-apa yang kita lakukan semuanya bermula dari rumah bukan?? Rumahku Syurgaku. 




P/S : Esok dah kahwin kena jadi Wanita Bekerjaya + Surirumah juga. "Saya penatlah bang...." boleh?? Bukan merungut tapi cuma nak mengadu bermanja je. HAHA.



AIR MATA






Setiap tangisan tidak kiralah apa penyebabnya pasti akan menghasilkan AIR MATA. Siapa yang tak pernah menangis silalah menangis untuk kenal apa itu air mata. Kalau susah nak menangis tanpa sebab, rajin-rajinlah ke dapur cari bawang dan kupas sampai menangis. 



Mak suruh kupas bawang....kita tak nak!!



"Kenapa entri pasal air mata? Kau menangis ke Aien??" Ehhh..mana ada menangis, kenapa? nak kena menangis baru boleh buat entri macam ni??? HAHA. Aku memang jarang-jarang menangis tanpa sebab. Tapi kalau dah termenangis memang susah nak stop, mungkin sebab jarang-jarang. Kadang sampai paksa diri untuk stop tapi tak boleh. Kalau ada yang bertanya "Kenapa menangis ni..." pasti "Waaaaa....." jadi jawapannya. Korang pula bagaimana??



Siapa sorok bantal busuk kita...waaaaa!!



Kadang ada orang tengok drama sedih mudah sangat berjurai-jurai air mata mengalir. Kadang ada orang Fruit-Heart tak call tak SMS menitik-nitik air mata rindu. Kadang ada orang bergaduh sampai hati terlalu sakit campur geram terus menangis tak ingat dunia. Macam-macam sebablah lagi punca orang menangis. 




Kita tak ingatlah apa sebab kita menangis....hmmm


Keunikkan air mata ini tidak hanya terletak pada kesedihan, malahan air mata juga kadang bertindak sebagai peneman hati yang sedang rindu, hati yang merajuk, hati yang gembira dan pelbagai ragam hati lagi. Tidak kira status dan tidak kira jantina air mata sudi mengalir menemani diri pemiliknya disaat-saat diperlukan.





Tak kisahlah apa sebabnya, tapi menangis memang banyak khasiatnya (KLIK SINI) Akhir kata, menangis jangan selalu tapi menangislah bila perlu kerana air mata sangat berharga hanya perasaan yang mampu menilaikannya. Sekian. JUMPA LAGI.  



SEBAB APA PILIH YANG LAMBAT???




 
Rentetan dari MAK BAGI KEBENARAN untuk aku bercuti dirumah STACY ANGIE (perasan) ada yang komen "2013?? Lambatnya??". Memang lambat pun, lagi pula promosi Free Seat dari Air Asia ini untuk Travel Period Januari 2013 - Mei 2013.








Melalui kata sepakat kesemua yang nak pergi, sesuai sangatlah bulan Mei 2013 dipilih sebabnya kami semua ada masa yang banyak nak kumpul duit. Maklumlah ekonomi masing-masing asal boleh je, jadi haruslah bila pakai baju ukur badan sendirilah kan kan kan. Kalau berduit lebih harga mahal melambung pun boleh je kami redah janji dapat bercuti. Biar lambat asal bercuti bak kata dipatah-patah. Kalau ada rezeki terlebih kami ingat nak singgah Brunei Darussalam. Sekian. JUMPA LAGI. 



EXTRA

-TIPS PERCUTIAN BAJET-



P/S : Mak bagi kebenaran sahaja, tidak duit perbelanjaan. HAHA.


MAK BAGI KEBENARAN





Petang Isnin yang lepas kawan aku SMS "Weh....ko nak pergi Sabah x?? Tiket pergi balik murah giler..." Membaca SMS tersebut membuatkan aku terkesima barang sebentar.



Gosok-gosok hidung terus tanya mak "Mak...boleh tak orang nak pergi Sabah??" Agak aneh soalan di petang yang indah itu jika dibandingkan dengan hari petang-petang yang biasa menjadikan respon Mak aku "Sabah??!". 



"Iye mak...Sabah...." Maka berbual la kami dua beranak dengan lebih lanjut.





OK cantekkkkk...Mak dah bagi kebenaran.



Haruslah minta kebenaran mak dulu sebabnya aku masih dibawah jagaan mak selagi belum bersuami. Bagai orang mengantuk disorong bantal busuk aku balas SMS menyatakan "AKU NAK". Itu ini sebabkan aku pergi Shah Alam baru pagi tadi ada masa Booking Ticket secara Online di www.airasia.com. Murah-murah je tiketnya masa promosi, dah macam beli sandle Crocodile 2 pasang je aku rasa. Pejam mata je bayar duit walaupun sekarang dah tengah bulan. Takpe duit boleh dicari lagi, jadi mulai sekarang aku dah boleh menyimpan untuk percutian yang akan datang. Bila??? Mei 2013 nanti sebab promosi ini sah untuk Travel Period diantara Jan '13 - Mei '13. Sekian. JUMPA LAGI. 




P/S : Berminat?? Cepatlah booking sebelum 20 Mei 2012. 



BALAS KOMEN DI ENTRI




Entri lepas Tahniah Adik | Wordless Wednesday #17  punya komen yang ada sifat soalan ataupun jelas  tanda "?" kelihatan akan dijawab khas dalam entri ini. 



Iffah Afeefah said...
wah tahniah adik. err adik ke.


Aien reply... a'ah adik kita la Iffah, adik yang tak macam adik sebab ramai orang ingat dia abang kita. kakak dia awet muda kan? HAHA.


Lea Isnawi said...
tahniah adik aien. nak ngorat boleh? wiwit.

Aien reply... boleh apa tak bolehnyaaa...ada 4 kekosongan. wiwit dapat la aku adik ipar pakar forensik gitu. cantik pastu pandai bedah ikan bedah ayam pastu masak-masak. untung ni pakej lengkap. HAHA.


afzalsukasuki said...
adik? yg mana satu adik ni? ke nama dia mohd adik bin mohit?


Aien reply... mana tahu nama manja dia adik bin mohit ni bang long? haaa... skodeng mykid lettewww.HAHA.


Ym.Bundle said...
congrats gak..yg sebelah kiri adik tu sapa? kim salam kat beliau..hahaha.


Aien reply... kim salam je? ok. "mak...cikgu bundle kim salam....". UPAH 20sen mana? 


Cikgu Ma said...
tahniah...konvo mana ni?


Aien reply... Istiadat Konvokesyen UiTM Shah Alam Ke-76 Cikgu Ma. Errr...dengar cerita ada orang tu nanti konvo kat Putrajaya....errrr akak kan orang tu? HAHA.


Asyiqin Haulisah said...
agak agak bila kita boleh kenal?


Aien reply... Bila-bila masa bermula dari sekarang ikut suka hati anda... anda... andaaa... (bergema macam dalam gua). errrr..kita? siapa kita tu? kakak ke adiknya? HAHA.











Sekian. Takde idea buat entri baru. JUMPA LAGI.




HARI MAMA





Sebalik isu soal haram atau halal "MOTHER'S DAY" dan rungkaian selanjutnya yang boleh korang semua RUJUK SINI untuk nilai sendirisuka untuk aku nyatakan bagi aku SETIAP HARI MERUPAKAN HARI IBU.



 


Malam tadi aku sekeluarga meraikan dua orang "mama" dirumah iaitu Mak & Kak Long dengan niat hanya nak menggembirakan mereka dan buat mereka terasa lebih dihargai walaupun mereka sememangnya dihargai setiap masa, saat, detik, ketika, waktu dan sebagainya. Senang cerita mereka berdua diraikan sebagai penghormatan tambahan. Serupa macam matematik, matematik tetap matematik cuma bila ada tambahan akan jadi matematik tambahan. Mengerti??? Teori mana kau kopipes ni aien??? HAHA. (Maafkan saya). Sekian. JUMPA LAGI.



Malam tadi kami semua dapat
sorang sepotong Oreo Cheesecake.


TUTORIAL SEMAK STATS ENTRY




Semalam buat entri khas mengenai Pageview sambil-sambil tu minta kena kritik sebab nak tahu pandangan pengunjung memandangkan bulan depan genaplah blog ini berusia setahun tapi macam tak dapat sambutan sangat. Apa boleh buat bumi ini bulat-bulat. Baru nak kaji mana yang kurang supaya boleh diperbaiki. Dulu kalau kat Padang Kawad nak perbaiki penampilan sendiri masa berpakaian Full-U mesti rujuk kawan sebelah sebab kawan sebelah merupakan cermin kita. Kini kat Padang Blog harap-harap adalah cermin yang sudi pinjamkan pantulannya supaya dapat perbaiki mana yang patut. Kalau ikut pandangan mata sendiri takut syok sendiri. HAHA. Melalut apa ni Aien. Mari teruskan berbual ikut tajuk :-


1) Login dulu masukkan email dan kata kunci korang seperti biasa.


2) Dashboard sekarang berwajah baru jadi sila fokus bahagian kanan disebelah atas.




Klik "More options"



3) Pilih "Stats" dan klik.




4) Bawah "Stats" terdapat beberapa pecahan lain seperti "Overview", "Posts", "Traffic sources" & "Audience" :-



5) Korang boleh pilih dan semak semuanya sendiri dan rasa-rasanya mudah difahami. Mana-mana pilihan boleh juga disemak melalui cara :-




Pilih la nak semak "Now", "Day", "Week", "Month" atau "All time"





***********************************


Tutorial ini khas untuk yang tak tahu lagi macam mana nak check Pageview entri atau mungkin keliru dengan penampilan dashboard yang baru. Harap dapat membantu. Sekian. JUMPA LAGI.



SETAKAT INI SAHAJA




Entri lepas berkenaan gelagat Daus dengan K***K dia yang melecur. Entri kali ini aku dah set dalam otak nak buat entri berkenaan status blog dari sudut Pageview memandangkan salah satu entri aku agak mengejutkan jiwa raga bila aku godek-godek dashboard yang berwajah baru. Baru berkira-kira nak buat tapi seorang blogger retis kegemaran ramai Wak Apjal telah mendahului dengan ENTRI INI


*************************


"Tahniah Abg Long diatas pencapaian 10 Entri Pageview Tertinggi. Kak Ngah ucapkan selamat maju jaya dan terus-terusanlah menulis kerana Kak Ngah percaya jika Abg Long tidak menulis Abg Long pasti sunyi sesunyi enjin yang tak berbunyi........"

-aien-

*************************




Inilah yang mengejutkan jiwa raga, tapi aku nak ingatkan bahawa bukan niat aku tepek gambar atas ni nak menunjuk-nunjuk. Aku memang tak pandai bikin entri ber-SEO-SEO bagai. Ini semua hanyalah satu kebetulan sahaja entri GADIS & SKIRT LABUH dapat 6,096 Pageviews. Buktinya??? Entri lain ciput jeeee tak lebih 200 pun. HAHA.


1- Gadis & Skirt Labuh <KLIK SINI>

2- Kucing Pakai Baju <KLIK SINI>

3- Sireh Junjung "Kepala Hantaran" <KLIK SINI>


Aku main tulis je apa yang aku rasa nak tulis walaupun kadang penulisan entah apa-apa. Macam manalah dengan pandangan para pembaca dengan penulisan aku ek?? Macam mana pandangan korang sebagai pembaca Blog Aien Not Alien??? Sekian. JUMPA LAGI.



P/S : Bersedia untuk dikritik memandangkan bulan depan nak genap setahun.


BUKAN K * * * K





Dekat rumah kalau minum air panas (teh / kopi / nescafe) yang betul-betul panas sepanas air baru dijerang semuanya tahulah siapa yang buat "Mesti dak Aien yang buat ni....". Aku jenis kalau bancuh air panas memang tak campur dengan air kurang panas.






Tujuan aku buat air panas-panas adalah untuk melatih sifat sabar menanti dikalangan ahli keluarga dimana mak, adik-adik, kakak, abang ipar dan anak buah serta anak jagaan mak dilatih secara tidak langsung dengan menanti air panas jadi air suam-suam kuku baru sesuai untuk diminum. 



"Banyaklah kau punya melatih....."



"Padahal malas nak campur air suam sikit kannnnn....." 




****************************************



HAHA. Yup aku mengaku malas nak campur tapi rajin buat. Petang semalam punya cerita waktu minum petang aku buatlah Teh 'O' panas kegemaran semua. Lepas tu kan kan kan anak jagaan mak aku kan nama dia Daus kan dia kannnnn cakap macam ni : -



Inilah Daus anak jagaan mak.

Sumber : Cilok dari koleksi adik



"Angah ni wat air panas-panas je kan, melecur kahak aus taw...." sambil pegang-pegang tekak dia. Ini budak baru 5 Tahun dia ada masalah lawak antarabangsa sikit bila bercakap, sepatutnya TEKAK tapi dia tersebut KAHAK, geli hati limpa perut semuanya yang dengar ketawakan dia semalam. Padan muka aku kena sound dengan budak kecik. Sekian. JUMPA LAGI.



MAIN MATA





Kawan aku......anak sulung dia belum genap setahun lagi tapi tak lama lagi akan bergelar Kak Long sebab nak dapat adik baru. Alhamdulillah.



Tittew la tak long pipi....hihi..(Kak Long Fifi)


Kawan aku....baru selesai buat Majlis Cukur Jambul anak sulung dia yang diberi nama Qaseh Dhia Qaleesya gara-gara demam cerita Tentang Dhia masa sarat mengandung.




Kulit tittew halus putih
macam Noya Danishhh Dhia....hihi

Kawan aku....malam tadi singgah rumah ambil Casing-Hp yang ditempah minggu sudah, bawa hero sulung sekali dan bila terlepas dari dukungan habis melasak dan diselongkarnya perkakas jahitan. Semakin bijak dan sangat memahami setiap arahan Papa & Mama dia, siap kenyit mata kat aku sebelum balik.HAHA. Bestnya budak-budak, kanak-kanak, baby-baby semua ni......senyum.



Inilah Rayqal yang sempat main mata
dengan aku malam tadi.


Sekian. JUMPA LAGI.



ASAL USUL "DARUL"






Tadi sahabat sehingusan baru dapat tahu dia dapat panggilan menduduki peperiksaan untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Mula la dia merangka perancangan dalam masa yang singkat untuk study apa-apa yang patut sebelum menjelangnya hari peperiksaan pada 12 Mei 2012. Disebabkan kami bekerja di syarikat yang sama, maka aku dengan rela hati tawar diri bantu dia study sambil-sambil aku sendiri dapat ilmu sekali. 



Bla...bla...bla...kami buat revision berkenaan PERLEMBAGAAN dan KENEGARAAN. Pusing sana pusing sini masuk pula cerita pasal Institusi Raja-raja berkenaan YDPA, berkenaan Sultan setiap Negeri, lepas tu entah macam mana....entah bagaimana.....cehhhh dah macam iklan cerita Saladin la pulak, sahabat sehingusan bertanya "Kenapa semua negeri ada DARUL???". Amboi sangat soalan dia, tapi ok la at least boleh buat aku mengkaji dan terus mengkaji untuk cari jawapan.


 





- DARUL -


Seperti yang kita ketahui setiap negeri ada darul masing-masing sebagai contoh Kelantan Darul Naim, Johor Darul Takzim, Kedah Darul Aman, dll kecuali Perlis Indera Kayangan, Melaka Bandaraya Bersejarah, Sarawak Bumi Kenyalang dan Sabah Negeri Dibawah Bayu. Bagaimana dengan Pulau Pinang??? Mengikut carian aku terjumpa "Pulau Pinang Darul Mutiara" yang ini aku mohon maaf sekiranya tersalah sebab aku sendiri kurang tahu dan tak pernah dengar pun pasal Darul Mutiara. 










Dulu masa zaman sekolah rendah cikgu ajar tentang negeri-negeri melalui Kajian Tempatan, cikgu cakap DARUL membawa maksud apa ntah aku tak ingat tapi penerangannya macam "rumah" yang sekaligus membawa pengertian setiap negeri adalah rumah atau tempat tinggal kepada setiap rakyatnya. Itu penerangan cikgu secara mudah mengikut kesesuaian peringkat umur aku dan rakan-rakan ketika itu. Kalau dari sudut ejaan boleh rujuk diruangan komen (1st Komen : Cikgu Ma)Sekarang bila dibangkitkan semula oleh sahabat sehingusan aku berjaya jumpa sedikit maklumat melalui Carian Forum (KLIK SINI) dan melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (KLIK SINI) berkenaan Asal Usul Darul. Sekiranya korang ada sedikit info tambahan berkenaan hal ini silalah jangan segan-segan tinggalkan komen kongsikan ilmu. Sekian. JUMPA LAGI.