Lagu Haiwan???






Masa zaman kanak-kanak hingusan aku suka nyanyi lagu :-



"Seekor labah-labah cuba panjat perigi, Bila hujan turun labah-labah lari, Terbit matahari air tiada lagi, Labah-labah cuba panjat sekali lagi..."



"Anak rusa nani baru kembang ekor, apa salah kami lalu tidak tegur...."



"Anak itik Tok Wi mandi dalam kolam, Buat apa Tok Wi? Ubat limau lelam, Sakit apa Tok Wi? Sakit sendi tulang, Ubat apa Tok Wi? Ubat sengal tulang..."







Persamaan lagu Seekor Labah-labah, Anak Rusa Nani & Anak Itik Tok Wi ialah penggunaan nama Haiwan, Serangga ataupun Binatang. Seiring peningkatan usia aku dah jarang dengar atau menyanyi lagu-lagu sebegini melainkan dipaksa rela oleh kanak-kanak (Anak Buah, Anak Jagaan Mak) dirumah.




Sekarang ni dalam jarang-jarang ada juga terdengar lagu yang ada nama HAIWAN tapi berunsur CINTA. Tajuk sahaja yang menggunakan nama haiwan, isi lagu pasal cintan-cintun bagai. Lagu apa???





OST Cinta Kura-kura : Pencinta Terbaik



Bukan Cinta Monyet : Tilu (Official MV)




I Got Lembu Nak Jaga
(Moves Like Jagger Parody)




Ada KURA-KURA, ada MONYET, ada LEMBU. Merayau-rayau dekat YouTube beginilah jadinya, lepas ni jumpa lagu apa pula??? Ok, nak sambung merayau-rayau. 





P/S : Teringin nak pergi Zoo Negara :D



Kenapa Lari Rumah Sayang???





Tadi singgah Blog Apo2 Yolah yang baru-baru ni masuk dalam Majalah Remaja yang cover depan ada Tiz Zaqyah kalau tak silap, kalau silap maaflah, tapi yang pasti memang popular la Atok, Kak Milah, Tok Wan, Que & Anne serta Suhami Ahmad dapat masuk majalah.








Atok bercerita pasal Gejala Lari Rumah yang semakin membimbangkan jiwa raga semua ibu bapa, kakak abang serta adik-beradik mana-mana keluarga. Kebimbangan atok sangat berasas. Kenapa lari rumah sayang???






Kalaulah lari dari rumah mampu selesaikan semua MASALAH, mungkinkah hampir semua orang dewasa akan lari dari rumah??? Aku cakap macam ini atas dasar logik bila mengenangkan masalah orang dewasa yang 1001 kali lebih macam-macam berbanding masalah remaja. Tapi kenapa orang dewasa tak lari dari rumah??? Faktor kematangan dalam berfikir untuk menyelesaikan masalah memainkan peranan barangkali. Kebanyakkan remaja agak kurang matang dalam membuat keputusan sebab itu mereka mudah terdedah dengan keputusan yang akan membawa mereka kepada erti penyesalan dikemudian hari. Ini hanya pendapat aku semata-mata.




Kenapa lari rumah sayang???



Tegarkah kamu memijak lantai bahagia dengan Teman Lelaki / Teman Wanita sedangkan lantai itu dibanjiri tangisan Ibu & Ayah kamu sendiri??? Adakah bahagia hidup kamu hanya dengan kasih sayang dari Teman Lelaki / Teman Wanita yang baru sahaja muncul dalam hidup sedangkan Ibu & Ayah dirumah menangis susah hati mengenangkan anak yang mereka sayangi sejak dari lahir telah hilang membawa diri. SEDIH.



P/S : Lari dekat-dekat tak perlu bawa "Buku Merah" cukup "Tolong Jangan Bilang Mama & Papa" boleh terus lari dari realiti hidup. 


HATI TISU vs HATI BATU




Biar HATI TISU lembut dengar kata,
Jangan HATI BATU keras tak terkata.



P/S : Entri ringkas...dah macam update status FB. =_="


Operasi Peniruan Berjaya!!!




Semalam aku terjumpa gambar LOVE yang kreatif dekat FB "Kalau dapat buat macam ni mesti best...". Aku pun PM sahabat sehingusan aku dan terus tunjuk gambar tersebut :-


Entah apa tulisan atas ni aku tak faham,
jadi kalau-kalau gambar ni mencarut  HARAP MAAF.

*Takkan la dah LOVE-LOVE nak mencarut bagai ek...


Dapat pula maklum balas baik punya "Jom try and error!!" ini sudah bagus!!! Aku dengan sahabat sehingusan siap-siap mulakan operasi peniruan gaya siang tadi. Hasil operasi kami bersih dari sebarang aksi-aksi ganas membulatkan mata dan bebas dari penampakkan muncung itik. Kami senyum je...hihi...






Tak boleh blah muka aku yang tengah tutup batang hidung tu (ketawa) & ketara sungguh sahabat sehingusan bulan terang (putih suci melepak) aku pula bulan gelap (sawo matang melepek).







Lepas ni kalau rajin nak tiru gambar atas ni pulak....hahaha..



Erkkk!! Mampu ke??? 



Monkey Emoticons 


Janji Lain Jadi Lain.




Baru-baru ni aku pergi uruskan tempahan uniform untuk kakitangan dekat sebuah kedai milik bangsa kita sendiri dengan niat dia untung dapat duit aku untung dapat tempah uniform. Total tempahan hampir Rm3K, bos aku tak banyak cerita terus bayar guna cek. 



Dia janji akan siap pertengahan Mac terus dia bagitahu, tapi dah sampai 21 Mac aku tunggu-tunggu takde khabar berita terus aku sendiri yang bertanya baru dia nak cakap siap Jumaat ni, lepas Solat Jumaat boleh datang ambil.



Hari ni 22 Mac "Maaf...boleh tak awak datang ambil hari Selasa depan, mesin saya rosaklah...." baiklah aku cuba bertolak ansur dan memahami situasi beliau, tapi aku betah jugalah sebab nak guna cepat masuk bulan April nanti, nak kena agihkan kepada semua kakitangan lagi. Tidak boleh tidak memang nak cepat sebab dah lama sangat menunggu dari yang sepatutnya dijanjikan.



Dalam dia berjanji akan siap semua dan boleh ambil hari Selasa depan boleh pula dia cakap "Berkenaan sulaman logo syarikat tu, terpaksa ubah sikit sebab ada sedikit masalah..." aku balas "Hari tu awak cakap boleh buat, takde masalah apa-apa, senang je nak buat..." terus dia "Ok..saya cuba buat ikut design asal..." Nampak tak disini, macam-macam hal.



Dia dalam proses tengah buat dan hampir siap atau dia baru nak mula buat ni??? Macam-macam alasan. Bos aku tak tahu lagi hal ni, tapi minggu lepas dia dah tanya-tanya pasal uniform dah siap ke belum?? Menjawablah aku nanti, harap-harap siap hari Selasa ni, aku malas nak cerita panjang. =_="




P/S : Kalau tak siap juga??? Aku tolong dia jahit....haha...




Kisah Gangguan Seksual #1




Tadi dekat FB aku terjumpa satu post amaran berkenaan gangguan seksual bagi pengguna Komuter especially tren ke Rawang. Rasa-rasanya post tu masih baru lagi berdasarkan "15 hours ago" yang tercatat dibawah post. Kisahnya ada seorang lelaki gila seks menghimpit mangsanya (perempuan) didalam tren yang sedang sepadat-padat orang dan dia mengambil kesempatan menggeser-geser anu dipunggung perempuan tersebut sehingga basah seluarnya (faham-faham sendiri), kemudian terus blah dengan muka tersenyum puas, saksi kejadian tak sempat buat apa-apa sewaktu kejadian oleh kerana tren terlalu ramai orang. Nak tahu lebih lanjut boleh KLIK SINI.



Kesimpulan yang aku perolehi daripada post berkenaan ramai yang mengutuk perbuatan terkutuk tersebut kerana ia semestinya harus dikutuk, siapa yang suka diganggu sebegitu???





 Tiada Siapa Yang Suka Gangguan Seksual!!! 



Dalam ramai-ramai mengutuk terselit juga komen seperti "Tembak kasi mati...", "Kerat bagi anjing makan...", "Sapu minyak cap kapak!!" pada yang drop komen sebijak begini aku rasa macam nak suruh-suruh je mereka lalui situasi sebegini sendiri, agak-agak berani tak nak bertindak macam tu??? 




Sejujurnya bagi sesiapa yang pernah diganggu secara seksual pasti akan tahu perasaan sebenar mangsa-mangsa macam mana, walaupun setiap gangguan tak sama tapi perasaan "Takut! Malu! Segan! Trauma! Geli! dan bermacam-macam lagi rasa yang kurang enak...." adalah sama.








Terdapat beberapa jenis gangguan seksual seperti :


1. Lisan : Boleh jadi dalam bentuk kata-kata, komen, gurauan, bunyi, soalan, panggilan telefon yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.

2. Isyarat / Bukan Lisan : Isyarat tangan, bahasa isyarat, pandangan atau kerlingan yang bermaksudkan sesuatu niat yang tidak baik, keadaan berkeinginan, memegang atau makan cara menggoda.

3. Visual : Menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, mendedahkan bahagian sulit, menghantar e-mail / SMS / MMS berunsur seksual.

4. Fizikal : Bersifat sentuhan seperti cubitan, geseran, meraba-raba, mencium, memeluk atau menepuk.

5. Psikologi : Menggunakan kaedah pujukan untuk melakukan seks atau apa-apa cara yang menggangu emosi mangsa. 



Bersambung ...Kisah Gangguan Seksual #2



Kaya Kasih Sayang Paling Bermakna.



Mak : In...Lola dah jadi jutawan..

Aku : Jutawan?! Lola mana? 

Mak : Alaaa...Lola heroin telenovella Bella Calamidades tu, dia dah kaya raya warisi harta datuk dia.. bla bla bla... (cerita dengan penuh semangat....)

Aku : =_=" (Cerita semata-mata rupanya....)


Inilah Lola jutawan.


Semalam aku Off-Day, jadi ada la teman mak aku nak berborak sambil masak-memasak kat dapur. Mak aku kupaskan bawang aku potong bawang, mak aku bersihkan ayam aku goreng ayam. Masak sama-sama sambil berborak, itu yang terjadinya dialog kat atas.



Dalam cerita macam-macam boleh jadi, si miskin tiba-tiba jadi kaya bila jadi perwaris harta pusaka ataupun macam kisah dongeng bila dapat kahwin dengan anak raja. Kalau aku nak jadi jutawan melalui harta pusaka ataupun kahwin dengan anak raja tidaklah tapi kalau mula menyimpan dari tadika dulu-dulu mungkin boleh jadi jutawan menjelang usia emas....macam tettttt.. 



Aku ketawa-ketawa bila bercerita dengan mak aku semalam, rasa seronok dan terdetik rasa hati "Biarlah tak jadi jutawan kaya harta, sekurang-kurangnya jadi orang sederhana yang kaya kasih sayang...." Memang aku tak nafikan duit penting dalam hidup tapi bagi aku kasih sayang itu jauh lebih penting dari duit sebenarnya. 



Duit boleh dicari kalau hilang. 
Kasih sayang kalau hilang memang tiada ganti.



Aien sayang Mama!!!


Sebelah petang aku bawa mak ronda-ronda naik motor. Sebelum ni asal cuti ada je hal, asal ada hal je cuti, jadi semalam memang lapang sangat harus dimanfaatkan dengan sebaiknya. Seronok sangat sebab mak peluk kuat-kuat "Bawa perlahan pun terasa laju..." erkkk...laju ke mak? rasa-rasanya itik pulang petang lagi laju kalau ajak berlumba ni...hehe.. Hargai insan kesayangan kita sebaiknya sementara mereka masih ada




P/S : Kesal dengan sikap anak gadis zaman sekarang suka sangat belakangkan keluarga dan lari dari rumah hanya kerana CINTA.


Lega Sikit-Sikit.




Menanti sesuatu yang samar-samar dalam terang memang menduga. Menanti apa??? Sebenarnya lepas je fasa lulus exam yang diduduki bulan November tahun lepas, aku ternanti-nanti pula bila tarikh temuduga seterusnya. 



"Kolej Jati Kolej Meranti, Hari-hari aku menanti..." Cehhh...menyempat berpantun dua kerat. Seriously memang kenyataan aku menanti sesuatu yang sangat penting, mak aku pun sama tolong teman aku menanti.



Makan kenyang. Tidur lena. Mandi basah.




Mudah-mudahan penantian yang satu ni berbaloi-baloi. Rasa lega sikit sebab dah dapat tahu jadual kasar peringkat seterusnya bila, antara April-Mei. Pejam celik pejam celik mata terasa dekat sangat. 




Jadi tujuan aku buat entri ini nak tanya ada tak sesiapa tahu apa yang nak kena buat sebagai persediaan untuk Assessment Center nanti? Jauh sekali nak menunjuk-nunjuk, lagipun temuduga peringkat ke-2 je baru bukannya dah comfirm dapat. Harap-harap dapatlah... 




Aku nak tanya ada tak sesiapa tahu apa yang kena buat sebagai persediaan untuk Assessment Center nanti. Ujian Kecergasan? Ujian Fizikal? Ujian Mental? Ujian Personaliti? Ujian Mata? Uji Kaji? Uji Rashid? Ujian Memandu??? (Mengarut apa ni...haa..)




"Banyakkan membaca isu semasa kak...."


Monkey Icon 


Tentang QWERTY-Pad





Sejak awal tahun hari tu aku nak tukar Handphone baru sebabkan yang lama dah mula buat hal selepas cukup 3 tahun lebih berkhidmat. Baru-baru ini baru berkesempatan, jadi aku TERbeli Nokia Asha 303





Sedap namanya sedap juga fungsinya. Berbaloi dengan harga mampu milik, Hp ini menggunakan QWERTY-Pad yang berfungsi seperti keyboard ditapak tangan untuk taip ABC, 123, @#$ dan 90% Touch-Screen. Lagi mengenai ciri-ciri Nokia Asha 303 boleh KLIK SINI.



Apa itu QWERTY??? Kerana Nokia Asha 303 aku baru tahu tentang mana datangnya nama QWERTY yang sebenarnya selalu dijumpai dimana-mana keyboard PC mahupun Laptop. Aku bukan student IT, aku bukan pemburu gadjet, dan aku bukan pekerja kedai Handphone sebab itulah aku tak berapa nak tahu sangat.



Tahu guna sahaja yang mampu. Fuhhh~ 



Dalam hidup ini tak semua perkara kita tahu, jadi bila ambil tahu maka kita akan jadi tahu mengenai perkara yang kita tak tahu. Nak dihuraikan tak pandai sangat jadi aku tunjuk gambar :-






Apa persamaan semua gambar diatas???


Tengok susunan huruf Q.W.E.R.T.Y semua sebaris, itulah jawapan mana datangnya nama QWERTY. "Mengikut sejarah awal penciptaan keyboard, terdapat beberapa prototype keyboard, sebagai contoh DVORAK yang dijumpai Dr.August Dvorack sekitar tahun 1940, namun standard QWERTY telah mendominasi....."

Sumber : KLIK SINI 



Melalui sumber juga terdapat beberapa jenis susunan lain seperti QWERTZ, AZERTY dan juga QZERTY. Dapat bayangkan tak kalau susunan ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ yang mendominasi rekaan keyboard / keypad, agak-agak macam mana cara kita menaip???



Monkey Icon 


Melunaskan Entri Tertangguh.




Baca entri >INI< kemudian >INI< baru korang faham entri ini berkenaan apa. Kalau tak nak baca takpe, buat-buat faham sudah. Aku tunggu-tunggu gambar tak dapat-dapat, kenalah ambil gambar dari HP & FB untuk lunaskan entri ini, dah macam lunaskan hutang bunyinya..hehe..






Kalau baca entri yang aku suruh baca kat atas tu macam-macam komen ada, oleh kerana aku baik hati (perasan) kat bawah ni antara komen-komen yang macam-macam tu. 


- CIK TIKAH ingat aku yang bertunang, siap ucapkan tahniah lagi. "Terima kasih Cik Tikah, sebenarnya yang bertunang teman sehingusan saya...". Masin mulut makan garam, cepat-cepatlah giliran aku lepas ni, tapi dilema sebijik macam dalam Entri Cikgu Ma. =_="


- C'AXOERA suspek aku dengan GEN2MERAH ada hubungan!! "Kak Ch000tz...kita dengan Cikgu Jumadil hanya ada hubungan dalam watak CERita PANjang CINTA KLASIK DARI HATI, tu yang kadang bergurau-gurau duk panggil sayang sayang tu..." Ini dikuatkan lagi dengan gosip panas dari CIKGU MA serta digiatkan lagi oleh CIKGU KANCIL. Jumpa depan-depan pun tak pernah lagi. Marah Fruit-Heart Gen2Merah nanti.


- SYAFIQA KARIM baru buat entri pasal tidur lewat aku dah bagi petua pasal tidur, sampai dia geram-geram gigit kuku.


PARIS LIPTON dah baca petua tidur terus minta aku bagi petua hilangkan ketumbit, macam tau-tau je aku ni jenis senang kena ketumbit. Kadang dalam setahun 4 kali kena. Selalu kalau terkena aku ikut petua sapukan ketumbit dengan bawang putih, mula-mula pedih sikit tapi lepas tu cepat eloknya. Insya-Allah.



Ok. Penat menaip. Salam Jumaat kepada semua yang singgah Blog Aien Not Alien."Dari soalan KURANG PANDAI lahirnya jawapan PANDAI, jangan takut untuk bertanya, jangan berlagak kala menjawab". Sekian. 



Monkey Icon 

 

Proses sedut-menyedut...



Seperti yang dijanjikan dalam entri >INI< sepatutnya aku buat entri pasal Majlis Pertunangan, tapi terpaksa ditangguhkan dulu oleh kerana masih dalam proses sedut-menyedut gambar dari kamera kawan-kawan. Pada yang menanti (ada ke yang menanti??) harap korang tetap terus menanti...hehehe...



EXTRA :

PETUA HILANGKAN RASA MENGANTUK
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TIDUR!!


Pasti berkesan....cubalah!!! ZzZzZz ^_^"



Monkey Icon 


Siap Buat Jelly Terus Taip Entri Baru




Esok merupakan Ahad kedua dalam bulan Mac aku dapat Off-Day disebabkan esok merupakan hari pertunangan sahabat sehingusan aku sejak dulu lagi (Cik Fateha). Kalau takde sebab, harapan jelah nak Off-Day-Off-day hari Ahad. =_="



Sepanjang tempoh masa persiapan sebelum esok (110312) tiba, ada juga aku masuk campur sikit-sikit mana yang patut seperti :


-Meneman Cik Tunangan ni cari tudung tunang ----> Dari Tampin sampai ke Masjid Tanah mencari....fuhhhh~ Nasib tak ronda seluruh Melaka. 

-Sponsor Cup-Cake khas untuk buat hantaran ----> Tempah siap dengan kotak cantik dan hanya perlu hiaskan dengan riben sahaja dah cukup!! Cantikkk...sayang nak makan wooo~

-Teman jumpa Mak Andam nak sewa Veil dengan Tilam Pandak (Alas duduk masa sarung cincin nanti) ----> Last-minute baru teringat, nasib ada mak kawan yang buat kerja andaman!! Dapat special price lagi...hihihi...

-Buatkan Jelly Cocktail untuk hantaran ----> Aku buat sendiri dengan air tangan sendiri...haha... Nasib la sedap tak sedap, janji jadi~



Esok-esok kalau takde apa2 halangan aku akan buat entri pasal Majlis Pertunangan + Gambar2 sekali ~ Beransur pergi meng-iron baju kurung untuk esok...daaa!! ^_^"


P/S : Tajuk yang pelik, tapi masih ada bau-bau bacang dengan entri..haha..


Anda pasti Takkan Melayu Hilang Didunia???



Malam tadi tiba-tiba tertukar siaran ke RTM 1 terus termelekat tengok siaran langsung Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012 di PICC. Johan bagi Kategori Nusantara & Kategori Antarabangsa korang semua boleh KLIK SINI untuk tahu lebih lanjut.



Jujur aku sangat kagum dengan kepetahan peserta daripada Rusia, Afghanistan, Jepun dan lain-lain negara yang mampu menguasai Bahasa Melayu dengan baik. "Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain" menjadikan mereka gigih mempelajari sehari sebaris perkataan lama-lama menjadi ayat. Terasa indah Bahasa Melayu dimata dunia. 



Disebalik kekaguman terhadap kepetahan bangsa asing terselit sedikit rasa terkilan bila mengenangkan anak-anak muda MELAYU yang merosakkan Bahasa Melayu sendiri.




Bahasa Euww Euwww "Titew rasew titew sudah jawtuhhh chentaaa laaa....puihhhh!!". Geli-geli lidah nak sebut.


Bahasa Singkat Tersingkat "aq x nk kwn ko lg, sl b'ambus k!!". Bersepah dalam FB budak-budak baru nak naik. Errr....kakak budak abang budak pun ada juga. "Sqyq sukq mqkqn nqsi!!" a digantikan dengan q pun ada.



APA NAK JADI???


Generasi Melayu kini perwaris identiti Melayu akan datang, kalau dah dari rebung telah Berbahasa Euwww Euwww bagaimana membesar menjadi Buluh nanti??? Bayangkan!! Sudah Pasti Takkan Melayu Hilang Didunia??? Renung-renungkanlah.



Sebagai penutup, teringat seloroh pengenalan peserta Afghanistan "Saya bukan penjual karpet!!", kerap beliau ucapkan perkataan SYUKUR. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang dimiliki bukannya merungut itu ini hingga memercikkan api konflik hanya kerana berbeza pandangan.



P/S : Bercakap memang murah, hanya bermodalkan kata-kata. Namun kata-kata bisa menggoyahkan sabar, dan melembutkan amarah. ^_^"


Hari Wanita Sedunia 2012



Seriously memang tak tahu langsung 08 MAC setiap tahun merupakan hari istimewa untuk semua wanita seluruh dunia. Ketinggalan betul la kau ni Aien!! Pada yang tak tahu macam aku, 08 MAC merupakan Hari Wanita Sedunia. Melalui Google aku dapat tahu Tahun 2011 merupakan tahun ke-100 sambutan Hari Wanita Sedunia, nampak tak disini betapa jauhhhhh aku ketinggalan di Tahun 2012. 









Monkey Icon


Tea-Lady tak bertauliah.




Lepas ni bertambah la tugas aku lagi satu, jadi Tea-Lady tak bertauliah memandangkan Pantry telah di-setup hanya beberapa langkah dari meja kerja. Akan berfungsi sepenuhnya esok dan aku dah dapat bayangkan meja aku jadi tempat sehenti borak-borak antara kakitangan macam dalam drama swasta lagaknya. =_="



-Entri pendek sependek-pendeknya : Aien Not Alien-



KTMB Pulau Sebang / Tampin.




JEJANTAS BERTANGGA untuk pejalan kaki dah biasa aku guna, semalam nak dijadikan cerita untuk pertama kali dalam hidup aku guna JEJANTAS MOTORSIKAL/BASIKAL.  Macam-macam rasa ada bila gunakan jejantas jenis ni, SUKA sebab pertama kali naik, SERONOK sebab jadi pembonceng boleh tengok pemandangan sana sini dari atas, GAYAT sebab ketinggian yang agak tinggi, TAKUT sebab tertengok landasan keretapi sayup dekat bawah.


"Nak sangat naik, lepas tu cakap takut!!" Bebel adik aku lepas selamat turun dari jejantas....hahaha... Sebut pasal landasan keretapi "Siapa cakap MELAKA takde keretapi???"sila tengok gambar bukti :-


STESEN KERETAPI PULAU SEBANG, MELAKA.

*Pulau takde laut...hihihi...

Oleh kerana kedudukan Stesen Keretapi ini berhampiran Bandar Tampin, maka Tampin yang dapat nama. Faktor sempadan dekat-dekat memudahkan semua orang dapat manfaat daripada perkhidmatan KTMB. Tak kisahlah orang Tampin atau orang Pulau Sebang.


Tampin, Negeri Sembilan / Pulau Sebang, Melaka.

Kalau-kalau ada rasa nak travel guna perkhidmatan KTMB boleh KLIK SINI untuk mengetahui KTM Inter-city : The Unique Way To See Malaysia. Lengkap dengan segala maklumat tentang jadual perjalanan, cara-cara tempahan tiket, fasiliti yang ditawarkan, promosi terbaru, jenis-jenis coach dan sebagainya.


Paling tak sabar tunggu "Tiket mana??"
More less macam ni la ayat....hehehe....

"Ini tiket saya.." cehhhh....kamain ayat den..haha



Impian aku nak naik keretapi ronda Malaysia, setakat ni aku dah gunakan perkhidmatan KTMB ni terjah Johor, Kedah, dan Kelantan sahaja. Masih ada beberapa yang dalam senarai seterusnya :-





Apa ada dekat Pulau Sebang / Tampin??? Pada yang tak pernah datang atau teringin nak datang atau sedang dalam perancangan nak datang bercuti ke sini, korang turun je dari keretapi dah bersusun teksi-teksi menanti dan cakap je mana arah tujuan kaki melangkah.



Sebagai penduduk sini aku cadangkan tempat-tempat menarik untuk dilawati A'Famosa Resort (Cowboy Town, Water World, Safari, etc.), Gadek Hot Spring, dan kalau nak lebih menarik korang boleh terus ke Bandaraya Melaka yang terletak dalam 30KM dari Stesen Keretapi Pulau Sebang/Tampin. 



Nak tahu lebih lanjut mengenai Pulau Sebang SILA KLIK SINI. Tampin rasa-rasanya ramai dah tahu, nak-nak popular dalam lagu J.Sham "Surat Ku Untuk Mu". 





P/S : J.Sham penyanyi kegemaran mak den...hehehe... "Oh..Oh...Rindunyaaa.."


Kau V.I.P Dihatiku...CINTA KURA-KURA.




Taip laju-laju sebelum mak sound suruh mandi. Aku baru balik dari tengok wayang dekat Seremban tadi. Kebetulan dapat tukar Off-Day hari Ahad sebab bos suruh, jadi aku gunakan sebaik-baiknya masa yang ada. 



Tadi aku tengok CINTA KURA-KURA terbitan KRU. Dari sudut pandangan aku, jalan cerita sangat menarik. Memang kalau ikutkan agak klise mengangkat kisah cinta remaja tapi jalinan cerita dan mainan watak yang dilakonkan oleh Tiz Zaqyah (Nani) yang berpasangan dengan Aeril Zafril (Adam) telah menghidupkan suasana romantik komedi lain dari yang lain. Tak terlalu sarat dan berat untuk difahami, aku enjoy ketawa dari mula sampai habis cerita. 



Kau VIP Dihatiku....kata ADAM pada NANI...

Apa tunggu lagi, pergi la pawagam berhampiran anda kalau nak tengok sendiri kecomelan Tiz Zaqyah berpacaran dengan Aeril Zafril, kura-kura bercakap dan pandai pedajalkan manusia, kisah orang tamak selalu rugi dan tetttttt.....tengok sendiri la senang cerita.





Monkey Icon Cici