Aktiviti Lompat Sana Sini.





Aien : Busy sikit la bang....huhuhu...



Next entry??? Abang Remy nak entri baru. Nak celoteh pasal apa pun tak tahu. 



Pasal makanan??? Hari-hari aku makan nasi macam orang lain, cuma sekarang ni aku dah kurangkan makan nasi sebab nak mantain berat badan. Aku buat dengan cara yang sihat. Sarapan pagi secukupnya. Makan malam sebelum 07.00 PM.



Aku dah mula rajin bersenam. Buat senaman ringan ---> LOMPAT TALI SKIPPING. Agak mudah untuk dipelajari & betul-betul berkesan. Hanya luangkan masa beberapa minit dalam sehari & lompat. 



Selain solo aku boleh jugak lompat berduet....
Partner aku kena alert la dengan hayunan tali.


Lepas ni kalau dah mahir teknik asas, aku nak cuba teknik lain pula. Kena Google teknik-teknik dari pakar, kalau main bantai lompat tak kena gaya mahu berbirat badan terlibas tali...hahaha... 



OK. Ter-update sudah. Aku nak sambung kerja, nanti dah free baru BW. Ini gaya berblogging suka-suka, ada masa baru menghadap blog...hihihi...



Monkey Icon



Ringkasan komen tentang Word Verification.




Saat ni aku pasti ramai yang sedang melayan cerita hindustan pecah panggung SANGAM. Aku nak melayan sangat tak boleh la, setakat jeling-jeling je mampu sebab sekarang waktu bekerja.








Semalam aku ada buat entri pasal Word Verification, rata-rata komen semua cakap rimas & tak suka dengan WV ni dengan alasan mereka tersendiri. Kepada sesiapa yang masih guna WV harap tak sentap-menyentap la dengan ringkasan komen-komen dari entri semalam seperti : 

  • Kalau tersalah taip akan menyusahkan. Tension.
  • Lambat loading.
  • Tak suka WV yang tak jelas. Susah!!
  • Kalau internet slow, tragis WV tak keluar...nak taip apa??
  • Nak kena pilih-pilih yang senang...rimas la jugak...
  • Rimas yang melampau...mencik!!!
  • Susahkan yang bermata rabun.
  • Pecah otak cari word dalam verification.
  • Menyulitkan.
  • Melambatkan...banyak kerja lain nak buat.
  • Annoying nak kena taip password bagai.
  • Kadang-kadang terpaksa klik X terus.
  • Keterujaan komen terbantut gara-gara WV.
  • Kalau line laju takpe, kalau lembap...last-last tak komenlah jawabnya.
  • Penat-penat taip komen nak kena penat-penat taip WV pula.
  • Terencat nafsu nak komen.


Buang yang keroh (buang WV sebenarnya) ambil yang jernih kemudian teruskan berblogging. Tanpa Word Verification urusan komen-mengkomen akan jadi lebih mudah. Percayalah. Nak buang macam mana?? >KLIK SINI< tutorial buang WV dari Cikgu Nasir.  




Happy Blogging.....yeayyyy!!!




Zwan Sabri : Dah edit entri, masukkan Tutoriol Buang WV dari Blog Apo2 Yolah. Tak berapa nak pandai buat tutorial sendiri, nanti ajar lain jadi lain....huhuhu...



P/S : Minum nescafe ais dikala panas terik memang ohsemmm!!! 


Rimas sikit-sikit je...tak banyak pun...




Errr...kadang kalau aku terjumpa Word Verification bila nak drop komen aku rasa macam ada rimas sikit-sikit. Rimas kalau nak kena taip semula yang susah payah macam bawah ni :



Contoh dari Google.


Kalau tak berapa nak jelas dah nak kena Klik Button Refresh / Reload. Kalau sekali klik dapat yang jelas takpe jugak. 



Sibuk je kau ni Aien!!! Orang lain tak bising pun kena tempuh Word Verification dulu sebelum drop komen. Yelah...yelah....silap mata aku sendiri yang tak berapa nak nampak agaknya.



Macam mana nak buang?? >KLIK SINI< tutorial nak buang Word Verification. Lebih mudah untuk pengunjung nak tinggalkan jejak nanti. Tiada gangguan. Maaf andai ada yang tersinggung. 





P/S : Hari ni PM Malaysia datang melawat kawasan kejiranan aku, habis bersih semua rumput-rumput stok lembu-lembu bertuan yang berkeliaran tanpa jagaan nak makan dicantas oleh PBT.


"Clean & Clear" semua, senang aku nak keluar simpang jalan, nampak kereta lalu lalang tanpa dihalang lalang. Kalau macam ni, nak PM datang hari-hari boleh???


Sengal-sengalan...Senggol-senggolan....




Entri pantas sebelum TNB tutup bekalan elektrik sampai malam ni untuk kerja-kerja merentang kabel, tambah breaker dan segala macam lagi. Notis awal dah diberitahu, kalau aku nak blogwalking kena sambung esok.



Tiada bekalan elektrik maka tiadalah internet. =_="




Nak berkempen pun nampak gayanya tak dapek la nak oiii. KEMPEN??? Kempen apekebendanya??? Group Blogger Sengal di Facebook ada anjurkan Contest Muka Paling Sengal, aku ada join sekadar suka-suka.




Bila join mesti nak kena kempen raih undi melalui jumlah LIKE terbanyak.




Kalau bersandarkan pada jumlah LIKE aku dah jauh ketinggalan. Kempen pun kurang umphhhh!!! berbanding peserta lain. Lagipun aku masuk suka-suka sekadar menyokong hasrat Tok Ketuat Apzal nak memupuk, membelai, memelihara serta memulihara tahap kesengalan ahli-ahlinya.




Sebagai penutup entri, aku selitkan gambar-gambar mereka yang bertanding. Gambar aku sendiri takde sebab tak cukup sengal, tapi Lan Hatikubaik kata style kongkang terbaik... Saksikanlahhhhhhh...... ahhhh.... ahhhhh :D




Tok Ketuat Apjal 

Cikbolat-bolat....mendahului undi LIKE.




Azureen Amjah....paling style ni..kihkihkih...




Zarol dengan Hello Kitty ditelinganya...huhu


Ini....KATAK BULAT, sepupu aku punya BFF.

*Macam baby terbuanggg...huhuhu



&

RAMAI
LAGI
BLOGGER
SENGAL
BERTANDING.





P/S : Tak sempat sumbat semua gambar. Ok TNB dah datang. =_="



Tercongok Tunggu Bas.




Pagi tadi dah setengah perjalanan nak pergi kerja motor pancit pula. Serahkan pada adik lelaki aku yang uruskan. Aku terpaksa tercongok tunggu bas di Bus Stop.



Korek-korek beg, takde duit kecik nak buat tambang. Muka tak malu aku tadah tangan minta adik aku duit tambang sebelum dia terkedek-kedek balik dengan motor pancit.



Tunggu bas lama gila. 1/2 jam berlalu. Pin...Pin...Pon...Pon... Kereta, Van, Lori Gas, Lori Sampah, Motorsikal, & Basikal je yang lalu. Bas takde pun. =_="



Kalau Bus Stop area rumah aku cenggini..
Sehari suntuk menunggu bas aku sanggup!!



Baru aku teringat, sekarang ni bas yang lalu jalan Melaka-Tampin-Melaka-Tampin...Alor Gajah!! tengah melancarkan mogok sebab ini ---> KLIK SINI. Aku terpaksa telefon ayah aku, minta tolong hantar pergi kerja. Ingatkan malas nak susahkan dia, last-last ku terpaksa...huhuhu....



P/S : Balik kerja pun dijemput....manjanya!!! Monkey Icon


Sireh Junjung "Kepala Hantaran".



Rabu lepas BFF aku telefon tanya pasal daun sireh nak dibuat Sireh Junjung. Memandangkan sekeliling rumah aku penuh flora-fauna, agak tepatlah tempat bertanya. Cuma agak menduka-citakan bila aku jenis duduk dalam rumah maka aku tak tahu yang daun sireh hampir pupus sebab telah teracun sama-sama dengan lalang. 



"Suruh dak Fateha cari kat kedai-kedai India...mesti ada punya.."
Bernas sungguh idea mak aku.

Contoh gubahan Sireh Junjung dari Google.


Sireh Junjung merupakan benda wajib ada dalam senarai hantaran pertunangan / perkahwinan. Hasil kerajinan aku google mengenai Sireh Junjung yang merupakan "kepala" hantaran, selain menjadi penyeri majlis ianya juga sebagai lambang "asam-garam" hidup berumah-tangga antara suami-isteri.



Lengkapnya daun sireh dimakan dengan gambir, kapur, buah pinang bagai simbolik kehidupan berumah-tangga ada pahit, masam, manis, dan segala macam rasa lagi.







Dulu memang aku tak pernah nak ambil kisah pun pasal Sireh Junjung, aku ingatkan hanya sebagai pelengkap hantaran, rupa-rupanya Sireh Junjung ni "Kepala Hantaran". Gubahan Sireh Junjung pun sekarang lebih moden dengan dihiasi fresh-flowers. Google sana sini macam-macam bentuk gubahan ada boleh dijadikan rujukan. ^_^"




P/S : Dulu-dulu daun sireh ditumbuk-tumbuk buat main pondok-pondok. Monkey Emoticons


Kalis Rasa Bersalah.




"Orang sana sini bercakap pasal kau, 
boleh pula kau buat-buat tak tahu ek!!
Kalis rasa bersalah la kau ni....minahhh...errr....samatttt...errr...
ahhh.. sesapa la!!"


(Maaf guna nama MINAH & SAMAT sebagai CONTOH)




Kadang aku rasa geram sangat berhadapan dengan orang-orang yang kalis rasa bersalah ni, hati tembok batu apa??!!




Buruk-burukkan orang situ sana sini tanpa rasa bersalah. Tabur pasir dalam periuk nasi orang tanpa rasa bersalah. Bercakap serupa macam tin kosong. Dia tak sedar agaknya perbuatan dia ni akhirnya akan memakan diri sendiri nanti.






Walaupun dia buruk-burukkan orang lain yang takde kena-mengena dengan aku, tapi aku tetap terasa jelak dengan perilaku dia ni. Macam dia sorang je good-good. 




Terkena pada diri sendiri esok-esok......baru tahu...
Menangis Air Mata Darah sekali pun dah takde gunanya lagi.



"Nanti-nanti yang nampak BURUK bukan orang yang DIBURUK-BURUKKAN tetapi orang yang MEMBURUK-BURUKKAN...." (Petikan dari Wall-Post Facebook aku sendiri)





P/S : Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi. 


Ingat wa punya pesan aaa...




Pagi tadi aku disapa mesra oleh seorang Uncle "Morning...sulah salapan aaa???" Aku balas sapaan Uncle tu dengan senyuman dan pantas angguk tanda sudah sarapan. (Karipap 4 ketul + Roti Canai Sekeping) 




"Kita mesti manyak sayang sama kita punya pelut....jangan kasi itu asid bagi pelut sakit...tatak tahan itu macam woo dia punya sakit...wa sudah kenaaa..." Bersungguh-sungguh Uncle tu cerita.




"Itu macam aaa...kalau pelut sakit sulah tatak guna lagi, itu lu makan ubat satu loli pun tatak gunaaa wooo..." Aku ketawa bila dengar dia cakap, dia pun sama ketawa.




Aku ketawa sebab terbayangkan ubat satu lori.
Dia ketawa sebab dia berseloroh.




Dalam ketawa-ketawa pun sebenarnya perbualan serius. Sakit perut sebab lambat makan atau tak makan memang menyakitkan. Kalau berterusan boleh mendatangkan penyakit.




"Ingat wa punya pesan aaa....sayangi pelut kitaaa..." Pesan Uncle tu sebelum berlalu. Ni aku cerita dekat korang, bermakna korang juga mesti ingat juga. SAYANGI PERUT.  





P/S : Ramai orang selalu skip Sarapan Pagi kebiasaannya. 


Kerana tak pandai berkata TIDAK!!




Korang nak tahu tak antara salah satu sikap aku ialah tak pandai nak berkata TIDAK bila ada orang nak pinjam barang atau minta tolong. Memang bagus ada sikap macam ni (puji diri sendiri) tapi kadang-kadang memerangkap diri (padan muka).






Aku nak kongsikan cerita semalam yang buat aku tergerak nak buat entri ni. Semalam hari Jumaat, lagi 5 minit aku nak Punch-Card habis kerja pukul 5.00 petang, ada sorang abang bahagian maintanance ni "Aien...pinjam motor jap boleh?? Aku tengok jam, takpelah sekejap je pun. "Boleh...tapi nak ke mana? Minyak nak kering dah tu..." Memang kebetulan habis kerja nanti baru nak isi minyak. "Takpelah...nanti saya isikan...full-tank lagi...." Aku pun bagilah dia pinjam.




Dia cakap kejap, aku tunggu hampir nak pukul 6.00 petang. Free-free je aku menunggu tanpa dapat claim o.t...cisss kejuuuu berkira sungguh aku ni, sila jangan tiru. Tapi takpe, sejuk juga hati sebab minyak full-tank bagai dikata. Aku pun terus la balik.




Tapi. Sepanjang perjalanan pulang, aku terasa lain sangat, masuk gear pun macam nak tak nak pergi je. Bayangkan aku puas pulas-pulas tapi motor tak nak pergi jauh seperti biasa. Jarum meter alahai segan-segan nak naik. Macam siput pulang petang je aku bawa motor.




Pagi-pagi aku pergi kerja elok je tak meragam.
Dah bagi pinjam boleh pula dia meragam.




Sampai rumah adik aku tengok-tengokkan, dia tanya aku ada buat apa-apa ke dengan motor ni. Aku ceritalah kat dia. Terus dia membebel. Aku jugak yang kena.




Kena hantar bengkel motor.
Mekanik cakap Clutch Speed ada masalah.




Berbuat baik kadang-kadang memakan diri. Abang maintenance tu pun kalau bawak motor boleh tahan lasaknya. Takpelah benda dah jadi. Kena lebih berhati-hati lepas ni. Tapi aku tak pandai nak berkata "TIDAK" macam mana???





P/S : Tolong diri sendiri dulu baru tolong orang. 



Terlalu Ambil Berat!!!



"Angah ko poie mano tu???" 


"Abang mirul ko keluar dongan sapo tu???"


"Along ngan suami ea poie mano???"


"Mak ko keluar poie tampin buek apo???"



Bertahun-tahun aku sekeluarga hidup bertemankan soalan-soalan sebegini. Terasa seperti kebebasan kami nak kesana-sini telah dicabuli. Setiap kali sesiapa diantara ahli keluarga aku keluar masuk rumah mesti dia tanya kemana?? buat apa?? dengan siapa??



Siapa dia tu???
Dia merupakan jiran selang sebuah rumah dari rumah aku duduk sekarang ni.



Belum masuk bab tetamu-tetamu yang datang bertandang lagi. Panjang leher dia tinjau ikut celah tingkap, rasa kelakar pun ada jugak, bila tak puas hati nak tahu lebih lanjut boleh pula pura-pura datang rumah cari kucing la, hantar pinggan la (tak balas lauk pun...hihihi...).



Macam mana nak buat ek? Letih la nak menghadap, nak ditegur dah tua bangka. Korang ada apa-apa cadangan tak???



Terasa macam nak hadiahkan dia benda alah ni...
mudahkan kerja dia..hihi...



P/S : Terlalu ambil berat merimaskan. =_="


Warna Pilihan???




Dulu masa zaman hingusan di bangku sekolah selalu main tulis-tulis warna kegemaran dalam buku biodata selain tulis makanan kegemaran masakan ibu, minuman kegemaran apa-apa saje janji halal.




Kadang bila aku belek semula koleksi buku biodata yang ada memang aku terketawa.




Apa kejadahnya siap ada senarai Kawan Karib & Kawan Biasa???
Hahahaha....itulah zaman sekolah.




Dulu gaduh je sikit-sikit tak nak kawan, lepas tu hasut orang lain jangan kawan jugak. Bermasam muka seperti berada di medan perang, padahal sekelas duduk sebelah-sebelah. Bila masing-masing dah dewasa, jumpa balik time reunion terus bersalam peluk-peluk laga pipi. Warna kehidupan bukan???




Intro aku terlalu panjang.
Maaf segala kesulitan amat dikesali.
Beribu sesalan jadinya.




Sebenarnya aku nak cerita pasal warna pilihan, warna amat penting dalam menghidupkan suasana. Paling yang nak dihidupkan suasana ialah semasa majlis-majlis tertentu. BFF aku nak bertunang awal bulan Mac, sekarang dia dalam situasi tak tahu nak pilih warna apa.




Warna Pilihan??? Nak pilih warna pun susah jugak ye, nak dipadankan dengan hantaran bagai. Aku pun menunggu juga warna pilihan dia, sebab aku cadang nak sponsor cup-cake, mestilah nak kena matching dengan yang lain-lain.




Harap-harap dia jumpalah warna yang dia berkenan. Aku bagi cadangan warna pastel. Kalau dia tak nak warna tu, takpe aku nak...hihihihi...




P/S : Warna hitam tetap dihati.Monkey Icon Cici  


Rabu berkata-kata...nak Gorpis ke nak Gordek??








Sila pilih ya tuan-tuan, puan-puan, kakak-kakak, abang-abang.



Nak GOReng PISang (GORPIS)???


@



Nak GOReng keleDEK (GORDEK) ???



Apa ke pelik bunyik akronim Pisang Goreng dengan Keledek Goreng ni??? Dulu-dulu masa mendalami Bahasa Melayu Pra-U Cikgu hanya bagi contoh PAWAGAM is Panggung Wayang Gambar, KUGIRAN is Kumpulan Gitar Rancak, PURATA is Pukul Rata and so on. (Terselit Johnny English sikit-sikit...hihi..)





Dah tu Cikgu mana yang ajar GORPIS tu???
Cikgu Ma yang ajar tadi.




GORDEK???
GORDEK tu aku sendiri yang reka sebab nak melawak dengan Cikgu Ma.





P/S : Aku suka GORDEK cicah sambal kicap!! ^_^"