Hati Berasap Siapa Tahu???





SATU AGHI TONGAH NONGGOK KEK PANGKIN BAWAH MANGGIH.....BOBUGHAK NGAN LOBAI SAHAK SAMBEY MEGHOSIT SEGHODAK KUE GHAYO... LOBAI SAHAK BOCEGHITO :


Apo bilo ayam molinteh dopan sokumpulan kambing..kambing mulo menghino dan membukak aib ayam. "APO LA AYAM NI...KEPALO NEK MOYANGAN LAWA SIAP BOBALUNG-BALUNG, TOMPI KASUT TAK PAKAI...GOMA LAK BERKAKI AYAM"


Ayam pun belalu poie dongan muko meghah padam dek malu. Sok pagi ea tu...kambing lak lalu dopan sokumpulan ayam. Sobaik sajo kambing melinteh...kumpulan ayam mulo besoghak "WOIII...BLAHH LAAA...MACAM LA BEST SANGAT!! PAKAI KASUT HITAM TOMPI SELUAR TAK PAKAI..TOLO NAMPAKKK!!" Pokik ayam sambey jongkeh-jongkeh dok tergolak. 



"APO KOSUDAHAN CEGHITO NI PAK LOBAI??"



KOSUDAHAN EA...DEDUO KONO SEMOLEH BUEK GHONDANG!!"



Sumber : Facebook Saya Anak Melaka (SAM) yang dipetik dari FB Ujang.



Ayam & Kambing punya lawak tapi tempiasnya kena pada manusia. Ambil pengajaran disebalik perkongsian ini. Dalam kita ketawa-ketawa jangan sampai kita diketawakan oleh diri kita sendiri. Jangan buka aib orang bimbang aib sendiri terbuka. Sama-sama kita beringat.



Terbakar kampung nampak asap,
terbakar hati siapa yang nampak???


P/S : Siapa makan gula dia yang rasa manisnya.Monkey Winks 




1st Year Ohsemm Anniversary | Blog Remyhazza.


Awal mula pertama mula Selamat Ulangtahun Pertama Blog Remmyhazza - Aku Cuma Seorang Kulikutif. Pejam celik pejam celik dah genap setahun. Tahniah Abang Remy. Sebagai tanda sokongan Aien join Segmen Abang Remy. Pada yang belum Follow segeralah Follow blog Abang Remy ni, kerana Abang Remy ni rajin balas jejak, peramah orangnya, dan pandai memasak. 




Pandai Memasak?? Kenapa? Tak percaya? Kalau nak percaya singgahlah Blog Remyhazza.




Kepada yang nak singgah tu dinasihatkan singgah dengan perut yang kenyang. Setakat ni ramai yang baru terliur je, jangan korang jadi orang yang pertama gigit keyboard atau telan tetikus sebab tergoda dengan sajian makanan dalam Blog Abang Remy sudahlah...hehehe....




Selain aneka sajian makanan menghiasi entri Abang Remy yang berkerjaya dalam industri makanan, Abang Remy juga rajin review filem-filem terbaru yang ditontonnya. Mungkin hobinya menonton wayang dikala sunyi free...hihihi...




Jadi...apa tunggu lagi, kalau sudi dan ingin jadi yang bertuah di kalangan Follower Abang Remy SILA KLIK SINI. Cepat-cepat sebelum Segmen ditutup pada 10 Februari 2012 tepat pada pukul 12.00 Malam.




P/S : Teringin nak buat segmen sendirikkk...nanti-nantilah. Monkey Emoticons


"Macam pernah jumpalah...."







Hari Jumaat penghulu segala hari yang penuh keberkatan tiba lagi. Alhamdulillah. Hari ini dapatlah cuci mata melihat para arjuna segak berbaju melayu pergi ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat.




Dari dulu lagi aku suka tengok arjuna berbaju melayu.SEGAK.




Petang ni selepas para arjuna selesai Solat Jumaat aku kena siap sedia menanti penghantaran lagi 100 batang Pokok Kelat Paya. Semalam dah selamat sampai 100 batang.




Semalam punya cerita masa aku handle kemasukan 100 batang Pokok Kelat Paya, tiba-tiba "Macam pernah jumpalah...." terdetik dalam hati bila aku terpandang muka Supervisor supplier pokok-pokok ni.






Selesai punggah turun pokok-pokok dari lori, kitorang bincang apa-apa yang patut. Sebelum dia balik sempat la berborak kosong dia pun cakap yang dia macam kenal aku. "Kan betul, macam pernah jumpa..."




Masing-masing terus teringat pernah terjumpa masa aku praktikal di Jabatan Perhutanan Melaka tahun 2010 dulu, dia pula ada buat kerja-kerja maintenance kat sana. 




"Keciknya Melaka ni, tak payah tengok Peta Malaysia pun dah tahu...." Dulu mesti dia segan nak tegur kalau terjumpa, sebab aku selalu ditemani abang-abang Jabatan Perhutanan kalau kemana-mana. Maklumlah masa tu aku sorang je perempuan. ^_^"




P/S : Setiap kali kalau terjumpa orang yang dikenali kat mana-mana memang teruja. 



Tak Ikut Peraturan Boleh????



"Korang nak tahu tak?? Si Rifhan anak Wak Mail, pandai masak Gulai Tempoyak!!! Sejuk perut future husband dia nanti..." Kata aku kepada korang yang baca ni. "Rifhan kan..dia kan...ada kereta mini cool giler...". ^_^"




Intro baik punya puji Rifhan yang merupakan salah seorang pengunjung tetap blog ni. Yeayyy...bagi ombak rindu sekali kepada Rifhan.





Dari tadi Rifhan, Rifhan, Rifhan. Ada apa dengan Rifhan???




Ada 11 soalan daripada Rifhan :


1.Nama penuh korang dalam surat beranak. Nurulaien Binti Mohd Roslan.

2.Tarikh korang dilahirkan. 01 Oktober.

3.Korang sekarang kerja apa/belajar kat mana? Admin di Syarikat Swasta.

4.Antara Aaron Aziz, Adi Putra atau korang (bagi lelaki) mana lagi ensem? Bront Palare hensem!!

5.Antara Neelofa, Lisa Surihani atau korang (bagi perempuan) mana lagi cun? Korang!! hehe..

6.Antara Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Don atau Ustaz Izi Hj Ali mana lagi korang suka? Semuanya aku suka..tak boleh pilih-pilih, dilema wanita nanti nak memilih...hahaha...

7.Kalau aku nak bagi korang hadiah, nak hadiah apa?yang masuk akal.jangan mintak mercedes ye! Gulai Tempoyak 1 Tupperwear.

8.Korang pernah tak rasa menyampah bila baca blog aku? Tak pernah. Jujur!!!

9.Bila korang menyampah dengan seseorang, korang buat apa? Aku buat la apa2 bagi orang tu menyampah dengan aku pulak, bila dia dah menyampah.....aku bagitahulah macam tu la aku menyampah dengan dia sebelum dia menyampah dengan aku.

10.Korang rasa ada tak orang menyampah dengan korang?sebab apa? Ada. Sebab aku manusia biasa, aku tak sempurna. Sila menyampah ok. ^_^"

11.Korang rasa menyampah tak jawab soalan-soalan aku? Tidak. Jujur lagi!!!




Ok. Rujuk pada tajuk entri >Tak Ikut Peraturan Boleh???< aku dah banyak kali kena tag, banyak kali tag orang, banyak kali cerita berbelas-belas perkara pasal diri aku. Ulang-ulang benda sama. "Siapa yang mulakan dulu game ni ek??" Lagipun bila aku follow, tag orang, bukan semua nak jawab pun kecik hati, bukan ada yang baca sangat pun, komen pun ala kadar. =_="




P/S : Maaf sebab tak ikut peraturan game ni. Tak ikut kena tangkap tak??? Monkey Winks



Terbeli Tudung.




Semalam petangkan, petang-petang semalamkan, teman kakak pergi beli-beli barang persiapan untuk kenduri kahwin adik ipar dia dekat Mydin MiTC Melaka. Tak tanya pun?!!




Sambil-sambil teman sambil-sambil cuci mata tengok pelbagai jenis tudung yang dijual di lot-lot kedai bersebelahan. Ye ke?!!




Rambang mata. Itu cantik. Ini cantik. Nafsu membeli-belah terus naik. Haishhh!!!




Kebetulan memang sedang mencari-cari tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan sepasang baju kurung untuk kenduri kahwin awal bulan depan ni. Kebetulan la sangat kannnn!!




Jadi, aku terbeli tudung baru semalam. Terbeli ke memang nak beli??!!




Terbeli laaaa.... =_="




P/S : Hari ni nak BW laju-laju. Monkey Emoticons


Soal Jawab Cikgu Kancil.




Selesai sudah ber-lunch dengan family (Off-Day duduk rumah je....anak siapalah ni ek...hihi...) kenyang perut suka hati setelah disumbat dengan Ayam Goreng Berempah, Sambal Tumis, Sup Ayam, Ulam & Air Nescafe. Alhamdulillah. Intro penuh makanan.


Salah seorang pengunjung setia Blog Aien Not Alien iaitu Blogger Kancil 8349 telah tag Aien Not Alien bersoal-jawab dengan 11 soalan. 


Biasa tengok tak?? Kat mana??

*den kono tag laie...apo nak dikato..layannnn!!


11 Perkara Tentang Aien Not Alien :

Keturunan darah campuran Melayu Minang + Jawa + Mamak. | Menetap di Alor Elephant, Melaka. | Suka Nescafe. | Kasut / Sandal saiz 6 atau 7. | Tinggi 160cm. 06>Darah A. | Umur dah suku abad. | Hantu durian. | Ada Honda 2 Tayar. | Suka Siti Nurhaliza. | Kereta idaman Mini Cooper.



11 Soalan dari Kancil 8349 :

1. Siapa idola anda?
-Mama..Pn.Asiah Bte Mohamed.

2.Apa sebabnya anda memilih dia menjadi idola anda?
-Sebab mama seorang wanita yang paling tabah. 

3.Pandangan anda mengenai negeri Sabah?
-Belum pernah sampai Sabah lagi, tapi tahu Sabah memiliki kepelbagaian Flora & Fauna tersendiri.

4.Tempat yang paling cantik pernah anda kunjungi?
-Taman Negara Kuala Tahan, Pahang, Taman Negara Tanjung Piai, Johor.

5.Nama tempat paling pelik pernah anda dengar atau lihat?
-Pulau Sebang, satu-satunya pulau atas darat.

6.Kereta impian anda?
-Mini Cooper Mr.Bean.

7.Rumah impian anda?
-Rumah sendiri.

8.Negara yang anda ingin lawati?
-Jepun.

9.Kenalkan Kancil satu blog yang paling baik?
-Gen2Merah.

10.Mengapa pilih blog tersebut?
-Sebab pemilik blog Gen2Merah kan baik...hehe..

11.Jika ada lima bintang, kamu bagi blog Kancil berapa bintang?
-5 Bintang.... ^_^"


 
11 Soalan dari A.N.A :

1. Sehari berapa kali gosok gigi?
2. Pandai main alat muzik?
3. Suka baca novel? Kali terakhir novel apa?
4. Tempat percutian paling menarik pernah dilawati?
5. Suka warna apa? Kenapa?
6. Pernah kehilangan barang berharga? Barang apa?
7. Suka minum susu tak?
8. Pernah kena marah depan orang ramai tak?
9. Menulis guna tangan kiri atau tangan kanan?
10. Suka pakai kasut atau sandal kalau jalan-jalan?
11. Kenangan semasa kecil paling diingati apa? Ceritakan. 



11 Manusia Bukan Alien Kena Tag :

1. Qrezsyah | 2. Zetty | 3. Shiteq | 4. OrsoNero | 5. Karmilaillang | 6. Tirah | 7. Arina | 8. Faiz | 9. Gadis Cokelat | 10. Ctah Mars | 11. Lea Asnawi 




Selesai, nama-nama yang di-tag ni merupakan Manusia Bukan Alien yang terbaru dikalangan 561 yang lain. Boleh la berkenal-kenalan kalau sudi jawab. ^_^"




P/S : Makan limau dipetang hari yang panas ni memang best.


Jawapan Teka-teki | Wordless Wednesday???



TEKA-TEKI



JAWAPAN TUKANG KOMEN
Yeayyy...tepat jawapan doodeedoo!!!
10 Markah. 
"Abang Gen2Merah...cuba lagi lain kali...hihi..."



SUMBER : Google


P/S : Makan limau...makan limau...makan limau.... ^_^"


2012 Tahun Naga.




"Selamat hari rayaaa...
Hari untuk kita bersuka-riaaaa...."




Selamat Tahun Baru Cina 2012 diucapkan kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya kaum Cina. Tahun ini tahun NAGA laaa....aummmm!! errr...ada macam bunyi naga ke???








Semalam aku kerja (Triple-Pay), tadi pun kerja (Triple-Pay), so jadilah Double-Triple-Pay. Angpau merah hujung bulan. Alhamdulillah. Rezeki duduk dekat Malaysia. Cuti umum perayaan pelbagai kaum dinikmati bersama.




Sebab tu aku suka hujan batu di negeri sendiri.




Semalam tak sempat nak balas jejak kawan-kawan. Blog pun sunyi lebih dari 24 Jam tanpa entri. Faktor utama tak on9 adalah sebab aku keletihan. Kerja jadi berganda bila kena ganti rakan sekerja cuti.




Nak kunyah limau pun tak larat. Letih gila. =_="




"Burppp....opsss!!"
"Sendawa bau limau...hihihi....."



P/S : Teka-teki : Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang ada banyak telur? (Jawapan esok atau lusa)


Sejarah BMI Aku.





Dulu-dulu masa zaman sekolah berat badan aku maintain je 45kg dengan ketinggian 160cm. Body Mass Index (BMI) pula 17.6 category underweight. Dulu-dulu aku memang halussss je.



Kerana halus aku jadi lali dengan gurauan kawan-kawan "Plywood berjalan...hahaha....". Sekitar awal tahun masa musim angin bertiup dah biasa sangat dengar "Hati-hati weh...terbang kena tiup angin nanti..." ~ =_="~ 






Masih segar dalam ingatan saat menjalani pemeriksaan kesihatan percuma dekat sekolah pada tahun 2006. 


Kakak Misi : Ok...timbang berat, ukur tinggi kat sini dik.
Aku : Baiklah.
Kakak Misi : Lepas ni ambil result BMI kamu dekat abang kaunter.
Abang Kaunter : Kamu Nurulaien.....bla bla bla....nah result BMI kamu.
Aku : Terima kasih. >Senyum Manissss & terus blahhh<


Tengok secebis kertas yang tertera BMI aku. Memang dah sedia maklum yang aku underweight, cuma perkara yang buat aku terkesima secara langsung depan kawan-kawan ialah abang kaunter tu tulis "Anda Kurus Kering". Cissss kejuuuu. 



Itu dulu.



Sekarang dengan ketinggian yang sama namun berat badan berlainan aku punya BMI 22.3 dalam kategori Normal Weight. Bermakna aku KURUS TAPI TAK KERING. Awassss abang kaunter.






P/S : Anak ikan dalam reban, Jaga makan jaga badan.



Kisah Pengemis Cantik.







Kadang-kadang masa jalan-jalan sana sini mesti akan terserempak dengan pengemis. Dimana ada orang ramai berkumpul disitu ada mereka. Lubuk rezeki katanya. 



"Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima..."
Renung-renungkan selamat beramal.



Pernah dengar kisah Pengemis Kacak di China???
Tak pernah?!! Google sendiri untuk tahu lebih lanjut.


Pengemis Kacak ---> Cheng Guo Rong



Pernah dengar kisah Pengemis Cantik di Malaysia???
Tak pernah jugak?!!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


Nak kenal dengan Pengemis Cantik???


Terima kasih kepada Pengemis Cantik a.k.a Tira kerana sudi menjadi Manusia Bukan Alien yang Ke-555. 



Lagi menarik Cik Pengemis Cantik ni jerit dekat CBOX "GBS 555". Pada yang tak tahu dan nak tahu GBS tu apa??? >KLIK SINI< Awassss...hanya yang betul-betul sengal dan bukan hati tisu sahaja yang boleh klik.




P/S : Teringat buku 555 buat tulis belanja sekolah dulu-dulu. Monkey Icon




Selalu Terjadi Begini.





Bila cari barang yang nak diguna segera selalu tak jumpa, bila tak diguna tak dicari elok je ada depan mata. Selalu kena sound dengan mama "Cari barang guna mata, bukan guna mulut...bising sana bising sini..." Opsss!!! Selalu terjadi begini. 




Bila tunggu bas atau teksi selalu je datang lambat.
Bila tak tunggu elok pulak lalu silih berganti.




Bila cari rumah sewa susah sangat nak jumpa.
Bila tak cari elok je mata ni terpandang "Rumah Untuk Disewa".




Bila tengah lapar takde pun yang offer nak belanja makan.
Bila tengah kenyang selalu je orang offer nak belanja makan.





Bila takde idea mula la merepek-repek.
Bila ada idea mula la rasa nak makan kerepek.





Mengarut sudah.





P/S : Jarang-jarang terjadi begini, kena tulis beratus-ratus keping baucer bayaran...kesian tangan.  =_="



Macam Main Tumbuk-tumbuk!!!




Semalam Off-Day ingatkan dapat la duduk berehat-rehat dekat rumah seharian, sekali dipaksa rela teman mama dengan adik-adik pergi beriadah dekat Hutan Simpan Gunung Tampin.




Lagipun aku sendiri dah lama tak beriadah.
Badan ni pun dah berlemak-lemak berkrim.
Layannnnn.







Gunung Tampin ni walau tidak setinggi macam gunung-ganang yang lain, tapi bagi aku ketinggiannya boleh tahan mencabar la pada orang-orang yang kurang berstamina. (Aku la tuuu...haha..) 





Penat!!! Padahal bawa kereta sampai atas. Sepanjang perjalanan berselisih dengan ramai warga emas yang gigih berjogging santai. Mereka semua merupakan pengunjung tetap berdasarkan kajian aku secara rambang melalui teknik perbualan bertegur-sapa.





Uncle Rajoo ada, Uncle Lim ada, Uncle Mamat pun ada.
1 Malaysia pakat-pakat turun naik Gunung Tampin. 





Puncak paling atas ada Menara Telekomunikasi Telekom Malaysia (TM). Adik cakap ada beberapa anggota Tentera kawal kawasan menara tu, aku tak tahulah sebab tak sampai puncak pun, hanya sampai ke kawasan kolam untuk mandi-manda je. Fuhhh....Sejuk air gunung memang menyegarkan.





Dekat kawasan kolam mandi ni, ada la macam Landmark Hutan Simpan Gunung Tampin. Sibuk-sibuk dengan adik nak ambil gambar kenangan (Gambar dalam Handphone adik, aku malas nak upload). Kena memanjat sikit baru boleh sampai ke kawasan Landmark.





Sebab panjat-memanjat la, bila nak turun tu kawasan berpijak licin aku jatuh terduduk. Memang sakit sebab jatuh terduduk terus terhentak punggung tu atas batu.





Sakit tolak tepi, tengok kiri mak yang nampak takpe, tengok kanan adik-adik yang nampak takpe juga, tengok depan??? Cisss kejuuuu...ada dua mamat hensem tengah ketawa-ketawa tengok aku. Maluuuu. =_="



Maluuuu tauuu.... =_="



Kesan jatuh tu buat badan aku rasa sakit-sakit.
Terasa macam baru lepas main tumbuk-tumbuk!!! <--- Baru kena dengan tajuk. ^_^"





P/S : Petang ni nak kena tolong ayah pindah rumah. Gembiranya ayah dah ada dekat depan mata. Sakit-sakit badan pun tetap nak tolong!!  ^_^"



Tertunggu-tunggu...bila?









Ada orang cakap "Kalau bekerja cukup bulan dapat gaji, tolak itu tolak ini lepas tu baki tinggal sikit tak dapat nak menyimpan fikir-fikirkanlah....." Aku selalu fikir tentang ni.




Ada orang cakap "Gaji besar belanja pun besar....itu nak dibayar, ini nak dibayar..." Bagi aku gaji kecik belanja pun besar juga, itu nak dibayar, ini nak dibayar.





Ada orang cakap "Jadi dewasa macam-macam nak kena fikir....itulah, inilah..." Habis tu takkan nak jadi kanak-kanak selamanya, hidup ini ada kitaran hayatnya.





Ada orang cakap "Hidup kalau tak berhutang ni tak merasa la pakai motokar, tak dapat la duduk rumah sendiri..." Nak selesa kena berhutang, cukup bulan nanti dapat gaji bayar hutang.





Macam-macam orang cakap.
Orang-orang hanya tahu bercakap.





Kadang aku iyakan aje kata-kata orang. 
Kadang aku diamkan.





Bukan senang nak senang.
Tapi nak susah tu memang senang. Kau jadi MALAS cukup. 






Rezeki masing-masing.
Aku masih menunggu sesuatu yang lebih baik.





P/S : Tertunggu-tunggu bila penjadualan temuduga, exam dah lulus. Monkey Winks


 

Akhirnya...berjaya juga aku masuk!!!







Yeayyyy!!! Akhirnya masuk juga setelah sekian lama berusaha. Monkey Emoticons Yoyo




Aku berjaya masuk ke dalam Muzium Kesultanan Melayu Melaka yang terletak bersebelahan dengan Kota A'Famosa di Bandar Hilir, Melaka. <----- Jemput datang semuaaaa.... 




Tersergam indah berhadapan dengan Taman Larangan.




Agak teruja sebab berjaya masuk setelah sekian lama asyik pandang dari jauh je. Siap dapat tengok Taman Larangan Diraja dulu-dulu lagi. <------- Datang jangan tak datang.





Tiket Masuk Dewasa sebanyak RM 2.00 memang berbaloi-baloi. Lupa tengok harga Tiket Masuk Kanak-kanak. =_="




Bukti masuk Muzium Istana Kesultanan Melaka. ^_^"



Jauh perjalanan luas pemandangan, bagaimanapun harus utamakan yang dekat-dekat dulu. Banyak lagi tempat-tempat menarik dalam Melaka yang belum habis dilawati walaupun aku sendiri orang Melaka. 




Ada ruang & peluang nak jalan-jalan kat mana pula ek? Monkey Winks





P/S : Jangan jalan-jalan cari pasal sudah....ekekeke... (Ketawa macam seseorang.....)




Kisah Benar Aku & Hantu.




Sekarang ni nak cerita tentang "Hantu" dipetang Jumaat. Cuba lari sikit dari kebiasaan kalau "Cerita Hantu" je mesti nak kena hari Khamis malam Jumaat. Korang percaya hantu ni wujud??? Percaya atau tidak percaya itu terpulang pada korang sendiri. 




Pinjam gambar Kak Limah dari Google.


Aku pernah terlibat dalam perbualan berkaitan hantu ni dengan rakan yang bertentangan jantina "Aku tak percaya ada hantu...kalau ada bagi aku tengok depan mata!!" dengar macam angkuh, tapi itu dia, kawan aku si mamat A. "Jangan cakap besar derrr...esok-esok terjumpa tak cukup tanah kau nak berlari..." balas lagi sorang kawan aku, si mamat B.




Aku bukan nak bahas tentang percaya atau tidak kewujudan hantu, jauh sekali nak persoalkan tentang keangkuhan kawan aku si mamat A. 





Cuma aku nak cerita "Kisah Benar Aku & Hantu" <------ Tajuk Entri.




Ceritanya begini. Sebenarnya aku tak ingat tarikh kejadian, senang cerita pada suatu malam ketika Filem Jangan Pandang Belakang baru nak terjah Pawagam. Aku keluar berlima dengan BFF dari zaman sekolah. Bila dah keluar rumah mestilah nak balik rumah, so kami pun balik. 



Kawan aku yang pandu kereta ni kena hantar sorang-sorang balik rumah. Jadi 3 orang dah selamat balik rumah. Aku yang terakhir la kiranya sebelum kawan aku balik rumah dia. Bila tinggal berdua kitorang borak-borak la berdua. 



Tiba dekat simpang tiga. Kiri arah rumah aku. Kanan arah rumah kawan aku. Jadi haruslah ke kiri dulukan. 



Elok-elok sebelum kawan aku belok kiri, "Ehhh.." Kawan aku terus belok kanan. Laju je dia bawak. Sebenarnya dari jauh kitorang dah nampak ada "seseorang" dekat simpang kiri dibawah limpahan cahaya bulan. Memang patut kawan aku belok kanan. Sebabnya "seseorang" yang kitorang nampak tu memang jelas susuk tubuh perempuan berbaju labuh putih rambut panjang mengerbang tengah dukung "sesuatu". Siap melambai macam menahan kereta lagi. 



Cuba bayangkan sendiri aku duduk belah kiri diyakini tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Simpang rumah aku kiri. Susuk perempuan berbaju putih tengah dukung "sesuatu" pun sebelah kiri. Bila membelok ke kanan, sah-sah aku yang belah kiri ni nampak dengan jelas.




Bila dalam kelajuan sesaat dua kawan aku dah belok kanan tu, macam percaya tak percaya apa yang ternampak, aku macam berani toleh balik. Hilang!!! Kalau manusia?? Gila kentang boleh hilang macam tu je. Aku terdiam. Kawan aku terdiam.




Terus kawan aku hantar balik rumah ikut jalan jauh. Masing-masing pucat. Balik rumah aku diam tak bercakap. Esok paginya baru cerita dengan family, cerita dengan kawan-kawan. Lepas tu, petang ni baru cerita dengan korang semua. 





Percaya tak??? Terpulang pada korang, cuma yang pasti setiap kali terpaksa lalu jalan tu pada waktu malam, aku pejam mata rapat-rapat.




Aien Not Alien. =_="



Aku Dipanggil Mak N***




Terlebih 24 Jam tak muncul di dunia Blog terasa sepi je hati...ewahhhh!!! Malas nak pot pet pot pet sangat kenapa dan mengapa tak muncul. Hari ini nak membebel pasal ada budak panggil aku MAK NYAH!!! 



Kelassss kau jahhhh....Mak Nyah terusss!!



Entri ini berbaur kekeluargaan, diharapkan tiada yang menyampah. Begini kisahnya, aku baru je ada seorang Anak Buah setakat ini, nama dia Nurul Auni Zahraa a.k.a Rara




Nurul Auni Zahraa.



Si Rara ni dah mula belajar bercakap. Memanggil "Ayah" & "Mama" dah lulus cemerlang. Memanggil "Nenek" baru 50-50 je sebab dia hanya panggil "Nek". Memanggil Pak Uda, Pak Tam, Acik Yah, bla bla bla semua hujung-hujung je berbunyi, tapi tak kisahlah sebab sedap aja bunyinya. 




Bila tiba part kena panggil aku "Mak Ngah" dia dengan penuh yakin panggil aku "Ma Nyah....Ma Nyahhh..." Cisss kejuuuu...nasib baik budak kecik. Dimaafkan.




*Maaf andai ada yang terasa, ini hanya kesilapan kanak-kanak baru belajar bercakap semata-mata. Tiada sebarang unsur negatif.



P/S : Seronok melayan budak kecik ni, hilang semua masalah. Monkey Icon Cici



Jalan-Jalan Dapat Surat Cinta.




Semalam ambil cuti tahun sehari sebab ikut perancangan nak melawat adik dekat asrama. Maklumlah kita ni kerja hari AHAD, nak berhujung minggu terpaksa ambil cuti tahun. Namun begitu, manusia hanya mampu merancang, sekali tak jadi atas sebab-sebab tertentu. 




Kebetulan pula kawan-kawan dari Johor, Perak & Pahang yang menetap dekat Bangi datang sebab nak makan Rambutan. Alang-alang dah datang, terus pergi jalan-jalan di Bandar Hilir, Melaka. Bila dah ke Bandar Hilir, macam biasalah tempat wajib dilawati semestinya A'Famosa, Dataran Pahlawan, Bangunan Stadthuys, dan Istana Kesultanan Melaka.




Sampai Bandar Hilir dalam 11 a.m. Parking dekat area Menara Taming Sari. Dekat 5 Jam melilau-lilau, balik semula ke kereta, tengok-tengok dekat cermin depan ada terselit "SURAT CINTA"



Surat Cinta????


Cisss Kejuuuu. Kena Kompaun atas kesalahan Perintah 8 MBMB 2005 sebanyak RM30.00 sebab "Meletak kereta di petak letak kereta tanpa bayaran caj yang ditetapkan." AHAD?? KUPON PARKING??




Kawan-kawan dah macam pelik je "Aik...orang Melaka sendiri pun tak tahu ke kena guna Kupon Parking hari Ahad?" 




Silap aku agaknya tak tahu. Tengok kiri tengok kanan berderet-deret kereta kena kompaun. Berdasarkan nombor plat ramai orang luar, tapi orang Melaka pun sama ramainya juga kena Kompaun. Sama-sama tak tahu.




Malas nak tunggu lama-lama dalam keadaan panas petang, terus pergi ke Kaunter Bayaran MBMB di Dataran Pahlawan Megamall. Terselit dekat celah-celah kedai jual barangan cenderamata dan berhampiran Restoran Zubaidah 24 Jam aku pun pergilah bayar. Bila bayar segera dapatlah potongan RM20.00.




Ramai yang pergi membayar, sempat dengar perbualan kakak kaunter sebelah :


Kakak Kaunter : Isi borang dulu, isi nama, alamat, bla...bla...bla...alamat ringkas je cukup, duduk mana??

Pak Cik Kena Kompaun : Baiklah Cik, saya duduk Durian Tunggal...bla...bla...bla...




Durian Tunggal duduknya dalam Melaka juga ya kawan-kawan. Aku tidak kesorangan. Kawan-kawan senyum je. Balik semula ke kereta, ramai yang muncung-muncung mulut tanya sana tanya sini mana Kaunter Bayaran MBMB. 



P/S : Bayar segera lebih jimat. Monkey Winks