PERTAMA KALI MEMBUAHKAN HASIL

Assalammualaikum wbt....



Panjang tajuk entry kali ini, selalunya 2 patah perkataan je...hahaha. Cerita pasal tajuk pun boleh jadi intro kalau nak senang cerita dan malas nak fikir nak mengarut apa. Errr...boleh dijadikan tips menulis intro entry ni kalau mahu....kehkehkeh. 



Malam semalam buat pertama kalinya aku melibatkan diri dalam Kejohanan Tenpin Bowling yang juga dianjurkan secara pertama kalinya oleh gabungan JKKK dan KRT (Kejiranan Rukun Tetangga) kawasan kejiranan aku. Meriah gila dengan kehadiran para peserta pelbagai peringkat umur. Aku agak teruja dengan pertama kalinya ini pasal selalunya main bowling dengan kawan-kawan ikut sesuka hati je...beriadah dan bersosial la kekononnya...hakhak. Jadi bila melibatkan diri dalam kejohanan terasa lain aura persekitarannya. 






Keterujaan aku buat pertama kalinya juga dikuatkan lagi dengan kejayaan ahli kumpulan aku menjadi JOHAN dengan pungutan mata jatuhan pin sebanyak 955...dapatlah hadiah berbentuk wang tunai dan ditambah lagi wang tunai hasil aku mendapat tempat ke-4 bagi kategori wanita. Tapi tahap keterujaan menurun bila Johan kategori wanita disandang oleh seorang nenek....aku terkalah ditangan seorang nenek. Wuuuuu....takpelah kalah sebab mengalah....kehkehkeh. Aku syak nenek tu hari2 praktis main guna buah kelapa lah... :D




Gambar berdua dengan mak....nampak tak belakang tu MIBC
Melaka International Bowling Center....ni je gambar yang ada. 


Mak aku pun main juga, dia group lain hasil cabutan undi....tapi lane sebelah je dapatlah aku bagi tunjuk ajar sket main macam mana sebab itulah pertama kalinya mak aku main bowling untuk seumur hidupnya selama 50 tahun hidup katanya......siap cakap "best juga...nanti boleh la datang lagi dengan yang lain..." mahu tak bestnya bagi orang yang baru pertama kalinya main bowling mak aku kiranya hebatlah juga disebalik bola asyik masuk longkang dapatlah juga 3 kali strike dan beberapa kali spare. Manakan nasi tak tumpah ke kuah...eh! Hahahaha....abaikan. Sekian. JUMPA LAGI.



35 comments:

  1. best ...anak ngan mak main boling...... tapi camner nenek yg jadi juara....he3..
    apa apa pun...tahniah......

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangat2. seronok tengok mak seronok :D

      nenek tu terror sangat...apa boleh buat. redha je dengan kemenangan beliau...kikiki

      Delete
  2. woaa..best la..bila lak nak buat pertandingan antara blogger2 ni aien..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ek? hmmmm...entah la aku tak pernah join mana2 xtvt dengan blogger lagi ni. ko anjurkan la cekgu...aku coba ikut kalau dapat. hehehe

      Delete
  3. Wahhh.. Hebat.. Nnanti kita lawan main bowling.. Lama x kalahkan orang ni.. HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...lagi hebat kalau betul dah lama tak kalahkan orang ni Zwan. hahaha

      Delete
  4. pergh ! mak maen bowling , hehehehe !! CP tak pernah g bawak mak g maen bowling , lesen p kete pown maseh go on lagik nih :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawa la CP. mesti seronok...takpe2 slow2 CP. :D

      Delete
  5. Hahaha! Bestnya Mak Aien. Sporting juga dea nak join maen boling eventhough tak pernah maen langsung. Siap strike lagi. Naseb ke apa tu? Hehehe :P

    Akak tak terer maen boling Aien. Baling maen belasah je. Dah la tangan ni bukannya kuat sgt nak angkat bola boling tu. Hahaha! Dulu pernah maen dlm aktiviti riadah company masa akak keje dulu. Juara individu lelaki drpd group akak taw! Tp kalau kira ikut markah group, group kitorang yg 2nd ke 3rd last ntah. Nampak sorang je yg terer yg lelaen maen hampeh. Termasuk akak lettew. Wakaka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak salah sorang ahli JKKK...makanya nak tak nak kena join kak. sekali dah join terus jatuh suka dan teruja...tu yg seronoknya tu. haha.


      alaa kak kita pun maen belasah je...cuma cuba2 fokus untuk tajamkan skill tu. hakhak. maen pun tak selalu...nasib2 je dapat strike. ok la akak sekurang2nya ada pengalaman juga maen bowling ni...hehee

      Delete
  6. lama tak main bowlingg.
    rindu aihhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. poie la maen chemay oi...takut rindu tergolek t. hakhak

      Delete
  7. mak muda belia...mau jugak dia mian...kalo mak akak x nak la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua sebab nak join..kalau tak, tak maen juga kak ma. hehe

      Delete
  8. woh, kagum dgn nenek yg jadi juara tu.
    kagum jugak dgn ur mum.

    i yg muda ni pon x pernah main bowling T___T

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakaka. kagumkan?? nak2 dengan nenek tu. semangat kesukanan tak mengenal usia :D


      takpe...awak boleh cuba kalau rasa nak cuba. :D

      Delete
  9. tertanya2 jugak aku cmne rupanya nenek tu...apasal tak snap?? ak suspek ni mesti nenek chinese kan? wang tunai tu utk grup dpt brape? utk tempat ke4 dpt brape? ttiba ak eksited nk tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak snap pasal teruja main boling...lupa hp terus. kamera lagi la takde. haha. eh..asal ko suspek chinese??? nenek tu melayu tulen...

      wang tunai group dekat 2 ratus gak la...bahagi 4 orang. pastu tempat ke-empat separuh dari hasil pembahagian tadi. dah...tu je. haha

      Delete
  10. seronoknya main boling. terer gak mak aien ye. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. seronok Chic Na :D

      mak cuba2 je..berjaya untuk cubaan pertama kalinya :D

      Delete
  11. Kalau nak buat pertandingan antara blogger2 jangan lupa jemput aku..Kehkehkeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..yg ni ko tanya cekgu bundle ya syida..kehkeh

      Delete
  12. 1st time semua ok.... Tapi dah lama lama nnt jemu gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap tak jemu. rasanya bowling pun dah lama wujud...orang tetap maen sampai sekarang dengan harapan yg pertama kalinya ini berjaya diteruskan...asalkan ada yg sokong. :D

      Delete
  13. whoaa . anak branak main bowling . teroor laahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakaka. semua orang terrorrr men bowling bolat :D

      Delete
  14. Lain kali bila nak main suka-suka boleh bawa mak sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kakak. memang akan bawa mak lagi sekali...tapi rasanya dia yg ajak kot. hehe

      Delete
  15. Eh... lupa kakak nak ucap tahniah sebab group aien johan dan kategori wanita tempat ke4 ok tu. Tahniah dari kakak

    ReplyDelete
  16. Aien seperti yg dicadangkan oleh Bundle klau buat pertandingan utk blogger plz invite Na ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa..Na misti pandai men boling ni. haha. suh cekgu bundle wat dulu :D

      Delete
  17. Heheh best lah... Singgah blog Mahamahu.com ok..

    ReplyDelete