LAUK PEDAS

Assalammualaikum wbt...


Nampak tak status kat sebelah kanan atas?? "Sedang sibuk sedikit daripada Pak Menteri Planet Namek...kahkah" sesungguhnya ya aku memaksudkannya hanya pada perkataan SIBUK je yang lain tu sila abaikan. Sesekali berstatus pelik apa kisahnya...ye dak?? Dalam sibuk-sibuk aku sempat juga meluangkan masa menghadiri majlis pertunangan sepupu dekat Puchong semalam. Bab saudara-mara ni aku kalau boleh akan cuba hadiri semampu yang boleh...bukan apa bimbang ada yang berkecil hati. Susah wooo nak jaga hati orang.....nak-nak sedara sendiri....percayalah!!






Percayalah...aku berani cakap macam ni bilamana terkeluar dari mulut mak sedara aku yang paling digeruni (dalam kalangan family akulah...hehe.) "dah tahu saudara punya majlis...datanglah! nak datang bukan susah...nak 1000 daya" nampak tak?? terkeluarnya ayat berbentuk dan berbunyi begini bila dia kecewa dengan segelintir yang suka ambil mudah bab kekeluargaan ni....ya majlis tunang pun MAJLIS jugakkan tetap ada doa selamat, ada makan-makan, ada gotong-royong.... :D


Hmmm...kadang rasa cam terkilan bilamana kerenggangan tu macam ketara dikalangan saudara mara yang muda-muda belia. Nampak sangat kadang macam tak nak bercampur dengan saudara...kalau dengan kawan-kawan boleh pulakkan??? Huhuhu...ini pun aku perasan bila skodeng FB memasing, cehhhh...gambar g kenduri kawan-kawan bukan main ligat...penuh la satu album. 


Kawan disusukan saudara sendiri mati kelaparan...boleh?? Entah la...entah la...rumit untuk dihuraikan. Nasib hanya segelintir, kalau semua?? Lingkup ganda dua jadinya. Takpelah....aku sudahkan entry ini dengan harapan dikalangan korang tak macam ni la ya, utamakan saudara anda kerana mereka paling dekat dengan anda walau apa pun yang terjadi...terutamanya pada muda-muda ni bawak bercampur sket dengan sedara-mara....malu tolak tepi bukannya takde hidung pun nak malu-malu. Sekian. JUMPA LAGI.



#ada je sedara mara aku baca blog ni dan pasti akan ada yang terasa....nasiblah siapa makan cili dia rasa pedas. 

23 comments:

  1. Replies
    1. Wahhhh! Berani Aien buat statement yang mungkin dorang akan baca ya? Sedara2 ni memang susah nak dijaga hatinya Aien. Lagi2 makcik2. Pastu kalau dah sekali ban, macam selama2nya akan ban kut. Biasanya benda tu jadik sebenanye cuma satu punca. Tapi lepas2 tu jadik meleret pulak.

      Tapi dlm family akak, alhamdulillah takde seteruk tu kut. Family akak ngan sedara mara still okey lagi rasanya. Takde la nak kata terlalu rapat semuanya. Tapi alhamdulillah takde sgt perbalahan. Kalau tak setiap kali berkumpul mesti letih nak dengar makcik2 mengumpat :P

      Delete
    2. err...berani? masa tulis ni tak terfikir pun soal apa akan jadi pasni so tak tahu nak kata berani ke tak? haha. kita rasa2 la ada yg baca sebabnya kadang bila jumpa ada yg cakap gak...baca blog ni :P

      teruk? tak la teruk sangat...cuma bab datang kenduri je ada yg jenis liat, jarang2 nampak muka...tu je kak. bab lain soal hubungan ok je semua, kalau TERjumpa takde masam muka pun...boleh je borak gelak2 macam orang lain. hehehe.

      Delete
    3. Err Aien. Teruk maksud akak tu sepertimana cite dalam komen akak perenggan pertama. Kiranya kalau situasi camtu laa. Bukan akak maksudkan teruk tu dalam entry Aien kat atas. Hehehe. Salah paham pulak nanti :P

      Delete
    4. kita faham kak. tak salah faham. cuma nak jawab macam tu...takut sedara yg baca salah faham je..lagipun entry macam tak lengkap la rasanya. :D

      Delete
  2. ni kalu org pantai timur makan lauk pedas ni, mau mnangis berpeluh muka hidung segelas ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. euwww...peluh segelas! hahaha. itu yg aku terbayangkan. takde pedas mana pun...ala cabai sebijik je. :P

      Delete
  3. betul tu aien...hubungan kekeluargaan kena jaga... kalau tak dapat hadir... kena bagi alsan yg bernas...... cam family remy... ayah 10 beradik... mak pun 10 beradik....so byggkan...dah ler semuanya kat taiping.... raya jer... 2 hari belum habis nak beraya..... tu baru mak ngan bapak saudara...yg anak2 nya..... he3
    tu yg selalu kena pedas jugak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa...bab alasan tu kadang buat golongan yg lebih tua dari kami marah kat yg muda2 belia ni. macam lebih utamakan kawan dari saudara...jenis tak bercampur sangat jd puncanya.


      meriahnya family abg remy...sama macam kita, mak 14 beradik...pastu nenek saudara semua ada kt melaka. sepupu arwah atuk arwah nenek masih ada lagi...memang meriah seminggu pun belum tentu habis raya..hehehe

      Delete
  4. kadang2 ada juga yang terasa hati dengan saudara mara sendiri atas beberapa kes yang pernah mereka lalui.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la Boni...bab terasa hati ni subjektif pasal sebab yg dilalui pun masing2 punya cerita tersendiri. tapi kalau kita...biasalah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula saudara mara. terasa hati tu tolak tepi...kadang ego kuasai diri pun boleh jadi sebab.

      Delete
  5. aku ni banyak jugak majlis sedara2 yang aku xsempat nak pegi..maklum la, sedara2 ramai kat johor, aku pulak kerja merata..nak pergi kenduri tu menyebabkan aku kena drive 4-5 jam..then lepas tu nak kena patah balik 4-5 jam lagi..uhuk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau susah cuti dan terpaksa balik hari memang agak munasabah mahupun munasarawak alasan ko. :P


      tapi kalau cuti panjang...boleh tidur semua takde hal la kan? nak2 yang dekat alahai tak sampai 2 jam drive da sampai. masa cuti lak tu...nak 1000 daya. kalau berhalangan lain cerita.

      Delete
  6. Replies
    1. hmmm..yang ini memang betul. tak pernah jumpa mana nak kenal. pasal apa x jumpa? hehehe...masing2 ada jawapannya.

      Delete
  7. Replies
    1. laa...kesian kau tak tahan lauk pedas Syida. aku letak cili sebijik je. :P

      Delete
  8. perhhh mmg podehhhh hahahahah sabarr Aien ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. podehhh bonar ko Na? haha. sabau yolah.

      Delete
  9. pedas la lauk ko ni aien..betul la..ramai camtu..kenduri kengkawan kemain lagi rajin..kenduri sedara mara malas..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm...bermakna betul la. dekat mana2 pun ada je kes macam ni, maksud aku dalam kalangan mana2 keluarga. hmmmmmmmm~

      Delete