JANTAN GILA

Assalammualaikum wbt...


Terasa macam lama tak buka blog sendiri, entry lepas pun komen tak berbalas lagi dan paling haru sangat jarang Blog Walking. Serba salah rasa bila tak sempat nak balas jejak rakan-rakan yang singgah sini. =_="


SIBUK. Agak klise tapi inilah kenyataan.
Nak cerita pergi tengok The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2 rabu hari tu pun tak sempat. Nak cerita pasal banjir melanda tempat kerja pun tak sempat. Takpelah....benda dah lepas.


Semalam. Baru punya cerita....aku kena kejar dengan ayam JANTAN GILA. Ceritanya macam ni, petang semalam aku berdua dengan kawan aku si A nak pergi ziarah kawan lagi sorang si B yang sedang berpantang kat rumah mak ayah dia di kampung. Rumah pun memang suasana kampung....ada itik, kambing, ayam dan Ayam Jantan Gila. Memang gila betul ayam jantan sekor ni....bila aku keluar dari kereta dan dia nampak je aku terus dia kejar dan agah-agahnya macam aku ni Ayam Sabung lak. 



Macam ni la semalam....cuma bezanya ayam lagi sekor tu korang bayangkan aku! hehe.


Seumur hidup aku dimuka bumi selama 25 tahun ni....inilah pertama kali aku kena kejar dengan Ayam Jantan. Macam nak gugur jantung terperanjat....kahkah. Kawan aku si A boleh mengekek-ngekek ketawakan aku dari jauh, berselindung disebalik pintu kereta. Ya....dia takut nak dekat. Nasib aku bawa handbag, boleh jugak dijadikan perisai, kalau takde perisai habis aku dipatuk-patuknya. Garang gila kot....dengan taji lagi. Kalau tak mati pun mahu cedera juga aku dikerjakan kan kan. Tatotttt wooo.


Bila ayah kawan aku datang selamatkan (Oh. Pak Ya...My Hero!! haha) lega gila dan aku terus berlari pantas gila masuk rumah kawan aku.....ntah macam mana la ghoperrnya aku berlari dan aku tak sedar main lompat je penghadang pintu, tahu-tahu dah selamat duduk atas sofa sambil menarik nafas lega-selega leganya. Fuhhhhh~ 


"Kalau aku dapat rakam tadi...mesti best!!" kata kawan aku si A sambil ketawa guling-guling. Cisss Kejuu...Sabau jelah. Grrr....tercemar imej ayu aku di petang semalam. Sekian. JUMPA LAGI.



43 comments:

  1. Cop tempat dulu! Nanti datang semula ya, Aien. Hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Fuhhh, kalau akak, memang gelabah, panik, dan pelbagai lagi reaksi2 yg boleh mencemarkan keayuan la Aien. Hahaha! Pastu mesti dah abes lari selamatkan diri tu muka merah padam. Sebab takut, dan sebab menahan malu :P

      Akak tak penah lagi kena kejar ayam jantan gila. Tp dulu kecik2 duk ngan atok. Umah atok ada bela angsa. Mmg setiap kali nak kuwa umah mmg intai2 angsa tu kat mana. Kalau tak, mmg kena berlari r takut kena sudu ngan angsa. Fuuuuu takut taw cara angsa kejar. Dgn dea panjangkan leher muncungkan bibir lagi. Fuuuuuu

      Delete
    2. kahkah. itulah reaksi kita kak...gelabah, panik, jerit2 "ayam...ayam...ayam...." sambil tangan pegang handbang dok hadang ayam tu. HAHA. kecoh je suasana.


      akak kalau nak tahu kena kejar ayam jantan sama je takutnya macam kena kejar angsa. kita pun pernah kena sudu dek angsa....tak cukup tanah nak lari rasanya. haha.

      Delete
  2. takotttttnyeeeeeeeeee hahahha Na taw x baik Na gelak kan Aein tapi klakar..sbb Na pun baru 1st dgr ayam kejar org hihih MAAF Aien ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe Na...gelak jelah sebab memang lawak pun kalau ingat balik. pasni takde maknanya nak pergi sesaja rumah mak kawan kita tu. ini ayam jantan punya pasal..kahkah. tak boleh nak lupa!! haha

      Delete
  3. hahaha..dulu2 aku takut jugak dgn ayam ni..takut kena patuk..tapi skg berani la diorang nak agah2 aku, aku sepak nanti..

    kat site aku sebelum ni xde anjing..tapi since construction kat site sebelah dah start, maka ada 3 ekor anjing selalu berkeliaran kat site aku..teringat dulu2 kena kejar dgn anjing masa balik mengaji..sekarang ni, aku pulak yg kejar anjing..seronok jugak..kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. aku dah kena agah hilang terus keberanian rasa nak sepak2 ke apa. gelabah biawak komodo aku. :P


      wah kau...seronok pulak kejar2 anjing bagai, kerja sampingan ek? haha. anjing pun satu hal gak....kalau dia kejar mahu nangis2 aku lari. haha.

      Delete
    2. daripada pemerhatian aku kan, haiwan ni kalau kita tak takut kat dia, dia yg akan takut kat kita..tapi kalau kita yg takut, dia pulak tak takut kat kita..:D

      Delete
    3. wah..macam tu ke? nanti la ada masa aku pergi lagi dan kali ni aku tak takut la...errr lebih pada bersedia sebenarnya. nak tengok apa reaksi ayam jantan gila ni :D

      Delete
  4. amboi. ayam pun nak kat akak ni. mmg hotttt woooo! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk. ayam? nak? hottt?? wah apakah..rabun kot ayam jantan tuh. kahkah!

      Delete
  5. hahahahahahahahahahahahahaha.. saya dapat bayangkan situasi tersebut..hahhahahahahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus boni. baguss..bayangkan lagi. hahaha. tak boleh tahan nak ketawa bila sendiri ingat balik. hahahahaha

      Delete
  6. err.. berani ayam tu? ke aien yg takut? huhu.. first time oke dgr org kena kejar ayam. aien tak cuba kejar ayam tu balik ke? hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut la kena agah2 macam kita ni ayam sabung lak. hehe. tu la...jarang2 berlaku kes macam ni. :D

      Delete
  7. Tudiaahhh.. ayam jantan tu ingat Aien ni ayam betina kot.. opss! HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. opss! boleh jadi double meaning tu Zwan. ngehehe.

      Delete
  8. Kejar jer balik..taji lawan penyepak..mana lagi hebat..XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sekuat tenaga rasanya taji kalah kot. haha.

      itu pun kalau berani la kan...tgk ayam tu kecik je tapi garangnya...grrr.

      Delete
  9. Replies
    1. hahaha. angsa kalau menyudu lebam tu. ayam kalau patuk...boleh luka. dua2 haru. haha

      Delete
  10. mohon nikah sama itu jantan

    suke2 je kejar anak dara org haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk! tak pun mohon direndangkan jantan tu.. sodap tu rondang ayam. :D

      Delete
  11. ayam tu terbau darah manis kut....he3....ingat semut jer nak hurung....ayam pun nak laga jugak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya la abg remy...tapi menurut kata ayah kawan, ayam tu memang suka kejau perempuan je. sebab tu dorang panggil Ayam Gila. hehe.

      Delete
  12. hahahaha . tajuk kemainn jantan gila . rupanya ayam =_=

    ReplyDelete
  13. lawa sangat la tu smpai kena kejar dengan ayam...hehe

    ReplyDelete
  14. Hahaha....kan gelak besar kakak Aien. Tak terbayang pucat lesi Aien kena kejar 'si jantan'. Biasa ibu ayam kalau ada anak yg garang. Tapi bila kena bapak ayam memang menakutkanlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kakak gelak besar...saya pun sama kak. kelakar bila ingat balik. sekali bapak ayam daa.. haha

      Delete
  15. kena kejar ngan ayam jantan?dia tengah gersang kot..ayam betina lain xde kahkahkah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mandai je apzal. apsal kreatif sangat ni sejak dah tawen ni?? kahkahkah

      Delete
  16. tahniahh ! anda telah berjaya menarik perhtian ayam jantan :P

    ReplyDelete
  17. hahaha. lawok kena kejar ngan ayam jantan.. besenya ayam betina je yang kejar orang.. sebab kaco anak dia.. hahaha... laen kali ko kejar je balik...

    ReplyDelete
  18. gila aihhh awat garang ngat ayam jantan tuh? ngorat letew

    ReplyDelete
  19. tu baru ayam jantan..haha kalu angsa lagi haru..
    aku dulu2 fobia ngn angsa ni..masa kecik jiran aku ada bela angsa ni..llau je depan umah dia memang kena kejar la..tapi sekarang lama dh tak jumpa angsa..ada nampak tak?

    ReplyDelete
  20. Kahkahkah...Aku gelak dari awal entri kau sampai habis...

    Aku sokong Tokey Budu, kalau kena kejar dengan angsa lagi haru..Hahaha...Dulu jiran aku pun ada bela angsa tapi dah arwah kena langgar dengan bini abah aku..Kehkehkeh...

    ReplyDelete
  21. haha...awat ko x kembangkan rambut ko skali...boleh berlawan tros ngn ayam tu

    ReplyDelete
  22. kesiannya ko...mesti dia rasa kau cabar dia...tu dia datang serang tu

    ReplyDelete
  23. Mohon kau check spam... Grrrr!!

    ReplyDelete
  24. haha kalau chemay tu dah kompem menjerit + nangis2 dah cuak punya pasal.
    *lepas ni taknak dekat2 dengan ayam dah*
    takottttttt

    ReplyDelete
  25. haha. siannya. awat tak kejar ayam tu balik? tp angsa lagi brutal tau. hehe

    ReplyDelete