AURA LAGI

Assalammualaikum wbt....


Entry sudah aku cerita pasal aura lebih kepada nak menyakat dak Syida je (jangan marah aaa darah manis..hakhak). Entry kali ini memang betul-betul aku nak cerita pasal aura...aura apa??? aura pelaris semulajadi. Ehem..ehem...suka aku nak ingatkan lepas ni kalau dah baca nak percaya atau tidak terpulang ya...masing-masing pun dah besar panjang dan dah cukup umur pandai nak beza mana baik mana buruk. 


Hamboih laa...macam nak cerita benda khurafat lak. Hahaha. Takdelah cerita ni cerita biasa-biasa je dan diklasifikasikan sebagai bahan bacaan UMUM.






Begini.....sebelum bercerita izinkan aku bertanya "Korang pernah tak berada dalam situasi dimana korang pergi satu kedai / gerai / booth kaki lima / warung / stall pasar malam / butik / etc. mula-mula korang nampak kosong takde orang pun melainkan penjualnya sahaja yang sedang duduk menunggu pelanggan.....bila korang menapak masuk tengok2 barang atau memang nak beli barang dalam beberapa minit macam tu tetiba tempat tu mula dikunjungi orang lain....ramai pula tu...." Macam mana....pernah tak??? 



Kawan aku cakap "itulah pelaris semulajadi...wujud dalam diri kau dan lebih kepada aura yang memberi kesan kepada keadaan sekeliling...." mula-mula malas nak ambil port sangat. Lepas tu selalu sangat berlaku buat aku terfikir betul la kot...takkan la setiap kali berlaku setiap kali itu kebetulankan??? Kadang tempat yang aku pergi tu hambar giler sampai tertido-tido orang jaga kedai tu....nampak tak? pastu mula datang sorang dua, sorang empat ke...haaa.. macam tulah.



Aku pernah tanya secara rambang....ramai juga pernah melalui situasi macam ni.
Korang pula bagaimana??? 



Sekian. JUMPA LAGI.






26 comments:

  1. Betul ! Pernah dengaq jugak kes cemni . Mmg sesetengah orang jea ad aura cemtu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rasa percaya..betul la kot sesetengah je yg ada. hehe

      Delete
  2. Pernah. Selalu sangat. Saya tak pasti sama ada sebab saya yang menbuatkan org ramai nak dtg, atau sebab org akan cepat tertarik untuk pegi kedai yang ada pelanggan lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..kan? selalu kita pun fikir camtu mungkin orang tertarik bila ada orang. positif giler. haha

      Delete
  3. aku jarang kot pegi kedai..kalau pegi pun, aku akan pegi kedai yg memang dah ramai org..contohnya, giant ke, parkson ke..

    kalau kedai makan pun sama, aku pegi kedai yg ramai org, sebab aku fikir, kalau ramai org, means kedai tu mesti sedap or servis bagus..

    indirectly, aku takde aura or pewaris semuajadi kot..kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah H. ko selalu g pasaraya, emporium, dan yg sama waktu dengannya. aku je g kedai, warung, booth kekecik. hahaha.

      mengenai kedai makan yg ramai orang...mungkin ada benarnya kedai tu masakan sedap servis bagus...tapi kalau dari sudut lain (gelap) ada 1 kedai makan kat tempat aku men mandrem2 ni la.....kedai dia selalu full house tapi makanan tu nak kata sedap hmmmm...sedap lagi kedai sebelah dia yg xramai orang. aku cakap macam ni sebab aku pernah makan la kat dedua kedai ni.


      Delete
  4. eh.... remy pernah alami suasana tu.... kedai kosong bila remy masuk.... ramai pulak yg ikut.... tauke tu kata remy bau ong utk kedai dia..... he3...
    tapi remy tak percaya...kebetulan jer tu.....
    semua nak singgah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah. ada bau ong...hahaha. macam mana la bau nya? takdelah....kebetulan yg selaluje tu. hehehe

      Delete
  5. Husband akak salu sangat ckp psl benda ni bila kitorang ngah menyopping. Asyik2 dialog dea "Eh, kita masuk je terus ramai orang masuk". Salu sangat Aien dea ckp camtu. Dalam hati akak, perasan. Akak malas nak layan :P

    Akak tak penah amek port sgt psl benda tu, sentiasa anggap kebetulan. Plus, sometymes kitorang pun jenis sama macam H tu, lebih tertarek utk masuk kedai yang ramai org. So, maybe org laen pun caranya sama. Ada org, baru masuk. Akak je yang suka paksa masuk gak kedai yang takde org, maybe sbb ada r benda yang akak bebetul tertarek nak tgk tyme tu agaknya. Haaaa tyme tu laa nanti mula kuwa dialog seperti di atas. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kita pun selalu cakap macam tu kak. adik kita bosan je dengar. perasan kan...haha. tapi perasan sebab selalu. kalau setakat sekali dua memang tak perasan. eh!


      senang citer kita anggap semuanya kebetulan...dah rezeki orang kedai tu nak dapat pengunjung / pembeli ramai masa kita datang kan kan kan. hehehe. kita pun kadang tertarik jugak dengan kedai ramai2 orang ni....suka masuk nak menyibuk sekali "apa la ramai2 ni ek..."

      Delete
  6. Wahhh! Nanti klaw zwan bukak bisnes, Aien wajib mai kedai zwan ari2.. sbg pelaris.. HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah. bukak la Zwan pastu mai panggil ramai kawan2 yg ada aura..lagi larisss. haha.

      Delete
  7. sy slalu alami bnda cmni... heran gk.. tp mgkn kebetulan je kot... hehe

    ReplyDelete
  8. Macam tu Na pun ade aura la kan?? Na pun slalu rasa mcm tu.. Bila pg kedai mana2 yg kosong bila na masuk jee terus kena serbu...! Sampai kan kedai mkn tu suruh Na dtg setiap hari..siap bg na mkn free lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah Na...sampai dapat makan free. eh Na nak tahu? tak nak tahu pun kita gtaw gak...kelmarin kita g beli durian...masa tu kosong je xde orang. sekali kita datang ntah mana datang ramai2 orang pulun beli durian sekali gak pastu pak cik jual durian "nah ambil free sebijik..pak cik belanja.." dia bagi kita free sebiji durian kawen Na. hahaha

      Delete
    2. yekrrr
      tapi durian kawen tu ape Aien?

      Delete
    3. durian kawen tu...emmm. durian kacuk kot? ntah la..arghhh Na awat soalan ni ditanyanya...hakhak.

      Delete
  9. yg penting akak x da aura apa2..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun xde kaka...semuanya kebetulan jep. haha

      Delete
  10. agak2 aku ada lagi ke aura darah manis tu aien..kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aura darah manis nak jadi bapak tu ada la kot. Bundle Jr. punya aura ada kat ko. hahahaha

      Delete
  11. aah laa.
    selalu jadi camtu.
    mak pun selalu tegur.
    hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...mak chemay pun perasan ek. mesti selalu shopping dengan mak ni. hehehe.

      Delete
  12. eh mmg pernah la. semalam keluar ngn member, dia ada tanya 'kenapa eh bila kita masuk kedai yg takde org pastu tetiba je ramai orang masuk'. terus cikna jawab 'kita ada aura kot'. huhu.. entri aien ni kebetulan atau aura juga? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. err..kebetulan kot Chic Na. haha. masing2 ada aura ni padanlah laris je orang meniaga..elok la. hehe

      Delete