Posts

Showing posts from December, 2012

UMUR BUKAN SEKADAR RUPA

Image
Assalammualaikum wbt....


Bertemu kita dihari isnin terakhir tahun 2012....semestinya semua-semua orang ada 1001 kenangan pahit manis masam masin sepanjang tahun ini kan kan?? Alaaa standard la hidup ini umpama pusingan roda. Kalau manis je sepanjang tahun macam muak pula. 






Merujuk kepada tajuk "umur bukan sekadar rupa..." kalau masuk tahun baru mesti umur akan otomatik meningkat bukan?? Jadi apa ada pada umur sebenarnya?? Jawapan klise ialah umur hanyalah sekadar angka. Agak klise tapi selalunya tepat....umur hanyalah angka yang sentiasa bertambah dan terus bertambah saban tahun selagi masih bernyawa.


Apa kena mengena dengan rupa pula?? Sesetengah orang kadang cepat kelihatan tua sebelum usia, sesetengah orang pula sentiasa awet muda tak sepadan usia dan selebihnya adalah baki-baki orang yang muda dan tua mengikut peningkatan usia. Faham tak?? aku rasa dah berbelit kat sini apa yang ingin cuba disampaikan. =_="


Sampai kat sini aku dah lost. Tak tahu nak merepek apa lagi…

MASUK PARIT

Image
Assalammualaikum wbt....



Hari ahad lepas aku jalan-jalan pastu masuk parit. Pestime tu jalan-jalan masuk parit....hahaha. Parit apa?? Parit Kaspan. Sebenarnya bukan jalan-jalan apa pun, cuma jalan-jalan menghadiri kenduri kahwin sepupu Incik Tunang....atas pelawaan bakal ayah & ibu mertua suruh kenal sedara-mara sebelah Johor katanya. 

Agak nebes nak jumpa sedara-mara beliau buat aku tak senang duduk sepanjang perjalanan dari Melaka lagi....siap pakej perut meragam sebelum bertolak. Kenapa ek....asal nebes je perut meragam, dari dulu lagi macam ni. Kenapa tak kalau nebes je lapar ke....haus ke....geli hati ke....hahaha. Macam-macam la kau Aien.

Apa-apa pun selamat sudah beramas-mesra dengan ahli keluarga beliau yang ternyata semuanya peramah.....orang jawa katakan. Kan? Orang kata orang jawa ni peramah (mudah mesra), kuat ikatan kekeluargaannya....kan? Dari pengamatan aku memang peramah pun....siap disambut mesra lagi kalahkan pengantin majlis tersebut. Hamboih!!


Bila dah duduk di…

MENTADAK MENTADU

Image
Assalammualaikum wbt...


Kamu orang bangun tidur pagi-pagi subuh tadi ada tak tetiba je rasa penuh bersemangat waja gitu?? ADA??! Wahh...kalau macam tu kita geng la. HAHA. pasal pagi Jumaat yang indah ini aku terbangun dari tidur dengan penuh bersemangat waja. Celik2 mata je terus luas biji mata ni...takdelah nak kejap-kejap terlelap sampaikan tertidur balik macam pagi2 sudah. Hehehehe.

Mentadak mentadu macam mana Aien tidur malam tadi??? 



Alhamdulillah masih bernyawa dan diberi peluang untuk menikmati dunia. Pasal mentadak mentadu ni rasanya ramai je pernah bermain tanya kat mentadak macam mana si polan si polan ni tidurkan??? Dulu masa zaman hingusan aku suka tanya mentadak...pastu bila mentadak tu gerak2 macam main gosok2 tangan dia konon2 sebagai respon terus aku bantai gelak ramai2...yelah biasanya main tanya mentadak bila ada dengan orang lain macam adik-beradik ke, sepupu-sepapat ke, kawan-sahabat ke....haaa macam tu. Hehehe.


Gila nak tanya sorang2 masa berdua-duaan je dengan men…

LAUK PEDAS

Image
Assalammualaikum wbt...


Nampak tak status kat sebelah kanan atas?? "Sedang sibuk sedikit daripada Pak Menteri Planet Namek...kahkah"sesungguhnya ya aku memaksudkannya hanya pada perkataan SIBUK je yang lain tu sila abaikan. Sesekali berstatus pelik apa kisahnya...ye dak?? Dalam sibuk-sibuk aku sempat juga meluangkan masa menghadiri majlis pertunangan sepupu dekat Puchong semalam. Bab saudara-mara ni aku kalau boleh akan cuba hadiri semampu yang boleh...bukan apa bimbang ada yang berkecil hati. Susah wooo nak jaga hati orang.....nak-nak sedara sendiri....percayalah!!





Percayalah...aku berani cakap macam ni bilamana terkeluar dari mulut mak sedara aku yang paling digeruni (dalam kalangan family akulah...hehe.) "dah tahu saudara punya majlis...datanglah! nak datang bukan susah...nak 1000 daya" nampak tak?? terkeluarnya ayat berbentuk dan berbunyi begini bila dia kecewa dengan segelintir yang suka ambil mudah bab kekeluargaan ni....ya majlis tunang pun MAJLIS jugakkan t…

PERTAMA KALI MEMBUAHKAN HASIL

Image
Assalammualaikum wbt....



Panjang tajuk entry kali ini, selalunya 2 patah perkataan je...hahaha. Cerita pasal tajuk pun boleh jadi intro kalau nak senang cerita dan malas nak fikir nak mengarut apa. Errr...boleh dijadikan tips menulis intro entry ni kalau mahu....kehkehkeh. 


Malam semalam buat pertama kalinya aku melibatkan diri dalamKejohanan Tenpin Bowling yang juga dianjurkan secara pertama kalinya oleh gabungan JKKK dan KRT (Kejiranan Rukun Tetangga) kawasan kejiranan aku. Meriah gila dengan kehadiran para peserta pelbagai peringkat umur. Aku agak teruja dengan pertama kalinya ini pasal selalunya main bowling dengan kawan-kawan ikut sesuka hati je...beriadah dan bersosial la kekononnya...hakhak. Jadi bila melibatkan diri dalam kejohanan terasa lain aura persekitarannya. 





Keterujaan aku buat pertama kalinya juga dikuatkan lagi dengan kejayaan ahli kumpulan aku menjadi JOHAN dengan pungutan mata jatuhan pin sebanyak 955...dapatlah hadiah berbentuk wang tunai dan ditambah lagi wang tu…

AURA LAGI

Image
Assalammualaikum wbt....


Entry sudah aku cerita pasal aura lebih kepada nak menyakat dak Syida je (jangan marah aaa darah manis..hakhak). Entry kali ini memang betul-betul aku nak cerita pasal aura...aura apa??? aura pelaris semulajadi. Ehem..ehem...suka aku nak ingatkan lepas ni kalau dah baca nak percaya atau tidak terpulang ya...masing-masing pun dah besar panjang dan dah cukup umur pandai nak beza mana baik mana buruk. 

Hamboih laa...macam nak cerita benda khurafat lak. Hahaha. Takdelah cerita ni cerita biasa-biasa je dan diklasifikasikan sebagai bahan bacaan UMUM.





Begini.....sebelum bercerita izinkan aku bertanya "Korang pernah tak berada dalam situasi dimana korang pergi satu kedai / gerai / booth kaki lima / warung / stall pasar malam / butik / etc. mula-mula korang nampak kosong takde orang pun melainkan penjualnya sahaja yang sedang duduk menunggu pelanggan.....bila korang menapak masuk tengok2 barang atau memang nak beli barang dalam beberapa minit macam tu tetiba tempa…

AURA DAN CINCIN

Assalammualaikum wbt....



Apa itu AURA? Sila rujuk SINI. Aku bukanlah golongan bijak pandai yang mengkaji apa itu aura secara saintifik tapi aku sukakan apa-apa bahan bacaan berkenaan aura. Macam-macam kajian ada berkenaan aura :
Aura warna solat 5 waktuAura warna mengikut hariAura pelaris semulajadi....yang ni tak jumpa link yang sesuai cuma boleh rujuk dekat SINIyang mana ada melibatkan unsur pengiraan sikit-sikit. Tapi tak semua adalah aura jenis ni sebab semulajadikan?? lainlah menuntut...hahaha. Aura darah manis.....errrr ini merujuk pada sahabat blogger kita Syida
Cukup pasal aura sebab tak semua orang percayakannya. Kalau percaya pun bukanlah taksub sangat cuma bila kita berfikiran positif segalanya akan positif. InsyaAllah. 

Apa itu CINCIN? Mohon rujuk pada syida. Sekian. JUMPA LAGI.


#TAHNIAH SYIDA & FIK

AKU MALAS

Image
Assalammualaikum wbt...

Semua bermula disini >bila annual leave tak boleh carry forward masing-masing pulun habiskan aku??? berminggu berturut-turut kerja tanpa off-day badan penat >cover kerja orang >otak penat > tambah lagi audit menanti >badan penat otak penat mood kelaut >aktiviti beriadah terabai >raket badminton tergantung sepi >balik rumah satu kerja rumah tak usikuntung duduk dengan mak >makan minum semua siap > mak cakap "apa malas sangat ni??"> adik perli "ngangah makin malas"> aku pandang cermin > Heh! jadi malas sebab penat > tapi boleh rajin pula buat ">" > sekian  JUMPA LAGI. 




JANTAN GILA

Image
Assalammualaikum wbt...


Terasa macam lama tak buka blog sendiri, entry lepas pun komen tak berbalas lagi dan paling haru sangat jarang Blog Walking. Serba salah rasa bila tak sempat nak balas jejak rakan-rakan yang singgah sini. =_="

SIBUK. Agak klise tapi inilah kenyataan. Nak cerita pergi tengok The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2 rabu hari tu pun tak sempat. Nak cerita pasal banjir melanda tempat kerja pun tak sempat. Takpelah....benda dah lepas.

Semalam. Baru punya cerita....aku kena kejar dengan ayam JANTAN GILA. Ceritanya macam ni, petang semalam aku berdua dengan kawan aku si A nak pergi ziarah kawan lagi sorang si B yang sedang berpantang kat rumah mak ayah dia di kampung. Rumah pun memang suasana kampung....ada itik, kambing, ayam dan Ayam Jantan Gila. Memang gila betul ayam jantan sekor ni....bila aku keluar dari kereta dan dia nampak je aku terus dia kejar dan agah-agahnya macam aku ni Ayam Sabung lak. 




Seumur hidup aku dimuka bumi selama 25 tahun ni....inilah per…