PEMES vs SENDU

Assalammualaikum wbt....


Bila PAK DIN BERPESAN dalam entry lepas ramai juga yang bertanya siapakah PAK DIN??? Biarlah rahsia dan menjadi misteri siapakah beliau. Amboi...misteri sangatttt macam Incik Habibun. 


Cukup intro pendek. Malam tadi cuaca sedang elok maknanya tak hujan la walaupun langit gelap tanpa bintang, sekarangkan musim hujan....kejap-kejap hujan. Alhamdulillah hujan rahmat hadir membasahi bumi....usah sesekali merungut ya. Aku suka hujan, aku suka bau hujan walau terpaksa balik kerja hari-hari redah hujan. Hampir demam tapi tak demam. Eh...melalut cerita pasal hujannn. hehe.






Sambung-sambung....malam tadi cuaca sedang elok maka keluarlah aku dari rumah yang suam-suam panas suhunya menuju ke bandar berhampiran bagi tujuan peribadi. Ya...peribadi la, takkan nak senaraikan aku pergi bank, beli barang semua-semua tu....haha. Sudah segala urusan terus mencari kedai makan...semua kedai yang dah ditanda dalam kepala otak semua tutup...grrrr. Musim hujan tak meniaga ke apa??



Jalan punya jalan...teringat kedai member aku berhampiran Adtec Taboh Naning, apa nama kedai ntah...LUPA. Tapi yang pasti pemes la dengan Gelas Besarrr. Lama tak jumpa sambil makan-makan sambil borak-borak...mesra gitu. Kalau diimbas kembali dulu tak macam ni pun.



Antara tempoh masa 2000-2004.... seriously aku langsung tak rapat dengan kawan aku yang ini. Mungkin sebab kami di dunia yang berbeza walau berada ditempat yang sama...SEKOLAH. Maksud aku dulu dia ni kategori pemes dan aku sendu. Hahaha. Biasalah masa sekolah siapa market tinggi pemes laaa. Aku pula hanya sekadar ulat buku yang melihat mereka-mereka yang pemes berseronok. Selepas SPM yang pemes2 ni ada yang terus berkahwin, ada yang berhijrah ke kL, dan merata lagilah. Lost contact terus. Aku pula tak pandang belakang dah terus membawa diri ke Shah Alam selama beberapa tahun.






Sekembali aku ke Bumi Hang Tuah....aku terfikir dan berfikir nak contact balik kawan-kawan lama. Tak kisahlah sendu ke pemes ke janji Batch 2000-2004. Untung ada FB sebagai pemudah cara.... 1st Gathering yg happening dan pening berlangsung dengan jayanya. Aku cakap pening sebab aku jadi kepala handle, aku bendahari juga, dan aku juga runner.....cari lokasi, call kawan-kawan. Pening yang berbaloi bila nampak kawan-kawan lama depan mata, ada yang dah berjaya, ada yang masih menapak (aku letteww...haha), ada yang dah jadi mummy & daddy....dll. Masa ni hilang terus perbezaan darjat antara pemes dan sendu. 




Sekian. JUMPA LAGI.


32 comments:

  1. Replies
    1. warghhh..rugi aku taip panjang2..grrrrr

      Delete
    2. tahniah cekgu.



      H sila cuba lagi...haha.

      Delete
  2. kompem best gathering dgn kawan2 lama..plot citer mesti berkisar pasal life, keje, kawen, anak or seumpamanya..pastu imbas balik cerita zaman muda2..pastu gelak..hehehe

    tapi kalau perasan kan, even dah after few years, perangai masing2 tetap sama jer macam zaman2 sekolah..masing2 keje buat lawak bodoh jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. tersangat best. plot cerita memang sama je...life, keje, kawen, anak...dll. imbas cerita lama...jumpa kekasih lama cinta monyet lama.


      yup...lawak bodoh masing2 tetap sama macam dulu.

      Delete
    2. aku dah sopan tau nak banding masa sekolah..last aku jumpe geng sekolah aku beberapa tahun lepas dulu, yng budak2 skema dah berubah..tapi kat pandangan aku diorang tetap nerd yang aku buli2 dulu..hahaha..

      Delete
    3. hahaha. well...yg nerd semua berubahkan. memang begitu kot resminya. yang nakal2 dah slow ada yang bertaubat terus bila pegang title papa n mama.

      Delete
  3. dulu kat sekolah.. sy lah paling tak femessss. eheh! sbb tu masa reunion pun diorg tak ajak. sobsss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yolah tu berrr. nampak macam nakal je..nakal pemesss. haha

      Delete
  4. dulu aku nakal masa sekolah, boleh kata pemes gak la.hihi..tapi lani aku taknak jumpa kawan2 sekolah dulu..gathering2 langsung aku taknak join..add kat fb pon aku taknak accept..hahaha..lantak diorang la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan pemes gak la...ini pemes betul2 pemes ni aku rasa. legend sekolah barangkali...haha.


      amboi ko cekgu, nyombong naaa dengan kawan2 sekolah ek..

      Delete
    2. bukan menyombong la aien..aku jadi pemalu dengan diorang..haha..

      Delete
    3. pasai pa nak malu? bukan ko takda idung. best jumpa kawan sekolah dulu. buat tak tahu je kena bahan ke apa...normal.

      Delete
  5. Kalau re-union memang seronok. Kalau yg baya-baya kakak lagilah Aien yg dah jadi nenek pun ada sebab lepas SPM terus menikah. Umur 39 mestilah dah jadi nenek. Yg dah dapat title dato' pun ada gelihati juga tapi masing-masing dah gumuk-gumuk hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. adoi kakak...kita duk bayangkan lagi 10 tahun reunion ni. mesti macam geng kakak...gumuk2. potensi masing2 tu ada..sekarang pun dah nampak sikit2. haha

      Delete
  6. bestnye dpt gathering...sdg organize 1 gathering utk kwn2 ms sekolah rendah dulu..entah jadi entah idak..hee :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. best Dylla. usahakan sampai menjadi...mesti berbaloi-baloi. siyes!! :D

      Delete
  7. Satu hari, pemes ke sendu ke...akan bersatu.
    Dulu Kak Sha ini budak average saje.
    Ada masanya budak jahat.

    Tp bila dah tua2 nieh (eh tua ke) semua jurang dirapatkan...kami rapat walau blaja dulu tak rapat langsung!

    Haaa...suka bau hujan?
    Kita pon!
    Sambil teguk kopi o, makan lempeng dengan sambal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. kan Kak Sha kann. selalu begini kita akan rapat dengan orang yg tak berapa kita rapat sangat dulu-dulu. tak rapat langsung kot lebih tepat...haha


      wow...bau hujan sambil makan ubi kayu rebus panas2 pun ohsemmm juga!

      Delete
  8. Akak belum berpeluang lagi bergathering lepas abes sekolah. Masa ada gath dulu, malam akak nak tunang. So, takkan nak gi lak kan? Hahaha. Tp gath ngan kawan2 yg rapat je tu mmg byk kali gak la walaupun skang dah jarang2 leh jumpa. Takpun, gath ngan classmate tp cuma sekelompok kecil. Kira gath kecil2an je Aien. Hehe.

    Sebenanye akak pun malu nak jumpa kawan2 skola balek especially yg lelaki. Sbb ada beberapa kali kalu jumpa kwn skola lelaki balek, mesti dorang akan kata "Ehh, kau ni banyak cakap jugak sebenanye ek?". Err maksudnya berbeza berbanding dulu. Warghhhh! Malu I tawww :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupanya ramai lagi yang belum bergathering pas abes sekolah ek. kita ni je yg 1st gathering paling ramai semua ada...kalau sekelompok kecik tu dalam 4, 5 org dah selalu da. hehe.


      wah...kak kita pun sama dorang yg lelaki la cakap kita lain da x macam dulu2. sekarang banyak cakap, sekarang dah cerah (dulu sawo matang pekat) haha! malu memang malu...hadap je. :P

      Delete
  9. yes...... reunion adalah tempat terbaik bersama kawan2.... banyak kenangan diungkap... byk cerita baru dikongsikan..... best sangat!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan pahit manis masam masin semua ada. kalau jenis touching2 better elakkan diri hadir ke reunion. hehe. apa2 pun...memang best!!

      Delete
  10. wah..bestnya... saya pun dah lama tak ada reunion dengan member2 sekolah ni..

    ReplyDelete
  11. seronok kan bila buat reunion~! masa tu la byk cerita. byk gosip. eh! hehhe.. pstu flashback kenangan masa zmn sek. Time tu kenangan phit pun jd manis.=) =) hehehe.

    ReplyDelete
  12. Aku rasa aku jenis nerd masa sekolah dulu sampai sekarang...Hahahaha...

    ReplyDelete
  13. seronoknya reunion. bila dah keja rasanya semua dah pemes kot. haha..

    ReplyDelete
  14. sayangnye....sekolah nana xde buat reunion untuk ex student2 batch nana dulu...sobsob

    ReplyDelete