CINTAKU TERTINGGAL DI KLUANG

Assalamualaikum wbt....




Aku pernah tinggal di Kluang masa umur 6 tahun sehingga 9 tahun sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur, kemudian ke Gua Musang dan akhirnya terdampar di Bumi Hang Tuah. Masa sekolah rendah sering berpindah-randah buat aku tak sempat nak ada sahabat....yang ada hanya kawan-kawan. Entry kali ini aku nak kongsi pengalaman tinggal di Kluang. 


Cuba ingat-ingat semula kenangan lama......


Umur 6 Tahun bersekolah di Tabika Kemas terletak di Jalan Sawi, Taman Yap Tau Sah, Kluang. Berjaya ingat nama penuh....hehehe. Masa ni kawan baik aku Shima dengan Fateha....dua2 merupakan anak jiran sebelah menyebelah itu pasal jadi kawan baik, pergi sekolah sama-sama mahunya tak baikkan? hehe. Masa ni aku belum nakal lagi...masih ayu-ayu gitu dengan rambut panjang paras montot yang selalu ditocang dua. Cerrr bayangkan budak tadika yang ayu-ayu rupanya acane?? hahaha. Pastu kawan selepas waktu sekolah semua kakak-kakak je pasal yang sebaya dengan aku mak ayah tak bagi keluar bermain sangat. Teringat lak Kak Noni, Kak Saida, Kak Idah...semua dah kawen aku dengar cerita. Tak lupa juga Amin Panjang dan Amin Pendek...geng main lompat getah, galah panjang, baling selipar, polis entry wan tu jaga...hakhak. 






Darjah 1 sehingga Darjah 3 pula bersekolah di SK Perempuan Bandar Kluang. Masa ni kawan-kawan aku semuanya perempuan, dah nama pun sekolah perempuankan....lelaki lak sekolah dorang berhadapan je dengan sekolah aku. Sebelah sekolah lelaki ialah Masjid Jamek Kluang....sebelah masjid lak merupakan Sekolah Tinggi Kluang yang merupakan sekolah Abang H...cehhh abang. :) Memang dia pangkat abang2 pun. Ntah-ntah dia sebaya dengan salah sorang abang sepupu aku Yasser, Yazib dengan Helmi yang bersekolah dekat STK juga dulu. Siapa tahu....Malaysia ni kecik jep.



Apa yang aku ingat lagi...balik sekolah selalu berebut-rebut beli Mee Siput + Kuah Kacang yang dijual penjaja tepi pagar sekolah. Kadang-kadang beli kacang sambal, kadang beli gula-gula yang ada cincin tu, kadang beli anting-anting yang lekat kat telinga tu. Teringat juga kenangan berebut-rebut nak naik Bas Sekolah Pak Cik Bakri....sumpah aku rindu semua ni. Masa ni kudrat aku macam anak jantan....dah tak ayu sangat sejak ayah aku potong rambut aku pendek-pendek. Berjemur sakan buat kulit aku mula gelap dan masa ni aku rasa aku saling tak tumpah macam anak itik yang hodoh....kakak aku putih. Perasaan budak-budakkan....nak2 buku cerita kanak2 macam Cumi dan Ciki, Anak Itik Yang Hodoh, Sang Kancil dan Sang Buaya dan seangkatan dengannya menjadi peneman aku membesar...... :)) Agak terpengaruh la sikit. 






Tak lupa juga kenangan pergi berkelah ke Gunung Belumut...ikut jalan yang kena lalu ladang kelapa sawit sambil ditemani radio yang memutarkan kaset lagu Nora sepanjang perjalanan memang best. Masa ni aku hafal semua lagu Nora....dan juga lagu-lagu Mamat Exist. Dulu masa aku duduk Kluang tak banyak sangat Shopping Mall yang besar-besar, paling besar sempat aku merasa pun Plaza BCB Kluang....sekarang macam-macam ada kata sepupu aku.



Cukuplah setakat ini sahaja, lagipun panjang sangat siapa je yang nak baca. Kenangan lama....tempat jatuh lagikan dikenang, kalau boleh nak kembali semula ke sana bila ada rezeki. Abang sepupu asik ajak "Datang la aien....boleh tengok rumah baru aku sekali..." dari anak pertama pelawaan dihulur sampai dah masuk anak ketiga aku masih tak sampai-sampai lagi. Sekian. JUMPA LAGI. 


27 comments:

  1. Replies
    1. Err, dulu kau ada nampak abang H x? Hahaha...

      Delete
    2. kau xnampak ke aku dah jawab kat atas tu? hari jumaat aku bizi curi kasut kat masjid..grrrr

      Delete
    3. aku tak nampak lak abang H Syida...dia bizi curi kasut katanya. bukan aku yg kata tau. :P

      Delete
  2. abg penah g gunung belumut tu..mmg sejuk air nya..masa tu dok umah makcik kat kahang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..ikut felda kahang tu kan kalau tak silap. hehe. sejuk sangat2...ulu bendul pun kalah :D

      Delete
  3. wahhh . kemainn . cinta tertinggal . huahuahua

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh..tertinggal la bolat. cinta lama kisah lama. kemain cinta2. hahaha

      Delete
  4. oo...ada cinta dh umo 6 tahun..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. err...bukan cinta yg cinta monyet tu. ni lebih pada kenangan je :P

      Delete
  5. wahh bnyk nye beli polok2 lepas abes skolah heheheh
    Na dlu klau abes skolah fevret beli limau kecik letak asam boy! terbaik kan??? pastu sekuang ada sos merahh tu tarok kacang lebih~~!! weeeeeeee

    Haa Aien bape umur ABANG H???
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr...geli betul telinga aku walaupun x dgr betul2..hahaha

      Delete
    2. polok2?? jap google =_="


      fuhhh masam tu Na...limau letak asam boy ^^" kita tak shuke makan masam2 ni. hahaha


      entah la Na berapa la umur ABANG H tu.. haha

      Delete
  6. Wahhh! Panjang cite Aien kali ni.

    Eh, Aien kecik2 pun ada kawan nama Kak Idah? Sama la kita. Hahaha! & kita sama jugak part balek skola beli kacang sambal, gula2 ada cincin, anting2 lekat yg ada bentuk macam2 tu kan? Kacang sambal tu feveret kut. Dulu salu beli setiap kali gi skola agama. Hahaha!

    Err maksudnya kita ni lebih kurang sebaya je Aien. Tak jauh sangat beza umur. Kehkeh! Nak gak perasan muda :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem2. terpanjang la...taip2 dalam keadaan seronok mengimbas kenangan lama tak sedau kemain panjang. ahh..tak kisahlah boleh jadi kenangan esok2 kalau baca semula :D


      wah..sama je apa kita buatkan. haha. kacang sambal sedap tu, time rehat pun dok makan kacang sambal je...kak berapa la sangat beza umur kita. 3 tahun kan?? tak la jauh sangat. :P

      Delete
  7. tak pernah jejak kaki ke kluang lagi....tapi kluang station selalu pi.....he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh sama la bro..stakat kluang station penah la pi..haha..

      Delete
    2. haa...cuba la jejak ke Kluang Station di Kluang. minum kopi kluang makan roti bakar :D


      Abg Remy ajak le Cekgu ni...jalan2 cari makan sesama blogger. hehehe

      Delete
    3. yg tu aien kena organize ler.....dgr crita kluang station yg ori kat stesen ketapi tu best sangat...klasik....

      Delete
  8. siyes dah lama x pegi BCB..huk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu bagi aku BCB tu la yg paling besarrr punya tempat nak jenjalan kat bandar. hehe

      Delete
  9. siyes aku tak thu nama2 tempat yg dinyatakan dalam cerita ni...jadi aku baca sambil angguk2 je..boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. takpelah...ni aku kasi tahu dengan ko. sok senang kot2 tersesat kat Kluang. boleh?? angguk2 lagi.

      Delete
  10. terasa macam nak kembali ke kenangan lama tak?? apalagi lepas tengok gambar sekolah tu?? kan?? saya kalau tgk gambar sekolah lama dan teringat kembali kenangan2 dulu, terasa macam nak terbang semula ke zaman tu...rindu sangat..

    ReplyDelete
  11. Kakak belum pernah sampai hutan lipur gunung berlumut aien walau kakak duduk di Johor. Sebabnya dulu sekolah kakak masa ada hesteria tok bomoh tu kata semua jin dia dah buang di gunung berlumut itu yg kakak takut hihi... kelakar kan tapi bila dah kerja macam tak berkesempatan.

    Keluang dan membangun sekarang tambahan banyak sekolah asrama penuh di sana.

    ReplyDelete
  12. huh, belum pernah sampai kluang tp pernah makan kat kluang station @ ikano. kira boleh la tu kan? huhu..

    ReplyDelete
  13. aien penah duduk kluang la ye before ni... =)
    wah seronok ble flash back kenangan lama. ^^

    G kluang aiNa suka makan Roti Bakar Kluang Station.. sedap! hehehe.

    ReplyDelete