BALAS-MEMBALAS

Assalamualaikum wbt...



Bila waktu musim cuti sekolah ni macam-macam musim sampingan lain akan wujud...musim kenduri kahwin la, musim cuti-cuti malaysia la, musim sunat la, musim jualan harga runtuh la...dan bermacam musim lagi.  Dalam bermacam musim yang ada musim kenduri kahwin jelah yang boleh buat aku pening kepala nyut...nyut...nyut. Pening nak adjust cuti tahun yang alahai sikit je tinggalnya sampaikan terpaksa adjust off-day sekali. Bila weekend kerja ginilah ghoperrrnya..."best sangat". Untunglah siapa yang weekend memang cuti. 





Peringkat umur gini memang tak boleh nak elak kena hadiri jemputan rakan-rakan sebaya yang menamatkan zaman bujang memasing. Belum kira lagi sedara mara sepupu sepapat punya majlis....macam nak kerat badan je agih-agihkan kau pergi rumah sana aku pergi rumah sini. Hahaha. Nanti tak pergi majlis orang...orang tak hadir majlis kita pulak. Siapalah yang mulakan dulu main balas-balas gini ek? Grrrr.  



Kalau dekat boleh juga main lari-lari kejap dari opis singgah kenduri. Ini tidak dekat-dekat juga tapi macam jauh jugak bila makan masa 1 ke 2 jam ke 3 jam ke....hahaha. Stress bos nanti tengok pekerja 'cemerlang lagi baik hati' beliau hilang dekat 4 jam.



"Mano poie budak bertuah ni??!!"

"Poie kenduri kawen ko...dio yang kawen??"



Sekian. JUMPA LAGI.



20 comments:

  1. ntah, ptut tak boleh mcm tu ..tak iklas namaye tu... kalo org jemput memg wajib pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la siapa yang mulakan camtu ntah...tapi maaf cakap orang melayu kita jugakkan. hmmmm

      Delete
  2. 3rd!
    Balik kang baca..Cop tempat dulu..Hahahaha...

    ReplyDelete
  3. Owh, Aien bukan keje opis ke? Weekend keje ek? Memang susah sket kalau macam tu nak gi kenduri kendara. Alaa, takpe Aien. Pegi mana yg termampu je. If dah tak larat or tak cukup masa nak buat camne kan?

    Actually bukan la balas membalas sgt. Tp, if kita mampu pegi bila org jemput, kena r jugak pegi. Eventhough tak mesti org tu jugak yg akan dtg majlis kita nanti. If kita pegi majlis org, insyaallah nanti majlis kita pun ramai yg datang. Kalau bukan org yg kita pegi kenduri dea, maybe orang laen :)

    Jangan la sampai nak kerat2 badan taw! Kesian Aien. Hehehe. If kita betul2 tak cukup masa, harap2 org dapat faham. Kan?:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. keje opis la kak. weekend memang keje...off day hari bese tu yang susah sket bab kenduri kendara. tu la larat rasanya larat aje...cuma masa tulah bataskan pergerakkan. :D


      ntah la bab balas membalas tu...kita pernah je tengok ada rumah sorang m.cik ni tak ramai yang datang sebabkan dia jenis tak datang bila orang jemput. memang ada la benda2 gini...tapi tulah macam akak cakap kalau bukan org yg kita g kenduri dia maybe orang lain kan...siapa tahu. hehe.


      kerat2 badan tu over je...melawak tak bertempat ^.^"

      Delete
  4. memang aktiviti kenduri kahwin berleluasa masa cuti ni...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Boni sedang berleluasa...macam2 kenduri lak tu. hahah

      Delete
  5. tula pasai.. kadang2 kena p jugakk.. klaw x p, nanti org x mai pulak majlis kita kannn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Zwan. susah sket la dapat yang jenis membalas ni. kalau yg faham kita tak hadir takpelah..bersebabkan. hehehe

      Delete
  6. H tk de motidf lagsung komen dia..hahak..

    itulah..nasib baik aku ni tak de lagi kawan2 yg nak kawin..sbb masih muda belia..jadi tak yah aku sibuk2 nak pergi majlis kawin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la H tu. kecik ati aku. tapi takpelah Tauke Budu datang komen ni besau balik haa. haha.


      cehhh...muda belia la sangat. tiba masa kau akan mengerti weh. :D

      Delete
    2. hahaha..tiba2 aku terfikir apa motif aku komen macam kat atas tu..sebab apa ek? lupa dah aku..

      Delete
  7. patut kite hadirkan diri ke majlis dengan penuh keihlasan. bukan sbb takut org tk dtg majlis kite. kite kene dtg. kalau dah dpt kad jemputan tu , jatuh wajib dah.

    just renungan kite bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Afasz. sebab tu kita cuba sedaya upaya nak hadirkan diri. :D

      Delete
  8. bolat ada satu je jemputan kawan kahwin . kali pertama ada kawan rapat kahwin . jodoh dia smpai dulu walaupun kami baru 18tahun.

    hewhew .

    ReplyDelete
  9. he3..... susah camtukan aien...... kena jaga hati dan perasaan org....... tapi kalau tak dapat hadir..... kita ckp elok2...... mcm remy....kalau dpt kad jemputan tu rasa cam sedih sangat kalau tak hadir...... kalau tak dpt...mesti nak kasi sesuatu..... sebab tak sampai hati nak hampakan....

    ReplyDelete