Posts

Showing posts from November, 2012

PENDAPAT

Image
Assalamualaikum wbt....


Saat aku menaip ni aku sedang rindukan mak aku yang tak ingat kat aku langsung bila dia dah sampai ke MAHA 2012. Hahaha...motif??


Malam tadi :

"In....baju mana yang sesuai ni? Oren ke cokelat??" Tanya mak aku sambil memandang tepat kat muka aku.

"Oren la....ceria sket ma..." Balas aku pendek sambil melihat mak aku berlalu pergi ke arah iron board.


Mak aku memang suka bertanya nak pakai apa, nak padankan dengan apa kat aku kalau dia nak keluar kemana-mana. Aku pun macam ada menurun sikap mak aku yang ni...tapi lebih parah sikit sebab aku tanya semua orang yang ada kat dalam rumah sampai adik-beradik aku bosan.....dorang tak pandang pun tapi boleh bagi pendapat. kahkahkah. 





Pendapat ni ada dalam pelbagai jenis bentuk.  Ok. Itu je nak cerita. Sekian. JUMPA LAGI. 


#BANTU PALESTIN



BANTU PALESTIN

Image
Assalamualaikum wbt...




Sumbangan BERMULA dari : 21 November 2012 hingga 12 Disember 2012
Semoga derma ikhlas kita dapat membantu saudara Islam kita disana....BANTU PALESTIN



BALAS-MEMBALAS

Image
Assalamualaikum wbt...



Bila waktu musim cuti sekolah ni macam-macam musim sampingan lain akan wujud...musim kenduri kahwin la, musim cuti-cuti malaysia la, musim sunat la, musim jualan harga runtuh la...dan bermacam musim lagi.  Dalam bermacam musim yang ada musim kenduri kahwin jelah yang boleh buat aku pening kepala nyut...nyut...nyut. Pening nak adjust cuti tahun yang alahai sikit je tinggalnya sampaikan terpaksa adjust off-day sekali. Bila weekend kerja ginilah ghoperrrnya..."best sangat". Untunglah siapa yang weekend memang cuti. 




Peringkat umur gini memang tak boleh nak elak kena hadiri jemputan rakan-rakan sebaya yang menamatkan zaman bujang memasing. Belum kira lagi sedara mara sepupu sepapat punya majlis....macam nak kerat badan je agih-agihkan kau pergi rumah sana aku pergi rumah sini. Hahaha. Nanti tak pergi majlis orang...orang tak hadir majlis kita pulak. Siapalah yang mulakan dulu main balas-balas gini ek? Grrrr.  


Kalau dekat boleh juga main lari-lari kejap da…

CINTAKU TERTINGGAL DI KLUANG

Image
Assalamualaikum wbt....




Aku pernah tinggal di Kluang masa umur 6 tahun sehingga 9 tahun sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur, kemudian ke Gua Musang dan akhirnya terdampar di Bumi Hang Tuah. Masa sekolah rendah sering berpindah-randah buat aku tak sempat nak ada sahabat....yang ada hanya kawan-kawan. Entry kali ini aku nak kongsi pengalaman tinggal di Kluang. 

Cuba ingat-ingat semula kenangan lama......

Umur 6 Tahun bersekolah di Tabika Kemas terletak di Jalan Sawi, Taman Yap Tau Sah, Kluang. Berjaya ingat nama penuh....hehehe. Masa ni kawan baik aku Shima dengan Fateha....dua2 merupakan anak jiran sebelah menyebelah itu pasal jadi kawan baik, pergi sekolah sama-sama mahunya tak baikkan? hehe. Masa ni aku belum nakal lagi...masih ayu-ayu gitu dengan rambut panjang paras montot yang selalu ditocang dua. Cerrr bayangkan budak tadika yang ayu-ayu rupanya acane?? hahaha. Pastu kawan selepas waktu sekolah semua kakak-kakak je pasal yang sebaya dengan aku mak ayah tak bagi keluar bermain sanga…

AKU DATANG

Image
Assalammualaikum wbt....



Entry lepas aku ada cakap pasal Penghijrahan Blogdimana secara ringkasnya aku takkan update sebarang entry ketika sedang bersedih supaya kualiti entry terjamin dan bebas dari sebarang unsur-unsur sedih yang mengundang simpati. Mulai entry ini sehingga yang seterusnya hanya kongsi perkara yang ceria-ceria sahaja seceria Dian dalam Istanbul Aku Datang....XOXO D *tiba2*


Dian / Lisa Surirumah Yusri. LOL

Motif tiba-tiba Istanbul Aku Datang?? Hahaha. Sebenarnya nak bagitahu aku dah tengok Istanbul Aku Datang....ekceli tertengok sebabkan adik-adik aku nak sangat tengok, layankan ajelah...En.Tunang siap cakap kat adik "Korang tengoklah...nanti Abang Ijan nak tidur..." Cehhh...tidur mendenya aku toleh sekejap-sekejap kemain luas mata beliau siap tersenyum-senyum tengok dari mula sampai habis. Nampak tak? Nampak tak?? Lelaki yang suka tengok cerita ganas-ganas pun boleh layan cerita ni. Aku suspek Ym.Bundle mesti boleh layan juga. Incik H dah tentu-tentulah bo…

PENGHIJRAHAN BLOG

Image
Assalammualaikum wbt....



Salam Maal Hijrah 1434H buat semua pengunjung Blog Aien Not Alien. Marilah sama-sama kita berhijrah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik dengan semangat yang baru....tapi kena ingat yang baru bukanlah baru semberono tapi mestilah semangat baru yang penuh istiqamah. 




Penghijrahan blog ini akan berlaku mulai hari ini. Lepas ni aku hanya akan update entry yang berkisahkan perkara baik-baik sahaja. Memandangkan ini blog peribadi yang suka-suka jadi kadang tu ada juga terselit entry yang agak emosional sikit.....lepas ini akan berubah. InsyaAllah.....bila sedih aku takkan update sebarang entry kerana bimbang mempengaruhi penulisan. Mohon maaf andai ada yang terasa hati dengan penulisan sebelum-sebelum ini. Sekian. JUMPA LAGI.

SEPERTI DIJANGKA

Image
Assalammualaikum wbt.....


*BACA SAMPAI HABIS*
Aku sedar yang aku perlu telan dua kemungkinan yang akan terjadi bila aku upload sekeping gambar pertunangan di FB untuk dijadikan DP.


1. "Bila ni...tak jemput pun??"
Seperti dijangka memang ada pun yang bertanya....hati orang ni macam-macam sikit2 nak touching. Macam kes aku ni adalah sorang kawan yang aku tak berapa nak rapat sangat komen "ble ni? xjemput pn."aku pun terus PM dia cakaplah buat kecik2 antara family je nanti kahwin baru jemput kawan2 tapi dia senyap je. Tahu-tahu dia dah post dekat wall dia "nape skang rse cm jauh je dgn kwn2 ek...urrmm....xpe la.xnk pkr sgt la.". Maaflah kawan...aku hanya manusia biasa penuh kekhilafan dan kekurangan.





#aku kalau orang tak jemput takdenya aku bertanya pun...aishhh segan la macam tak malu lak bertanya kenapa tak jemput. Kalau korang???


2. "Orang baru ke??"
Seperti dijangka juga....ada juga yang bertanya. Tak faham aku dorang ni buat-buat tak faham atau…

RUNGUT-MERUNGUT

Image
Assalammualaikum wbt....


Selamat Hari Deepavali diucapkan kepada semua penganut agama Hindu. Balik kerja ni aku nak poie beraya ke rumah Aunty Mala (member kerja). Ya balik kerja....aku kena kerja. Awal Muharram nanti pun kena kerja juga.

Untunglah orang-orang yang bercuti....sakan wooo. Ada yang kerja...cuti....kerja...cuti. Ada yang cuti berturut-turut.





Mana-mana musim perayaan pasti percikan bunga api dan bunyi dentuman mercun akan menghiasi malam raya selalunya.....dekat wall FB aku terlalu banyak status berbaur rungutan more less berbunyi begini :-

"Bila raya dorang dah mula....bunyi mercun sana..sini... tak boleh tidur!!"

"Grrr...bunyi mercun sampai tak boleh tido! aku kerja pagi laa..."

"Bising laaa....pung pang pung pang macam perang..."


Usah merungut sangatlah kawan.....kalau raya korang, macam tu juga korang sambutkan??? Bakar mercun sampai sebulan kalau boleh. Hehehe....macam kes jiran aku sebulan raya sebulan la dia bakar mercun. Bagi can la dora…

DARAH RASA MANIS KE???

Image
Assalammualaikum wbt....



Errr....pada yang dah tahu dan belum tahu sekarang ni aku dah menjadi tunangan Incik N pada 10.11.12. Ekceli aku tak tahu nak karang entry yang macam mana untuk kisah yang ini supaya tak nampak macam aku menunjuk-nunjuk. Dari pagi aku taip aku padam...taip...padam. Jadi cukuplah ayat seperenggan ini....selebihnya biar gambar bercerita.

*gambar guna hp harap maklum kualiti kurenggg..LOL












Cukup...cukup sudah. Cukup sampai disini saje ye....doakan kami sampai ke jinjang pelamin dan kekal jodoh hingga ke akhir hayat. Sekian. JUMPA LAGI.

KUASA BEBELAN

Image
Assalammualaikum wbt.....



Tolak hari ni lagi 2 hari je kenduri bakal berlangsung. Persiapan masih belum rancak disebabkan musim hujan masing-masing lemau termasuklah aku dengan badan dedau pasal hari-hari balik kerja bertemankan hujan. Slurpppp....sedut hingus!!



Dalam lemau dengan badan dedau gagahkan jugalah siapkan itu ini. Part aku hantaran jelah....buat sendiri. Ekceli barang-barangnya dah ada macam dulang, tapak, kertas pembalut, renda, riben bagai...cuma duduk berlonggok kat sudut rumah diam tak berusik. Macam tak bernafsu je aku pandang....haha. Aku congak sendiri ingatkan nak buat hari Jumaat malam Sabtu....tapi atas campur tangan dan desakan serta bebelan Mak & Kakak "lambatnya....mana sempat!" maka tersiaplah sikit-sikit. 


Seronok juga buat hantaran ni....pestime buat sendiri dengan berpandukan maklumat dari internet dan majalah aku gasak je hantaran tu asal boleh tapi menjadi. "5 done...another 4 to go. Later-later la...still have time la mak... Hahaha...…

PEMES vs SENDU

Image
Assalammualaikum wbt....


Bila PAK DIN BERPESAN dalam entry lepas ramai juga yang bertanya siapakah PAK DIN??? Biarlah rahsia dan menjadi misteri siapakah beliau. Amboi...misteri sangatttt macam Incik Habibun.

Cukup intro pendek. Malam tadi cuaca sedang elok maknanya tak hujan la walaupun langit gelap tanpa bintang, sekarangkan musim hujan....kejap-kejap hujan. Alhamdulillah hujan rahmat hadir membasahi bumi....usah sesekali merungut ya. Aku suka hujan, aku suka bau hujan walau terpaksa balik kerja hari-hari redah hujan. Hampir demam tapi tak demam. Eh...melalut cerita pasal hujannn. hehe.





Sambung-sambung....malam tadi cuaca sedang elok maka keluarlah aku dari rumah yang suam-suam panas suhunya menuju ke bandar berhampiran bagi tujuan peribadi. Ya...peribadi la, takkan nak senaraikan aku pergi bank, beli barang semua-semua tu....haha. Sudah segala urusan terus mencari kedai makan...semua kedai yang dah ditanda dalam kepala otak semua tutup...grrrr. Musim hujan tak meniaga ke apa??


Jala…

PAK DIN BERPESAN

Assalamualaikum wbt...


"Semua milik kita hanya sementara....tangan kita ni kalau ditakdirkan Allah nak ambil Dia pasti akan ambil...dah tinggal satu tangan je nanti..."

"Contoh lagi...itu haaa mak kita yang kita sayang sangat-sangat, adik-beradik kita, kekasih hati kita...kalau dah tiba masanya dorang kembali semuanya akan kembali semula kepada Allah..."

"Lagi...harta-harta kita kat dunia ni semua bersifat sementara sahaja, takde yang kekal.. Tak usahlah nak riak dengan apa yang kita ada....cuma yang tinggal dengan kita nanti DOSA dan PAHALA je taw....." 

Sedikit pesanan ringkas dari seorang lelaki bernama Pak Din yang sempat diselitkan ketika beliau sebenarnya telefon aku nak menyakat je lebih "Aien...camne sekarang? angau ke?? mesti tidur tak lena dengan tangan atas dahi macam cerita P.Ramli kan kan kan..hahahaha". Walaupun jauh aku masih tak terlepas dari disakat beliau yang aku dah anggap macam bapak sendiri....Pak Din...Pak Din... XD