NEBESSS GANDA DUA

Assalamualaikum wbt...




Entry kali ini ada kena mengena dengan entry SERI MUKA yang lepas.
Mari layan cerita lama yang tak berapa nak lama sebab baru berlaku pada 27/10/2012.



"Nanti nenek akan wakilkan pak ngah & mak ngah jumpa mama masa raya haji tau.... untuk bincang apa-apa yang patut supaya semuanya berjalan dengan lancar....." Masa dikhabarkan pasal ni aku macam gelabah sikit lah dalam 10% macam tu.


Peratus kegelabahan mula meningkat sikit-sikit mengikut masa yang berlalu. Malam sebelum pertemuan berlaku aku sempat lagi keluar dengan Incik N dan sepupunya sambil 3 orang adik aku ikut sekali. Amekawww melayan selera anak tekak dekat mamak. Masa ni aku cool lagi....sekali balik rumah selesai itu ini masuk tidur.....Zzzzzz. Terbangun dalam pukul 2.30 pagi macam tu...gelisah tak tenteram duduk mengenangkan esok harinya. 


Aku cuba tidur semula....Zzzzz...terbangun lagi, lagi, dan lagi sampai subuh menjelma terus tak tidur dah. Macam-macam perkara bersarang dalam otak sampai nafsu tidur pun tergugat. 2 jam sebelum pertemuan aku punya nebesss rasa-rasanya dah 99.99% kot. Itu tak kena ini tak kena....baru nak iron baju kurung cari tudungnya setup ruang tamu lagi...bising-bising kat adik aku lagi. Hahaha. Aku tak ingat bising sebab apa.



Sambil buat apa-apa yang patut sambil-sambil aku wassup dengan Incik N...bila tiba part dia cakap "Mak Ngah otw..." Peratus nebesss aku terus naik mendadak. LOL. Mak pesan jangan keluar selagi mak tak panggil....berpeluh aku tunggu kat dapur, siap kena bahan dengan adik-adik aku lagi. Takpe korang....hari ini hari aku...grrrr.






Bila mak aku panggil je terus aku ke ruang tamu membawa air untuk dihidangkan...bagus adik-adik aku tolong back-up selakkan kain langsir untuk mudahkan aku berjalan bawak air, tolong bawak hidangan lain..sayang korang. Letak teko / jug bersalaman dulu...sopan gila aku masa ni...pastu tuang air dan hidangkan terus minta diri masuk dapur...keluar semula bila tetamu nak pulang, ini pun kena tunggu arahan mak dulu...hahaha. 



Alhamdulillah...berjalan dengan lancar dan pasti aku berjaya tuang air tanpa tumpah, cuma adalah gigil sikit sampai cawan dengan alasnya berbunyi-bunyi sikit. Sekian inilah pengalaman aku yang dipanggil nebes ganda dua. JUMPA LAGI



34 comments:

  1. bhahaha itu baru stage pertama dh nebess bagai..blom lepas stage 2,3,4,5,6,7,8,9 dan final stage lg tu...kekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..itulah baru 1st stage dah nebesss gini. belum banyak2 stage lagi tu.. =_="

      Delete
  2. dah macam dalam drama tv dah keluar ke ruang tamu hidangkan air n lari masuk ke dalam dapur.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertindak mengikut arahan mak...haha. ginilah jadinya zwan :D

      Delete
  3. Ini baru merisik Aien... belum bertunang lagi boleh menggeletar kalau ginilah gaya Aien..

    Moga dipermudahkan terus ke mercu dan hala tuju yg satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Kak Zakie..perasaan semulajadi. terima kasih ya kakak :D

      Delete
  4. Adehhh. Tugas paling berat untuk menten kesopanan dan keayuan tu kannn? Taktau nak control muka macam mana. Kalau boleh, kita takyah tunjuk muka boleh tak? Hahaha! Naseb baek akak nye turn dah lepas :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berat pun Kak Liyaa...nak menten tu haa. bukan la bermakna sebelum2 ni kurang sopan kan...sopan aje, cuma kali yg ni kena extra sopan. haha.

      itulah...ingatkan tak nak tunjuk muka.tapi kena la walau sekejap. :P

      Delete
  5. x dpt bygkn perasaan aien masa tu. hehehhe.. mudah2an dipermudahkan segala urusan. Amin. =) =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. thankz doakan ya.

      usah dibayangkan aina. kelakar je.. hahaha

      Delete
  6. nebes tapi hati senyum je ka... terasa lagi masa tunang n nikah

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah. nebes perasaan dalam masa sama tersenyum2 je. haha

      Delete
  7. hahahahah klakar laa!! na bace entry ni na plak nebesss!!
    COOL ok COOL!!! hikhikhik

    #mana kad kawen tok na ni? ^angkat kening

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. na nebesss? ok tak lama lagi la tu...menyusul. hehe.

      #kad? tahun depan ya. InsyaAllah :D

      Delete
  8. hamekauuuuu! haha... kemain kontrolll tuang air tanpa tumpah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko lelaki takpe berrr...minum air je. tumpah pun tak kisah. haha

      Delete
  9. biase tu aien...nak masuk alam perkahwinan..

    nak kad kahwinnn....x nak jemput ekkk ? sobsobbsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya Nana. ini semua sesiapa yg nak masuk alam perkahwinan akan laluinya. :D


      tahun depan Nana...xmo sedih2 ada masa lagi. haha

      Delete
  10. Pergh... part lelaki nanti lagi nebes....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah part lelaki masa akad nikah nanti.


      sama2 nebes masa bersanding...haha.


      semua merasa la.. :D

      Delete
  11. hahaha air tertumpah kat luar jug tuh memang menyakitkan hati dan memalukan.
    nasip baik tak jadi cenggitu kann?
    >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah chemay..malu taw kalau tumpah depan tetamu. nak2 bakal mertua lak tu. ahaii..bayangkan. >.<

      Delete
  12. wah...kalau saya pasti da tumpah2 tu.. siap tertuang atas kepala orang lagi..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kelakar lak boni ni siap tertuang atas kepala orang. :P

      Delete
  13. haha dulu sy tuang tumpah tau..hehe..nebes...duk alor gajah ekk..sy org melaka gak...:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai orang melaka! haha. bila ingat mesti macam rasa malu2 kan? dah tertumpahkan..bukan sengaja.

      Delete
  14. SELAMAT PENGANTIN BARU AIEN..HEHE

    ReplyDelete
  15. semoga hari2 kamu ceria dan gembira Aien

    ReplyDelete
  16. semakin berbunga rupanya adik remy nie...tahniah.......

    ReplyDelete
  17. heee...terasa nebes jgk lepas baca enrti ni >_<

    ReplyDelete