KAKAK KU KATA KUKU KAKI KU KAKU

Assalamualaikum wbt....


Hari ini 04102012 merupakan ulang tahun kelahiran abang ipar aku, 01102012 lepas pula genap aku 25 Tahun dan 31102012 adik aku yang bakal menduduki SPM 2012 punya hari lahir. Kiranya bulan Oktober ni meriah la rumah kalau mak aku buat parti hari jadi...hahaha. Amboi parti-parti pulakkan....kelasss kau aien.





Takdelah...takde maknanya parti bagai cukuplah sekadar buat makan-makan seisi keluarga dapat juga merapatkan lagi mana-mana hubungan yang renggang. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan kekeluargaan. Waktu-waktu beginilah elok nak beramas mesra seisi keluarga. (Boleh dijadikan tips eratkan hubungan kekeluargaan ni....)


Kakak aku pagi-pagi lagi dah SMS bagitahu nak celebrate sekali jalan buat makan-makan. Maka kena tunggu dia balik dari Lumut esok. Yeayyy...ada kek! makanan sedap-sedap! hancusss diet aku...hahaha. Abaikan.


Kakak aku punyalah SMS panjang-panjang pasal nak celebrate birthday pastu aku reply K! (RUJUK SINI) hahaha...takdelah, aku reply elok-elok la menjawab pertanyaan dia. Tak puas SMS aku terus call, habis menyimpang cerita lain sudahnya "Sambung esoklah bila aku balik...borak puas-puas!" bila kedengaran anak dia merengek-rengek disebalik telefon. 


Along...along... Bila kau jauh rindu lak aku. 
Bila dekat asik nak bercekau je kita ni kan. Cepatlah balik...


Sekian. JUMPA LAGI.


25 comments:

  1. HAHA tp mmg rasa annoying gila bila kita type msg 360patah perkataan then dyeorg just reply "K"
    pppfffff ;/

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena kat aku Jna..sumpah geram satu hari. haha

      Delete
  2. Replies
    1. grrrr....bukan 1st rupanya... *jeling2 Jna*

      aku tertarik pada ayat yang italic tu..itu sebenarnya salah satu sebab kenapa aku suka kerja jauh2 berbanding kerja kat Johor..biar ada org rindu kat aku..hahaha

      Delete
    2. hakhak. ko jeling la Jna puas2. Jna tu cantik woo..


      jauh-jauh orang merindu..aku yg dekat ni adik2 buat tak tahu je. sedih :((

      Delete
  3. wah semua nya di bulan oktober. hehehe.. eh, happy belated besday dear~!! =)Balas "K" je..? memang annoying. ngeh3.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.q aina...lama menghilang ek? blog dah tutup ke? xde pun aina??

      Delete
  4. "Carik-cari bulu ayam, lame-lame bertaut juge" :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tak dengar peribahasa ni...bagus khalilah :D

      Delete
  5. happy bzday ain....x der hadiah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.q kak ma..takpe. kita dah besar. hehe

      Delete
  6. Org kata bila jauh bau bunga, bila dekat bau taik. Hehe. Err dah besau2 pun ade becekau2 lagi ke Aien? Kita tyme dah besar2 ni asyik rindu adek beradek je kan? Kalau bleh pantang cuti mesti nak kumpul sama. Tu baru kita rasa, lum selam lagi hati mak ayah kita :)

    Happy belated birthday Aien! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kata tu..betul la selalunya kan kan. dah besau2 becekau2 gado mulut jelah. alaa bukan gado betul pun...masing2 nak menang cakap je mak kata. haha. yup...dah besau gini rindu lain macam. tapi jumpa segan lak nak cakap...huhu.


      hati mak ayah lagi la...anak2 jauh dari mata. pasti rindu.

      #thankz kak...yg wish kt fb tu pun sama. :D

      Delete
  7. happy birthday sekali lagi aien.........

    ReplyDelete
  8. nak datang menyibuk masa majlis makan2 tu boleh tak??hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh boni...datanglah kalau sudi. bawak kek tau. hehehe

      Delete
  9. kuku kaki kaku ke cagu?
    ekekeke
    jgn mara aaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. cagu? memandai je ko alien.

      kaki aku bebas cagu. hahaha

      Delete
  10. wahh seronok la kumpul2. pehh, sakit kan hati bila punya lah pnjg dia text, balasnya cuma k? hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok zera....hahha. yup kalau dapat K geramm kan kan..

      Delete
  11. hepi besday aien..cpt ko sorok entry ni ye..tapi takpe..aku klik older post tu jugak..haha..besday aku bulan 10 ni gak..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkah. nyempat aje ko... besday bulan 10 ni ramai sangat ek. musim la kot..hahaha

      Delete