BERBEZA SEKALI MEREKA DAN KITA-KITA


Assalamualaikum wbt....



Semalam sesuatu telah berlaku yang buat aku GERAM sangat dengan si pelakunya. Sedang elok kebetulan memang daripada opis aku turun bawah sebab nak ambil barang tetiba "Gedegangg!!" bunyi benda jatuh dan tindakan refleks terus aku terfokus ke arah bunyi.....alamak!! Ciskek betul....motor aku tumbang dan terkena motor kawan aku kat sebelah makanya motor kami tumbang together-gether...grrrrr.



Tempat parking motor memang dekat sangat jadi aku nampak dengan jelas siapa si pelakunya. Anak pak arab umur dalam lingkungan 6 tahun macam tulah, aku nampak dari sebalik cermin tempat aku berdiri dia sedang menangis sebab terperanjat. Aku kesian juga....pastu datang mak dia pujuk-pujuk terus budak tu diam. Fine anak kau OK!! Tak injured pun.







Ketika kejadian seisi keluarga budak arab tu ada, aku nampak bapak dia, abang-abang dia yang badan bersaiz besar macam Malik Noor......tapi yang buat aku terkilan sangat sikit pun mamat-mamat arab ni tak tolong angkat motor kami yang tumbang. PANAS HATI aku masa ni, yang tambah lagi PANASSSS sikit pun takde cakap maaf, bertanya keadaan motor kami macam mana ke walaupun dorang sendiri pun nampak siapa si pelakunya. Masing-masing buat dono je....manusia ke apa ni???



Terkial-kial la aku berdua dengan mangsa lagi sorang tu angkat motor, nak minta tolong kat kakitangan lelaki dorang semua dekat Masjid tengah Solat Jumaat. Hmmmm....pasrah gila masa ni sebab side mirror aku belah kanan tercabut, handle senget sikit, motor kawan pula bercalar. Nak pergi maki dorang tapi dah macam ayam dengan itik bercakap pasal dorang mana tahu speaking sangat....sudahnya diam macam tu jelah.  



Bila aku dah neutral buat aku berfikir betapa berbezanya adab, budi dan bahasa antara mereka dan kita-kita. Proud to be Malaysian. Hip Hip Hooray!! Sekian. JUMPA LAGI.


26 comments:

  1. Replies
    1. Errr..rotan jer budak tu..biar dia nangis..hip hip hooray!!

      Delete
    2. eh. kalau 1st tak busuklah H. haha


      ikutkan nak cubit je sebab rotan takde...tapi muka bapak dia bengis. macam aku pulak yang salah.

      Delete
  2. pehhh, sedih nya dgn moto tu. nasib budak2. kalau tang. panggg! ni makan dia. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih ooo zera. nak dilempang anak orang...karang kita pulak yang dilempang.

      Delete
  3. Replies
    1. Errr..rotan jer mak budak tu..biar dia nangis..hip hip hooray!! siapa suruh tinggal anak dia tanpa pgawasan

      Delete
    2. tahniah 1st kopi. haha.


      rotan mak?? bagus jugak...tapi mak dia pun garang macam bapak dia.

      Delete
  4. Kalau aku...sound jek terus...grrr! biarpun dia tak pandai english aku rasa dia faham stupid tu apa..hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kan stupid tu dia faham... keadaan tak sesuai aku nak sound dorang. entahlah

      Delete
  5. sabar sabar... jangan biarkan emosi menguasai :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..emosi dah reda.

      pada hari yang sama juga... :P

      Delete
  6. Banyak dah kes dok dengaq yang melibatkan pak arab ni.. depa mmg biadap.. nk ucap thanks pon payah, inikan pulak nk mintak maaf.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. taw takpe zwan. before ni selalu jugak doq dengaq...sekali terkena memang betul la cakap orang. walau tak semua tapi kebanyakkan mereka.

      Delete
  7. Hari tu sedara pergi buat haji... Org Arab sendiri ckp sebahagian drpd diorang ni mmg tak jage adab sikit. Dan dia puji malaysians. Tapi, kalau ikutkan rakyat malaysia pun ade yg versi tak suka adab nih~! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. malaysians kaya dengan adab sopannya. tapi ada segelintir kita2 yang kurang adab...macam mereka juga. masih ada yang beradab sopan. hehe

      Delete
  8. kalau parents dia takde kat situ.
    memang chemay dah pergi slow2 kat dia.
    pastu cubit kuat2.
    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..ingat macam tulah chemay. tapi parents dia ado la pulop. susah kawe..huuuu

      Delete
  9. iskk nape x pukul ramai2 abg dye tu hahah GURAU! daaa xyah 10sion2 yeee chill..biasa laa tu awk..manusia ni jgn ckp arab kekdang melayu pun mcm tu.. ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. chillll. tak tension da la Jna. benda dah lepas, kita cerita je. pikirkan adab sopan ni bukan sebab bangsa...tapi atas diri sendiri sebenarnya.

      Delete
  10. pak arab nie...sebenarnya kasar2......tak hormat sangat orang luar......
    tak mcm kita org melayu.....penuh adap sopan.... apa salahnya mintak maafkan....

    ReplyDelete
  11. eee... x suka la cara pak arab tuh...kalau nana lah kan...sound stepek kot..errr mcm berani sgt nana nie..haha

    ReplyDelete
  12. itulah masalah 'org luar' ni...dtg tmpt kita buat perangai kan..sebab segelintir yg mcm ni bagi kesan kt yg lain2 tu..

    ReplyDelete
  13. Pak Arab ni mmg ada jenis yg kerek2. Taktau la dorang kerek ke blur ke. Tp mmg rasa geram bila dorang blur or kerek. Em ntah2 dorang nak say sory taktau kut Aien. Alaaa, tapi if tak reti nak say sory pun kita leh bezakan org tu concern ke tak ngan motor yg anak dea jatuhkan tu kan? Sah la dorang mmg blur ataupun kerek. Hehe

    ReplyDelete