Posts

Showing posts from October, 2012

NEBESSS GANDA DUA

Image
Assalamualaikum wbt...




Entry kali ini ada kena mengena dengan entry SERI MUKAyang lepas. Mari layan cerita lama yang tak berapa nak lama sebab baru berlaku pada 27/10/2012.


"Nanti nenek akan wakilkan pak ngah & mak ngah jumpa mama masa raya haji tau.... untuk bincang apa-apa yang patut supaya semuanya berjalan dengan lancar....." Masa dikhabarkan pasal ni aku macam gelabah sikit lah dalam 10% macam tu.

Peratus kegelabahan mula meningkat sikit-sikit mengikut masa yang berlalu. Malam sebelum pertemuan berlaku aku sempat lagi keluar dengan Incik N dan sepupunya sambil 3 orang adik aku ikut sekali. Amekawww melayan selera anak tekak dekat mamak. Masa ni aku cool lagi....sekali balik rumah selesai itu ini masuk tidur.....Zzzzzz. Terbangun dalam pukul 2.30 pagi macam tu...gelisah tak tenteram duduk mengenangkan esok harinya. 

Aku cuba tidur semula....Zzzzz...terbangun lagi, lagi, dan lagi sampai subuh menjelma terus tak tidur dah. Macam-macam perkara bersarang dalam otak sampai n…

SERI MUKA

Image
Assalamualaikum wbt....


Sesuatu yang baik bakal berlaku tak lama lagi. Err...lagi 20 hari sebenarnya. Macam lambat lagi tapi kadang rasa macam dekat sangat. Sekarang celik je mata terus teringat apa yang perlu aku hadapi buat aku risau, berdebar, seronok, teruja....etc. Kilang rasa dalam hati ligat memproses pelbagai produk perasaan. Orang sekeliling mula menegur "Berseri-seri muka..." aku tengok cermin biasa je seperti hari-hari sudah. Bergurau agaknya mereka. 

Episod baru yang bakal berlaku lagi 20 hari ni persis kisah orang dulu-dulu....alaaa yang macam tiba hari pertunangan baru bertemu dan bersuai-kenal dengan ahli keluarga sebelah pihak secara rasminya. Itu pasal yang buat debaran jadi berkali ganda hebatnya. Aku cuba berlagak seperti biasa...tapi hati perempuan biasalah nak-nak bila dok teringat balik kata-kata Ustaz semasa menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan bulan lepas "Perkahwinan bukan sahaja melibatkan hubungan komunikasi antara suami-isteri....malahan turut m…

BERBEZA SEKALI MEREKA DAN KITA-KITA

Image
Assalamualaikum wbt....



Semalam sesuatu telah berlaku yang buat aku GERAM sangat dengan si pelakunya. Sedang elok kebetulan memang daripada opis aku turun bawah sebab nak ambil barang tetiba "Gedegangg!!" bunyi benda jatuh dan tindakan refleks terus aku terfokus ke arah bunyi.....alamak!! Ciskek betul....motor aku tumbang dan terkena motor kawan aku kat sebelah makanya motor kami tumbang together-gether...grrrrr.


Tempat parking motor memang dekat sangat jadi aku nampak dengan jelas siapa si pelakunya. Anak pak arab umur dalam lingkungan 6 tahun macam tulah, aku nampak dari sebalik cermin tempat aku berdiri dia sedang menangis sebab terperanjat. Aku kesian juga....pastu datang mak dia pujuk-pujuk terus budak tu diam. Fine anak kau OK!! Tak injured pun.






Ketika kejadian seisi keluarga budak arab tu ada, aku nampak bapak dia, abang-abang dia yang badan bersaiz besar macam Malik Noor......tapi yang buat aku terkilan sangat sikit pun mamat-mamat arab ni tak tolong angkat motor ka…

TIADA APA-APA

Image
Assalamualaikum wbt....


Hip Hip Hooray! Eh...hai Encik Haris (lambai-lambai tangan) dan semua-semua orang. Terima kasih kepada Mr.Aztech kerana Wireless-N USB 2.0 Adaptor telah membantu kehidupan internet aku dekat opis kembali berfungsi seperti sedia kala. Jadi selamat tinggal kepada kabel kaler kuning yang telah rosak...habis fungsi sepah dibuang. Eh!





Banyak betul benda nak dikongsikan, berlumba-lumba idea dalam kotak ingatan sampaikan aku terpaksa suruh mereka bersabar. Jadi sekarang bila mereka (idea) berebut-rebut sampai tak terkawal buat aku hilang punca nak cerita apa. Jadi cukuplah setakat ini sahaja. Sukacita dimaklumkan tak perlu lagi aku drop komen dalam hati. Sekian. JUMPA LAGI.


BAKAL DIAMKAN DIRI LAMA-LAMA SIKIT

Image
Assalamualaikum wbt...

Tengah idea mencurah-curah nak update entry...sesuatu telah berlaku, modem dekat opis telah rosak disambar petir. Nak ganti modem lain makan masa beberapa hari sebabkan masalah nak sah status warranty.....customer services kata masih under warranty, tapi technical team pula cakap lain. grrrr...tak tau nak salahkan siapa?? 


Sekali rujuk terus dekat TM Point berhampiran baru jelas lagi terang Office in aBox™ -All plans include: FREE wireless modem lifetime warranty maka dapat tukar modem baru, orang TM tu siap setting semua....setting wifi dah ok semua cuma tang kabel yang kaler kuning cucuk kat PC aku lak problem. Ciss Kejuuu....rupa-rupanya kejadian petir tempoh hari turut memberi kesan secara langsung....so dorang cadangkan aku pakai "Wifi Card". Apo bondo ea tu?? Hahaha. 






Aku mana la tahu benda2 canggih gini, rujuk la kat adik aku...dia cakap benda tu macam Wifi Router. Aku lost dan sekali lagi apo bondo ea tu?? Kesiankan....takpelah nanti ada masa aku …

TERNAMPAK....PURA-PURA TAK NAMPAK!!!

Image
Assalamualaikum wbt....


Curi-curi update sementara tunggu bos datang dan paling utama kenapa aku update lebih pantas dari biasa adalah aku segan nak tayang entry birthday semalam lama-lama. Nak cerita apa ek??? Gali punya gali idea dalam kotak ingatan terus aku teringat kisah aku terserempak dengan sorang blogger yang merupakan penduduk Geng Blogger Sengal (GBS)





Kejadian ini terjadi pada bulan september yang lepas dimana aku tak ingat sangat tarikh tepat yang aku ingat hanyalah tempat iaitu Secret Recipe. Entah kenapa entah bagaimana....melayan anak tekak adik aku yang tiba-tiba boleh lapar bila nampak SR walaupun dekat rumah sebelum keluar dah makan siap-siap maka singgahlah kami menjamu selera. Sungguh berselera kami berdua. Hahaha....

Sedang elok melantak Mee Soba sekonyong-konyong muncul 4 batang tubuh melintas depan mata terus ke arah rak yang menempatkan barisan kek-kek yang gebu. 

Mula-mula aku nampak lelaki....awww tinggi...hensem!! hahaha.
Pastu nampak ada sorang mak cik...…

KAKAK KU KATA KUKU KAKI KU KAKU

Image
Assalamualaikum wbt....


Hari ini 04102012 merupakan ulang tahun kelahiran abang ipar aku, 01102012 lepas pula genap aku 25 Tahun dan 31102012 adik aku yang bakal menduduki SPM 2012 punya hari lahir. Kiranya bulan Oktober ni meriah la rumah kalau mak aku buat parti hari jadi...hahaha. Amboi parti-parti pulakkan....kelasss kau aien.




Takdelah...takde maknanya parti bagai cukuplah sekadar buat makan-makan seisi keluarga dapat juga merapatkan lagi mana-mana hubungan yang renggang. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan kekeluargaan. Waktu-waktu beginilah elok nak beramas mesra seisi keluarga. (Boleh dijadikan tips eratkan hubungan kekeluargaan ni....)

Kakak aku pagi-pagi lagi dah SMS bagitahu nak celebrate sekali jalan buat makan-makan. Maka kena tunggu dia balik dari Lumut esok. Yeayyy...ada kek! makanan sedap-sedap! hancusss diet aku...hahaha. Abaikan.

Kakak aku punyalah SMS panjang-panjang pasal nak celebrate birthday pastu aku reply K!(RUJUK SINI)hahaha...takdelah, aku repl…